alhamdulillah sedap makan wantan mee. makan kat cafe opis je. yelah, cafe opis je yang paling murah. eh, perlu ke buang siaran ulangan ribu-ribu kali makanan kat cafe ko murah? tapi i suka je show off kat my along yg keje kat Ampang Park tu. ape u ingat u keje kat Kota Raya pestu leh singgah Sogo hari2 best sangat? i lagi best. walaupun kat ceruk-ceruk yang tak berapa nak ulu, makanan kat cafe i murah tau. ko ada Wantan Mee penuh semangkuk sedap plak tu siap ada Dimsum berharga RM1.70? ada? ha..nan adoooo.. mana nak dapat mee goreng sepinggan hentak nak makan macam ko bela hantu raya dalam perut banyaknya pun baru 50sen ok. macam zaman-zaman i sekolah je regenye kan?
pejam celik pejam celik, dah nak puasa. so this year adalah 2nd time puasa sebagai isteri.
and seperti tahun lepas, sahur and bukak posa sorang-sorang lagi la gamaknya.
walaupun i boleh balik kerja bulan puasa seawal 4.45pm, tapi takde makna la kalau balik awal sekalipun takat masak nasik ngan goreng telur mata kerbau je. nak buat camne, bukak pose sorang2 salunya kurang nefsu. nak gi bazaar ramadhan plak bisa mengundang onar. kang tengok laki bini terkepit-kepit dua orang kat bazaar ramadhan tu, i pulak yang meroyan teringat laki. kompom makanan tak jadi beli, puasa pun nak hampir2 terbatal asyik tersedut air mata je nanti. sadis ok sadis. ingat best ke bukak posa sorang-sorang sambil bertemankan tv?
hope next year dapat la puasa berdua. dapat la bangun sahur masak bagai. dah namanya duduk sorang, sahur pun salunya nestum je la kan. dapat la terhegeh-hegeh ke bazaar ramadhan berkepit-kepit jugak. dapat buat orang lain yang laki jauh meroyan tengok kiteorang berkepit pulak.
8 months to go sebelum i officially pindah for good.
tapi tetiba i feeling nervous breakdown. serius tak tipu ni.
rasa macam berdebar-debar time nak kawen dulu.
korang imejin je la dr lepas kawen aritu sampai nak 2 tahun kawen, i duduk sensorang on most of my days.
weekend je ada laki. itupun sibuk travel ke utara la, ke selatan la.
ni kang nak pindah duduk sekali balik, macam orang baru kawen la pulak rasanya.
errr..ari-ari balik kerja nanti nak kena masak ke?
nak kena buat bekfes laki ke?
nak kena masak apa kalau dah hari-hari masak?
nak buat laundry hari-hari ke?
nak kena iron baju laki gak ke?
aiyoooo.. nak kena ejas balik routine i ni. tak leh la nak berfoya-foya kat opis lagi lepas waktu kerja camni.
i nebes tau. nebes mcm pengantin baru. T_________T
and the house still in progress.
the shoe cabinet tak settle lagi. since bajet makin mencerut rasa, nak hire orang buat shoe cabinet juga semakin tough. dah tu, keinginan besar, duit ciput. mesti la tough kan?
and nak kena buat cabinet lagi for laundry area. laundry area dah la cenonet. tragis je nanti nak menyetelkan laundry terkumpul nanti. kompom aktiviti bergesel punggung akan terjadi sebab the area for laundry memang limited.
Apesal laundry area mat saleh ni semua va va voom ar? rumah orang mesia ada ke laundry area cenggini?
dah rumah i ni bumbung ku,lantai mu, maka harus diingatkan saiz rumah hanyalah sebesar tapak tangan sahaja. "sayang, i doakan u cepat-cepat jadi Director. pasni kite buat bengalo la pulak. leh i buat laundry area cenggini ye?"
and last but not least in our things to do untuk fasa ini adalah to modify our existing kitchen cabinet nak change one of the drawer jadikan breakfast table. eh camne nak explain? nanti dah siap je la i tangkap gambo.
fasa seterusnya ada gak. tapi nanti-nanti la. maybe after i pindah. duhet kabi nehi. ke ada orang sudi nak sepon dana rumah i? kasih sayang i yang tak terhingga i return kat u oll nanti.