Life adalah di perkadaran normal. Walaupun kadangkala hari bekerja lebih kepada hari-pain-in-the-ass, tetapi bekerja harus ikhlas. Kalau tak, hidup tak barakah. Ecewah! Sebab hidup nak barakah and kerja haruslah tiptop seperti piawaian yang diletakkan oleh management, maka ko haruslah mengorbankan masa petang ko dan hanya pulang seusai maghrib ye. Apesal dulu lecturer kat uni tak bagitau kalau keje manufacturing jadi macam ni? Kalau tak awal-awal lagi I dah amik keputusan untuk menjadi suri rumahtangga yang menyurikan hari-hari indah suami T________T. takde la jadi kuli batak keje round the clock pastu I men’spoil’kan ari jemaat dengan issue-issue seperti machine down. Ko ingat I ni sailormoon dan ada kuasa bulannnn?
Sibuk menghitung hari nak birthday ke 25 tahun. Ye la, takkan nak menghitung hari nak kawen plak. Nak dapat tapak tangan suami tercinta melekap kat pipi sila la buat kan. I dah lepas fasa-fasa menghitung hari nak kawen ni.
Walaupun akan menghampiri umur 25 tahun, still, age is just a number. Celebrate birthday ke 60 tahun pun diharap saya masih teruja. Siap buat birthday party yang havoc-havoc dan pakai tutu skirt *ni baru namenye orang tua tak sedar diri* lagi walaupun dah 60 tahun.
Nope, I bukan teruja dengan what will I get from hubby as my bday gift *denial*. But more like meng’appreciate’ 25 tahun hidup kat muke bumi ni. Ko jangan la tanya berapa banyak amal jariah ke,pahala ke dah buat selama 25 tahun ni. Kompom tang tu ketaq lutut nak jawab. Tapi more kepada duniawi la kan. cet…sungguh derhaka hamba allah yang sorang ni.
Being 25 adalah once in a lifetime. Ade ke orang umur dia 25 tahun 88kali?
I still can remember clearly 9 years ago, on my 16 years old birthday night, I wonder how my life would be when I turn 25. Of course le jauh dari imaginasi kan. sebab dalam imaginasi tu I kawen dengan filthy-rich husband pastu I boleh bawak kete Ferrari. Ko ada berangan level va va vaaaas cenggitu? Pestu I berangan I akan memakai baju yang sungguh vogue the vaaaas and mempunyai a pair of twin baby. Twin baby? Ape motip dapat anak twin pun tak tau. Sebab twin adalah sangat mencomelkan kot. Pestu ko macam sekali je branak terus dapat dua. Hey…don’t blame me. I’m just 16yrs old ok. Haruslah berangan level langit ke tujuh dan naïve kan.
And 9 years later : yes I’m married. To the filthy rich husband yang kaya dengan kasih sayang and level patient beliau adalah beyond any guy I knew or i’ve dated before *oooopppsss…*. Ko boleh buat statement berani mati cenggini?. Beside my parents, he is the only person on earth who could love me unconditionally, be with me through thick and thin, and never expect anything in return.
Yeah, the twin baby part pun tiada dalam realiti lagi (yet!). anak satu pun takde lagi ni ko expect dapat twin? Kerepek tul. Tapi mana la tau kan rezeki. Pestu terus dapat twin. Aminnnn!
Hubby still can’t figure out what to give for my birthday. Ini tak lawak ok! sebab on his birthday I bought that PS3 Grand Turismo even 1.5months earlier ok. but I cant blame him on this. My wish list adalah berubah mengikut mood. Macam harini nak henbeg, esok nak ipad2, lusa nak kete jaguar. Pestu dia confuse sebenarnya ape I nak.
However this year, I beg to differ. the only birthday gift I wish I could have for my 25th birthday is to be with hubby everyday at least for a week. *at least seminggu je, bukan sebulan ke setahun ke*. Suami, toksah nak sibuk2 carik my birthday gift. You amik je cuti seminggu straight balik Seremban. Jadi house husband seminggu. Tu je! *pastu kompom suami cakap, ye ke ni je u nak, kang I dah amik cuti pastu u plak tetibe cakap teringin nak beli xxxx plak*. T____T But seriously, sape tak nak jumpa laki ari-ari kan?tapi kalau u still insist *ecewah* nak belikan I sebarang dua ipad2 ke, iphone4 ke, I terime dengan limpahan kegembiraan.
p/s: jangan lupa kek bday I taun ni nak baskin robin cake ye laling. Pestu munge jangan lupe plak hantar ye ling. Dah 3 tahun berturut-turut bday I dapat munge. Jangan plak taun ni u buat-buat lupa. Kang I bersyak wasangka u ada gepren lain plak lagi payah. Pestu romantic dinner taun ni kat mana? Eh,ini mcm tak tally dengan permintaan suci tadi yang JUST NAK suami cuti seminggu dan tak payah beli pape plak kan?
Tuesday, May 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)