Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Abang saya kawen!

Maaf lama tidak berbelog.
Biasala, perempuan pura-pura busy.
eh tak! serious saya busy. *muka serious*.
I'm taking over new area. 70% dari tuntutan kerja membuatkan saya berada di sekitar kilang yakni jauhhh dari tempat duduk saya yang selesa itu. eh, tempat duduk i kat opis sangat selesa ok. ada extra pillow bagi memastikan asset saya yg sama darjat dengan asset J.Lo terpelihara dengan jayanya. saya juga mempunyai back support yg awesome yg dibeli hanya rm5 di Daiso Japan. well, i sangat sajeskan back support ni untuk ibu2 ngandung yg bekerja and perlu duduk kat opis lama2. sebab ever since i menggunakan back support, masalah sakit pinggang sangat berkurangan. awesome bukan?

hapdet terkini..

perut membesar bagai juara. bukan sahaja perut, malahan body part yang lain.
total weight gained as of today adalah 7.5kg. kagum bukan?
padahal weight anak tak sampai 1kg lagi dan misal la kata campur berat air ketuban and tali2 pusat what's not another 1kg, yg balance 5kg tu mana datang? lepastu kengkawan start la buat muka terkejut bile jumpa i.
siap tak kenal lagi. emo i ok!
well, pengembangan ala-ala belon udara panas ini membuatkan i separa reluctant to take maternity photoshoot. pffft! *oh tuhan, tabahkan la i*.

my beloved boss telah mendapat kenaikkan pangkat. which in another manner, beliau akan di transfer kan ke another department. sedihh oooo.. dah la boss kesayangan. boss i ni bile tau staff dia peknen bg cekelat hershey's kisses satu bag beso. sebab dia cakap time dia ngandung dulu dia suke makan cekelat. pastu now dia bagi i. baik bukan? dah la pergi sebelum i cuti bersalin. stress hokay stress. kang nak passdown keje kat sape plak ni? new boss? alahai..dia pun masih dalam proses pembelajaran. abes la i. kang nak beranak pun orang asyik call tanya itu ini.

well, february had been super awesome!
its our anniversary. its hubster birthday and thats the month my brother finally get hitched (by the way, mereka sedang menikmati hanimunan di NZ di kala ini. great, i is jeles ok!)

i takde gamba during mejlis kat my side. so i curik below pic from others (inclusive dari the official hall decorator) :




the underlayer sgt fancy bukan? theme of the day is Morrocon. Tapi takde la turn out 100% moroccan. sipi2 pun ok la. kudos tu puan bibah aka mama sebab pilih this theme and kepada diri sendiri sebab sama2 brainstorming.

spot the table clothes? its fancy! sukak!


candy buffet!
the hall entrance! hasil tulisan my kazen, Afrina. nasib la dia terer nak tulis jawi. kalau suruh i, kompom semua orang tak paham.
the wishing tree. behind does hanging cards and doilies paper tu, guest can write down their wish. ni 100% idea and hasil tangan cik puan aimi. yg i hangin, kerusi kat belakang tu apesal la aritu lupa nak suruh orang sarungkan alas dia mcm dalam hall. dah busy, ape pun tak ingat T___T.


i request for polaroid pics from my Angah. those pics during the nikah. since he tak berkesempatan nak amik pics using polaroid camera, they end up print out their nikah pics ala-ala polaroid. halal la. asal adik kesayangan tak merempan sebab tak dapat gamba polaroid.

i takde gamba perantin di hari kejadian. biasa la. adik pengantin pun busy macam mak pengantin. but well, their official wedding picture adalah sangat awesome. nanges babe tengok. ok fine! u oll tak nanges, i je nanges. mcm feeling nak kawen lagi pun ade gak. their official photog is rupajiwa. and here gambar2 yang i berjaya curik.










serious...part veil terapung tu memang nak nanges kejelesan ye. T____T

Friday, June 18, 2010

wedding part 7 : the reception


 
Boss pergi umrah. hoyeaahhhh~~!
sumpah.. takde kaitan pun dengan hidup saya. langsung. sipi-sipi pun takde.
melainkan boss mahu mendoakan kesejahteraan saya, mendoakan saya sentiasa murah rezeki dan mendapat jawatan seperti beliau pada tahun depan amatlah saya alu-alukan.
eh! kalau boss doakan saya mendapat jawatan seperti beliau, dah tu beliau nak campak mana? fine! saya tak rasa dia akan doakan saya sedemikian rupa. T_______T

boss pergi umrah saya bergembira. buat pejabat ni macam bapak aku yang punya.
muahahahha... ok, tak! saya tahu kerja wesh kerja. sapa kata saya curik tulang? saya tak curik. saya tak makan pun tulang ayam atau ikan. dah tu buat apa nak curik.

mood bershopping online telah kembali.
alhamdulillah... baru la rasa diri normal. baru lah rasa "banyaknya benda kat tenet ni aku belum ada lagi.."

my trip to pantai timur is soOoooOOoo much fun. nanti la nak citer. tak sampai seru lagi nak citer pasak itu. muahahaha...belum sampai seru lagi. *rasa mcm nak kne fire dgn ultraman je kot saya ni baru smpi seru. citer honeymoon tak abes lagi.. wedding pun masih jauh dari penghujung*

mensebut perihal wedding, tetibe la plak smpi seru nak smbung wedding part yg kesian kalinye.
itu tandanya pagi tadi bangun pada arah posisi yg betul sehingga sampai seru yg sangat besar tanda serunya. ataupun sebab dah buhsan gaban ngadap Oracle system ni ke oracle system ni yg buhsan nak ngadap saya.

dengan lafaz bismillah saya mulakan. ecewah..ada gaya MB tak? amin!! sok lusa dpt i jadi datin...


The Entrace.

refer entry sebelum ni untuk tengok my guestbook itu. My guestbook telah diletakkan at the main entrace dewan.

*those pics is from our pre-wed picz. printed by our OP and framed by hubby.
*The white stand to place the guestbook dibawa khas oleh incik OP all the way from north. time kasih tak terhingga. you are my saviour!! *kahkahkah...tetibe plak*


*this couple is my hubby's cousin who got married last raya*

*stand by sharpie sampai 3 batang noksss...mak takut ink tak cukup. padahal satu sharpie pun tak abes*


*sila queue nak tulis ye...jangan rebut2. ecewah... for those yg sudi menyonteng, ucapan jutaan terima kasih ye*


Right after entering the main entrance, terdapat sudut yg dinamakan sudut bacaan.
ok! fine. tipu je. just small deco. punyalah payah nak angkut all those things. thanks to all my family member yg sama2 menyusahkan diri menyiapkan this deco at that morning as what i wanted it to be. dah tu, saya tak mampu nak hire wedding planner. my wedding planner is my mom and i. alhamdulillah assistant ramai. rasa macam sivaji the boss pulak. apekah???



*Flowers is from my hantaran and room deco leftovers. vase is from my room deco during nika time.
*Bowl glass is from my mom collection. (actually its some sort like tempat serve cake. but we manage to terbalikkan the penutup and tengekkan atas the stand and become like bowl. kreatip kan insan yg sungguh cheapskate ini?). we put in some water and add pewarna merah yg mama gunakan untuk membuat masakan. abes la pewarna mak den. nangis la mama pasni nak buat kuih takde pewarna merah.
*Candles also from my room deco. semuanya recycle. by the way, meja ni pun the previous day dekat my room. transfer je gi sini. jimat ooo jimat*


*tempek je the frame dkt tiang tiles nih. frame bought from ikea. bubuh je double sided tape kat blkng tu*




The Hall.

Since saya ni takde la bajet menjulang tinggi yakni perempuan masih berkesedaran sivik baru bape hari bekerja dan sudah gatal mahu berumah tangga. eh! tak gatal..saja je nak halalkan mana yg haram. ahahhaha... sure pak kadi gumbira mendengar ayat ni. kurang orang kne tangkap basah apa. so, hall arrangement adalah diatas kadar kewangan yg sgt limited dan sgt bersesuaian dgn bajet. ecewahhhh...

i dont have those 3 panels pelamin tersergam indah atas stage. nope!! sila refer entry sebelum ini. malas nak carik. i only have pelamin nikah kat rumah jew. so the reception sangatlah seperti majlis makan tengahari.
the stage is soooo huge. so takkan la saya mahu makan atas tu mcm sgt pelik. jadi i tried to find meja beradap yet pelamin look a like. so that stage tu tak nampak la kosong malah hanya mengosongkan lagi duit saya yang sedang hampir kosong dan tandus.

tadaa...dengan magis nye. terhasillah ini dengan hasil usahasama akak kedai kahwin itu dan pekerjanya. kahkahakah... langsung takde kaitan dengan saya ye. saya hanya membayar dengan muke separuh ikhlas. waaahhh.. terbang lagi $$$$






The Cake

Saban hari sebelum mejlis perkahwinan saya yg tak seberapa itu, jenuh la membuka segala mak nikam website dkt tenet. nk tgk wedding cake. nk tempah konon. sedang membuat perkiraan cake2 idaman kalbu. ape kejadahnya cake smpi rm700 sedangkan sang pengantin hanya makan sesuap atau secubit je. pastu mne de nak melantak kan? tup tap, mama roger bagitau caterer tu nak bagi cake 3 tier. Aminn!! tapi ko tak leh la nak pilih cake ada bubuh cinderella ke kat atas tu. cake gamba muke korang ke (EEuuuwww..i sangat geli tengok cake edible gamba muke sendiri. abes tak jelita muka i nanti. jelita ke pun?).
cake adalah standard! muktamad! -> sedihnya.. saya just request kat abg caterer tu, janganla buat cake saya base merah pulak. ngeri org kampung den nak mkn. saya mahu white base.
and tadaaa.....

maaf..gambar tak berapa nak jelita sebab tak jumpa yg close up. tapi ok la cake dia. with fondant flower memaniskan lagi kejelitaan cake itu. ada saya kisah sedap ke tak? saya bukan makan pun. yang penting ia percuma. dapatla duit cake itu digunakan ketika honeymoon.


Main Entrance





The Walkways.


The Tables.


The table centerpiece


I love how they arrange the table runner.


The Buffet table (i love the bekas air glass itu)



eh..eh...anak sapa nih? 
And yes.. ni korang semua takkan dapat dlm mana2 majlis.
barisan miss universe wannabe.


kekurangan lagi 4 org kot dlm this pics. my cousins tak join lagi.
girls, thanks a zillion. korang memang best!!



Moral of the story : sila lah kahwin. (termotivasi tak saranan saya ni?)




Wednesday, April 21, 2010

wedding part 6 : Bertandang

Apakah yang telah terjadi kepada saya?
pergerakkan lembap mengalahkan kura-kura memanjat menara KLCC.
kelesuan dan keletihan yang sangat melampau membuatkan saya tumpas seawal jam 8pm di hari semalam dan sehari sebelum itu.
pelik bin ajaib binti hairan saya dibuatnya.
barangkali kerja terlalu berlambak. dan PMS membuatkan hati dan jiwa agak tidak keruan.

Oh kerja! saya mahu kahwin sama kamu. workloads lebih banyak berbanding in my previous company. tapi... *muke pasrah* thats the price i have to pay. eh..bukan..salah la plak. mana ada saya pay company. company yang pay saya. saya tak mampu nak pay to the company. saya bukan jutawan mahupun hartawan nak membayar multimillion dollar to the company.

agakgembira hari ini. apabila bos telah memberi green light kepada kedua-dua business trip saya. ohh gumbira!
tak sampai sebulan bos dgn willing hati memberi saya peluang pergi business trip. bukan jauh pun. tidakla sampai ke pelusuk HQ kami di Phoenix,US itu. cuma di Kota Singa pada tanggal hari lahir saya dan ke pulau pinang pada bulan June nanti. seronok bukan? iyaaa...saya bakal ke kota singa sebanyak dua kali pada bulan May insya-ALLAH. lagi sekali dengan sang suami tercinta.
sangat berbunga hati walaupun ia hanya business trip. wooi...dah dkt 2thn bekerja, mana pernah berkesempatan nak ber-business trip bagai. semua my senior je leh pergi. mentang2 la i ni budak hingusan. tempat saya hanyalah sekdar dipinggiran. but in the new company,saya lebih berkilat barangkali sehingga puan bos nampak kewujudan saya.



Oh! diatas permintaan tunangan incik haikel a.k.a cik sya, entry kali ini terus skip ke wedding di pihak lelaki atau lebih dikenali dikalangan umat manusia sebagai, BERTANDANG. oh!!bukan bahasa sarawak bertandak yg bermaksud menari ya.


Bertandang took place at Dewan IPD Kuala Muda, Sg Petani. Why oh why dewan IPD? its the nearest dewan to my in laws house which is one of the main requirement by my mom in law. nak dewan paling dekat dengan rumah supaya senang nak balik rumah and orang tak sesat nak cari dewan. 
Since the wedding is on the 20th Feb 2010 which is on Saturday, my family and extended family dah datang since friday. siap amik cuti lagi tu. terima kasih makcik2...pakcik2..along and my bro juga sepupu sepapat yg sudi drive all the way from central to northern.

we reached SP on that Friday and stay at this home stay. semua my family puji homestay ni. sangat best sangat cantek. plus the owner yg sangat baek. we had BBQ at the homestay garden for two nights. sangat best. sepupu sepapan dan anak buah saya bergumbira tak hingat. makcik2 dan pakcik2 asyik tak berhenti bergosip. eh tak!! pakcik2 tak gosip, cuma layan footbal match sampai riuh satu rumah. that is the main reason kiteorg tak mo duduk hotel. else tak happening since lain2 bilik kan?

Preparation at hubby side most likely 80% done by hubby. ye!! hubby saya mmg juara. oh,semestinya dibelakang setiap juara berdirinya seorang perempuan yang bernama isteri. ekekek..perasan betul.
from memilih dan membeli door gifts, deco dewan, and cakap ape je la,semua uruskan kecuali catering.

Pagi2 hari kejadian,saya bangun tak la berapa awal. hubby go and fetch my MUA which is Lan from Stage queensbay.
Lan ni bab nak makeup memang cerewet. dia buat semua slow and steady. and hubby loves my bertandang make up compare makeup time reception my side. huh? tak kira...i prefer make up myside juga.



After my whole family pun dah siap2, all of us incusive pengantin lelaki dan perempuan yakni kami pun gerak ke dewan.

err...cik sya, perlu diingatkan bahawa kalau side laki, tak perlu la pengantin lelaki tunggu di muka pintu rumah dan apabila cik sya sampai baru la pengantin lelaki datang dan salam sambil cium tangan pengantin perempuan. no such thing. jadi jangan kompius ye!! usually both bride and groom dtg sekali dgn family pengantin perempuan itu dan dot..dot..dot..

as for hubby side, we do as simple as possible. sobabnye...hubby kata jangan membazir. haipp! itu amalan syaitan yang direjam. kalau mau direjam, jadilah syaitan. apekah??
ok, we dont have fancy dias or whats not. plus the ruangan dewan yg sgt limited (dewan ni mmg limited je ruangannya) we dont think it is necessary nak ada pelamin lagi disamping cost sewaan pelamin idaman saya (oh pleasee! not that kerawang or besi bagai2 tu punya type) mampu membeli sebijik peti sejuk panasonic inverter 380L.
jimat ye jimat!!
we just had our makan beradap and the rest? beramah mesra dengan tetamu.



majlis yg simple je tapi happening since all the makcik pakcik and kazen mazen sang suami ada.
and the best part above all...adalah outdoor session.

yep!!time outdoor for my side, our pics banyak berlatar belakangkan bangunan. dah tu nama pun duduk kat kawasan mcm tu, mana nak cari sawah padi or pokok kelapa sawit bagai kan?

we were blessed that hubby side ni banyak kawasan yang boleh dijadikan tempat utk bergambar. huhuhuh...
1st stop..we al amik gamba kat jeti sungai (err..kawasan tak ingat. hubby tolong!!tak ingat nama tempat).

then kiteorg move pulak ke kawasan bendang.


Oh!!tak perlu hentak screen monitor PC atau laptop anda. memang screen anda dah rosak pun bila view pics muka saya banyak sangat ni.
dulu kecik2 teringin nak jadi model. mama kata. "haipp!biasa ni nak jadi model ye"
terputus sudah harapan. dek kerana keciwa yang tak tertahan, saya makan dengan banyaknya bagi mengawal emosi sehingga badan turn out sebesar lori treller.
*alasan semata-mata*.

p/s: Raw pics from photographer. belum ada lagi sesi edit mengedit sebab pengantin yg super lembap ini tak tau nak pilih pics for the wedding book lagi. ahahah..sangat lembap! ampun tuan photographer.

 

Template Design By:
SkinCorner