Friday, November 26, 2010

Mari membuat ketupat!!

Kawan-kawan, hari ini saya nak ajar membuat ketupat.


Kahkahkah..ada hati bukan? Nak buat nasi lemak pun nasi lemak boleh bertukar menjadi pulut santan. Konon-konon nak ajar orang. Nak buat macam mana, I ada magic. *tinggg!!! Bertukarlah kau nasi lemak kepada pulut santan*. Dan at the same time menukarkan periuk nasik yang di beli suami di awal perkahwinan menjadi debris and ashes. Kau Nampak? Sekali buat nasik lemak terus meletup periuk tu. Eh! Periuk nasik I bukan cap AH BENG. Tapi disebabkan keganasan melampau untuk mengacau santan supaya sekata telah menyebabkan power cord yang attached dekat periuk tu terburai. Hairan bin ajaib bukan? Dah..jangan banyak tanya. Anggap saja saya ni ada power macam Mona Fendy. Muahahhaha….

Berbalik kepada tajuk ketupat saya, nak dijadikan cerita few week back, akak kepada ayahanda yakni ,makcik saya telah meninggal dunia. Tak yah cakap banyak, dah ajal dia la kan nak wat camna. Meninggal sebab sakit tua. Sungguh tak tipu! Memang dah tua pun. She is dad’s eldest sister. And my dad adalah the youngest dari bape belas adik beradik entah tak ingat. Wahhahaha…saya memang dahsyat. Kau jangan tanya kenapa tak ingat. Setelah discount dan deduction disebabkan kematian sakit tua, kemalangan dan yang pasti ajal mereka, adik beradik my dad tinggal la 9 orang kesemuanya seperti bola dragon ball. And korang imagine je la ayah saya yang usia 58thn tu paling muda you! Dah tu imagine la yang atas2. Semua dah level2 nenek korang kot. Dan arwah makcik saya yang baru meninggal ni umo dia dah cecah 85tahun. Uish..panjang umor dia. Cicit dia dah brape belas dah.

Since arwah makcik saya ni meninggal dipagi jumaat yang hening (Alhamdulillah! Lepas seksa kubur kan), dan hubby pun baru sampai dari North, we all bercadang pergi lambat sket. Driver den ngantok dah tu takkan nak redah je kot. I ni dah la jalan nak balik kampong sendiri pun tak ingat. Nasib aritu bawak laki balik kampung raya,terer jugak la laki saya tu cari umah arwah makcik i.

And by the time kiteorang sampai, dieorang dah nak kembumikan. Takpela kan, kalau I sampai awal pun bukannya I reti nak kapankan. Yang penting niat nak menziarahi dan doa la kot.

Acara seterusnya dirumah arwah adalah sesi bercerita dan mencerita. Yela, I ni kalau tak raya tak Nampak la kot batang idung yang tak berapa nak mancung ni. So berjumpa lah I dengan makcik2 di kampong, sepupu yang semuanya sama umo dengan mak den, dan anak2 buah yang kebanyakkan nya masih tua dari i. yolah, time ayah saya lahir, adik beradik dia yang lain dah kawen dan anak berderet dah. Nak wat camna,tanpa Viagra orang dulu2 tetap hebat. Syabas atok!

Waktu orang dah mula balik sebab nak masak tengahari untuk suami dieorang, saya ngan mama masih lagi duduk2 kat situ. Segan pulak nak balik awal. Dah la datang lambat, jarang balik kampung pulak tu, nasib tak kena sumpah jadi tenggang je dek pakcik makcik terpaksa la sopan santun duduk kat situ.

Al-kisahnya, datang la pulak satu makcik ni duduk dekat mama dan saya.

Serious saya tak pernah jumpa pun makcik ni. Err..sapa pulak la makcik ni. Kompius! Yang pasti, makcik ni kenal mama.

Berborak la mereka berdua sambil I dengarkan sajoo.

Makcik tu mula-mula cerita pasal si polan bin si polan tu nak kahwin kan anak dia.ada jemput kau? Bla..bla..

Dan tibalah makcik tu nak cerita pasal kehebatan anak-anak dia.

“anak aku yang sorang tu..tengah belajar kat Politeknik XXXX. Amik kejuruteraan..kau tau la sekarang nak buat kejuruteraan bukan senang. Bukan calang-calang budak boleh ambik.bla..bla..bla..”

“anak aku tu..dah berapa kali dah dekan. Nanti senang tak payah bayar ptptn. Sem ni dia kata susah sangat mak..yelah kan, kejuruteraan mana ada senang…bla.bla..blaa..“

“lepas tu, anak aku tu wakil poli dia pergi bla..bla..bla….”

Omak den?

“ooo…yeke?”

“ha`ah..engineering memang susah”

“oh..bagus la dapat dekan”

"ooo..banyak pengalaman dia nanti...“

Sungguh banyak Oooo..tapi saya perasan, mama tak berapa nak 'feel' je bercerita dengan makcik yang anak dia hebat nak mampus ni.

Saya yang duk kat tepi tu berbulu gak la dengar. Perlu ke makcik nak gebang pasal kehebatan anak makcik? Perlu ke? Perlu ke?

1st : kalau anak makcik amik medic ke..amik phd sampai nak crack kepala otak belajar tu saya respek giler la sebab sah-sah tu semua up dari level i ni. Tapi... dah malas cakap!!

2nd : makcik kalau nak gebang anak makcik, tengok la dengan siapa makcik nak gebangkan. Kalau makcik nak gebang dengan orang kampung makcik barangkali mereka akan ternganga mulut sampai crammed kot dengar cerita kehebatan anak makcik. Tapi saya? eh sorilah nak kagum. Kang saya gebang tak yah pergi jauh, gebang pasal diri sendiri pun cukuplah. *Kahkahkah...pekerja kelas bawahan Cuma.takpe, i tambah ajinomoto la dalam gebangan i nanti*

3rd : makcik, dalam donia ni, bukan anak makcik sorang je belajar. Kalau takat belajar ish malas nak sebut, yang makcik nak banggakan sangat, dah tu orang yang ada anak belajo kat obersi tu, nak bangga sampai kena pecah dada ke makcik?

4th : nasib la mak haku tak gebang pasal anak dia plak. Kalau mak haku jenis tak mau kalah, gebang pasal akak aku belajar kat Kutub Utara, abang aku bawak kapal angkasa NASA, abang aku sorang lagi tu bawak kapal selam rusia, agak2 mengucap panjang tak makcik tu? Saya? Mama hanya perlu gebang “yang ni dia gatai sangat. Baru kerja je dah nak kawen. Nak buat macam mana. Tak nak bagi kang nangis guling2 hentak kaki sampai berlubang tanah”. Ahahha..itu sudah mencukupi. Tak perlu la gebang anak mu ini time belajar pemalas, tapi dapat la juga degree sah bukan la master express seperti penyanyi mesia tu kan. Pastu kerja pun malas. Takat jadi minah kilang boleh la kan.

Being me yang super curious dengan that what the ***** punya makcik ni, masuk je kete nak balik, i terus tanya mama.

“ma, sapa makcik tu. Lain macam je. Tak kuasa nak dengar citer anak dia tuh”

Mama den sonyum-sonyum.. “dia la dulu tangkap cintan dengan ayah awak. Pastu mama kahwin dengan ayah. Dia lambat gak kahwin lepas tu. Tu yang anak dia muda lagi dari korang”



Makcik, apakah motif makcik?

Nak bagitau mak saya dan saya ke bahawa walaupun aku tak dapat laki kau, anak-anak aku hebat kau tahu? Ada ke kiteorang kisah? Ada ke mak saya nak nangis2 nyesal kawen dengan bapak saya pasal anak dia tak sehebat anak makcik?

Sedarlah makcik, tak perlu nak bangga2 dengan kejayaan anak. Kejayaan tu semua sementara, makcik patut bangga kalau makcik dah tua esok lusa ada anak masih sudi jaga. Bila makcik dah meninggal esok, anak-anak tak putus2 doakan makcik. Itu bagi saya adalah kejayaan sebenar ibubapa dalam mendidik2 anak2.



p.s: ayah, mesti you muda2 dulu ensemkan? Sampai ada makcik head over heels gitu. Oh incik saijan!
 

Template Design By:
SkinCorner