Thursday, December 30, 2010

cinderella dan labu-labunya.....

Ye saya tahu. Rakyat Malaysia masih keterujaan memenangi bola malam tadi. And for the first time I REALLY watch football match. Ni semua sebab penangan laser yang heboh diperkatakan sehingga menyebabkan saya sungguh teruja nak tengok. Sungguh kontroversi bukan? Mungkin kalau takde kontroversi ini ko ingat saya nak tengok? Oh..takkan ok. buat sakit jantung je tengok. The whole 90minit game tu jantung macam nak tercabut. Punya la nervous. Pastu nak kelip mata pun tak nak. Takut termiss la konon kan. Sampai pedih bijik mata. Mana tau time kelip mata tu mesia or indonesia score ke. Mana tau Laser dr penonton indonesia terlalu kuat hingga membuatkan kulit pemain malaysia bertukar menjadi kaler hijau pastu pemain mesia bertukar menjadi incredible hulk in split second dan terus menculik Julia Perez dan Manohara yang ada kat stadium tu pastu larikan diri ke London and they live happily ever after. Eh nape tang game kat indon cameraman tu suke sangat focus kat muke retis Indonesia n retis wannabe (manohara) tu? kat mesia idok nya ada la dia ngambik gmbo muke pompuan2 pun.


And on top of all the keterujaan, sebenarnya keterujaan yang paling hakiki adalah tatkala menerima email dari orang HR anoounce pasal cuti. Tanggan siap menggeletar noks. Mana la tau tetiba kampeni buang tebiat tak nak bagi cuti padahal Bang Najib bagi cuti kat semua rakyat mesia walaupun yang berjuang malam tadi tak sampai 20orang (termasuk bang rajagopal, tukang bancuh air dan sebagainya).

Korang ada masalah tak dengan pemandu kereta yang lain? Ohhh..kadang2 pemandu kereta yang lain salu je buat darah I mendidih2 sampai kat pale otak. Kalau la pale kite ni di desain macam lokomotif stim kepala keretapi, kompom ko Nampak pencemaran asap yang melampau2.

1) Kete umang aih..besar gedabak. Tapi...

I cukup tak berkenan kalau kita sibuk nak mencarik parking pastu depan kita tu kete panjang, besar macam MPV ke, kete maria mercedes ke yang sibuk nak masuk parking. Cam harem ok! Kalau stok driver dia mcm shumacher tu i memang respek la sebab sekali libas je terus masuk parking. Ni stok yang amoi2 bawak Alphard ke, estima ke, pastu nak masuk parking yang

- Masuk kepala, eh tak muat. Reverse balik.

- Pastu reverse kite yang belakang ni pun di horn nye suruh reverse and bagi space dia agak2 sebesar space kapal terbang nak landing.

- Pastu masuk balik..alamak terlebih ke kiri, tak lepas, reverse balik.

- Alamak kanan pulak terlebih sangat. Reverse balik.

- Pastu salah lagi.

- Reverse lagi, konon nak buat reverse parking plak.

!@#$%@!#$%^&!!!! Orang mcm ni la kekadang rasa nak turun je dari kete kite ni, pump out petrol kete die, pastu simbah petrol, pastu pinjam lighter kete2 sebelah ke, bakar kete tu dengan amoi dalam tu hidup2. (pengaruh abg partiban la ni).

Ada sekali tu i kne tunggu amoi tu dok adjust alphard dia cam dekat 10minit hokay. Damn sungguh marah! Ko ingt aku ni banyak sangat masa nak dok sini makan kismis ke, makan kacang ke, bace sotkabar ke sambil nunggu ko parking???

Dah tau bawak kete ala2 elok sket je dari budak 6 tahun bawak kete, toksah la berhajat besar bawak kete sebesar alam. Ko ingat orang lain ni banyak masa nak tengok tayangan free ko dok adjust2 kete ke? Bawak je la kete kecik cenonet mengikut level IQ korang tu.

Apa? Sempit?

Meh sini saya nak sekeh. Jap lagi keluar kete yang gedabak tu pemandu, passenger sebelah pemandu, and anak dia dua orang je dari belakang. Ape ko ingat anak ko tu ko amik anak badak kat zoo ampang ke? Besar sangat le anak ko tu sampai tak muat kereta bersaiz sederhana? Pastu yang sungguh bangang bile keluar dari kete sebesar alam hanya satu makhluk tuhan sahaja yakni si pemandu. I tak tau la, yang passenger belakang stok passenger halimunan ke, roh2 yang kite tak nampak tapi dia nak bawak roh2 tu pergi shopping mall ke.

And Yang paling tak best, tau tau la opis i ni parking sungguh limited. Sangat mcm haram yg menterpaksakan I pegi keje awal. Ko ingat I ni suke suki ke nak gi keje awal? Lebih bagus gi keje lmbat2 leh tengok tibi smbil bekfes. Pastu dh la parking limited, amoi2 yang stok bawak naza ria, innova, avanza sungguh bersepah2. Ape pekdah takat ko sorang gi keje bawak kete giant2? Pastu kalau reti parking molek2 takpe. Ni stok kalau parking tak curik parking sebelah tu tak boleh agaknya. Pastu yang kete kite yang kecil molek ni la kne pasrah siap parking tangan hamper tersimpul padu macam dalam buku pengakap dok adjust ke kiri ke Kanan nak masuk parking yang dah di conquer kete sebelah. Choiii! Kan pepagi dah kne sumpah dengan saya. Nasib tak sumpah jadi katak kodok.

2) Kete sungguh dasat..sungguh lowered, skirting macam ……



Ni lagi satu. Kete dah molek-molek level standard nak pulak di lowered kan. Pastu boh skirting labuh2 ala-ala pakai skirt ala gipsi. Takpun skirting labuh baek punya macam jubah2 minah arab pakai yang menyapu jeraya.

Yelah, kete ko, ko punya suke la kan.

Tapi tang dah sampai ke bonggol ke. Punya la nak mengadjust ke kanan la. Ke kiri la supaya tak sagat bawah skirting kete ko ape citer? Ek eleh, kete myvi i selamba je jalan kat situ. Takde pun sampai nak seploh menet nak adjust kanan kiri biar tak tersagat.

Pernah sekali tu i tengok, dekat rumah my parent, ada la satu bonggol ni. Biasa la, time tu bonggol baru2 buat, tinggi sket la. Sekali sampai kat bonggol tu, kete wira wannabe racing car depan tu semua passenger nye kne turun. Maka turunlah sang bini, sang anak2 duk tepi jalan sebab bapak eh nak bawak kete wira wannabe racing car tu melalui bonggol itu. Cheh., tak ke menyusahkan? Idok le ku reti….



3) Bunyi ekzos kete…



Satu lagi stok yang terlebih duit. Modified la kete dari wira ke evo la, dari alphard ke kete kebal la, dari myvi ke passo la. Kalau modified kete ke kete kebal tak pe gak. Jimat sket duit gomen nanti tak yah beli kete kebal banyak sangat. Kete rakyat dah convert kete kebal ada membantu dan berkhidmat.

Pastu kalau modified kete rupa bentuk kompom lain tu tak le kisah sangat, ni stok bubuh ekzos mak aih besarnya. Kalah meriam yang portugese pakai datang serang malaya. Kalau budak umo 2 tahun boh kepala kat ekzos tu kompom, kepala dia leh terbenam masuk.
Ape pekdah nye nak ekzos besar2 tapi bawak kete laju sket je dari siput babi? Yela..yela...nak seb minyak kan.
Yang satu lagi stok modified kete boh enjin2 yang langsung tak seswai. Mcm kancil buh enjin evo. Logik tak? Logik tak? Penat je la engineer kete tu gi belajar tinggi2. Belajar sampai obersi. pastu nak bayar balik loan belajar dia. Pastu perodua bagi gaji dia banyak2 at the end korang juga yang jadi engineer sejati. Tukar enjin tu. yela..engineer tu tak bijak. Ada buh enjin cenggitu kat kancil korang. Patut la kancil korang jalan cam semut. Kata nak laju, mesti la enjin kene up.

Jap lagi kalau dah body kancil dan body2 korang berderai kat jeraya sape yang susah? Dah kete tu di desain untuk enjin tu, belajar la terima hakikat kan.

Kalau belum mampu beli kete canggih, tandanya duit korang belum berkepok, juga memberi maksud korang masih belum mampu nak beli insurans level platinum lagi dan menyimpan wang ASB jutaan ringgit. Jadi sok lusa idok le ko mati katak tinggalkan anak bini makan ubi kayu ari-ari.



4) Dan kalau dah mampunya beli kete canggih, ko tak yah la nak gak bawak lane paling Kanan kalau takat keberanian ko nak bawak adalah pada 90 km/h. sungguh menyusahkan. Kan tak pasal2 free makan flash lampu dari kete belakang. dah rupa lampu raya dah dok lip lap lip lap dari belakang. Bek ko beli viva and bawak lane paling kiri. Sebab viva pun leh cecah 90km/h tanpa perlu membayar ratusan ribu ringgit kan?



Dah. Cuti mood. Malam ni nak balik rumah bonda. Harap takde la insan-insan yang tak bertimbang rasa kat jeraya malam ni sebab kompom jalan jam. Sigh!

Monday, December 27, 2010

rahsia sebenar cef.

Semenjak dua menjak menjadi isteri. Selera juga sudah berubah.


Oh tidak! Selera pada suami tetap sama. Tetap utuh. tetap merasakan suami saya adalah paling menggiurkan walaupun dia merasakan dengan meletakkan tangan saya pada bontotnya ketika beliau kentut adalah sesuatu yang menggembirakan hati beliau.

Tapi selera pada persekitaran sudah berubah.

Kalau dulu celah bedah mana henbeg keluar pasti nak jugak menyemakkan diri membrowse, mengecurkan air liur, berangan siang malam, pastu propose kat teman lelaki “eh cantikkan henbeg ni? Kalau I beli 100 bijik ok tak?” pastu sentap sampai merajuk2 sebab teman lelaki kata “biasa je”. Emo ok! punyala feeling Paris Hilton kalau beli henbeg cenggitu dia leh kata “biasa je”. Sungguh puaka ayat itu!

Semenjak kahwin, nan ado henbeg baru. Bukan suami tak bagi beli, tapi rasa KIV la dulu. Tak essential. Henbeg yg ada skrng pun tak de nye la I sauk semua pakai at one shoot pun. Pakai satu2 gak. Pastu since suami jauh dimata, pegi keje ari-ari tak rotate henbeg pun takpe. Kate berhias untuk suami kan? *by the way, I pakai tshirt suami kat rumah pun suami kata seksi dah..grrrr!*


Pale otak kalau merayap asyik pikir, beli untuk rumah. Monthly saving pun asyik pikir ape la lagi yang tak cukup sebab keperluan rumah memang selamanya tak pernah2 cukup.

Kalau dulu berjalan di Pavilion ke, Gurney ke adalah merasakan diri sangat heaven, tapi sekarang pergi IKEA, pergi furniture shop adalah lebih syooorrrggggaaaa…

Kalau dulu beli magazine banyak gambar pompuan tak cukup kain buat baju, gambar henbeg harganya boleh bayar deposit rumah 2-tingkat, kasut yang mahal dari harga tayar kete, accessories regenye lagi mahal dari jumlah duit dalam wallet. Sekarang ni magazine berunsur hiasan dalam rumah. Tapi tu la, local magazine ni I kureng minat. Minat yang omputih je. Biasa la i, perasan omputih padahal jawa murtad!

Walaupun i idok le retinye nak masak. Nak masak lempeng pun nak kne call Wawa. Nak masak nasi lemak pun bertukar jadi pulut, tapi keinginan membeli perkakas dapur adalah di luar kawalan minda.

1) Chefel double sided pan

Tak! Ini bukan minatang nak wat waffle tu. Dan i pun tak bercadang memberi suami makan waffle ari-ari sebab laki i bukan orang perancis. Laki i adalah pure orang kedah yang sentiasa “lapaq nasiq”, wajib pekena gulai dan sambal belacan ari-ari. Tapi chefel double sided pan ini sangat temptating. I yakin 100% dengan ada nya kuali yang mahal dan canggih, semua orang boleh memasak sehebat chef! Percayalah suami.....*sound efek lagu percayalah!*





2) Ceramic blade.

Entah cmne idea nak beli ceramic blade ni datang. Tapi rasanya pengaruh rakan yang lebih tua. Mind you! I paling muda di opis dan berada di golongan pertengahan. Golongan tua adalah mereka yang beranak pinak dan menceritakan 80% perihal anak, suami, rumah, furniture dan golongan muda adalah mereka yang single, belum kawen, dan 80% menceritakan pengalaman mereka berdatingan, menonton wayang, karaoke sampai hilang suara dan sebagainya. Memandangkan kategori pertengahan adalah, usia masih muda dan bergetah, mempunyai suami tapi belum mempunyai anak, mempunyai suami juga tinggal di kejauhan, hanya memasak untuk diri sendiri dan sebulan sekali untuk suami itu pun tentatively dengan mood semasa, yakni saya adalah keseorangan didalam kategori ini.

Berbalik pada perihal pisau ini, feedback yang didengari dari amoi yang telah membeli pisau ini adalah sangat mengkagumkan. Ohhhh! Sure lepas ni I leh potong bawang dengan lebih cantik, siap ukir2 bawang tu bentuk burung ke, ikan ke. Dah beli pisau ratusan ringgit kompom boleh buat segalanya. Barangkali boleh sculpture ice. Dan juga pasti lepas ni saya berjaya menyiang ikan dengan jayanya dan tak perlu lagi phone instruction dari cik puan bibah time nak siang ikan bawal seperti tempoh hari.

Dan di sini saya ingin menekankan sekali lagi, kegagalan saya memasak adalah bukan berpunca dari diri ini, tetapi ketiadaan alatan canggih seperti dua alatan diatas menyebabkan masakan saya kurang menyerlah. Suami, pls take note.

And last Sunday saya telah menjumpai the Fireplace Mantel idaman. Giler terkejut time jumpa. Macam, eh kat mesia pun ada minatang nih? Hampir terhenti gak jantung tatkala melihat regenya. Pastu terus rasa nak nangis golek2 kat situ nak beli. Siap pinjam owner kedai tu punya measurement tape. Ya, kita ukur dari kiri ke kanan. Dari atas ke bawah. Eh muat ni. Muat nak bubuh tv kecik suami tu. Tapi mmg pasni tv kiteorang tak leh lebih 32“ dah. Takleh la u nak buat rumah ala2 tgv ke, gsc ke ye yang. Lagipun ia bagus untuk mata kita. Tv besar2 nanti mata cepat rosakkan? The fireplace mantel is in brown wood colour. Brown pun brown la kan. dari I nak menempahnya. Tapi, suami boleh buat muka stone cold dia plak. Takdenye terkinja2 macam I time tengok. I knew dia tak berapa nak setuju tang bubuh minatang ni. Sebab the house itself dah ada built-in tv cabinet. Tapi ... tv cabinet yang ada tak telus dengan citarasa i. Errk!

Ok, I sentap sebenarnya. Start buat muka tak best. Tipikal pompuan la. Walaupun I ni luar Nampak gagah, size badan mcm elephant, tapi dalam hati ada bunga mekar setaman.

Sampai je rumah masuk bilik. Terus baring atas katil bukan dengan gaya menggoda ye, tapi dengan gaya merajuk pandang dinding sebelah sana dalam hati menggunung tinggi mengharap suami pujuk. Ahahahah...

Dan Tetiba...abang sebelah nak amik hati. Barangkali risau tak dapat apa yang di hajati malam nanti. "sayang, kalau fireplace tu kita modify sket nanti nak bubuh astro decoder..bla..bla...“

Dalam hati terus bunga kembang semula. Cis..dah sampai rumah baru nak bukak mulut.
Tak kisah, minggu ni jugak suami wajib pergi beli kat kedai tu.
Walaupun selepas mensetujui untuk beli malam tadi, dia ada ayat tambahan “nanti dah beli nak bubuh mana dulu sebelum pindah?” *buh bawah katil u boleh..bubuh dlm kete u boleh..*

Kalau I nak cabut the tv cabinet and the display unit yang dah built in tu ada tak sesapa willing nak amik????? Tolong la amik. Kang suami bagi ceramah zuhud lagi plak. den sodih kang.

Monday, December 20, 2010

emak, saya mahu beli doniaaa!!!

My sister is a true shopaholic.


Now I knew where I’m inherited it from =))

She will shop anything either it’s from online shop, cik kiah menjual dari satu meja ke satu meja di opis atau di rumah.and of course, shopping malls, shops, etc.




I still remembered during her confinement period, she will ensure that she will in touch with her shopping activities even though she’s staying at home. She will bought something over online and deliver to my parent’s house almost daily. Baby bibs, rompers, baby sling (by the way, she had two almost identical and just different in colour!!!), booties, toys etc. I rasa kalau dia tak beli mahu meroyan kot dalam tempoh berpantang tu. and yes, she was only 3 weeks dalam pantang before she went to one of the warehouse sale. T____T

Even his eldest son which just turned 3 that time knew that “mummy boleh ambik duit kat bank” when I told him I had no money so he could not ask for any toys or candies when we out to TESCO.

Sigh…saya kot dah sekolah baru tahu bank tu my bapak leh keluarkan duit gaji. All the while ingatkan hanya boleh simpan duit sahaja sebab mak ajar simpan duit dekat bank. Tak pernah ajar, nanti dah simpan duit raya kat bank leh keluarkan beli ps3 ke.

Since my sis adalah a true shopaholic and the magic word adalah “beli”, we wasn’t realize how it will impact her 2yrs old kiddo yang mencintai otomen kosmos lebih daripada mencintai his meal, yang lebih menyayangi antel (my hubby) instead of achu (myself) *bukan ke antel come later than achu? Why oh whyyyyy?*, dan yang merasakan makhluk paling hensem dalam dunia ini adalah Musasi (Musasi – nama karakter otomen kosmos bila dia jadi manusia biasa).

Conversation between Super nenek and her 2 yrs old cucu,Papeet (Wafeeq)




Papeet : papeet nak nengok otomen.

Super nenek : tak boleh on tv. Karen takde. (by the way, time tu blackout at my parent’s housing area due to heavy rains)

….

Papeet : nenet, bukak la ekon. (oh..he will only tido regardless day or nite, rain or storm if only ekon is on)

Nenet : tak boleh, kan nenek dah kata karen belum ada lagi.

Papeet : hmmm..suruh la atok pergi kedai beli karen!

Nah hamik ko. Susah sangat takde Karen, pergi je la beli. Mau mati tegak atok kot kalau nak pergi beli karen kt TNB pastu bawak balik rumah buh kat TV and ekon.
..........
The other day, we stopped by at a petrol station since Nuqman, Papeet's eldest brother need to use the toilet.
out of sudden,
papeet : papeet nak beli minyak. papeet nak beli minyak...
this 2yrs old fella is a true shopaholic. stop kat petrol pump pun kena beli minyak *isi minyak kete*.
and he told his mum "kat dalam tu boleh beli air.aritu daddy beli" *referring to kedai kat stesen minyak*
sigh~!
This is Papeet with his front tooth missing. Mummy,can we "beli" tooth for Papeet?



ko nampak? budak dua tahun pun pergi stesen minyak dah tahu nak guna word "beli". tu baru 2 tahun. kalau dah 12 tahun?
Bahaya oooo..jap lagi kalau hari hujan tak de matahari and tak boleh main luar rumah, dia mintak beli matahari pulak macam mana? Kalau cloudy night tak Nampak bulan suruh beli bulan pulak macam mana?

Cenggini rupa, marilah kita bersama2 pindah duduk dalam Gua. Jadi caveman. Anak pun tak mintak beli bnde2 pelik2. Mak pun tak leh nak online shopping. Laki pun tak leh kelebet forum camera hari2 *dituju khas buat suami tercinta*

p/s: by the way, my sport shoe hunting telah berakhir. Opt for the running shoe instead of training shoe. Rm300 musnah terbakar setelah bertukar option mencari dari sudut berkenan di hati ke option yang mana ada diskaun nye pak? Semua yang berkenan di hati adalah over rm400. Mungkin betul, saya sepatutnya beli je kasut cap power. Atau pinjam je kasut futsal suami. Kite tengok brapa lama kasut ni leh bertahan sebelum al-kisah riwayatnya aku sepasang kasut yang syahid didalam kotak. Sekian!

Friday, December 17, 2010

kat balai polis pun nak kecoh.





i received exactly the same message.
adakah ini bermakna my dad ada affair dengan ramai wanita.?
atau saya adalah anak angkat dan mempunyai ayah yang lain?
adakah ayah saya warga indonesia? sebab the text sounds like indonesians.
berapa adik beradik saya sebenarnya?
oh..if laki saya juga menerima message sebegini, adakah perkahwinan kami sah? yela..kata adik beradik kan. sama ayah.
kak seri,
harap dapat membantu saya.

dari,
Gadis Buntu.

choiiiii! nak topup credit pun nak tipu orang. sungguh mangkuk betul dieorang ni. desperate nak mampus kot.
next time mintak la topup rm100 ke..ini mintak rm30. sikit bonar. nak tepon semua bini dengan topup rm30 ke? nak schedule kan malam ni abang balik rumah jenab,esok timah lusa rumah kiah ke?
manusia sekarang sungguh desperate betul. pathetic!
bayangkan kalau yang terima sms tu yang time call bapak dia betul2 unreachable pulak. tak ke meng'gagau' cari kedai topup. tak ke sakit jantung mak dia dengar. kalau mak dia mati kena heart attack sapa nak tanggungjawab?
by the way, balai polis sekarang dah takde public phone ke?

Thursday, December 16, 2010

bau hati yang tengik!

Setiap kali jam tunjuk pukul 3.30pm, otak mesti otomatik respon, ooo yeahh..lagi 2 jam you. Dua jam lagi nak balik. Tapi at the end, masih jugak balik pukul 7:00pm ++. Biasala, pekerja harapan. Mungkin muka ni asyik balik lambat je, akak yang keje security tu siap tanya lagi napa balik awal last Monday. Sebab time tu otak dah weng tak leh buat kerja. Pukul 6pm dh cabut sebab dah nyawa2 ikan and sket lagi bertukar menjadi ikan kaloi. Eh tak..ikan buntal lebih tepat T___T


Akak security : eh, awal balik hari ni. Alhamdulillah.

Gler la I kagum jap sebab akak security yang cakap Alhamdulillah I balik awal. Ohhh syahdu. Rasa nak nangis plak =))

Dan hari ni..tajuk gossip hangat yang diperbualkan adalah, akak Marion Caunter nak kahwin dengan anak uncle Naza tuh.

Yang saya tak paham, ape lah pompuan2 yang lain ni sibuk nak menghuraikan hujah2 mereka?

Siap buat statement berani maut “ala..marion tu mata duitan tu.sebab tu nak orang kaya je”.

Eh ko besfren dia ke? Anak sesusu dengan mak dia ke? Kembar tak seiras dengan dia ke? Mane ko tau?

Sesedap mulut je nak kata orang kan. anyway, I bukanla big fan Marion pun. Selalu je la nengok minah ni kat E! news. Tapi agak kurang menggemari dia sebab dia ni memang level seksa habes. Baju tu most of the time macam baju pinjam kat adik dia umor 9tahun kot. Tapi yelah, positip je la kan. ntah2 derekter ke..produser die ke yang nyuruh pakai seksa gitu kan. ntah2 kat luar dia ni stok pakai jubah. Mana la kita tau kan. bukannya kita ni kawan dia.

Tapi ye la..sebab dia nak kawen dengan anak Uncle Naza je semua orang label dia pisau cukur. Eee..tak kuasanya i. eh cuba kalau anak uncle naza tu yang dok syok kat hang. Pastu orang kata hang tu pisau cukur, mau berapi tak? Kalau I kompom berapi siap mulut keluar api macam citer dragon2 tu. Sebab anak uncle naza tu tak berkehendakan dengan hang, hang la gebang2 kuat kata minah ni pisau cukur la, gedik la, kaki clubbing la. Ape pekdah kat ko? Lagi dapat dosa adalah. Kat minah caunter tu? tak terjejas nya dia dek non oiiii. Lagipun, sapa yang lebih kenal hati budi marion ni. Hanya anak uncle naza tu je tau. Maybe marion ni jenis lemah lembut kalah pompuan2 masuk gadis melayu tu kot kan? kau tau? Kau tau? Tak tau kan. kut dia nak clubbing tonggang tebalik ke, ikut dia la kan. Dia tu dulu kafir. Baru ni je la masuk islam pun. Kalau dia masih nak clubbing ke ape, laki dia la yg tanggung dose. Tak sekelumit pun dose tu transfer kat korang pun.

Tipu la kalau I cakap I tak cemburu. Oh cemburus nak mampus nokkkss. Dia nak sauk prada, LV, channel Kanan kiri sampai terseliuh tangan nak angkat pun ape ke hal sangat la. Kalau takat nak kasut lauboutin bagai takat celah gigi laki dia je. Tak bangkrap pun laki dia. Tak gerak manela duit dalam bank laki dia pun nanti nak belikan bini itu ini.

Tapi tu namanya rezeki masing2. Mungkin dia dapat tangkap laki yang menjana kewangan lebih dari sepatutnya, tapi ko tau ke deep down rintangan dia? Ko ingat senang ke nak jaga laki yang ber’profil’ tinggi ni? Eleh, kalau laki keje bawahan yang biasa2 je,pakai selipar cap asadi je, pastu bawak kete jenama malaysia pun ko tak leh jaga siap laki ko ada 'affair', ni sah2 la dia tu duit berkepok2 sampai tak cukup kaki tangan ko nak kira kan. Ko ingat senang?

Tepuk dada tanya muka. Eh boleh la kot diaplikasikan peribahasa ni. Ko measure sket marion caunter tu dengan muka ko. Ada sama? Ada serupa? Kalau takat hidung pesek, kulit kelam2 romantik gitu, ko ada hati nak imagine diri ko kawen dengan anak uncle naza? Apela salahnya kalau anak uncle naza tu pun nak kat dia. Dia cantik. Bukan ke semua orang inginkan kesempurnaan kat pasangan dia?

Two words : KAU CEMBURU!

Kau cemburu bukan ??? sebab marion tu sok lusa leh walk in masuk je NAZA WORLD nak tukar2 kete setiap hari. Kau cemburu sebab marion tu leh beli henbeg and kasut yang laki kau tak leh beli kan, kau cemburu sebab marion dok rumah cantek, pergi round the world.

Dah tu..gi la cari laki kaya. Kalau lagi desperate, gi cari laki orang yang kaya-raya. Jangan laki I sudey. Tu mau makan tapak tangan I yang jelita nih.

Dah..tok sah nak cemburu. Bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Toksah nak sokseksoksek mengata dia pisau cukur ke, pisau belati ke. Siapa korang nak judge dia?

Tuesday, December 14, 2010

ridiculous-mericulous!

Last two weeks I telah meng’approve’ si polan ni dalam my facebook. Gambar didalam facebook adalah kelihatan wanita yang jenis biasa2 sahaja. Tak la muka serial killer ke apa. But I ni jenis malas nak check lebih lanjut siapakah gerangan si empunya diri. Approve je la kan. no harm pun.


And nak dijadikan cerita malam tadi cik adik yg I approve tu pun meng’chat’ dengan saya. At first I thought she was one of my fren back in matriculation ke, uni ke. Nak buat camna, I selalu ada problem nak recall orang. Sumpah kadang2 tu I boleh langsung tak ingat pape pasal orang tu. sampai level blur. Tak caya tanya wawa. kan wawa kan trajedi di jusco seremban2?

Dah level I takleh recall siapakah gerangan gadis itu, I terus je la tanya, “we went to the same matriculation/same uni ke? I totally cant recall”. And dia cakap, takpun. Hati mula pelik. Eh..i ada peminat mcm lisa surihani ke?

Si polan : do you know xxxx?

Me : oh..kenal. why?

Si polan : he is ur ex kan?

Me : yepp..one of my ex’es.

Ko Nampak tak? Ayat saya berbaur annoying. Perlu ke? Perlu ke tanya pasal my ex? Hey, I tak kenal you apesal sibuk2 nak tanya my ex. Harus la I jawab dengan nada annoying.

Si polan : no wonder.

Me : no wonder ape plak?

Eh dia ingat I ni penyanyi kumpulan wonder girls ke nak ber’wonder’ bagai.

Si polan : hihihi..He talked lots bout u.

Me : oh really? Hopefully those good things je la.

Si polan : hihihi..most likely good things la.

Me : oh..good to hear that.

Si polan : apa perasaan you dekat dia sekarang?

Me : urm? I’m married. So definitely I had zero feeling to any of my ex.

Ok! serious I tak tau nak cakap bagaimana lagi. Dia ni memang hilang common sense ke? Dah aku ni kahwin. Dah terang lagi bersuluh status fesbuk adalah married. Siap gambaq pegang tangan dengan soami. Cuma takde buh gambaq di ranjang dengan soami i je lagi takut masuk mahkamah cam peter porn. Pastu perlu ke tanya soalan cepu emas nak penampar siam cenggitu?

Si polan : you know. Sekarang org dah kahwin pun boleh ada affair. Maybe just a friend ke.

Me : nope.. I wasn’t one of those in the statistic. Alhamdulillah dan mintak dijauhkan. And I don’t think I had time to think about it pun. Plus, I had hundreds of friend lagi, so without him as my friend should not bagi apa2 impact in my life

Si polan : but deep down, do you still miss him?

Me: opsss..sorry. all the miss thing dah fully book by my hubby. Deep down ke deep up ke. Fully reserve.

Si polan : so your hubby must be one lucky guy kan.

Me : ahahaha…sure. We were meant for each other. Napa perlu tengok yang lain.

Si polan : but your husband tu duduk jauh kan. as far as I knew la. Anything can happen kan? you pun boleh cari lain.

Me: I don’t have too because i rasa my life dah cukup complete and kenapa nak complicated kan keadaan. And for him, if he choose to be in that position, that his call. Pepandai la dia jawab kat akhirat nanti.

Okay fine! I dah level macam ape kes tanya aku soalan mintak di tonyoh pipi ni. Dah malas nak layan. Macam pergi memasak spagethi kat dapur lagi bagus.

Kekadang i rasa manusia ni sangat ridiculous. Menanyakan soalan ridiculous mcm tak pernah masuk tadika. Saya dah kahwin hokay. Kahwin! Besar kot maknanya dalam hidup ni. Perlu ke mention pasal ex’es I bagai. Oh no! kalau ex I brad pitt sekalipun, ada aku heran? Dah nama pun ex,kisah lama. Perlu ke ko nak sibuk2 tanya pasal dia? Excuse me, laki i lagi hebat ok. Laki i lagi far far more better ok. laki I lagi howwwt ok. eh sukati la. Laki i kot nak kata howt ke cool. Dan tidak nye la i nak regret sebesar zarah pun.

I wasnt sure who is 'si polan' ni kepada 'dia' but.... yeay i had removed her from the friend list. Nyah ko! I don’t need insan2 yang tak berkembang otak dalam facebook i. and those out there, tolongla kembangkan otak tak sebesar belon pun tak pa at least tanya la orang dengan realistic sket. Dalam hati dan menyumpah si polan berkilo-kilo dah. Nasib tuhan tak buat kalau orang tu nyumpah kita bahu kita berat. Else dah berderai dah badan dia dok ngankut sumpahan i.

Monday, December 13, 2010

sedikit hapdet dari i!

1) Interview


Nope.. I don’t want to talk about it in details. It’s really heart wrenching momento. Serious tak tipu. Little that I knew the position I applied is actually out of my league. Ko percaya tak? Out of my league ok! It’s for GLOBAL. Ulang suara, for GLOBAL. Which u need to work at odds hour to be specific following US time, pastu in charge other site as well. Damn u! I just in charge for local site. Camno den nak jaga all sites. They never write this requirement in details. Makhluk asing sungguh! And the moment the interviewer mention about the global bla..bla..travel bla..bla..working hour bla..bla.. I’m speechless. First and foremost, I knew this somehow out of my league and beyond my working experience or capability. Sila nyanyi lagu berhenti berharap sekarang jugak! Oh..by the way the company interior sangat cantek and its just like less than 8km from our future house. Ngeh! I hate you!



2) Training vs running shoe!

My dept will be having the team building in 2 weeks time. Pastu baru la I sibuk2 cari my running shuz. Oh! The nike shuz dh sepoil. Dah sethn lebih tak pakai maka urat2 kasut tersebut telah kejang. Pastu kalau pakai macam sangat menunggu masa untuk terburai. Lumrah la tu aku sepasang kasut sukan. Lepas lama tak pakai dah jadi rapuh. Dan tuan kasut sangat sungguh rajin bersukan. Nampak sangat dah setahun tak bersukan or menyarung kasut sukan. And I’m torn between nak beli running shoe or training shoe. Haizz… both Nampak similar tapi tak sama. And those shoes I fancied sure rege dkt rm400. Dh diam sekarang gak! Takat nak pakai 2-3 jam time time building pastu simpan buat jeruk mangga kat dalam kotak kasut, pastu team building tahun depa (kalau ada) baru keluarkan balik agak2 berbaloi tak? Suami cakap, “ala..beli je kasut bata, takpun pakai kasut I je.” Heh..sungguh tak supportive!



3) Job..job..job..

Still hunting tapi sangat selective. Itu normal. Sangat macam saya! Mahu pekerjaan tapi memilih. Kerana mahu kampeni yang famous amos, mempunyai bangunan yg cantek, serta boss yang hensem. Ahahhaha.. *hampeh*



4) Duhet di mana kau duhet!

Harus berjimat cermat. In feb kena beli dua hadiah. Anniversary dan bday suami. Eh, kalau I bagi u kasih sayang tak terhingga u accept tak sayang? And saving for trip and the rumah things. Ko tahu, gaji I hanya sebyk mana bulu hidung ni. Kiranya tak seberapa sebab I soka korek idung, so bulu2 dah habis luruh. Tapi keinginannya adalah sebanyak bulu dada mamak tebar roti canai tu. Yang ala2 rainforest, kutu boleh hilang direction gitu. Eh suami, kalau kita buat laminated flooring tu cantek kan? tapi kalau kita boleh bayar dengan bulu ketiak I yg tak seberapa ni mesti lagi best kan? argh! Money often costs too much.



5) Perkahwinan

Perkahwinan adalah sangat menggembirakan dan mensempurnakan. Hamik ko! BM tahap petala ke lapan. Sumpah tak tipu! Kalau I tahu perkahwinan adalah begini best pasti lepas baligh umor 12tahun tempoh hari dah mintak nak kawen dengan soami saya. Eh, suami, u dah setart mimpi basah tak time tu? *lagi mau tanya*. Alhamdulillah, he was meant for me. kalau I kawen dengan lelaki lain tak pasti bagaimana keadaan fizikal saya. Sure dah lebam2 bijik mata,bibir pecah or mulut herot. Demand mcm princess pastu hangin2 sepoi bahasa tak boleh predict. Pastu suke kensel last minit plan weekend activities yg dibuat suami tapi masih gak mintak suami wat plan for the weekend activities setiap minggu. Hampeh sungguh bini hang ni hafiz.



6) My angah dah dewasa!

And finally, news yg ditunggu oleh kaum kerabat saya. My angah dah dewasa. Not he just baligh..dh lebih dahulu baligh dr i,but he will be getting engaged in soon! Double yeayyyy! Mama sungguh teruja. Oh! Dah besar anak mak ni ha. Ye lah…dah umo 31 tahun kalau tak reti2 nak kawen lagi I nak gak hantar dia jumpa pakar kan.manala tau one in a million genetic terpilih tak leh kawen. Saya juga amat teruja. Tengah mencongak2 nak buat baju bagaimna. Macam I plak yang nak tunang.

Thursday, December 2, 2010

love pad wishlist#1

Anything to do with the ehem..new house..ehem..sure membuatkan my heart pumping harder than usual.
yeah! the excitement! walhal rumah hanya sebesar reban ayam tapi boleh membuatkan keterujaan sebegini. kalau dapat rumah sebesar rumah pengeluar kosmetik tuh, mau nya jantung terus meletup dalam badan level keterujaan nya kan.

dan kalau i ni kaya raya kompom i dh hire abg rizalman tuh. tapi nak wat camna, i kaya kasih sayang je T_____T

the new house wish list :


1) Breakfast nook. ahhh...i love this. table for two in the kitchen. yep! must be round since i'm not into bar table type. cam romantic la plak leh breakfast berdua-an didapur tanpa perlu mengkotorkan meja makan kat dining area. 
2) round mirror. nampak mirror cenggini sebijik kat rumah Giulliana bini si Bill Racic tu. lawo nye! mane nak rembat kat Mesia ni? perlu ke i order dari obersi mirror ni? kalau mirror ni leh cakap macam mirror mak tiri snow white tu berbaloi la nak beli kat obersi kan.
3) Fireplace mantel. ko jangan tanya napa la si kiah ni nak fireplace padahal Mesia ni dah panas ala-ala matahari dah. found this at apartmenttheraphy. dia bleh bubuh tv dia dalam fireplace. ohhh! saya mahu. ehem, suami, apa kata anda?
4) coffee table. mahu seperti ini. which is 70% mcm mama punya. tapi mama punya lagi santek! last weekend pergi kedai yang mama beli coffee table dia, tapi dia cakap dah tak order dah yang itu T____T. yang ni pun ok gak kan? masalahnya, tak jumpa pun kat Macy cenggini.
5) frame oh frame. tak yah cakap banyak. frame yang sebegini amat cantek bila disusun. pastu nak cari mana gambar yg mengikut sequence sebegini?
6) bird cage! sungguh santek dan fancy. aritu dah start survey2 dah. tapi tak jumpa birdcage yg square. jumpa semua yg stok bolat2 je. kat ne yg square ni ada ek?

and above all, berangan itu indah.
dan berangan yang boleh membotakkan kepala suami lebih indah.
ehem.. mau kena buat 2yrs plan nak mentunaikan wish list ni.

and last weekend.
telah berjaya merembat sofa dan meja makan baru.
double yeay! now kena fikir dengan lebih gigih bagaimana mahu get rid dengan meja makan yg sedia ada. ahahhaha.. orang tamak salu untung =))
err..tang sofa tu, yang pasti bukan chesterfield. chest pun idok. hanya biasa2 saja kerana saya lebih menyayangi RM13k dr di spent pada aku sebuah kerusi.


Monday, November 29, 2010

telaga madu.

Ehem..


I’ll be going for the job interview next week.

The 3rd interview for the third job sepanjang hidup saya.

But this time around saya sangat nervous breakdown sampai rasa nak muntah. Mcm kalau pikir je pasal the job rasa nak loya. Pastu tangan shaking even nak apply leave on that day. did i already had the parkinson deceased?

Pernah tak korang jumpa orang yg sgt desperate mencari kerja tetapi masih cerewet?

- I tak nak that company. Sbb it was run like a China style company or japan style company.

- That company? Err..i heard bonus dia ciput. Kampeni kedekut. Tisu kat tandas pun kne bwk sendiri.

- Ooo..that one.. mcm tak best je coz their staff pun lari to my ex-company.

Ye..ye..saya tahu. Saya sentiasa bercita-cita besar. Mahu company yg well..ko sebut sekali mak bedah dah tahu. Dan soalan lazim mak bedah adalah “ooo..operator kat situ ye?” T_____T. kalau pompuan keje kilang je operator. Kilang je operator. Pernah tak mak bedah terpikir saya barangkali General Manager di situ? Oh..saya sedih mak bedah!

Dan bukan sahaja setakat nervous breakdown, saya mula membuat list those unnecessary things to do but it’s a must seperti :

1) I should do some shopping for new cloth! Mcm baru ada kompiden nk pergi. *bila savings nak banyak berjuta begini?*

2) I should do new haircut. Padahal saya pakai tudung kot. Apa kaitan dengan rambut?

3) New shuz. Supaya lebih anggun bila berjalan. Ni wajib kan?

Ohh..but deep down, saya pasti akan berat hati meninggalkan company ini. My boss extremely nice and so does my colleague T___T

Pls help to pray real hard so that I’ll get the job!!!

Friday, November 26, 2010

Mari membuat ketupat!!

Kawan-kawan, hari ini saya nak ajar membuat ketupat.


Kahkahkah..ada hati bukan? Nak buat nasi lemak pun nasi lemak boleh bertukar menjadi pulut santan. Konon-konon nak ajar orang. Nak buat macam mana, I ada magic. *tinggg!!! Bertukarlah kau nasi lemak kepada pulut santan*. Dan at the same time menukarkan periuk nasik yang di beli suami di awal perkahwinan menjadi debris and ashes. Kau Nampak? Sekali buat nasik lemak terus meletup periuk tu. Eh! Periuk nasik I bukan cap AH BENG. Tapi disebabkan keganasan melampau untuk mengacau santan supaya sekata telah menyebabkan power cord yang attached dekat periuk tu terburai. Hairan bin ajaib bukan? Dah..jangan banyak tanya. Anggap saja saya ni ada power macam Mona Fendy. Muahahhaha….

Berbalik kepada tajuk ketupat saya, nak dijadikan cerita few week back, akak kepada ayahanda yakni ,makcik saya telah meninggal dunia. Tak yah cakap banyak, dah ajal dia la kan nak wat camna. Meninggal sebab sakit tua. Sungguh tak tipu! Memang dah tua pun. She is dad’s eldest sister. And my dad adalah the youngest dari bape belas adik beradik entah tak ingat. Wahhahaha…saya memang dahsyat. Kau jangan tanya kenapa tak ingat. Setelah discount dan deduction disebabkan kematian sakit tua, kemalangan dan yang pasti ajal mereka, adik beradik my dad tinggal la 9 orang kesemuanya seperti bola dragon ball. And korang imagine je la ayah saya yang usia 58thn tu paling muda you! Dah tu imagine la yang atas2. Semua dah level2 nenek korang kot. Dan arwah makcik saya yang baru meninggal ni umo dia dah cecah 85tahun. Uish..panjang umor dia. Cicit dia dah brape belas dah.

Since arwah makcik saya ni meninggal dipagi jumaat yang hening (Alhamdulillah! Lepas seksa kubur kan), dan hubby pun baru sampai dari North, we all bercadang pergi lambat sket. Driver den ngantok dah tu takkan nak redah je kot. I ni dah la jalan nak balik kampong sendiri pun tak ingat. Nasib aritu bawak laki balik kampung raya,terer jugak la laki saya tu cari umah arwah makcik i.

And by the time kiteorang sampai, dieorang dah nak kembumikan. Takpela kan, kalau I sampai awal pun bukannya I reti nak kapankan. Yang penting niat nak menziarahi dan doa la kot.

Acara seterusnya dirumah arwah adalah sesi bercerita dan mencerita. Yela, I ni kalau tak raya tak Nampak la kot batang idung yang tak berapa nak mancung ni. So berjumpa lah I dengan makcik2 di kampong, sepupu yang semuanya sama umo dengan mak den, dan anak2 buah yang kebanyakkan nya masih tua dari i. yolah, time ayah saya lahir, adik beradik dia yang lain dah kawen dan anak berderet dah. Nak wat camna,tanpa Viagra orang dulu2 tetap hebat. Syabas atok!

Waktu orang dah mula balik sebab nak masak tengahari untuk suami dieorang, saya ngan mama masih lagi duduk2 kat situ. Segan pulak nak balik awal. Dah la datang lambat, jarang balik kampung pulak tu, nasib tak kena sumpah jadi tenggang je dek pakcik makcik terpaksa la sopan santun duduk kat situ.

Al-kisahnya, datang la pulak satu makcik ni duduk dekat mama dan saya.

Serious saya tak pernah jumpa pun makcik ni. Err..sapa pulak la makcik ni. Kompius! Yang pasti, makcik ni kenal mama.

Berborak la mereka berdua sambil I dengarkan sajoo.

Makcik tu mula-mula cerita pasal si polan bin si polan tu nak kahwin kan anak dia.ada jemput kau? Bla..bla..

Dan tibalah makcik tu nak cerita pasal kehebatan anak-anak dia.

“anak aku yang sorang tu..tengah belajar kat Politeknik XXXX. Amik kejuruteraan..kau tau la sekarang nak buat kejuruteraan bukan senang. Bukan calang-calang budak boleh ambik.bla..bla..bla..”

“anak aku tu..dah berapa kali dah dekan. Nanti senang tak payah bayar ptptn. Sem ni dia kata susah sangat mak..yelah kan, kejuruteraan mana ada senang…bla.bla..blaa..“

“lepas tu, anak aku tu wakil poli dia pergi bla..bla..bla….”

Omak den?

“ooo…yeke?”

“ha`ah..engineering memang susah”

“oh..bagus la dapat dekan”

"ooo..banyak pengalaman dia nanti...“

Sungguh banyak Oooo..tapi saya perasan, mama tak berapa nak 'feel' je bercerita dengan makcik yang anak dia hebat nak mampus ni.

Saya yang duk kat tepi tu berbulu gak la dengar. Perlu ke makcik nak gebang pasal kehebatan anak makcik? Perlu ke? Perlu ke?

1st : kalau anak makcik amik medic ke..amik phd sampai nak crack kepala otak belajar tu saya respek giler la sebab sah-sah tu semua up dari level i ni. Tapi... dah malas cakap!!

2nd : makcik kalau nak gebang anak makcik, tengok la dengan siapa makcik nak gebangkan. Kalau makcik nak gebang dengan orang kampung makcik barangkali mereka akan ternganga mulut sampai crammed kot dengar cerita kehebatan anak makcik. Tapi saya? eh sorilah nak kagum. Kang saya gebang tak yah pergi jauh, gebang pasal diri sendiri pun cukuplah. *Kahkahkah...pekerja kelas bawahan Cuma.takpe, i tambah ajinomoto la dalam gebangan i nanti*

3rd : makcik, dalam donia ni, bukan anak makcik sorang je belajar. Kalau takat belajar ish malas nak sebut, yang makcik nak banggakan sangat, dah tu orang yang ada anak belajo kat obersi tu, nak bangga sampai kena pecah dada ke makcik?

4th : nasib la mak haku tak gebang pasal anak dia plak. Kalau mak haku jenis tak mau kalah, gebang pasal akak aku belajar kat Kutub Utara, abang aku bawak kapal angkasa NASA, abang aku sorang lagi tu bawak kapal selam rusia, agak2 mengucap panjang tak makcik tu? Saya? Mama hanya perlu gebang “yang ni dia gatai sangat. Baru kerja je dah nak kawen. Nak buat macam mana. Tak nak bagi kang nangis guling2 hentak kaki sampai berlubang tanah”. Ahahha..itu sudah mencukupi. Tak perlu la gebang anak mu ini time belajar pemalas, tapi dapat la juga degree sah bukan la master express seperti penyanyi mesia tu kan. Pastu kerja pun malas. Takat jadi minah kilang boleh la kan.

Being me yang super curious dengan that what the ***** punya makcik ni, masuk je kete nak balik, i terus tanya mama.

“ma, sapa makcik tu. Lain macam je. Tak kuasa nak dengar citer anak dia tuh”

Mama den sonyum-sonyum.. “dia la dulu tangkap cintan dengan ayah awak. Pastu mama kahwin dengan ayah. Dia lambat gak kahwin lepas tu. Tu yang anak dia muda lagi dari korang”



Makcik, apakah motif makcik?

Nak bagitau mak saya dan saya ke bahawa walaupun aku tak dapat laki kau, anak-anak aku hebat kau tahu? Ada ke kiteorang kisah? Ada ke mak saya nak nangis2 nyesal kawen dengan bapak saya pasal anak dia tak sehebat anak makcik?

Sedarlah makcik, tak perlu nak bangga2 dengan kejayaan anak. Kejayaan tu semua sementara, makcik patut bangga kalau makcik dah tua esok lusa ada anak masih sudi jaga. Bila makcik dah meninggal esok, anak-anak tak putus2 doakan makcik. Itu bagi saya adalah kejayaan sebenar ibubapa dalam mendidik2 anak2.



p.s: ayah, mesti you muda2 dulu ensemkan? Sampai ada makcik head over heels gitu. Oh incik saijan!

Monday, November 22, 2010

My car had fully recovered. Alhamdulillah Anak mak dah sihat dah!


Cuma tinggal scar2 atau luka2 kecil di bahagian hadapan masih ada. Nak buat cmno, dia langgar belakang je T____T . The workshop is super fast. Anta arini esok dah boleh amik. And its good as brand new car (dari belakang la). Ntah2 itu apek ada kuasa magic mcm david copperfield kot kan.

And yep, to cik-adik-you-lebih-tua-dari-I, thanks again kerana sangat bertanggungjawab. So proud dengan org mcm ni. Admit kesilapan sendiri and bertanggungjawab with what had happen. Walaupun you cium bontot kete I dan skarang telah ternoda, tapi I masih boleh senyum-menyum.

Take it in positive manner. Yela, at least luka2 sebelum ni yg den sendiri buat dapat dipulihkan secara pencuma. Ahahha.. and misal la kata cik-adik-you-lebih-tua-dari-I tak cium bontot my car, and maybe that time I dah sampai highway and ntah2 accident ape lagi ntah plak menunggu I bukan? Ntah2 lagi dahsyat. Tetiba plak teringat final destination punya citer. Ahahha..pengaruh tv sungguh!

And yeay lagi! Loan rumah sudah di ‘approve’. Bukan satu bank tapi dua bank. Ahahah..tu la ko tamak! Now had to choose between these two banks which can offer better BLR (rate). And even ada drawback time nak apply loan since I just 24-years-old aritu, tapi with this 24-years-old punya umoq la I dpt membuat loan period secara maximum. Tak main la takat 30-35yrs, mine can up to 40yrs+. Ohh! Sangat bangga menjadi muda. Kembang kuncup sket idung.

Just signed the sales & purchased agreement last weekend. Another step closer nak balik north balik =))

By the way, this house takde la besaqq or gempak mana. Just a condo unit, without laman rumah sebesar alam yg membolehkan tanam pokok ceri ke, pokok kayu balak kat tepi rumah. It is a corner lot condo unit yg slightly smaller compare size of landed terrace house, tapi its much bigger compare to other unit tengah at this condo. It’s located at the penang mainland and yep the house is ready to move in =)). Den tak mampu nak beli rumah kat penang island. Condo ciput pun dah dekat half-million. Kang kami laki bini makan pasir tiap2 hari sebab dah bayar rumah monthly ribu riban.plus, the house we bought ni dekat ya amek dengan penang bridge and less than 5mins nak ke ferry terminal. It’s very convenience place. Dekat dengan penang megamall, ssf, sunway carnival mall and segala mak nikam yang ada kat mainland. So nanti boleh la merambu dengan lebih kerap kan sayang? Errr...Why penang? Obviously, being me yg super gedik tak mahu alamat rumah den beralamat KULIM,KEDAH la sebenonye. Walaupun kalau kat kulim leh dapat semi-d with 4 bilik tidoq with the price of this condo. Nak wat cmne, suami harus pasrah dengan kegedikan isteri. Plus, i havent decide to work at penang mainland or penang island or maybe kulim. So this area amat la strategic gerangannya.

Menemui chesterfield idaman di American Accent. Ahhaha…sila shadap sekarang jugak! Setelah 40% discount harganya masih nge’top’. Rm13k after discount. baiklah! Sampai di sini saja kisah cinta kita. Jumpa dalam mimpi je la ya. Ini kena tunggu suami berstatus manager barangkali baru mampu T___T




Dan juga meja makan ini merupakan meja makan idaman. Ia bulat, ia comel, ia anggun. Tapi….



Ia MAHAL nak mampus. Boleh bikin mampus suami kalau isteri masih mahu memilikinya. Rm10k selepas 20% off. Umang aihhhh! macam2 kot boleh dapat dgn rm10k tu kan?
Arghhh! Kenapa la mata ni jahat. Bila lawa or berkenan kat hati je rege pasti bikin botak kepala suami. Pastu nak kne enroll suami kat Yun Nam hair care plak lepas tu sebab asyik luruh rambut beli furniture rumah T_____T

And thanks to puan habibah kerana sudi meneman dan menghasut anakanda mu ini. Did I ever mention my mom is the best shopping advisor? She will point at rm13k chesterfield instead of rm10k chesterfield as “yang ni baru cantik” or “yang ini baru sedap”. She will give all the unnecessary and necessary comment yang sometime korang nak dengar or sometime korang harap korang tak dengar.

“eh…cabinet tv ni lawa la adik. Worth it la beli. After discount baru empat hibu”

*padahal I don’t need one since dah ada*

“eh, this console table cantik kan?”

*err..the console table almost dua hibu setengah*

Kalau mereka yang bekerja oil and gas ke, or stok gaji seploh hibu keatas tu takpe la nak beli kot. Kalau level gaji cukup2 makan je tiap bulan and nak bayar rumah pun masih ketar lutut mcm saya ni, sila la berhenti berharap T_____T.

And dear mama, boleh tak bagi adik your coffee table? Your coffee table sangat ENSEM.

Thursday, November 18, 2010

kereta kecil ku berbunyi..DANGGGG!!!

dah... hari ini adalah sangat tak best.
setelah sehari bersuka ria beraya haji walaupun tanpa suami di sisi (ahahha..keji sungguh ko!), pagi2 tadi on my way balik seremban untuk ke tempat kerja dengan hati separuh rela, kereta telah di cium dari belakang.
nak wat cmne. myvi bontot besar dan tongek. dah tu Savvy itu barangkali sangat geram dan terbayang2 kelucahan melampau dengan myvi saya.
terus cium tanpa bagi salam.
yang pasti terang lagi bersuluh dia la silap sebab kat traffic light yang ko pi sodok kete aku apehal.
time lepas kena sodok rasa nak nangis berguling2 tepi jalan raya je.
tapi risau plak orang ingat saya meroyan plak.

"akak..saya mintak maaf sangat2. saya tak perasan akak berhenti"

1st : what the hell ko panggil aku akak? ko lagi tua dari aku panggil aku akak? punyala aku comel2 pakai baju ala baby doll gown ni ko panggil aku akak? sekilas ikan di sungai i dh kompom tahu dia lagi tua hokay. fine! i memang nampak tua T_____T
2nd : ko tak perasan aku berhenti? traffic light ngok. simpang ngok! mana cikgu sekolah memandu yang ajo ko merah tandanya jalan? hijau tandanya berhenti?

being yang obviously nice padahal dalam hati rasa meruap macam lava gunung merapi yang meletus dah, i just give her muka-yang-aku-tak-kuasa-nak-layan. fine!

"ni nak settel macam mana?"
"saya bayar kak"

since its still early in the morning, baru pukul 6.20am and masih gelap2 sepi and jalan tu pun takde reserve jalan since dieorg tengah korek2 tepi jalan macam konon2 nak besarkan jadi lapan lane saya just amik gambar ic dia and handphone dia.

"eh, u duduk kat andalas eh"
"ha`ah kak..andalas"

eh damn u! panggil i akak lagi. ada hati! sah2 ko tua dari aku *lepas i tengok ic dia*

pastu dia kata tak yah la wat report and saya or dia akan roger balik.

you know how traumatized i am? nak sambung perjalanan lagi sejam ke seremban dengan kaki ketar2, tangan shaking, aircond letak kat no.1 pun leh rasa mcm duduk eskimo ok. rasa mcm nak kena hypothermia ok. sampai nak bayar tol pun tangan menggeletar lagi. mesti bro ensem toll gate tu ingat i ada parkinson. T____T turun saham!

after i roger itu 'cik adik yg konon lagi muda', dia kata dia akan bayar tapi have to send to workshop in klang.

what the hell kuasa lapan juta kali ganda.

1st : ko ingat seremban ke klang tu dekat? 98km one way to be precised ok.
2nd : ko ingat aku ni ada cuti banyak ke nak suka suki balik klang? dah la penat i save my cuti for the ho chi minh trip, kang takde cuti terpaksa la laki i pergi bersama 2 anak dara itu nanti! oh noooo!
3rd :  eh, skrang ni ko yang langgar aku ke aku yg langgar ko? sapa patut ikut cakap sapa nih?

at first i thought the damage wasnt that bad. so i drove off to perodua time lunch tadi. tengok2 kan how much the damage itu 'cik adik yg konon lagi muda padahal 4 tahun lagi tua dari i' kena bayar.
nah amik ko! dekat rm1,200. kemek itu kemek ini. tukar bumper. cat balik boot. sensor rosak kena tukar.
terkedu la plak dengor!

bottom line, being me yang again superb nice, terpaksa rela la balik klang balik petang ni *leh tak nak claim itu perempuan my petrol and toll?*, else dia tak nak repair lagi den susah.
sobsobsob..terpaksa la pinjam kereta ayahanda. eee..tak best tul la kete ayahanda. i tak suka kete2 bersize besar walaupun besar sedikit. kerana bukan sahaja payah nak parking malahan tidak ranggi. eh kompom org ingat i beranak 5 sbb bawak kereta sungguh ke 'family-an'.

boleh tak kalau bawak kereta, kalau nak sangat langgar gi la langgar tembok ke apa? boleh tak jangan nyusahkan orang lain yang tak pasal2 kena amik cuti? ko paham tak cuti den hanya 12 hari setahun. setahun ok..bukan sebulan. pastu sekarang hanya tinggal 2 hari. argh! pastu nak kena bayar toll lagi..minyak lagi...pastu penat den nak drive while lutut gigil2 lagi.

malas nak tempek gambar kecederaan punggung myvi ku yang sexy tuh. kang orang amik no plat beli no.pastu dia menang boleh beli rumah kat planet marikh cemburu plak saya!

yang ikhlas-tulus-mulus-dari-insan-teraniaya.

Monday, November 15, 2010

Its been awhile I tidak meng’hapdet’ belog. Alasan paling sentiasa di guna pakai adalah busy. Padahal, busy up to what pun I still tak pasti T____T.


Minggu ini adalah minggu bermula cotii skolah. Memang la I takde anak yg bersekolah, tapi cotii skolah sentiasa memberi impak pada saya. Sebab bila cotii skolah kompom opis mate semua berduyun2 cuti. Fine! Saya yg takde anak ni la kena gigih bekerja dan meng’cover’ semasa ketiadaan mereka. Amoi depan my desk ni dah ke hong kong di hari semalam. Apek sebelah ni pulah sudah ke Taiwan. Dah tu bos nak ke umrah in another two weeks time. Dh la pergi lama kot. Then amoi sorang lagi dh reserve last week of dec tuh nak gi Koh Samui. Mcm semua org berebut2 nak hamik cuti. Dah tu saya? Saddap ko aimi, takde cuti duduk diam2 je. T____T

But above all, cuti terbaik adalah cuti dihari weekend duduk berdua dengan suami di dalam rumah. Ok, ayat penyedap hati. Kang suami bagi tazkirah pasal being zuhud, berjimat cermat nescaya savings account kami mencecah billion ringgit pastu boleh beli rumah di Bulan atau di Marikh sambil ditemani bintang twinkle-twinkle-little-star. Mimpi!

Life had been wonderful to us. We found the nice ‘love pad’. The perfect size for our ‘little family’ and I just can’t wait to called it ‘the little place of us’. The loan is ongoing and yet to be approved. Blame my 24yrs old age. Since it wasn’t a joint loan, the bank had a little doubt (I guess) in approving my loan. Will blog about it in more details later. Lepas semua loan dah approve. Kahkahkah..kang tak dapat buek malu den jo.

I haven’t landed in any job yet. Blergh! Bila nak balik utara ni? Nak duduk berdua dengan suami. And do lots of ‘babies in making’ ahahhaha…oh! Belog ini sudah menjadi belog yang kedengaran agak porno disini. Eh lupa! Setelah 9 bulan kawen baru la saya men’sampai’ seru untuk membuat kad perakuan nikah. Saja je buat lambat2, baru feeling pengantin baru lagi. Kahkahkah… sungguh meluat!



Me : yang..boleh tak I berenti keje and duduk rumah je. Malas la nak cari kerja


Hubby : boleh. Tapi nanti rumah tu kita beli furniture cavenzi je. Takyah la beli sofa chesterfield u.

Erkk! Ok, langsung tak leh nakk accept part ni. Chesterfield is always my faberet. Mne boleh di tukar ganti. Demi chesterfield tercinta saya sanggup bekerja dalam keterpaksaan T____T.

Chesterfield will cost a big hole in our pocket. Just the three seater and not even the complete set of sofa will cost us nearly rm8k. dah diam! Sila berhenti bermimpi. Tapi tanpa chesterfield nescaya hall tidak akan berseri! Percayalah. Chesterfield yg gagah serta mempunyai badan yg berketak2 kelihatan amat hensem sekali. Kulit chesterfield yg berkilat2 ni remind me a lot of Malik Noor punya badan time angkat berat. Berkilat tuh! Ditambah pulak dengan warna ox blood, sungguh sempurna!





Ada anyone tahu mana nak cari chesterfield nih dengan harga yg lebih berbaloi? In another word, yang lebih murah!!! Tapi mak tak nak yg kulit tipu2. Kahkahkah..dah la takde duhet pastu mahu berlagak taknak kulit tipu2. Sungguh kurang sopan!









enuf said! living hall mereka sungguh gojes!
 
p/s: buzz, happy 24th bday!
p p/s : naydee, gud luck in job hunting.
 
p p p/s : azue yg gorjes. this entry is for you!

Monday, October 25, 2010

saya mau pekerjaaan buk!!!

isteri tanpa suami di sisi adalah... sepi.
eh, bukan cerita sepi itu. tetapi perasaan yang sangat sepi.

ayahanda dan bonda mertua telah selamat berlepas ke tanah suci utk mengerjakan haji.
Time my parent perform haji 5 yrs back, saya tak berkesempatan nak hantar dieorg.
just a phone call before they depart. At that time i was doing matriculation in north and knowing her little girl is always a crying baby, mama tak bagi i balik.
and sending off my parent in law at the airport consider my very first experience. siap nangis2 lagi you! err,,,sodih den sodih.
and as menantu yang amat dikasihi, sang menantu telah menitipkan 2 pages list of doa yg diharapkan untuk ibu mertua doakan dari sana. amin! semoga di makbulkan. and the top in the list obviously mencari pekerjaan di north supaya dapat duduk bersama sang suami semula.

actively looking for job sekarang ni. gigih dan gigih. padahal baru je apply 2 job. tapi kira gigih la tu kan? at least ada apply. pastu nak pilih pun mcm sgt selective. ni tak nak tu tak nak. eh mcm sangat choosy. padahal hanya pekerja kelas bawahan sahaja T____T *suami, boleh tak i just jadi bibik you kat rumah?*
dulu headhunter yang call offer the 2nd job, dah tu sekarang ni headhunter tak nak call i lagi ke? call la..call la..

and di hari semalam selepas drive dari sg.petani ke seremban ditemani dengan hujan lebat dan kenderaan yg superb banyak sehingga menyebabkan perjalanan 4 jam menjadi 5.5 jam, my body just cant take it anymore. sangat penat and rasa macam tido dengan keletihan yg melampau sampai rasa tak leh tido.

Wednesday, October 20, 2010

pindah dan lagi?

i loose the bet. bet between my hubby and i.
hubby will not move down to seremban or any place nearby.
they offered him something above our expectation.
pretty sad..but promise are meant to be kept.
good news for him but not so good to me.

yep..ill be moving back, again...to the place like no other, NORTH!
its not that i dont love living at the north. but, its just way too far from my parents and not much furniture shop up to my liking *ahhaha..apekah alasan furniture shop ni?*
plus, ill be missed most of the family events. dh duduk jauh2 takkan nak balik on weekdays night plak kan?
ill be missed most of the weekend at my parent's crib.

but its true, tempat isteri adalah sentiasa di sisi suami.
i should followed Effi's footstep. berada di samping suami tersayang.
err..anyway i yet to find any job in NORTH. hopefully i manage to find one and can paid me as much as they paid my hubby. ahahha... nampak sangat cemburu bukan? but i dont think so la. maybe i just sapu whatever job yang ada. cant be too choosy else tak dapat kerja lagi susah T_____T
pls pray soooo hard for me. semoga saya mudah mendapat kerja seperti mana saya mendapat kerja di dua company sebelum ini. juga, harap2 mendapat gaji yang setidaknya sama dengan gaji sekarang. waaaa! tak mo gaji lagi sket. i pengsan!!!

Monday, October 18, 2010

random yang sungguh mendem

  • i'm fat. not literally but physically i've gain hundred of pounds in a blink.
  • my pimples is everywhere like nobody business. might due to my stress, laziness, new facial wash or perhaps the meds which i need to consume 4 times a day (and yes..selalu lupa makan).
  • i was impressed with a fren of mine yg baru sahaja berkahwin di hari semalam kerana telah membuat keputusan yg amat drastik utk berpindah ke kuching (kampung halaman sang suaminya). was thinking mayb i shud consider to move back to kulim.
  • and i hate myself when i started to feel annoyed with ppl around me. and something really annoyed happen infront of my dua bijik mata while tengah beratur kat cashier giant. infront of me is a married couple with seorang anak around 5-6yrs old. and there is anther 2 customer in front of them.
anak : mummy, man nak kencing ni.
isteri: abg, bawak la man gi kencing
suami: ala..abg nak bayar ni awak la pergi bawak dia kencing.
isteri : ala..jauh la bang. nak kena keluar bla...bla..bla...( saya malas nak dengar).

few minutes later setelah hanya tinggl satu customer depan dieorg.

anak : man dah tak tahan ni mummy.
isteri : alaa...tahan je la. daddy dah nak bayar dah ni. ni yg mummy malas bawak ngko ni.

ending? the boy terkencing macam niagara falls right infront of me, splashing my favourite flat shoe and yes...didepan cashier. arghhhh!!!!! whats wrong with parent zaman sekarang???? isteri, yg ko nak berdiri terhegeh-hegeh depan cashier tu apa hal. pergi la uruskan anak. takut laki ko ngurat budak cashier tu? suami, ko tu pun bukannya byr pakai credit card. apa la salahnya bagi cash tu kat bini and bawak anak gi kencing. semua nak bini je buat.
Published with Blogger-droid v1.3.5

Tuesday, October 12, 2010

8months down the road...

Alhamdulillah...

its been 8mnths today as we are officially hubby and wifey.
sudah pasti sangat gembira.
i cant even recall when was our last argument. sungguh tak tipu! maybe after months passed by, we are doing great and much much more better dari baru-baru kahwin. biasa la..proses adaption itu sungguh menyeksa jiwa.

marriage wasnt just about the date. kau pilih tarikh se'keramat' mana pun, kalau tak mentally and physically prepared untuk menghadapinya, ko simpan je la cita-cita nak kahwin.
marriage wasnt just about a big grand wedding. oh nooo! ia tidak menjanjikan manisnya perkahwinan korang pun.
marriage wasnt just about having somoeone to secure you financially. kahkahkah..so tipu. ia membabitkan tolak ansur dan kewangan kedua-dua belah pihak. bak kata omak den, "susah senang sesama." jangan plak when poverty knocks at the door, love flies through the window plak. kalau cenggitu baik siap-siap kahwin ngan orang yg ada title Datuk ke, Tan Sri ke...
marriage wasnt just about having a life partner. it is suppose to be with your partner. ko nampak ada beza?

marriage is sooooo beautiful, so dont spoil it because your frens is getting married and you felt ketinggalan atau mahu juga bersaing or your parent said so.

pee eeesss : sedutan dari my nikah photobook. credit to nasirzin. dari segi pemilihan gambar a to z semuanya abg nasir yg buat. sebab both of us sungguh PEMALAS






Wednesday, October 6, 2010

Sometimes, I just wonder...how one can be turn out so weird until everyone is looking at him/her with this weird expression and give weird comments/condemn?



Definitely! That’s totally weird.

But the weirdest thing only will be discovered when you are actually doing the weird thing but doesn’t felt weird at all. Kenapakah ayat sangat menterbalik macam kaf lam ya nga nih? Maksudnya disini adalah, bila orang buat kau rasa pelik bin jer, Tapi bila kau macam boleh dimaafkan or macam, ada aku kesahhhh?



Weird# 1.

The guy sat next to me dekat cafeteria tadi hanya makan nasik. I mean, normal kot orang Malaysia makan nasik. But, he really JUST MAKAN NASIK with no lauk as accessories or penyedap makanan. His nasik is TRULY white kau tahu. Sungguh putih dan gebu tanpa sebarang kuah, sayur dan sebagainya.

I looked at his plate for almost 60seconds without blinking. Apekah mamat nih? Nak kata tak mampu dah senior engineer kot. Dah la we all ni makan subsidi. Lauk 3 jenis pun takkan lebih rm3. Mkn chicken chop with blackpepper sauce pun paling mahal kot kat café sebab berharga rm4. Sungguh pelik sampai saya terpelik2 memikirkannya. Eh pelik bin ajaib mamat ni. But selepas beberapa jam berpikir *sebab saya memang lembap kau tahu..*, abes kalau aku makan ayam seketul without nasik tak pelik pulakkan? Ehehhe..kesimpulannya : Sukati dia la nak makan nasik tanpa lauk.



Weird# 2.

Pekerjaan ialah sangat weird. Hanya orang weird sahaja bekerja. Orang yang tidak bekerja adalah normal. Sebab, mereka tidak perlu menyusahkan diri dan meletakkan diri di bawah pressure. Jadi, teruskanlah master ke phd. Atau teruskanlah degree ke master kalian. Sejujurnya, belajar lebih menseronokkan. Bekerja umpama bunga tahi ayam. Ia kelihatan berseri2 hanya dari jauh yakni time dapat gaji, tapi bahu tahinya adalah sepanjang masa seperti pressure!



Weird#3.

Saya adalah amat weird apabila berjuta kali bagitau suami mahu resign dari bekerja kerana sudah ketidak tahanan menghadapi hari-hari getir. Oh tidakkkkkkk! Juga sudah berjuta kali mahu memulakan karangan surat berhenti dengan pembukan kata, Menemui insan bernama boss. Tidak jutaan kali itu juga tidak jadi kerana....siapa nak byr kete noks oi? Nak beli itu ini... nak beli bende2 yang tak pernah wujud dlm essentials items. Siapa noks siapa? Andai jadi penyeri rumah tangga dengan sengaja duduk sambil muka berseri-seri ditepi tangga sambil menunggu suami pulang ke rumah, pasti menseronokkan. Kamu tahu, seperti mempunyai kehidupan yang amat hebat. Tapi bila Suami kata, handbag satu cukup, kasut satu cukup...mahu memberontak adalah bersamaan kepala di restu untuk di hentak. I always fainted this morning sebab tak larat sangat nak bekerja. Day and night mengadap lappie buat kerja dengan kuat.



Weird#4.

Saya benci duduk jauh-jauh dengan suami. Tapi kadang-kadang suka. Itu memang pelik! Kadang duduk jauh-jauh rasa membebankan tapi sempat la nak rindu-rinduan.



Sekian,

Yours truly yang amat pelik merapu banyak sebab under high pressure dengan pekerjaan.

Tuesday, October 5, 2010

miserable me.

I haven’t have the right time to jotted down everything yet. All the stupid, funny,hilarious things which happen in my life for the past two weeks.


I was tied up with 2011 road map. my head almost cracked open. Gila kau. Membuat 2011 road map adalah sama dengan commit suicide. Ia seperti commit sesuatu kepada management and dang…ia perlu di’realiti’kan.

My house in such a huge mess and I doest even have time to do the cleaning. ~sigh! Heading home at 7pm, drive thru mcd, have my dinner and walllahhh… kembali ke depan lappie.

Oh god! Pls make this happen so fast until I couldn’t even feel the pain menangani perihal kerja ini.



The other side of my life, hubby and I are busy bee hunting high and low for our house furnitures. Rumah agak padang jarak padang terkukur. Sogan den nak ajak orang dating. Nak beli banyak2 tapi duit tak banyak. I love ONLY solid woods and, damn it can cause a big wide hole in our pocket. Itu la, dr dulu tak mahu berjimat. Padan muka! T_____T. baru sedar how much one need to keep aside before rumah boleh fully furnish.



Received my very 1st starter kits for menjahit beading. The kits consist of jarum menjahit for beadings (baru tahu lain dari jarum jahit biasa), gunting kecik@kacip, and also water erasable pen. Bought it online *of course la*. phew!! Harus mula menjahit,but….akak yg saya mahu beli beads and filigree from tu pergi outstation pulak. So have to wait sampai dia pulang. Agak2 dapat siapkan tak this baju???? I was thinking mcm mana nk jhit beads tu betul2 center? Betul tak senget benget. And nicely aligned? Should I bought the geometry set as well? Eh, teringat geometry set brand mapped yg pakai time form 3 tu. Pengaruh Nadrah la sampai beli Mapped nih. Mana dah hilang ek?



p/s: few attempts untuk mula membaca Nicholas Sparks-The Choice menemui kegagalan. Baru bukak few pages dah syahid.

Wednesday, September 29, 2010

Big, bigger..biggest eyes!

Adakah anda pengguna kanta sentuh atau lebih dikenali sbg contact lens? Yep..saya adalah pengguna kanta sentuh yg tegar. I started to use this CL ever since saya berumur 14tahun. Pengaruh rakan sebaya! Ahahha.. by the way, saya memang rabun yg dahsyat. Mula memakai cermin mata time darjah 4 lagi.



Tapi time tu gedik2 nak rabun kan mata. Kerana merasakan orang yg memakai cermin mata itu sangat cantik dan sophisticated. Padahal time umor 10tahun tu erti sophisticated pun tak tahu kan. tapi tak kira, nak jugak bubuh sophisticated kerana merasakan bijak apabila menggunakan ayat yang panjang ini. Time darjah empat tu saya selalu curik-curik pakai spec ayah. Membayangkan betapa cantiknya saya pakai spec *eh,saya darjah 4 pernah bercita2 nak jadi stewardess ok, tp kalau skrng jadi stewardess nescaya senget la kapal terbang tu.overloaded bawak saya*. pastu saya suka tengok tv dekat2 dan baca buku time gelap2. Bagus ni. Boleh cepat rabun dan cepat pakai spek. Sure nanti pakai spec lawa kalah cindy Crawford *angan2 sahaja*.


And yes… after meningkat puberty atau bahasa melayu sopan nya akhil baligh, saya merasakan diri amat la nerd and naïve apabila memakai spek. Eh bukan nak kata orang yg pakai spek semua nerd. Tak..orang lain Nampak cantik dan gorgeous. Tapi saya juga. Kelihatan seperti Betty di dalam ugly betty tu.


Di atas ke’desperate’an yang melampau dan mahu kelihatan cantik la konon padahal dah pakai tak le se’gorgeous’ mana pun, saya telah pun membeli sepasang CL yg berharga agak mahal ketika tu. Cam dulu2 tak banyak macam sekarang. Yang ada pun satu brand Bausch and lomb tu je tak silap. Dlm rm80 sebulan. Dahla baru form 2 time tu. I penat saving tak nak beli benda merapu untuk mendapatkan CL setiap bulan. Gigih bukan?


Being me yg sangat kuno mengalahkan katak di bawak mangkuk *sebab orang sekarang pakai santan kotak, tempurung susah nak jumpa dah*,saya kureng meminati lens berwarna-warni yang begitu “eh..orang putihnya mata ku”. Throughout the year saya hanya menggunakan lens yang clear water don’t sangka no buaya. Not my liking apabila mengenakan mata berwarna biru pada kulit yang tak berapa nak cerah dan muka tak berapa nak orang putih. Same goes dengan orang berkulit ala-ala sawo matang atau terlebih matang yang mengenakan rambut berwarna bloOOOooOOOnd. Ugh! *malas den nak ngumpat lebih.kang penat nak pergi rumah sorang2 beraya mintak maap*. So moral of the story, saya hanya memakai kanta sentuh warna transparent. Sekian, terima kasih.


Eh, cerita tak abes lagi. belum sampai climax nye pun.


Then, time nak kahwin tempoh hari, terjadi la ke’gedik’an yang tidak asing lagi dengan diri I yg memang gedik ni. yakni mahu menghasilkan mata yang cantik tertawan buat sang suami. Kahkahkah! Tipu je. Bukan suami, tapi pada camera so that gambaq I sangat cantik you *dengan harapan la kan*. saya mahu mata kelihatan sparkling macam diamond *saja nak exaggerate*. Bijik mata hitamku ini tidak begitu besar. Jadi kalau tidak mengenakan contact lens yg boleh melihatkan bijik mata saya lebih besar, maka make up mcm mana sekalipun. Tang mata tu still tak berseri you!



 A week before kahwin, time berjalan hunting for kain nak touch up langsir my bilik pengantin, telah dengan suka hatinya ternampak “Alluring Eyes by Freshkon” kat Focus Point. Umang aiii..inilah yg den carik. Bigger eyes effect and eyes kelihatan twinkling mcm twinkle-twinkle-big-star. Terus la rembat. Tapi SA tu suggest amik kaler brown. Kaler brown dia tak de la brown sgt sampai kau boleh terpearsan menjadi superstar Hollywood. The brown very dark in colour and barely notice yang tu kaler brown.mcm Nampak gelap je. Alluring ni ada 2 kaler je pun. Brown n black. Tapi black dia leh bagi effect very deep black kot. And terus the next daynye pakai. and sampai ke saat ni masih lagi setia pakai brand Freshkon Alluring ni.


 Price : RM70 kat focus point. Tapi found satu kedai spek dekat Qnsbay sebelah Nichii tu jual tak sampai rm60.


Rating : 4 malam tanpa bintang (4 out of 5)


Effect : kelihatan mata sangat bercahaya bak rembulan. Eh series ni, time my big day tu saya sangat2 exhausted. Tau2la kan dengan nak buat all the prep kan. lepas tu mata jadi sangat tak bermaya. The moment I pakai je lens ni, dh la besar biji mata hitam ku, Nampak lebih berseri and segar je tengok.


Do’s : kalau nak pakai time big day, especially those yang tak pakai lens/tak rabun tapi gedik2 mahu membesarkan mata/nak membirukan mata hitammu, its advisable untuk pakai seawal seminggu sebelum big day. Supaya garis2 lingkaran merah pada mata yg bakal memberikan effek Nang Nak atau pun Edward Cullen selepas bertukar menjadi Vampire tidak kelihatan. Salu sangat bile tengok gambar bride bila cameraman focus yang dekat2 dengan erti kata lain sengaja mahu sabotaj pengantin untuk menonjolkan permukaan muka yang tidak rata pasti kelihatan line2 merah kat tepi bijik mata biru ke ungu ke kaler warna warni sang pengantin. Kesian ooo..kalau pasagan pengantin tengok, mesti syak bini dia ada keturunan nang nak atau vampire. So try pakai dari seminggu awal. So bila mata dah use dengan kewujudan lens/jenis lens tersebut, garisan halus merah tu takkan keluar. Also, kalau warna tak kena dengan kulit wajah pun ada lagi chance nak beli warna or jenis lain kan?


Dont’s : dah gedik2 mahu memakai lens, jangan lupa pulak nak cuci dan rendam kannya sebelum tidur. Jangan bawak tidur sekali. Jap lagi mata bengkak besar bola golf sapa nak tolong? Also, pls hangkut sekali CL solutions dlm beg ke mana saja korang pergi, „tuah ayam nampak di kaki, kalau lens tercabut sapa yang tak bertuah?“. Dan juga, pls keep Eye drop for contact lens wearer bersama dengan you all. Ini must have item ni. Kalau dry or rasa tak selese leh drop je ubat nih. The one yg saya beli adalah ‚blink contacts‘.


By the way, banyak lagi brand mata kat muka bumi mesia ni yang boleh bagi mata jadi warna warni and kalah Aishwarya Rai, dan ada lagi yang far far more cheaper yang terjual kat internet. tapi itu semua bergantung ke level sensitipan mata korang. macam mata saya super sensitip belah kanan. kalau pakai brand yang lain2 ni macam leh merah saga je mata ni. i've tried Geolens before. rege dia separuh je rege freshkon ni. but no jodoh la dengan geolens. mata terus je merah and itchy. tries selang 2-3 hari pastu pun masih sama. pada mereka yang leh pakai geolens, anda bertuah!! *nasib my case FOC je sebab my Along belanja. my Along pengguna tegar Geolens ok!*

Ok, part 2 to be continued. Sebab nak kena submit report dulu nih ;P

Selingan 1 :

saya : hubby, you dapat bonuskan bulan ni? so in return i dapat apa?  *dengan harapan hubby nak bagi satu handbag*
hubby : you? you dapat apa? you dapat tengok je la....
T____T sedih den tahu. ingatkan dapat "sharing is caring"... ahhaha..dlm mimpi. tapi takpe kot kalau hubby tak nak share bonus ni. because he wanted to buy new DSLR. next month dia dpt -pulak quarter bonus leh la ngendeng *tak malu betul! dush...dush...*

Selingan 2:
Syawal tak habes lagi, jadi WAJIB letak gambar melantak kuih raya.

 



dan setelah melantak kuih raya perlu lakukan aksi2 akrobatik juga dikenali sebagai tanda protes untuk meneruskan sesi beraya ke rumah seterusnya...


Thursday, September 23, 2010

masak memasak....

Terms didalam masakan selalu membuatkan saya confuse. Bukan sahaja terms, malahan rupa bentuk bahan itu sendiri.




Situasi 1 :

One of the resepi yg saya plan nak cuba require “LADA SULAH” as one of the ingredients.

I was looking high and low dekat tempat rempah ratus di Giant untuk sesuatu yang mempunyai packaging berlabel “LADA SULAH” I have no clue what is this LADA SULAH punya rupa. Should be mcm lada hitam, or maybe mcm jintan kot.

Saya : dik, mana LADA SULAH?


Giant Staff : tu ha… *pointing at lada putih right in front of me*

@#$%^&*!!! The staff sure hell think I must be blind or too dumb or I really cant read!

Apekah? Kenapa lada putih ada dua nama. Sapa yg bg dia dua nama?

Ngoks!!



Situasi 2:

The resepi masak lemak I got from my Angah’s girlfriend require kunyit hidup. Fine! Saya tahu serbuk kunyit dr kocik lagi ok. Mama salu bubuh serbuk kunyit nak goreng ayam or ikan. Tapi kunyit hidup? Err…

Saya : *call hubby* - sayang, kunyit hidup macam mana?


Hubby : *as expected gelak dlu banyak* - you tak tahu ke kunyit hidup mcm mana?


Saya : I rasa mcm tahu tapi now I confused. Kat sini ada byk jenis and tak label satu2. Dia label semua dalam satu board. Ada halia muda,halia tua, kunyit, and lengkuas.


Hubby : kunyit tu mcm halia. Yg kecik sket.


Saya : yela..tapi now ada halia muda and halia tua and lengkuas and kunyit. Macam mana nak tahu?

Pendek kan crita pendek ni, saya mengambil inisiatif utk mengkorek satu2 la semua benda alah ni. Satu kunyit dpt dikesan setelah meninggalkan kesan kuning di tangan. Ahahha.. mungok betul saya ni!

Moral of the story : sila belajar masak sebelum terlambat!

I wasn’t 100% tune in with the office works. Plus, it is end of the quarter and not much thing on going. Funny things happen on last raya when I was thinking about sewing beads on my own. Obviously, hubby akan gelak dahulu. But menghantar baju untuk dijahit beading seems soooo overpriced. Saya tahu, bukan senang nak jahit, but it wasn’t easy for me juga untuk cari duit T______T. browsing internet day and night mencari beads yg berkenan di hati. Oh sungguh mudah! Semua nya di internet bukan. Hope this will turn out well. Sebab mahu pakai ketika kenduri effida else, pakai je la mne2 baju lain.

And… desperately looking for MINI SHOPAHOLIC. Kalau tak jumpa sabtu ni harus terus juga beli online.

Since masih raya, lagi la tempek raya pics.


darina ni pun sama macam wafeeq. suka sangat kalau orang amik gambar dia!





nampak tak? sunguh GEMMMMS.... benci!


sekian, terima kasih!


 

Template Design By:
SkinCorner