Friday, September 4, 2009
kasut...caterer...
Been too busy to blog..
kerja mcm biasa tak pernahnye sudah.
nope..nope..nope..
bukan nada mengeluh. tapi nada gembira. (hip..hip..hoooraaayy)
at least saya ada kerja utk dibuat.
ohhh..another ayat menyedapkan hati.
i'm in the best mood today.
dengan menggunakan bantuan laser tangan ultraman taro dan aksi naik motor satria baja hitam,
saya dengan sangat kagumnya ingin memaklumkan bahawa :
INCIK TUNANG DAH BELIKAN KASUT HANTARAN DAN KASUT FOR NIKAH!
Haruslah kembang kuncup idung saya dikala ini. (sila baca dengan nafas pendek2 seperti org tgh kembang kuncupkan idung ya!)
sangat gembira tahap dewa dewi.
ya! setelah 44kali request different2 kasut, akhirnya incik tunang telah membuat keputusan untuk terus beli. afraid i might change kasut utk kali ke 45 pulak.
hihihihi....
As you know, i'm a nine west big fan when it comes to shuz.
kasut dia still affordable and also comfortable.
itu yg penting!!!
tak mampu la beli kasut yg susah nak sebut tu.. manolo blachik ke ape ntah.
sebab saya ukur duit di wallet 5inc x 3inch incik tunang saya,
perlu diingatkan, incik tunang bukan lah Datuk K, atau segala Datuk di malaysia ini.
mungkin dlm 40thn lagi bru lah bergelar datuk kepada cucu2 kami nanti. (insyallah!)
incik tunang terpaksa membanting tulang yakni badan juga sudah tinggal tulang semenjak dua menjak berpacaran dengan saya ni.
nak dijadikan cerita, al-teman incik tunang iaitu incik poi telah dihantar training ke Colorado.
saya juga mengenali incik poi si engineer agilent yg masih single and amatlah chumel itu.
seronok dengar sebab ramai je kawan2 kiteorg yg dihantar training ke overseas.
bila la turn kami kan?
so, memandangkan incik poi telah diterbangkan ke states, incik tunang telah mengambil kesempatan (ohhh!!bukan kesempatan yg 18SX itu ye) utk memesan shuz hantaran sekali.
gulp!
tapi incik poi seorang lelaki single yg pastinya tidak akan masuk ke outlets barangan wanita.
itu sudah pasti!
lantaran itu, incik tunang telah membeli kasut2 ini secara online dan di poskan terus ke hotel room incik poi.
yeaaa!!
tahukah anda per shipment dari US ke Malaysia will cost berapa?
tepat sekali!! almost rm200. itu baru satu kasut. kalau dua?
gulp!!
haruslah botak kepala incik tunang utk membeli 2 pasang kasut.
incik poi, diharap anda segera pulang setelah tamat training (lagi 2weeks time supposely balik)
harap incik poi tidak sangkut pada mana2 mat salleh disanan langsung mengambil keputusan utk terus tinggal disana.
incik poi juga diharap utk tidak sesekali craving atau berkeinginan utk mencuba kasut2 saya itu.
kerna saya talut incik poi bakal terpelecok didalam bilik hotel dan menyukarkan incik poi bergerak pulang. langsung kena extend stay di states utk beberapa minggu lagi.
oh tidakkkk..
pulanglah dengan segera incik poi.
saya dah teruja ya amat utk mencuba kasut itu. kalau boleh nak pakai buat raya terus.
ahahahhaha.....
walaubagaimanapun, incik poi telah menetapkan syarat "no shoe box are allowed".
tamatlah riwayat si kotak kasut saya di states tanpa sempat bermesra dgn saya terlebih dahulu.
drumrolllll.......
1) This is my kasut hantaran by nine west. Tan colour to match with my coach handbag which is also in tan colour.
2) And this is my all time fav also by nine west. sepatu nikah ku.
hikhikhik....cinta pandang pertama with this shuz. last post saya nak in bronze but since my nikah outfits is in cream, so, tetibe tukar pendirian nak this colour plak. its not cream but known as Light Natural. pape je la...asalkan masuk dgn baju nikah ku itu nanti. and this shuz is left 2psng je lagi for my size time incik tunang nk beli tu. ehehehe...nasib rezeki saya kan.
Setelah settle al-kisah kasut, terdetik plak la nak beli clutch handbag. yeah!! i need one new clutch. ini adalah terpenaruh dengan ke'gilaan' nady.
tapi apabila ditenung2, dibelek2, fulus didalam bank account telah meluncur kelaur dengan lajunye.
haruslah bertenang seketika dan menarik napas.
and yes!
sebagai pengganti, saya telah membeli wristlet by Liz Claiborne.
sebab utama pembelian - tiada.
and again, because of my impulsive nature dipagi hari.
tak kisah la...i need that anyway.
Enough bragging about my kasut yg nothing-to-fancy-about.
Another burden gedebuk kat bahu.
Mula2 my bonda dah agree nak pilih catering A.
nak dijadikan cerita catering A tu well known kat my house area.
semua org la amik catering A ni.
namun begitu, bonda nak sgt pakai dome kat meja VIP (family side incik tunang punya meja).
saya cakap "ala..tak kisah la ada dome ke tidak".
mama cakap "cuba la proper sket. kan cantik ada dome".
And happen that caterer A ni tak leh provide dome. tapi ada similar mcm dome tu.
still, mama insist nak DOME JUGAK!!!
haizz...
pening kepala dibuatnye..
sebab each dome kalau nak sewa cost about rm100. aiyoyo...
haruslah saya sgt berkira di saat ini. kerana kalau 6 dome bermaksud rm600.
gulp!
rm600 utk cover makanan? saya lebih rela cover dgn tudung saji mcm tu.
saya tau, itu duit ayahanda dan bonda.
ape la saya nak kecoh kan?
tapi memandangkan saya anak yang baik atau lebih dikenali sebagai anak solehah bg pasangan hj.saijan dan hjh.habibah, saya telah menyusahkan diri utk mencari caterer lain.
and yes!
beban baru!
kerna saya perlu melakukan food tasting lagi sekali (last time utk bonda menentukan caterer A atau caterer lain).
and food tasting hanya boleh dijalankan selepas puasa.
amat critical saat ini. need to re-do bab caterer.
why everyone sgt bother nak masakan sedap time kenduri kahwin?
its still typical lauk pauk bukan?
nasi beriyani and so on...
jadi napa perlu nak yg lagi sedap ke ape..
kalau ikutkan ati nak je amik yg biasa2. biar org tak makan byk.
ahahhha....
evil me!
bonda kata "biar ikhlas nak bagi org makan".
saya "baiklah..."
Labels:
wedding checklist,
wedding preparation
Subscribe to:
Posts (Atom)