Tuesday, September 13, 2011

nampak flawless. ko addaaaa?

Sape yg aritu comment tanya camno nak tepek mekap biar Nampak tulus mulus?


Err..jawapan sebenarnya I pun tak tau la nak tepek mekap pesen ape bior Nampak muka berkawah ni ala flawless gitu.

Sebabnya, I pun baru je jinak-jinak merpati dengan dunia mekap.

Nak buat camne, baru recently realize I sedang didalam aging process gitu. which is Au Natural no longer working walaupun jenuh dah bagitau kepala otak ni banyak kali. seems the brain no longer nak percaya on au natural things la kan?
Then pasrah and yakin perlu tempek mekap agar muka Nampak sedikit flawless. At least jerawat tu ko tak nampak la sangat kan. Nampak sesuci lebaran sket muka tu. Tapi, kalau ko tanya suami I lepas put on makeup, kompom ko rasa nak pitam dengar jawapan dia “ni semua fake nih!”. Sungguh siot bukan? Takpe, I memang pasrah mengenang nasib diri. Lagipun in real world semua orang hidup dalam denial. Ape la salahnya tempek mekap with a lil hope ko santek macam Kim Kardashian walaupun vontot ko tak mampu nak celen vontot dia.

Tapi mekap disini bukanlah tepek mekap ala level perantin. Errr.. so not my type la. Mekap haruslah so-so aje. Tak perlu la ko nak over doing it sampai boh bulu mate pelesu takat pergi pergi kedai tukar tayar kete ke, mahupun takat pergi pasar malam. Eh serious! I pernah jumpa orang gi bazaar ramadhan mekap fullamak. Eye shadow kaler hijau purple, bulu mata pelesu dasat, tapi pakai baju kelawar yang buat tido malam tu. Aaa…assume je la dia baru balik shopping dan hanya sempat tukar baju je and rasa sayang pulak nak remove mekap mahal-mahal yang dah tempek tu. Kooo adddooo?

Unless u adalah perantin, u deserve la mekap ala-ala setebal mekap Rozita che wan kan. Pastu taram bulu mata sampai nak angkat kelopak mata pun tak larat. Tapi, dah nama pun big day. Ko mekap ala-ala lady gaga pun orang masih dapat terima. Sebab dah big day ko kan. Or pergi dinner party ke ko nak mekap ala drag queen pun I rasa orang ramai masih boleh terima walaupun diaorang akan nengok ko dari atas sampai bawah, pastu buat signal mata kat kawan sebelah dia. Tapi kalau takat menghadiri mejlis kawen orang lain, ko tak yah la overshadow pengantin tu. Meraung pengantin yang bayar mekap retis ratusan malah ada ribuan ringgit bile nengok ko mekap overrrr dari perantin. Bagi la chance kat perantin. Cukup la sekadar mekap basic-basic, masih kelihatan au natural gitu.

And bila ko cakap pasal mekap, kompom ramai Tanya brand apa la elok nak tempek. So tang ni I kenot answer sebab it depends on your level bajet and diri sendiri. Ada orang seswai ngn mekap mahal-mahal sahaja baru dia Nampak santek, tapi ada gak orang mekap cap ayam pun dah Nampak santek dah.
and for start, better go for average brand je la kan.
Sapa tak nak beli mekap cap MAC ke, Bobbi ke, Laura Mercier ke, NARS ke, Urban Decays dan banyak lagi la dek non oi. Nak oi nak..sampai tak tido malam asyik pegang calculator. Dah kompom-kompom dieorang tu well known brand. Jadi kompom ko rasa lepas ko pakai mekap tu pastu keyakinan diri terus sama level dengan Kim Kardashian. Tapi kalau takat aku sebuah foundation MAC pun dah cecah ratus, ko agak mampu ke nak diteruskan niat nak eyeshadow la, blusher la, lipstick la, eyeliner la, mascara bagai kalau nak beli semua sekaligus?

Ekceli, kalau u oll jenis gigih and still rasa nak beli branded mekap ni jugak, boleh je buat satu bulan beli satu barang. Cuma level kesabaran tu kena la tinggi sket nak collect at least for basic kan. Since sabar menyabar ni takde dalam kamus hidup I, I ni jenis kalau nak, nak semua sekali on the dot. Ko mampuuu nak handle bini spesies ni? Sebab tak mampu la I kawen ngn laki i. dia sorang je mampu handle bini spesis ni kan.

Tapi korang juga kena la ingat, ko beli mahal2, tapi tak reti tempek pun membazir juga. Jadi why not start with something not-so-expensive, pastu ko dah terer calit-calit so that tak rasa membazir sangat sebab dalam proses pembelajaran calit-calit dan tempek-tempek ni kompom banyak kali ko kena wipe off balik mekap ni, then baru ko berhijrah kepada high end mekap brands la. Sebab kompom la high end mekap ngn mekap so-so ni banyak beze.

Dalam proses pembelajaran pun, sure ko tak nak go for super cheap mekap stuff pastu muke ko kelihatan seperti pondan-pondan kat jalan haji taib tu kan. Means, mekap nampak chalky ke tak sekata ke or luntur sebelum waktunya. So brand yang average for start ni pun banyak. Pergi je drugstore (note: pharmacy,Watsons, guardian, or bhgian personal care kat giant and tesco pun ada) banyak je jual brand-brand yang level kemampuan kite (note: utk orang yg tak berapa nak mampu mcm I la). Yang penting, before beli, buat la sedikit research, gi la guggle kat tenet tu. Sebab tu, since been a user of semakphong for the past 2 years, segala maknikam benda nak beli, I gugle dulu. Tengok review. Tapi berpada-pada la kan. Ko nak foundation level Laura Mercier, pastu ko nak bayar rege nampuluh ringgit. Ko agak-agak sales assistant tu tak rasa nak hempok kepala ko ke?

And for those yang nak berjinak-jinak merpati, rajin-rajinlah usha utube ye. Sebab kat utube la banyak gila mekap guru yg gempak-gempak yet ko tak payah bayar nak gi mekap class. Yang penting, ko nengok, ko pause, ko start calit, pastu ko play, ko nengok, ko pause ko calit lagi and on and on sampai la settle muke ko yang dah rupa kim kardashian selepas di mekap (u wish la kan!).

And my latest mekap range obsession is NYX! ramai mekap guru kat utube pakai cap NYX ni, plus rege dia. Auwwww! Affordable. But the drawback is, NYX does not available kat Mesia. Whatttt?

One option is to purchase it via online from local seller. Banyak je local online seller bawak this NYX from US and jual kat mesia. But for sure the price slightly expensive la. Kena la kire kawan tu nak bayar postage la, pack2 barang ni semua and of course sape nak bisnes kalau tak untung kan?

And another option is, directly beli from the online store kat US nun. Tapi, shipping cost dia sometime same rege dengan barangan yang ko beli. Dah jadi mahal balik. Unless ko nak consolidate the shipment and share dengan orang lain kan.

And for me working with US-based company, adalah juga advantage nye. Sebab tetiap bulan kompom ada je colleague’s yang kena outstation kat HQ. And mostly yang pergi ni jantanz-jantanz u oll, dah tu takkan I nak suruh jantanz-jantanz ni pergi cari mekap utk i kat kedai? kompom la mati hidup semula pun tak nak kan. So sebagai wanita yg bijak, I telah membeli secara online and deliver to their hotel room. Pastu jantanz-jantanz ni tinggal angkut bawak balik Mesia je. Dieorang ni tak kisah kalau takat angkut bawak balik sebab dieorang ni pun bukan beli apa sangat kat sana. Lagipun sape lagi nak nyusahkan hidup dieorang kalau bukan I kan? Dari perfume laki I, sunglass, teeth whitening, mekap brush, mekap stuff semua je buat cara ni. Nak buat camno. Kat US nun murah. Ko cer beli kat mesia. Mekap brush I tu almost double the price kat mesia tau. Tu baru satu barang kan?

And taraaaa! This is my NYX haul baru-baru ni. nak tambahkan koleksi i yang sedia ada gitu.


                                                                The peach blusher tu Cik Anne punya. tapi i rasa macam nak pulak sekarang ini sebab ia cantek. 

NYX adalah awesome! The famous jumbo eye pencil sangat bagus digunakan untuk orang-orang yang baru belaja bermekap and bagi mereka yang on the go (considering to purchase another 5 colour lagi).



The Nude on Nude makeup kits sangat best. And its really worth every penny. siap ada lip pallete lagi kat bawah dia.
I introduced NYX to my sis, even my sis pun sangat terkejut with the NYX quality. With the price you pay, tapi ko dapat the quality almost setanding dengan other high end brand.
And the best part about NYX, ko takyah nak bubuh banyak. buh sikit je kaler dia dah va va vaaas gitu. so being a cheapskate, this is a very good point for NYX.

and time i beli tu ada discount on certain products. this lipstick cost me less than two dollar. omaiii! murah bukan? hamik dua terus. mana ada orang pernah said enuff with mekap stuff aight?



Nanti I review one by one bila ada kesempatan ye and what a basic mekap stuff u shud owned for start.






 

Template Design By:
SkinCorner