Wednesday, September 29, 2010

Big, bigger..biggest eyes!

Adakah anda pengguna kanta sentuh atau lebih dikenali sbg contact lens? Yep..saya adalah pengguna kanta sentuh yg tegar. I started to use this CL ever since saya berumur 14tahun. Pengaruh rakan sebaya! Ahahha.. by the way, saya memang rabun yg dahsyat. Mula memakai cermin mata time darjah 4 lagi.



Tapi time tu gedik2 nak rabun kan mata. Kerana merasakan orang yg memakai cermin mata itu sangat cantik dan sophisticated. Padahal time umor 10tahun tu erti sophisticated pun tak tahu kan. tapi tak kira, nak jugak bubuh sophisticated kerana merasakan bijak apabila menggunakan ayat yang panjang ini. Time darjah empat tu saya selalu curik-curik pakai spec ayah. Membayangkan betapa cantiknya saya pakai spec *eh,saya darjah 4 pernah bercita2 nak jadi stewardess ok, tp kalau skrng jadi stewardess nescaya senget la kapal terbang tu.overloaded bawak saya*. pastu saya suka tengok tv dekat2 dan baca buku time gelap2. Bagus ni. Boleh cepat rabun dan cepat pakai spek. Sure nanti pakai spec lawa kalah cindy Crawford *angan2 sahaja*.


And yes… after meningkat puberty atau bahasa melayu sopan nya akhil baligh, saya merasakan diri amat la nerd and naïve apabila memakai spek. Eh bukan nak kata orang yg pakai spek semua nerd. Tak..orang lain Nampak cantik dan gorgeous. Tapi saya juga. Kelihatan seperti Betty di dalam ugly betty tu.


Di atas ke’desperate’an yang melampau dan mahu kelihatan cantik la konon padahal dah pakai tak le se’gorgeous’ mana pun, saya telah pun membeli sepasang CL yg berharga agak mahal ketika tu. Cam dulu2 tak banyak macam sekarang. Yang ada pun satu brand Bausch and lomb tu je tak silap. Dlm rm80 sebulan. Dahla baru form 2 time tu. I penat saving tak nak beli benda merapu untuk mendapatkan CL setiap bulan. Gigih bukan?


Being me yg sangat kuno mengalahkan katak di bawak mangkuk *sebab orang sekarang pakai santan kotak, tempurung susah nak jumpa dah*,saya kureng meminati lens berwarna-warni yang begitu “eh..orang putihnya mata ku”. Throughout the year saya hanya menggunakan lens yang clear water don’t sangka no buaya. Not my liking apabila mengenakan mata berwarna biru pada kulit yang tak berapa nak cerah dan muka tak berapa nak orang putih. Same goes dengan orang berkulit ala-ala sawo matang atau terlebih matang yang mengenakan rambut berwarna bloOOOooOOOnd. Ugh! *malas den nak ngumpat lebih.kang penat nak pergi rumah sorang2 beraya mintak maap*. So moral of the story, saya hanya memakai kanta sentuh warna transparent. Sekian, terima kasih.


Eh, cerita tak abes lagi. belum sampai climax nye pun.


Then, time nak kahwin tempoh hari, terjadi la ke’gedik’an yang tidak asing lagi dengan diri I yg memang gedik ni. yakni mahu menghasilkan mata yang cantik tertawan buat sang suami. Kahkahkah! Tipu je. Bukan suami, tapi pada camera so that gambaq I sangat cantik you *dengan harapan la kan*. saya mahu mata kelihatan sparkling macam diamond *saja nak exaggerate*. Bijik mata hitamku ini tidak begitu besar. Jadi kalau tidak mengenakan contact lens yg boleh melihatkan bijik mata saya lebih besar, maka make up mcm mana sekalipun. Tang mata tu still tak berseri you!



 A week before kahwin, time berjalan hunting for kain nak touch up langsir my bilik pengantin, telah dengan suka hatinya ternampak “Alluring Eyes by Freshkon” kat Focus Point. Umang aiii..inilah yg den carik. Bigger eyes effect and eyes kelihatan twinkling mcm twinkle-twinkle-big-star. Terus la rembat. Tapi SA tu suggest amik kaler brown. Kaler brown dia tak de la brown sgt sampai kau boleh terpearsan menjadi superstar Hollywood. The brown very dark in colour and barely notice yang tu kaler brown.mcm Nampak gelap je. Alluring ni ada 2 kaler je pun. Brown n black. Tapi black dia leh bagi effect very deep black kot. And terus the next daynye pakai. and sampai ke saat ni masih lagi setia pakai brand Freshkon Alluring ni.


 Price : RM70 kat focus point. Tapi found satu kedai spek dekat Qnsbay sebelah Nichii tu jual tak sampai rm60.


Rating : 4 malam tanpa bintang (4 out of 5)


Effect : kelihatan mata sangat bercahaya bak rembulan. Eh series ni, time my big day tu saya sangat2 exhausted. Tau2la kan dengan nak buat all the prep kan. lepas tu mata jadi sangat tak bermaya. The moment I pakai je lens ni, dh la besar biji mata hitam ku, Nampak lebih berseri and segar je tengok.


Do’s : kalau nak pakai time big day, especially those yang tak pakai lens/tak rabun tapi gedik2 mahu membesarkan mata/nak membirukan mata hitammu, its advisable untuk pakai seawal seminggu sebelum big day. Supaya garis2 lingkaran merah pada mata yg bakal memberikan effek Nang Nak atau pun Edward Cullen selepas bertukar menjadi Vampire tidak kelihatan. Salu sangat bile tengok gambar bride bila cameraman focus yang dekat2 dengan erti kata lain sengaja mahu sabotaj pengantin untuk menonjolkan permukaan muka yang tidak rata pasti kelihatan line2 merah kat tepi bijik mata biru ke ungu ke kaler warna warni sang pengantin. Kesian ooo..kalau pasagan pengantin tengok, mesti syak bini dia ada keturunan nang nak atau vampire. So try pakai dari seminggu awal. So bila mata dah use dengan kewujudan lens/jenis lens tersebut, garisan halus merah tu takkan keluar. Also, kalau warna tak kena dengan kulit wajah pun ada lagi chance nak beli warna or jenis lain kan?


Dont’s : dah gedik2 mahu memakai lens, jangan lupa pulak nak cuci dan rendam kannya sebelum tidur. Jangan bawak tidur sekali. Jap lagi mata bengkak besar bola golf sapa nak tolong? Also, pls hangkut sekali CL solutions dlm beg ke mana saja korang pergi, „tuah ayam nampak di kaki, kalau lens tercabut sapa yang tak bertuah?“. Dan juga, pls keep Eye drop for contact lens wearer bersama dengan you all. Ini must have item ni. Kalau dry or rasa tak selese leh drop je ubat nih. The one yg saya beli adalah ‚blink contacts‘.


By the way, banyak lagi brand mata kat muka bumi mesia ni yang boleh bagi mata jadi warna warni and kalah Aishwarya Rai, dan ada lagi yang far far more cheaper yang terjual kat internet. tapi itu semua bergantung ke level sensitipan mata korang. macam mata saya super sensitip belah kanan. kalau pakai brand yang lain2 ni macam leh merah saga je mata ni. i've tried Geolens before. rege dia separuh je rege freshkon ni. but no jodoh la dengan geolens. mata terus je merah and itchy. tries selang 2-3 hari pastu pun masih sama. pada mereka yang leh pakai geolens, anda bertuah!! *nasib my case FOC je sebab my Along belanja. my Along pengguna tegar Geolens ok!*

Ok, part 2 to be continued. Sebab nak kena submit report dulu nih ;P

Selingan 1 :

saya : hubby, you dapat bonuskan bulan ni? so in return i dapat apa?  *dengan harapan hubby nak bagi satu handbag*
hubby : you? you dapat apa? you dapat tengok je la....
T____T sedih den tahu. ingatkan dapat "sharing is caring"... ahhaha..dlm mimpi. tapi takpe kot kalau hubby tak nak share bonus ni. because he wanted to buy new DSLR. next month dia dpt -pulak quarter bonus leh la ngendeng *tak malu betul! dush...dush...*

Selingan 2:
Syawal tak habes lagi, jadi WAJIB letak gambar melantak kuih raya.

 



dan setelah melantak kuih raya perlu lakukan aksi2 akrobatik juga dikenali sebagai tanda protes untuk meneruskan sesi beraya ke rumah seterusnya...


Thursday, September 23, 2010

masak memasak....

Terms didalam masakan selalu membuatkan saya confuse. Bukan sahaja terms, malahan rupa bentuk bahan itu sendiri.




Situasi 1 :

One of the resepi yg saya plan nak cuba require “LADA SULAH” as one of the ingredients.

I was looking high and low dekat tempat rempah ratus di Giant untuk sesuatu yang mempunyai packaging berlabel “LADA SULAH” I have no clue what is this LADA SULAH punya rupa. Should be mcm lada hitam, or maybe mcm jintan kot.

Saya : dik, mana LADA SULAH?


Giant Staff : tu ha… *pointing at lada putih right in front of me*

@#$%^&*!!! The staff sure hell think I must be blind or too dumb or I really cant read!

Apekah? Kenapa lada putih ada dua nama. Sapa yg bg dia dua nama?

Ngoks!!



Situasi 2:

The resepi masak lemak I got from my Angah’s girlfriend require kunyit hidup. Fine! Saya tahu serbuk kunyit dr kocik lagi ok. Mama salu bubuh serbuk kunyit nak goreng ayam or ikan. Tapi kunyit hidup? Err…

Saya : *call hubby* - sayang, kunyit hidup macam mana?


Hubby : *as expected gelak dlu banyak* - you tak tahu ke kunyit hidup mcm mana?


Saya : I rasa mcm tahu tapi now I confused. Kat sini ada byk jenis and tak label satu2. Dia label semua dalam satu board. Ada halia muda,halia tua, kunyit, and lengkuas.


Hubby : kunyit tu mcm halia. Yg kecik sket.


Saya : yela..tapi now ada halia muda and halia tua and lengkuas and kunyit. Macam mana nak tahu?

Pendek kan crita pendek ni, saya mengambil inisiatif utk mengkorek satu2 la semua benda alah ni. Satu kunyit dpt dikesan setelah meninggalkan kesan kuning di tangan. Ahahha.. mungok betul saya ni!

Moral of the story : sila belajar masak sebelum terlambat!

I wasn’t 100% tune in with the office works. Plus, it is end of the quarter and not much thing on going. Funny things happen on last raya when I was thinking about sewing beads on my own. Obviously, hubby akan gelak dahulu. But menghantar baju untuk dijahit beading seems soooo overpriced. Saya tahu, bukan senang nak jahit, but it wasn’t easy for me juga untuk cari duit T______T. browsing internet day and night mencari beads yg berkenan di hati. Oh sungguh mudah! Semua nya di internet bukan. Hope this will turn out well. Sebab mahu pakai ketika kenduri effida else, pakai je la mne2 baju lain.

And… desperately looking for MINI SHOPAHOLIC. Kalau tak jumpa sabtu ni harus terus juga beli online.

Since masih raya, lagi la tempek raya pics.


darina ni pun sama macam wafeeq. suka sangat kalau orang amik gambar dia!





nampak tak? sunguh GEMMMMS.... benci!


sekian, terima kasih!


Monday, September 20, 2010

Eid Mubarak 2010

Saya masih tiada mood untuk melakukan sebarang pekerjaan.
kerinduan kepada suami sangat menggugat jiwa. bukankah itu sindrom normal saya? more than 10days bersama suami. mahu la hampir meroyan dibuatnya bila suami pulang ke north pada sabtu malam.
tragis. nasib tak jadi kassim selamat saya.

jiwa dan hati masih bercuti.
oh..sangat tidak termotivasi membuat kerja.
ditambah pula big boss telah ke HQ di phoenix . maka, sayalah boss *dalam mimpi sahaja*.

my eid celebration is super awesome.

*peringatan : ini adalah entry bergambar. kerana sang penulis malas nak type bebanyak*

Eid 2010 - Day 1.

Gambar official : Atok (my dad) with cucu-cucu tersayam *sayam is the word wafeeq used for sayang*


Gambar tak berapa official : Look at three of them punya expression. so cute!!! and obviously, wafeeq sangat big fan dengan bergambar. lepas each snap he will ask "enzem kan?" *enzem = handsome*



Di susuli pula dengan sesi meminta maaf tapi tak nangis pun. haizzz..sungguh tak bersungguh2 mintak kot sampai tak nangis2. ke dah besar panjang and rasa macam sogan den nak nangis.

*kami suami isteri mintak maad dengan incik saijan dan puan habibah suami isteri*


*wapeeq pun shibok2 nak mintak maaf banyak2 : sebenarnya dia nak angpow raya yg kiteorg bagi kat mama and ayah. tu yg nak salam byk kali tuh.*


*nak duit raya harus salam and cium ashu lima kali. ashu memang kejam.*


Gambar kekeluargaan : thanks to the house furniture which used as tripod.

*wafeeq senyum sangat sweet in this picture kan?*






*jasmine : bila nak pergi raya ni. asyik amik gambar je*


And after snap2 gamba sehingga berpuas ati, all of us menuju ke kampung my dad side. dokat je. kat Morib je. tapi time ni cerita sosila tak keluar lagi. kalau ai tau bakal keluar, ai yg pergi cari all the bahan bukti. *berangan*

Luckily my angah bring along his ipad. so the three musketeers tak lah buat mogok ke apa dalam kete through out journey balik kampung atok.


On day 1 itself, kteorg pergi more than 15 houses beraya. capekkk dong.

and ever since i was small, i always loveeee to beraya my Tok Long house.

1) because they have their own surau di halaman rumah
2) and they have their very own playground. .bukan playground with all the little tikes punya brand. tapi playground yg dibuat sendiri oleh Tok Long. kreatip bukan? this playground dr saya kecik lagi dah wujud. and saya selalunya akan book swing before anak orang lain use the swing.


*my hubby membantu jasmin and nuqman yg langsung tak reti nak main seesaw*


*wapeeq merajuk since he cant join abang and kakak main the seesaw*


*wapeeq : laju la agiiii....*



*At the end, hubby yang main dengan jasmine pulak T___T*

p/s : disebabkan ketidak sanggupan nak membuka tali kasut setiap kali masuk rumah, i decided untuk memakai selipar jepun sahaja pergi berayalagipun distance hanya pintu kereta dan pintu rumah orang je. ahahha... sungguh manis bukan?

Wednesday, September 15, 2010

Bukan 2hinggit




Nuqman sangat gumbira. Sebab ashu tak bagi dia 2hinggit tapi lebih dr itu.
Pics taken di wktu ptg dan ini adalah. rumah yg ke berapa belas. Ya! Kami melakukan marathon beraya sebenarnya. Berbelas rumah setiap hari. Terima kasih moyang kerana melahirkan banyak zuriat. Terima kasih atok nenek juga melahirkan banyak pakcik dan makcik utk kami. Takla kami ni semua tersadai duduk terkangkang menikmati cerita2 hantu di kaca tv di hari raya. Apa sinonimnya cerita hantu dan raya??????

Tuesday, September 14, 2010

still beraya..(edited version)



*ini adalah edited version. kerana memblogging dr phone sgt kurang cerdik. blame the touch screen yg susah nak mati get along with my extra fat fingers. sekian...*

live from my in law house.
ya! saya masih beraya. bukan sahaja didalam raya mood tetapi saya masih benar2 perlu beraya.
3 hari pertama beraya sakan di belah saya and now i had to payback in cash.4 hari beraya pula di rumah suami.
sumpah, buat pertama kali setelah usia mencecah golongan remaja, saya merasakan kali pertama raya sungguh menseronokkan. walaupun tak dapat duit raya tapi makna raya lebih clean and clear. lebih rumah utk dilawati. lebih makcik untuk dikenali dan yg penting lebih duit raya utk diberi.
On the first day of raya saya menjangkakan mendung berawan kelabu akan mengiringi suami.
1st raya without his abah,umi n siblings. but hubby seems so excited. still cheerful as alwys. even our sesi bermaafan together, he still play jokes. pelik bin ajaib. sang isteri yg penuh curious mentanyakan tanpa segan silu, "eh u tak sedh ke x raya with ur fmily?" "-for me ni pengalaman baru beraya bukan dengan family i for the past 27yrs. and i'm enjoying it."
 alhamduliilah. he took it in a very +ve way. harus tido skrng. esok mahu beraya lagi. =P

*sila abaikan jerawat yg gedik mahu beraya sekali. kenapa oh kenapa kau tumbuh malam sebelum raya? sungguh mensabotajkan i tahu. i maluuuuu*
Published with Blogger-droid v1.3.5

Wednesday, September 8, 2010

raya and counting...

Saya masih bekerja hari ini. juga hari esok.
tidak mengambik cuti sebelum raya.
bukan tak nak, tapi cuti dah betul ngam-ngam je ni. T_____T
tapi tak pe la. 1st sehingga 3rd day raya di rumah belah saya. klang je pun. sejam dari seremban. cuma hubby la baru feel balik kampung. tapi hubby sampai esok petang insyaALLAH.

mahu pasang lagu raya tapi takut kena tempeleng dengan rakan sekerja.
yela..saya sorang je yang dengar lagu raya kat pejabat ni. yang lain dengar lagu gong xi fa cai. boss yg sepatutnya dengar lagu raya bersama pun dah cuti.
tapi  best juga bekerja time ramai orang dah  cuti.
1) sebab senang nak dapat parking best ->parking paling dekat dgn entrace.
2) and tak ramai nak call saya sebab sangka saya dah cuti. heaven oh heaven.

kamu tahu, saya a bit nervous nak beraya. first time beraya dengan suami. wahhaha.. sungguh gedik je kot. tapi mesti lebih feeling-feeling raya tahun ni kan. eh,suami je kot lebih feeling sebab tak dapat makan ketupat palas *mak den tak buek ketupat palas ni ha.bukan makanan mak den*.

Hari ini juga mendapat advance salary. tapi tidak mahu menyentuhnya. biarlah dia masih suci dan murni sehingga penghujung bulan ini. bahaya oi. ada jugak orang makan maggi setiap hari di bulan October nanti kan. Insyallah masih cukup duit yang ada. ish, tak nak la spend sehingga menyusahkan diri sendiri plak nanti kan. *sangat menginsafkan*

pernah tak time korang ada duit korang tak jumpa handbag yang berkenan, tapi bila duit tengah limit2 ni tetiba terbekenan plak dengan handbag tu? tapi bukan terbekenan dengan satu handbang je, tapi 3 handbag terus. *pengsan*. kompom kalau suami saya dengar dia mengucap panjang. *kalau guna duit raya nak bagi orang ni beli handbag(s) tersebut leh tak?*

Last weekend selepas isi duet raya dalam sampul raya tu nuqman request sesuatu yang paling susah nak di'approve'

nuqman : malam ni boleh tak abang nak tido dengan uncle?
saya : mana boleh. ashu nak tido dengan uncle la.
nuqman : asyik ashu je tido dengan uncle. abang pun nak tido dengan uncle jugak. dulu-dulu tu abang boleh je tido dengan uncle. *sambil buat muka tak puas ati*
T______T
*duku-dulu kat sini nuqman refer time hubby and i baru bertunang and hubby sleepover dekat my parents house. pastu nuqman pun tido dengan dia*

Monday, September 6, 2010

raya dah dekat..yeaay!

bosan.
bosan kerana hari ini hari isnin.
hari pertama dalam minggu terakhir sebelum beraya.
jasad masih di ofis tetapi jiwa dah terbang melayang.
memakai baju baru hari ini. ya masih bau kedai! dengan harapan mendapat sedikit mood kegembiraan bekerja. harapan hancus dan punah ranah. sama je seperti mood di hari hujan.

masih struggle menyiapkan kerja-kerja before cuti seminggu raya.
rasa mahu termuntah melihat values and words didalam email-email dan spreadsheet.
kad-kad raya yang dibekalkan company masih belum dihantar.
eh sumpah blur! tak tahu nak hantar pada siapa. dah lama meninggalkan kancah kad-kad raya ni.
kad 25kping pun bikin garu kepala mahu di habiskan. alahai..sekeping pun tak tulis lagi. aci tak kalau pergi beraya rumah orang nanti hand carry sekali kad raya? by the way, orang sekarang dah tak gantung2 kad raya macam pokok krismas pun dah. ada meaning ke bagi kad raya pun?

masih memerlukan sampul raya. eh sampul duit raya untuk pertama kalinya tidak mencukupi. pelik bin aneh. for the past 2 years, sampul duit raya saya sentiasa berlebihan. tapi tahun ini tidak mencukupi T___T. dan juga 1st time memasukkan duit raya ke dalam sampul seawal seminggu sebelum raya. lebih banyak kepingan duit nak kena masukkan dalam sampul raya sehingga memerlukan khidmat sang suami, and both anak buah nuqman & jasmin to help

man : ashu, berapa abang dapat nanti? *while tolong masukkan duit lima hinggit dalam sampul*
me : abang dapat dua ringgit je.
man : hah? duit ringgit je? sikitnya.. mana cukup.
*sungguh demand ye budak sekarang. dua ringgit pun tak cukup*
me : eh, bersyukur dapat ye. orang yg dalam BERSAMAMU tu belum tentu ada dua ringgit nak makan tau.
man : yelah..yelah.. *suara sedih*
me : ha..jangan salah-salah masukkan duit tu. kalau salah nanti potong duit raya.
man : dah la bagi sikit. nak potong lagi. nanti zero la.
me : memang pun nak bagi sampai zero.

1st, of course la nuqman takkan dapat dua ringgit je. and second, how demanding budak zaman sekarang. eh zaman saya kecik2 dapat dua ringgit pun dah terkinja2 happy tau. macam eh aunty ni sangat best bagi dua ringgit. sosetiap raya harus pergi salam aunty tu.
yes, kesilapan memasukkan duit still ada. ashu kena bukak balik sampul2 nak trace mana pergi duit2 yang missing in action tu. "duit raya abang kira kosong la dah salah ni kan ashu?"
tahun ni beraya dua side. duit raya nak kena bagi pun jadi double la juga T____T sobsobsob...

saya masih melakukan final shopping. niat di hati nak terjah Jalan TAR last weekend. tapi memandangkan lautan manusia boleh menyebabkan kelemasan tiada tandingannya. saya pasrah. online shopping lebih menenangkan.

Thursday, September 2, 2010

Fasting month.

The best part about fasting month is the food feast.


Err.. sapa kata puasa boleh menguruskan badan? Saya tak sokong! Ahhaha.. ia adalah masa terbaik untuk menternak badan. Perut kosong dan merambu di bazaar ramadhan adalah tabiat kurang sihat.

Kamu akan end up dengan 3 jenis air berbeza yang afdalnya adalah air soya, air tebu dan air jagung. 4-5 jenis kuih. Pastu ayam bakar la, yong tau fu la. uish.. *geleng kepala*

Weekend @ in laws house is super awesome. Harus lah kan. i just realize I love north lebih banyak compare to central. Balik ke north is like balik kampong halaman padahal kampong halaman sendiri dekat sini je. Hari sabtu iftar bersama wan(atok) hubby di kampong my bapa mertua. Wan pun beli je lauk kat bazaar ramadhan mcm we oll ni. tapi bazaar ramadhan at kampong wan sungguh murah dan sodap2.

Sunday hubby bekerja. Luckily hubby tukar pergi shift siang. Balik kerja dipaksa oleh sang isteri ke bazaar ramadhan. Nothing can beat Yong Tau Fu and air jagung @Sg Petani. Sodappppp hingga ke jilatan terakhir.

Monday meronggeng bersama suami dan langsung iftar bersama ex-geng company lama. Sila rujuk belog cik zai untuk gambar lebih lanjut. Kambing grill sangat super awesome. Pastu bercakap yang banyak compare makan. Kesian baby Izz tidur separa lena di pangkuan mummy dia sebab aunty amy borak2 dengan mummy dia dengan suara macam petir berdentum je disebabkan excited sangat setelah sekian lama tidak ketemu. Juga sempat bergossip dengan cik zai and catch up on few things yg I dah ketinggalan. Lepas iftar and sembahyang maghrib, we oll sambung berborak until 9pm ++. Then hubby ajak gi karok. Wahhaha.. ini adalah aktiviti wajib kteorg dari zaman bercintun. HARUS karok. Giler ketagih nak karok walaupun suara tidak sedap. Book a room and karok sampai semput. Eh, tapi budak kerja tempat karok tu asyik2 bukak pintu bilik kiteorg. Adakah beliau takut kami melakukan apa-apa didalam bilik? Halal la babe..halal. tapi tak kuase la nak buat statement terbuka mcm tu. Malu u! I bukan artisan..,Cuma picisan.

Tuesday tidak sempat beriftar bersama suami. Driving back from north ke seremban seawal jam 6pm. Takut la jam and sampai lambat sangat pulak kalau tunggu bukak puasa. Tapi suami dah siap2 bekalkan air jagung faveret dan passemboq (tapi I still heart passemboq padang kota dek non oi). Ibu mertua juga sudah siap2 bawakkan lauk pauk untuk sahur. Selamat menantu mithali ni tak yah masak dah.

And di hari semalam, beriftar bersama my ex-schoolmate@mrsm kuching di manhattan fish@midv. kamu tahu, sudah booking table seawal jam 1pm pun dia cakap dh almost fully book. lepas tu siap cakap kena datang before 6pm else dia akan bg table tu pada orang lain. eh, kedai makan pun mahu demand? time we oll makan berbuka pun masih ramai beratur kat luar waiting list you. sah-sah la jumpa bebudak mrsm kuching ni, abes berkarat la saya bercakap Sarawak semula sebab dh lama tak praktis. Harus la ai cakap macam melayu campur aduk. Sungguh bajet org putih!!





topik hangat perbincangan adalah wedding preparation. memandangkan ai oll ni je yang dah kawen. haruslah mereka bertanya pada orang yg tak berapa pakar. pastu masing2 insap kejap sebab nak kena kumpul duit yg sangat syahdu itu. harus!! unless la kawen dengan datuk ke..or mak bapak giler banyak dah chop duit or korang ada super power leh muntah je keluar duit *ala..ala..badang je*. pastu masing2 berkira2 mahu berjimat. tapi kejap je la kot dieorg ni insap. masuk dorothy perkins gugur iman masing2. tak sopan sungguh!
I think this is the best part about fasting month. Sbb kite akan cuba to gather as much as possible dengan orang disekeliling kita untuk berbuka. Balik rumah beribu batu pun sanggup sebab nak makan dengan suami, isteri, mak, ayah, mak ayah mertua, adik beradik, sahabat handai dan seantero manusia yg dikenali.

esok pagi suami tiba. sungguh eksaited!!
3 mlm without hubby sangat mendahsyatkan.
apela yg hubby kasik makan ni sampai asyik teringat2 ni. sungguh hebat penangan suami =))
 

Template Design By:
SkinCorner