Ini adalah kisah sedih. Sangat berdrama air mata kalau baca. So kalau agak-agak jiwa kurang kental, sila jangan meneruskan pembacaan.
Semenjak,dua menjak, tiga menjak berbadan dua, level kemalasan saya amatlah kritikal. Macam nak angkat jari pun pemalas. Sungguh malas sehingga merasakan berbaring di atas katil adalah nikmat yang hakiki. Lepas maghrib kompom tido. Nanti pkl doblas baru bangun untuk isyak. Lepas tu leh terus tido sampai pagi. Champion bukan? Mahu tahu resepi kejayaan? Eh, tak perlu la. Biar ini menjadi resepi saya.
Oleh yang demikian, azam tahun 2010 saya yang mahu pulang awal setiap hari dari kantor telah tercapai. Walaupun azam sedikit expired, tapi at least dia tercapai. Sekarang jam 6pm I dah terpacak kat shoe locker nak tukar kasut pulang ke rumah.
Nak dijadikan cerita sedih semalam I pulang la awal. Baik punya parking kat entrance blok rumah (note: rumah sewa saya adalah berkonsepkan lantai ku bumbung mu). Lenggang kangkung melalui peti-peti surat. “eh,lama tak check mailbox”. So, saya pun keluarkan kunci kereta dari henbeg. Well, kunci peti surat attach dengan kunci kereta. Bukak kunci. Remove surat. Remove sampah sarap catalog giant,tesco. Buang kat tong sampah tepi. Naik tingkat atas.
Well, sehinggalah pukul 9 something baru I dengar bunyi alarm my car. Eh, macam alarm kete aku je tu. Cari-cari kunci kereta. Alamak! Takde. Punggah satu rumah. Tak jumpa.
Lari turun bawah. Kunci dah takde kat peti surat. Alarm kereta dah stop. Ah sudah! Mana kunci kereta I ni?
Mencangguk kat kereta. Godeh-godeh. Naik atas balik amik spare key.
Try bukak. Eh! Tak boleh. Damn! Itu spare key kete laki. Spare key I dekat laki la le gamaknya. Tu la beli kete same jenis sape suruh. Kan dah kompius.
Buat muka nak nangis. Yelah, kang sok pagi bangun kete dah takde camno?
And again, somebody tekan my car alarm. Sangat bloody hell bukan? Padahal I tercongok tepi kete. Durjana sungguh nak main-mainkan i. since alarm bebunyi, lagi la kuat hati I bercakap bahawa kunci kereta I dengan sesorng yang tak berhasrat nak pulangkan kunci tu. Well, kalau berhasrat kompom dia dah Nampak I tercongok kat situ.
Nasib ada jiran yang sungguh berkebolehan tinggi. Jiran datang membantu macam superman je aksinya. Siap call member dia mintak tolong. Godeh-godeh. Kete terbukak. Dia remove my car battery and switch to trigger the ignition. Fuh! Kete I selamat buat sementara waktu. Sementara laki I ngepos kunci kereta. Tapi, lepas dapat kunci pun, still orang yang amik kunci kete I ada access nak masuk kete I. cuak bukan? And to change the whole kunci and alarm system will cost me approximately 2k plus plus. Err…2k ok! Boleh beli stroller baby. Eh tak, stroller baby idaman 3.5k. but at least bleh bayar la more than half bukan? boleh buat bayar separuh normal delivery baby dekat medical centre.
And kalau tak tukar, sampai bila-bila kereta I tak selamat nak dipark di kawasan rumah kalau begitu. Demit!
Temporary solution, tukar kete dengan my abang. Tapi sampai bila? Sampai I pindah rumah? Oh mai!
nak nangis!
nasib ada kawan yang sudi mengambik and anta pergi keje. giler clumsy i ni kan?
Wednesday, October 19, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)