And finally its FRIDAY!!!
weee... seronotnye. setiap orang yg bekerja mesti paling suka moment after lunch time hari jumaat.
suke sangat and ase nak golek2 sambil garu2 perut kat depan lobi ofis.
Pheww!! bekerja 5hari dan cuti 2hari. sangat tak fair! patut kerja 4hari and cuti 3hari. baru lah balance kan?
Malam tadi saya dah buat statement berani mati dengan incik tunang apabila mengeluh hal kerja :
'Yelah...i tau, kalau kerja senang sape nak bagi kita gaji'
wahhahah...giler la ayat pasrah ni, free2 kne gelak besar dr incik tunang.
yesterday telah berjaya mencilok my lunch break utk membuat HIV test.
Kronologi kejadian :
1.00pm : patutnye saya ada meeting nih..tapi kena tukar pkl 2.00pm plak tetibe. hati dah mengeluh sebab nak gi test HIV pkl 2.00pm. Bos tanya "is there anything warong?"... and saya konon2 kata 2pm tu ada appointment. and Puan Bos besar terus bagi green light tak yah join meeting (ni yg best bos pompuan nih!)
2:15pm : Berbekalkan my bumblebee dan of course incik tunang sekali, we reached at the appointed klinik kesihatan goverment. oh kengkwn, bukan suka suki je ye nak gi wat HIV test ni kat PathLab ke...pape lab darah yg len. HIV test utk kahwin HANYA VALID dekat appointed klinik kesihatan gomen aje ye.
- terus ke kaunter sebab cam pelik je tak ramai orang sangat kat klinik kesihatan
saya : kak, nak wat HIV test
akak kaunter : untuk kahwin?
saya : ye saye.
akak : lab kaunter bukak pukul 3pm
*ase nak pitam bile dengar, berpinar2 mata ku. dah nampak mcm bintang2 di langit yg muncul ditengah hari*
i have another meeting at 3.30pm.
korang byngkan kalau kaunter bukak pkl 3pm, pukul bpe saya nak balik?
dlm web kata leh test 2.30-4.30pm selasa-khamis.
dh tu ape kejadahnye pkl3pm baru nk start.
akak tu dh la tak nak kami daftar dulu.
"nanti lab kaunter bukak baru daftar"
pastinye incik tunang dihujani dengan kata2 manis saya memuji klinik kerajaan dan akak kaunte ryg sangat manis itu ->sangat menipu! sila baca dengan versi yg bertentangan,
setelah muka mengecut kalahkan asam kecut dan kerutan-kerutan di dahi yg dah berupa padang sahara je lagaknye, tetibe at 2.40pm akak kaunter panggil kami.
akak kaunter : 'isi form ni eh'
selang 5mins, nama kiteorg dipanggil and kne gi ke kaunter Lab.
sampai kat kaunter lab, letak form, duduk 3mins then nama incik tunang dipanggil dahulu.
Korang tau tak, dieorg amik darah (ni yg mcm ketip ujung jari je tu) dekat kaunter tu je.
wahahah...giler koboi la dieorg ni. men hulur je jari kat kaunter.
lepas sesi tekan2 ujung jari n amik darah, tak sampai 2mins dia dh panggil balik.
result : non-reactive
of course la kan. takkan la reactive plak. huhuu..dhsyt la tu kan.
then masuk ke bilik untuk sesi soal jawab dengan bro MA tu.
cam sekejap gler je bro MA tu tanye2, sign borang HIV tu.
and OH YEAH!!! result dah dapat. dah leh kahwin!!1
wuhuuuu!! seronot2...
and semua tu settle at 3.10pm. percayalahhhh (diiringi lagu Siti Nurhaliza tu).
first time saya memuji servis mantap dari klinik goverment.
dah tu through journey back to office, incik tunang tak abes2 ngungkit pasal bebelan manis saya tentang servis klinik goverment and akak kaunter tu.
*malu sendirik*
dan saya mahu membuat guestbook seperti ini!!!
oh!! jam menunjukkan pukul 6.
nak balik and memasak.