Monday, June 27, 2011

super busy bee.

lame tak hapdet. biase la. been busy. dah tu nak bg alasan ape kan? takkan tengah dalam pantang kot tak leh hapdet belog. nampak sangat menipukan?

so, june is one hell month yang packed giler. even hari bekerja pun agak hazab. summary ektibiti bulan june :

1. just attended brainstorming for 2012 cost thrust. baru setengah tahun 2011, dan now dah kena pikir 2012. walaupun kedengaran agak gembira sebab disogokkan dengan makanan2 hotel yang menggemokkan, otak juga akan dikerah sehingga ke titisan terakhir. nama pun brainstorming. takde la kampeni anto ko gi hotel untuk duduk2 sembang2 kan? harus lah jiwa super tertekan. dah la buat ari senin. otak agak sedikit terkejut disitu. tapi tang makan tu kompom i la juara. makanan sedap pastu masuk balik session lepas lunch rase nak tido kekenyangan. figures pun bubuh entah papa. calculate sampai 7-8kali salah. kahkahkah..kompom next year kampeni suruh makan lunch lepas session habes yakni jam 6ptg.

2. weddings..weddings and weddings. bersempena cuti sekolah dan tidak cuti sekolah bebaru ni, 3 of my closest fren mengakhiri zaman dara mereka. happy for them! welcome to the wifey club geng! pasni boleh la kita bersembang topik2 lucah bersama, bercerita mengenai perabut rumah ke. errr...bab anak-anak tu i tak leh join lagi la buat masa ni kan. sapa kata life as wifey membohsankan? ko bleh citer perihal lucah kalau ko tak kawen lagi? ahahhaha... tak bleh kan? sila jeles!

3. travel and travel. dah tu memang la tiap minggu pun i oll and hubby travel untuk bertemu dan 'beramah-mesra'. tapi bersempenan dengan wedding my frens, kiteorang telah menghabiskan weekend 'bersama' at destination bukan kebiaasaan la. we were in ipoh for 2 days one night and also another 2days one night at perlis. well, since i ada penyakit suka tido hotel tak kira walaupun hotel tu depan rumah i sekalipun, i akan sangat2 teruja everytime tido hotel. i lovesss everything about hotel. the white linen bed, the toilet. feeling dia lain ok! so this month of june, i berjaya tido hotel twice! gembira ok! tak kisah la u oll nak kata sakai or what, tapi dah memang penyakit i yg suka tido hotel ini, rasa heaven gilo bila dapat tido kat hotel. tak perlu la hotel memahal 4-5 star ke kan, dah tu laki i ni datuk ke nak tido hotel ber'star'2 bagai. ko hanimun leh la nak demand2 hotel cenggitu. dah setahun jadi bini, ko tunggu je la kalau2 ada offer lagi datang menggolekkan, kalau ada tu alhamdulillah la laki ko sumpah romantik macam Seth (padahal i tak nengok pun Nora Elena).

4. gigih mencari kasut raya. since last year i tidak berjaya membeli kasut raya sebab suami i yg begitu pemurah men'suggest'kan i untuk beraya dengan 3 pasang kasut yang dipakai on our wedding day (kasut nikah,kasut reception and kasut bertandang), so tahun ini the first year i akan beraya sebagai isteri dengan kasut baru. oooo yeaaahhhh! double the joy apabila suami telah meluluskan bajet. harus lah gigih mencari high and low. akan tersentap disini ketika semua kasut2 yang menambat hati mempunyai ketinggian 4inch and above. 4 inch ok! sungguh tak realistic. ape dieorang ingat fomfuan kat donia ni ketinggian dwarf ke nak pakai kasut2 4inch? and you know the pain kalau ko on 4inch for tooooo long? boleh gelap gulita dunia tatkala ko tersembam ditanah lepas tu ok. fine! i paham the concept beauty is pain. tapi perlu ke nak dera kaki sampai kejang2 pastu mintak laki urut sebab memakai heels lame sangat? errr...ok, maybe orang lain tidak kot. hanya species bluehyppo macam i je akan terasa sakit kot memakai heels begitu. and sebagai suami yang sungguh berpijak dibumi yang nyata, "u pakai je la selipa jepun pergi beraya. bukan org nampak pun". gulp! fine, tahun ni the first 3days akan beraya di utara. dan memakai kasut heels 4inch hanyalah menimbulkan onar apabila heels ko kompom terbenam kat sawah bendang tatkala ko nak gi beraya rumah orang. dan sumpah-seranah kompom keluar dr mulut i apabila kasut heels i diselaputi lumpur. haizzz... tapi selipa jepun agak too much ye. tapi agak logik gak disitu sebab lepas 2-3buah rumah kompom kasut heels tu dah dicampak tepi. tapi membeli kasut for the sake of raya sangat memuaskan nefsu buaya ini. *tutup mata, beli je. sebab bukan i yang bayar pun kan?*

5. baju raya telah siap. err..ekceli dah siap bulan April lagi. pastu ada penambahan dan penambahan dan penambahan. dan ada 2 pasang lagi tak sempat anto. tailor dah tak mo terima. sampai ati. sob..sob..sob..
tapi thats the best thing buat baju raya awal2. disamping itu, ia juga terus boleh dipakai untuk menghadiri mejlis2 kawen yg berlangsung sebelum raya dan yakni baju raya tu terus tukar status ke baju pergi kenduri kawen. dan memandang jumlah baju berstatus raya semakin kurang disebabkan penukaran status tersebut, penambahan baju2 untuk raya akan sentiasa berlangsung. genius bukan?

ok dah, nak pack barang. esok lepas kerja nak terus balik rumah mak i. hari rabu public holiday sempena maal hijrah. pestu khamis and jumaat plak training kat Eastin Hotel, PJ. omaiiii!! kompom makanan sedap. pls dont blame me for being fat. and friday after training terus drive back to North berjumpa suami. i dah kata dah i bizi. u oll tak caye lagi.
 

Template Design By:
SkinCorner