Thursday, December 30, 2010

cinderella dan labu-labunya.....

Ye saya tahu. Rakyat Malaysia masih keterujaan memenangi bola malam tadi. And for the first time I REALLY watch football match. Ni semua sebab penangan laser yang heboh diperkatakan sehingga menyebabkan saya sungguh teruja nak tengok. Sungguh kontroversi bukan? Mungkin kalau takde kontroversi ini ko ingat saya nak tengok? Oh..takkan ok. buat sakit jantung je tengok. The whole 90minit game tu jantung macam nak tercabut. Punya la nervous. Pastu nak kelip mata pun tak nak. Takut termiss la konon kan. Sampai pedih bijik mata. Mana tau time kelip mata tu mesia or indonesia score ke. Mana tau Laser dr penonton indonesia terlalu kuat hingga membuatkan kulit pemain malaysia bertukar menjadi kaler hijau pastu pemain mesia bertukar menjadi incredible hulk in split second dan terus menculik Julia Perez dan Manohara yang ada kat stadium tu pastu larikan diri ke London and they live happily ever after. Eh nape tang game kat indon cameraman tu suke sangat focus kat muke retis Indonesia n retis wannabe (manohara) tu? kat mesia idok nya ada la dia ngambik gmbo muke pompuan2 pun.


And on top of all the keterujaan, sebenarnya keterujaan yang paling hakiki adalah tatkala menerima email dari orang HR anoounce pasal cuti. Tanggan siap menggeletar noks. Mana la tau tetiba kampeni buang tebiat tak nak bagi cuti padahal Bang Najib bagi cuti kat semua rakyat mesia walaupun yang berjuang malam tadi tak sampai 20orang (termasuk bang rajagopal, tukang bancuh air dan sebagainya).

Korang ada masalah tak dengan pemandu kereta yang lain? Ohhh..kadang2 pemandu kereta yang lain salu je buat darah I mendidih2 sampai kat pale otak. Kalau la pale kite ni di desain macam lokomotif stim kepala keretapi, kompom ko Nampak pencemaran asap yang melampau2.

1) Kete umang aih..besar gedabak. Tapi...

I cukup tak berkenan kalau kita sibuk nak mencarik parking pastu depan kita tu kete panjang, besar macam MPV ke, kete maria mercedes ke yang sibuk nak masuk parking. Cam harem ok! Kalau stok driver dia mcm shumacher tu i memang respek la sebab sekali libas je terus masuk parking. Ni stok yang amoi2 bawak Alphard ke, estima ke, pastu nak masuk parking yang

- Masuk kepala, eh tak muat. Reverse balik.

- Pastu reverse kite yang belakang ni pun di horn nye suruh reverse and bagi space dia agak2 sebesar space kapal terbang nak landing.

- Pastu masuk balik..alamak terlebih ke kiri, tak lepas, reverse balik.

- Alamak kanan pulak terlebih sangat. Reverse balik.

- Pastu salah lagi.

- Reverse lagi, konon nak buat reverse parking plak.

!@#$%@!#$%^&!!!! Orang mcm ni la kekadang rasa nak turun je dari kete kite ni, pump out petrol kete die, pastu simbah petrol, pastu pinjam lighter kete2 sebelah ke, bakar kete tu dengan amoi dalam tu hidup2. (pengaruh abg partiban la ni).

Ada sekali tu i kne tunggu amoi tu dok adjust alphard dia cam dekat 10minit hokay. Damn sungguh marah! Ko ingt aku ni banyak sangat masa nak dok sini makan kismis ke, makan kacang ke, bace sotkabar ke sambil nunggu ko parking???

Dah tau bawak kete ala2 elok sket je dari budak 6 tahun bawak kete, toksah la berhajat besar bawak kete sebesar alam. Ko ingat orang lain ni banyak masa nak tengok tayangan free ko dok adjust2 kete ke? Bawak je la kete kecik cenonet mengikut level IQ korang tu.

Apa? Sempit?

Meh sini saya nak sekeh. Jap lagi keluar kete yang gedabak tu pemandu, passenger sebelah pemandu, and anak dia dua orang je dari belakang. Ape ko ingat anak ko tu ko amik anak badak kat zoo ampang ke? Besar sangat le anak ko tu sampai tak muat kereta bersaiz sederhana? Pastu yang sungguh bangang bile keluar dari kete sebesar alam hanya satu makhluk tuhan sahaja yakni si pemandu. I tak tau la, yang passenger belakang stok passenger halimunan ke, roh2 yang kite tak nampak tapi dia nak bawak roh2 tu pergi shopping mall ke.

And Yang paling tak best, tau tau la opis i ni parking sungguh limited. Sangat mcm haram yg menterpaksakan I pegi keje awal. Ko ingat I ni suke suki ke nak gi keje awal? Lebih bagus gi keje lmbat2 leh tengok tibi smbil bekfes. Pastu dh la parking limited, amoi2 yang stok bawak naza ria, innova, avanza sungguh bersepah2. Ape pekdah takat ko sorang gi keje bawak kete giant2? Pastu kalau reti parking molek2 takpe. Ni stok kalau parking tak curik parking sebelah tu tak boleh agaknya. Pastu yang kete kite yang kecil molek ni la kne pasrah siap parking tangan hamper tersimpul padu macam dalam buku pengakap dok adjust ke kiri ke Kanan nak masuk parking yang dah di conquer kete sebelah. Choiii! Kan pepagi dah kne sumpah dengan saya. Nasib tak sumpah jadi katak kodok.

2) Kete sungguh dasat..sungguh lowered, skirting macam ……



Ni lagi satu. Kete dah molek-molek level standard nak pulak di lowered kan. Pastu boh skirting labuh2 ala-ala pakai skirt ala gipsi. Takpun skirting labuh baek punya macam jubah2 minah arab pakai yang menyapu jeraya.

Yelah, kete ko, ko punya suke la kan.

Tapi tang dah sampai ke bonggol ke. Punya la nak mengadjust ke kanan la. Ke kiri la supaya tak sagat bawah skirting kete ko ape citer? Ek eleh, kete myvi i selamba je jalan kat situ. Takde pun sampai nak seploh menet nak adjust kanan kiri biar tak tersagat.

Pernah sekali tu i tengok, dekat rumah my parent, ada la satu bonggol ni. Biasa la, time tu bonggol baru2 buat, tinggi sket la. Sekali sampai kat bonggol tu, kete wira wannabe racing car depan tu semua passenger nye kne turun. Maka turunlah sang bini, sang anak2 duk tepi jalan sebab bapak eh nak bawak kete wira wannabe racing car tu melalui bonggol itu. Cheh., tak ke menyusahkan? Idok le ku reti….



3) Bunyi ekzos kete…



Satu lagi stok yang terlebih duit. Modified la kete dari wira ke evo la, dari alphard ke kete kebal la, dari myvi ke passo la. Kalau modified kete ke kete kebal tak pe gak. Jimat sket duit gomen nanti tak yah beli kete kebal banyak sangat. Kete rakyat dah convert kete kebal ada membantu dan berkhidmat.

Pastu kalau modified kete rupa bentuk kompom lain tu tak le kisah sangat, ni stok bubuh ekzos mak aih besarnya. Kalah meriam yang portugese pakai datang serang malaya. Kalau budak umo 2 tahun boh kepala kat ekzos tu kompom, kepala dia leh terbenam masuk.
Ape pekdah nye nak ekzos besar2 tapi bawak kete laju sket je dari siput babi? Yela..yela...nak seb minyak kan.
Yang satu lagi stok modified kete boh enjin2 yang langsung tak seswai. Mcm kancil buh enjin evo. Logik tak? Logik tak? Penat je la engineer kete tu gi belajar tinggi2. Belajar sampai obersi. pastu nak bayar balik loan belajar dia. Pastu perodua bagi gaji dia banyak2 at the end korang juga yang jadi engineer sejati. Tukar enjin tu. yela..engineer tu tak bijak. Ada buh enjin cenggitu kat kancil korang. Patut la kancil korang jalan cam semut. Kata nak laju, mesti la enjin kene up.

Jap lagi kalau dah body kancil dan body2 korang berderai kat jeraya sape yang susah? Dah kete tu di desain untuk enjin tu, belajar la terima hakikat kan.

Kalau belum mampu beli kete canggih, tandanya duit korang belum berkepok, juga memberi maksud korang masih belum mampu nak beli insurans level platinum lagi dan menyimpan wang ASB jutaan ringgit. Jadi sok lusa idok le ko mati katak tinggalkan anak bini makan ubi kayu ari-ari.



4) Dan kalau dah mampunya beli kete canggih, ko tak yah la nak gak bawak lane paling Kanan kalau takat keberanian ko nak bawak adalah pada 90 km/h. sungguh menyusahkan. Kan tak pasal2 free makan flash lampu dari kete belakang. dah rupa lampu raya dah dok lip lap lip lap dari belakang. Bek ko beli viva and bawak lane paling kiri. Sebab viva pun leh cecah 90km/h tanpa perlu membayar ratusan ribu ringgit kan?



Dah. Cuti mood. Malam ni nak balik rumah bonda. Harap takde la insan-insan yang tak bertimbang rasa kat jeraya malam ni sebab kompom jalan jam. Sigh!

Monday, December 27, 2010

rahsia sebenar cef.

Semenjak dua menjak menjadi isteri. Selera juga sudah berubah.


Oh tidak! Selera pada suami tetap sama. Tetap utuh. tetap merasakan suami saya adalah paling menggiurkan walaupun dia merasakan dengan meletakkan tangan saya pada bontotnya ketika beliau kentut adalah sesuatu yang menggembirakan hati beliau.

Tapi selera pada persekitaran sudah berubah.

Kalau dulu celah bedah mana henbeg keluar pasti nak jugak menyemakkan diri membrowse, mengecurkan air liur, berangan siang malam, pastu propose kat teman lelaki “eh cantikkan henbeg ni? Kalau I beli 100 bijik ok tak?” pastu sentap sampai merajuk2 sebab teman lelaki kata “biasa je”. Emo ok! punyala feeling Paris Hilton kalau beli henbeg cenggitu dia leh kata “biasa je”. Sungguh puaka ayat itu!

Semenjak kahwin, nan ado henbeg baru. Bukan suami tak bagi beli, tapi rasa KIV la dulu. Tak essential. Henbeg yg ada skrng pun tak de nye la I sauk semua pakai at one shoot pun. Pakai satu2 gak. Pastu since suami jauh dimata, pegi keje ari-ari tak rotate henbeg pun takpe. Kate berhias untuk suami kan? *by the way, I pakai tshirt suami kat rumah pun suami kata seksi dah..grrrr!*


Pale otak kalau merayap asyik pikir, beli untuk rumah. Monthly saving pun asyik pikir ape la lagi yang tak cukup sebab keperluan rumah memang selamanya tak pernah2 cukup.

Kalau dulu berjalan di Pavilion ke, Gurney ke adalah merasakan diri sangat heaven, tapi sekarang pergi IKEA, pergi furniture shop adalah lebih syooorrrggggaaaa…

Kalau dulu beli magazine banyak gambar pompuan tak cukup kain buat baju, gambar henbeg harganya boleh bayar deposit rumah 2-tingkat, kasut yang mahal dari harga tayar kete, accessories regenye lagi mahal dari jumlah duit dalam wallet. Sekarang ni magazine berunsur hiasan dalam rumah. Tapi tu la, local magazine ni I kureng minat. Minat yang omputih je. Biasa la i, perasan omputih padahal jawa murtad!

Walaupun i idok le retinye nak masak. Nak masak lempeng pun nak kne call Wawa. Nak masak nasi lemak pun bertukar jadi pulut, tapi keinginan membeli perkakas dapur adalah di luar kawalan minda.

1) Chefel double sided pan

Tak! Ini bukan minatang nak wat waffle tu. Dan i pun tak bercadang memberi suami makan waffle ari-ari sebab laki i bukan orang perancis. Laki i adalah pure orang kedah yang sentiasa “lapaq nasiq”, wajib pekena gulai dan sambal belacan ari-ari. Tapi chefel double sided pan ini sangat temptating. I yakin 100% dengan ada nya kuali yang mahal dan canggih, semua orang boleh memasak sehebat chef! Percayalah suami.....*sound efek lagu percayalah!*





2) Ceramic blade.

Entah cmne idea nak beli ceramic blade ni datang. Tapi rasanya pengaruh rakan yang lebih tua. Mind you! I paling muda di opis dan berada di golongan pertengahan. Golongan tua adalah mereka yang beranak pinak dan menceritakan 80% perihal anak, suami, rumah, furniture dan golongan muda adalah mereka yang single, belum kawen, dan 80% menceritakan pengalaman mereka berdatingan, menonton wayang, karaoke sampai hilang suara dan sebagainya. Memandangkan kategori pertengahan adalah, usia masih muda dan bergetah, mempunyai suami tapi belum mempunyai anak, mempunyai suami juga tinggal di kejauhan, hanya memasak untuk diri sendiri dan sebulan sekali untuk suami itu pun tentatively dengan mood semasa, yakni saya adalah keseorangan didalam kategori ini.

Berbalik pada perihal pisau ini, feedback yang didengari dari amoi yang telah membeli pisau ini adalah sangat mengkagumkan. Ohhhh! Sure lepas ni I leh potong bawang dengan lebih cantik, siap ukir2 bawang tu bentuk burung ke, ikan ke. Dah beli pisau ratusan ringgit kompom boleh buat segalanya. Barangkali boleh sculpture ice. Dan juga pasti lepas ni saya berjaya menyiang ikan dengan jayanya dan tak perlu lagi phone instruction dari cik puan bibah time nak siang ikan bawal seperti tempoh hari.

Dan di sini saya ingin menekankan sekali lagi, kegagalan saya memasak adalah bukan berpunca dari diri ini, tetapi ketiadaan alatan canggih seperti dua alatan diatas menyebabkan masakan saya kurang menyerlah. Suami, pls take note.

And last Sunday saya telah menjumpai the Fireplace Mantel idaman. Giler terkejut time jumpa. Macam, eh kat mesia pun ada minatang nih? Hampir terhenti gak jantung tatkala melihat regenya. Pastu terus rasa nak nangis golek2 kat situ nak beli. Siap pinjam owner kedai tu punya measurement tape. Ya, kita ukur dari kiri ke kanan. Dari atas ke bawah. Eh muat ni. Muat nak bubuh tv kecik suami tu. Tapi mmg pasni tv kiteorang tak leh lebih 32“ dah. Takleh la u nak buat rumah ala2 tgv ke, gsc ke ye yang. Lagipun ia bagus untuk mata kita. Tv besar2 nanti mata cepat rosakkan? The fireplace mantel is in brown wood colour. Brown pun brown la kan. dari I nak menempahnya. Tapi, suami boleh buat muka stone cold dia plak. Takdenye terkinja2 macam I time tengok. I knew dia tak berapa nak setuju tang bubuh minatang ni. Sebab the house itself dah ada built-in tv cabinet. Tapi ... tv cabinet yang ada tak telus dengan citarasa i. Errk!

Ok, I sentap sebenarnya. Start buat muka tak best. Tipikal pompuan la. Walaupun I ni luar Nampak gagah, size badan mcm elephant, tapi dalam hati ada bunga mekar setaman.

Sampai je rumah masuk bilik. Terus baring atas katil bukan dengan gaya menggoda ye, tapi dengan gaya merajuk pandang dinding sebelah sana dalam hati menggunung tinggi mengharap suami pujuk. Ahahahah...

Dan Tetiba...abang sebelah nak amik hati. Barangkali risau tak dapat apa yang di hajati malam nanti. "sayang, kalau fireplace tu kita modify sket nanti nak bubuh astro decoder..bla..bla...“

Dalam hati terus bunga kembang semula. Cis..dah sampai rumah baru nak bukak mulut.
Tak kisah, minggu ni jugak suami wajib pergi beli kat kedai tu.
Walaupun selepas mensetujui untuk beli malam tadi, dia ada ayat tambahan “nanti dah beli nak bubuh mana dulu sebelum pindah?” *buh bawah katil u boleh..bubuh dlm kete u boleh..*

Kalau I nak cabut the tv cabinet and the display unit yang dah built in tu ada tak sesapa willing nak amik????? Tolong la amik. Kang suami bagi ceramah zuhud lagi plak. den sodih kang.

Monday, December 20, 2010

emak, saya mahu beli doniaaa!!!

My sister is a true shopaholic.


Now I knew where I’m inherited it from =))

She will shop anything either it’s from online shop, cik kiah menjual dari satu meja ke satu meja di opis atau di rumah.and of course, shopping malls, shops, etc.




I still remembered during her confinement period, she will ensure that she will in touch with her shopping activities even though she’s staying at home. She will bought something over online and deliver to my parent’s house almost daily. Baby bibs, rompers, baby sling (by the way, she had two almost identical and just different in colour!!!), booties, toys etc. I rasa kalau dia tak beli mahu meroyan kot dalam tempoh berpantang tu. and yes, she was only 3 weeks dalam pantang before she went to one of the warehouse sale. T____T

Even his eldest son which just turned 3 that time knew that “mummy boleh ambik duit kat bank” when I told him I had no money so he could not ask for any toys or candies when we out to TESCO.

Sigh…saya kot dah sekolah baru tahu bank tu my bapak leh keluarkan duit gaji. All the while ingatkan hanya boleh simpan duit sahaja sebab mak ajar simpan duit dekat bank. Tak pernah ajar, nanti dah simpan duit raya kat bank leh keluarkan beli ps3 ke.

Since my sis adalah a true shopaholic and the magic word adalah “beli”, we wasn’t realize how it will impact her 2yrs old kiddo yang mencintai otomen kosmos lebih daripada mencintai his meal, yang lebih menyayangi antel (my hubby) instead of achu (myself) *bukan ke antel come later than achu? Why oh whyyyyy?*, dan yang merasakan makhluk paling hensem dalam dunia ini adalah Musasi (Musasi – nama karakter otomen kosmos bila dia jadi manusia biasa).

Conversation between Super nenek and her 2 yrs old cucu,Papeet (Wafeeq)




Papeet : papeet nak nengok otomen.

Super nenek : tak boleh on tv. Karen takde. (by the way, time tu blackout at my parent’s housing area due to heavy rains)

….

Papeet : nenet, bukak la ekon. (oh..he will only tido regardless day or nite, rain or storm if only ekon is on)

Nenet : tak boleh, kan nenek dah kata karen belum ada lagi.

Papeet : hmmm..suruh la atok pergi kedai beli karen!

Nah hamik ko. Susah sangat takde Karen, pergi je la beli. Mau mati tegak atok kot kalau nak pergi beli karen kt TNB pastu bawak balik rumah buh kat TV and ekon.
..........
The other day, we stopped by at a petrol station since Nuqman, Papeet's eldest brother need to use the toilet.
out of sudden,
papeet : papeet nak beli minyak. papeet nak beli minyak...
this 2yrs old fella is a true shopaholic. stop kat petrol pump pun kena beli minyak *isi minyak kete*.
and he told his mum "kat dalam tu boleh beli air.aritu daddy beli" *referring to kedai kat stesen minyak*
sigh~!
This is Papeet with his front tooth missing. Mummy,can we "beli" tooth for Papeet?



ko nampak? budak dua tahun pun pergi stesen minyak dah tahu nak guna word "beli". tu baru 2 tahun. kalau dah 12 tahun?
Bahaya oooo..jap lagi kalau hari hujan tak de matahari and tak boleh main luar rumah, dia mintak beli matahari pulak macam mana? Kalau cloudy night tak Nampak bulan suruh beli bulan pulak macam mana?

Cenggini rupa, marilah kita bersama2 pindah duduk dalam Gua. Jadi caveman. Anak pun tak mintak beli bnde2 pelik2. Mak pun tak leh nak online shopping. Laki pun tak leh kelebet forum camera hari2 *dituju khas buat suami tercinta*

p/s: by the way, my sport shoe hunting telah berakhir. Opt for the running shoe instead of training shoe. Rm300 musnah terbakar setelah bertukar option mencari dari sudut berkenan di hati ke option yang mana ada diskaun nye pak? Semua yang berkenan di hati adalah over rm400. Mungkin betul, saya sepatutnya beli je kasut cap power. Atau pinjam je kasut futsal suami. Kite tengok brapa lama kasut ni leh bertahan sebelum al-kisah riwayatnya aku sepasang kasut yang syahid didalam kotak. Sekian!

Friday, December 17, 2010

kat balai polis pun nak kecoh.





i received exactly the same message.
adakah ini bermakna my dad ada affair dengan ramai wanita.?
atau saya adalah anak angkat dan mempunyai ayah yang lain?
adakah ayah saya warga indonesia? sebab the text sounds like indonesians.
berapa adik beradik saya sebenarnya?
oh..if laki saya juga menerima message sebegini, adakah perkahwinan kami sah? yela..kata adik beradik kan. sama ayah.
kak seri,
harap dapat membantu saya.

dari,
Gadis Buntu.

choiiiii! nak topup credit pun nak tipu orang. sungguh mangkuk betul dieorang ni. desperate nak mampus kot.
next time mintak la topup rm100 ke..ini mintak rm30. sikit bonar. nak tepon semua bini dengan topup rm30 ke? nak schedule kan malam ni abang balik rumah jenab,esok timah lusa rumah kiah ke?
manusia sekarang sungguh desperate betul. pathetic!
bayangkan kalau yang terima sms tu yang time call bapak dia betul2 unreachable pulak. tak ke meng'gagau' cari kedai topup. tak ke sakit jantung mak dia dengar. kalau mak dia mati kena heart attack sapa nak tanggungjawab?
by the way, balai polis sekarang dah takde public phone ke?

Thursday, December 16, 2010

bau hati yang tengik!

Setiap kali jam tunjuk pukul 3.30pm, otak mesti otomatik respon, ooo yeahh..lagi 2 jam you. Dua jam lagi nak balik. Tapi at the end, masih jugak balik pukul 7:00pm ++. Biasala, pekerja harapan. Mungkin muka ni asyik balik lambat je, akak yang keje security tu siap tanya lagi napa balik awal last Monday. Sebab time tu otak dah weng tak leh buat kerja. Pukul 6pm dh cabut sebab dah nyawa2 ikan and sket lagi bertukar menjadi ikan kaloi. Eh tak..ikan buntal lebih tepat T___T


Akak security : eh, awal balik hari ni. Alhamdulillah.

Gler la I kagum jap sebab akak security yang cakap Alhamdulillah I balik awal. Ohhh syahdu. Rasa nak nangis plak =))

Dan hari ni..tajuk gossip hangat yang diperbualkan adalah, akak Marion Caunter nak kahwin dengan anak uncle Naza tuh.

Yang saya tak paham, ape lah pompuan2 yang lain ni sibuk nak menghuraikan hujah2 mereka?

Siap buat statement berani maut “ala..marion tu mata duitan tu.sebab tu nak orang kaya je”.

Eh ko besfren dia ke? Anak sesusu dengan mak dia ke? Kembar tak seiras dengan dia ke? Mane ko tau?

Sesedap mulut je nak kata orang kan. anyway, I bukanla big fan Marion pun. Selalu je la nengok minah ni kat E! news. Tapi agak kurang menggemari dia sebab dia ni memang level seksa habes. Baju tu most of the time macam baju pinjam kat adik dia umor 9tahun kot. Tapi yelah, positip je la kan. ntah2 derekter ke..produser die ke yang nyuruh pakai seksa gitu kan. ntah2 kat luar dia ni stok pakai jubah. Mana la kita tau kan. bukannya kita ni kawan dia.

Tapi ye la..sebab dia nak kawen dengan anak Uncle Naza je semua orang label dia pisau cukur. Eee..tak kuasanya i. eh cuba kalau anak uncle naza tu yang dok syok kat hang. Pastu orang kata hang tu pisau cukur, mau berapi tak? Kalau I kompom berapi siap mulut keluar api macam citer dragon2 tu. Sebab anak uncle naza tu tak berkehendakan dengan hang, hang la gebang2 kuat kata minah ni pisau cukur la, gedik la, kaki clubbing la. Ape pekdah kat ko? Lagi dapat dosa adalah. Kat minah caunter tu? tak terjejas nya dia dek non oiiii. Lagipun, sapa yang lebih kenal hati budi marion ni. Hanya anak uncle naza tu je tau. Maybe marion ni jenis lemah lembut kalah pompuan2 masuk gadis melayu tu kot kan? kau tau? Kau tau? Tak tau kan. kut dia nak clubbing tonggang tebalik ke, ikut dia la kan. Dia tu dulu kafir. Baru ni je la masuk islam pun. Kalau dia masih nak clubbing ke ape, laki dia la yg tanggung dose. Tak sekelumit pun dose tu transfer kat korang pun.

Tipu la kalau I cakap I tak cemburu. Oh cemburus nak mampus nokkkss. Dia nak sauk prada, LV, channel Kanan kiri sampai terseliuh tangan nak angkat pun ape ke hal sangat la. Kalau takat nak kasut lauboutin bagai takat celah gigi laki dia je. Tak bangkrap pun laki dia. Tak gerak manela duit dalam bank laki dia pun nanti nak belikan bini itu ini.

Tapi tu namanya rezeki masing2. Mungkin dia dapat tangkap laki yang menjana kewangan lebih dari sepatutnya, tapi ko tau ke deep down rintangan dia? Ko ingat senang ke nak jaga laki yang ber’profil’ tinggi ni? Eleh, kalau laki keje bawahan yang biasa2 je,pakai selipar cap asadi je, pastu bawak kete jenama malaysia pun ko tak leh jaga siap laki ko ada 'affair', ni sah2 la dia tu duit berkepok2 sampai tak cukup kaki tangan ko nak kira kan. Ko ingat senang?

Tepuk dada tanya muka. Eh boleh la kot diaplikasikan peribahasa ni. Ko measure sket marion caunter tu dengan muka ko. Ada sama? Ada serupa? Kalau takat hidung pesek, kulit kelam2 romantik gitu, ko ada hati nak imagine diri ko kawen dengan anak uncle naza? Apela salahnya kalau anak uncle naza tu pun nak kat dia. Dia cantik. Bukan ke semua orang inginkan kesempurnaan kat pasangan dia?

Two words : KAU CEMBURU!

Kau cemburu bukan ??? sebab marion tu sok lusa leh walk in masuk je NAZA WORLD nak tukar2 kete setiap hari. Kau cemburu sebab marion tu leh beli henbeg and kasut yang laki kau tak leh beli kan, kau cemburu sebab marion dok rumah cantek, pergi round the world.

Dah tu..gi la cari laki kaya. Kalau lagi desperate, gi cari laki orang yang kaya-raya. Jangan laki I sudey. Tu mau makan tapak tangan I yang jelita nih.

Dah..tok sah nak cemburu. Bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Toksah nak sokseksoksek mengata dia pisau cukur ke, pisau belati ke. Siapa korang nak judge dia?

Tuesday, December 14, 2010

ridiculous-mericulous!

Last two weeks I telah meng’approve’ si polan ni dalam my facebook. Gambar didalam facebook adalah kelihatan wanita yang jenis biasa2 sahaja. Tak la muka serial killer ke apa. But I ni jenis malas nak check lebih lanjut siapakah gerangan si empunya diri. Approve je la kan. no harm pun.


And nak dijadikan cerita malam tadi cik adik yg I approve tu pun meng’chat’ dengan saya. At first I thought she was one of my fren back in matriculation ke, uni ke. Nak buat camna, I selalu ada problem nak recall orang. Sumpah kadang2 tu I boleh langsung tak ingat pape pasal orang tu. sampai level blur. Tak caya tanya wawa. kan wawa kan trajedi di jusco seremban2?

Dah level I takleh recall siapakah gerangan gadis itu, I terus je la tanya, “we went to the same matriculation/same uni ke? I totally cant recall”. And dia cakap, takpun. Hati mula pelik. Eh..i ada peminat mcm lisa surihani ke?

Si polan : do you know xxxx?

Me : oh..kenal. why?

Si polan : he is ur ex kan?

Me : yepp..one of my ex’es.

Ko Nampak tak? Ayat saya berbaur annoying. Perlu ke? Perlu ke tanya pasal my ex? Hey, I tak kenal you apesal sibuk2 nak tanya my ex. Harus la I jawab dengan nada annoying.

Si polan : no wonder.

Me : no wonder ape plak?

Eh dia ingat I ni penyanyi kumpulan wonder girls ke nak ber’wonder’ bagai.

Si polan : hihihi..He talked lots bout u.

Me : oh really? Hopefully those good things je la.

Si polan : hihihi..most likely good things la.

Me : oh..good to hear that.

Si polan : apa perasaan you dekat dia sekarang?

Me : urm? I’m married. So definitely I had zero feeling to any of my ex.

Ok! serious I tak tau nak cakap bagaimana lagi. Dia ni memang hilang common sense ke? Dah aku ni kahwin. Dah terang lagi bersuluh status fesbuk adalah married. Siap gambaq pegang tangan dengan soami. Cuma takde buh gambaq di ranjang dengan soami i je lagi takut masuk mahkamah cam peter porn. Pastu perlu ke tanya soalan cepu emas nak penampar siam cenggitu?

Si polan : you know. Sekarang org dah kahwin pun boleh ada affair. Maybe just a friend ke.

Me : nope.. I wasn’t one of those in the statistic. Alhamdulillah dan mintak dijauhkan. And I don’t think I had time to think about it pun. Plus, I had hundreds of friend lagi, so without him as my friend should not bagi apa2 impact in my life

Si polan : but deep down, do you still miss him?

Me: opsss..sorry. all the miss thing dah fully book by my hubby. Deep down ke deep up ke. Fully reserve.

Si polan : so your hubby must be one lucky guy kan.

Me : ahahaha…sure. We were meant for each other. Napa perlu tengok yang lain.

Si polan : but your husband tu duduk jauh kan. as far as I knew la. Anything can happen kan? you pun boleh cari lain.

Me: I don’t have too because i rasa my life dah cukup complete and kenapa nak complicated kan keadaan. And for him, if he choose to be in that position, that his call. Pepandai la dia jawab kat akhirat nanti.

Okay fine! I dah level macam ape kes tanya aku soalan mintak di tonyoh pipi ni. Dah malas nak layan. Macam pergi memasak spagethi kat dapur lagi bagus.

Kekadang i rasa manusia ni sangat ridiculous. Menanyakan soalan ridiculous mcm tak pernah masuk tadika. Saya dah kahwin hokay. Kahwin! Besar kot maknanya dalam hidup ni. Perlu ke mention pasal ex’es I bagai. Oh no! kalau ex I brad pitt sekalipun, ada aku heran? Dah nama pun ex,kisah lama. Perlu ke ko nak sibuk2 tanya pasal dia? Excuse me, laki i lagi hebat ok. Laki i lagi far far more better ok. laki I lagi howwwt ok. eh sukati la. Laki i kot nak kata howt ke cool. Dan tidak nye la i nak regret sebesar zarah pun.

I wasnt sure who is 'si polan' ni kepada 'dia' but.... yeay i had removed her from the friend list. Nyah ko! I don’t need insan2 yang tak berkembang otak dalam facebook i. and those out there, tolongla kembangkan otak tak sebesar belon pun tak pa at least tanya la orang dengan realistic sket. Dalam hati dan menyumpah si polan berkilo-kilo dah. Nasib tuhan tak buat kalau orang tu nyumpah kita bahu kita berat. Else dah berderai dah badan dia dok ngankut sumpahan i.

Monday, December 13, 2010

sedikit hapdet dari i!

1) Interview


Nope.. I don’t want to talk about it in details. It’s really heart wrenching momento. Serious tak tipu. Little that I knew the position I applied is actually out of my league. Ko percaya tak? Out of my league ok! It’s for GLOBAL. Ulang suara, for GLOBAL. Which u need to work at odds hour to be specific following US time, pastu in charge other site as well. Damn u! I just in charge for local site. Camno den nak jaga all sites. They never write this requirement in details. Makhluk asing sungguh! And the moment the interviewer mention about the global bla..bla..travel bla..bla..working hour bla..bla.. I’m speechless. First and foremost, I knew this somehow out of my league and beyond my working experience or capability. Sila nyanyi lagu berhenti berharap sekarang jugak! Oh..by the way the company interior sangat cantek and its just like less than 8km from our future house. Ngeh! I hate you!



2) Training vs running shoe!

My dept will be having the team building in 2 weeks time. Pastu baru la I sibuk2 cari my running shuz. Oh! The nike shuz dh sepoil. Dah sethn lebih tak pakai maka urat2 kasut tersebut telah kejang. Pastu kalau pakai macam sangat menunggu masa untuk terburai. Lumrah la tu aku sepasang kasut sukan. Lepas lama tak pakai dah jadi rapuh. Dan tuan kasut sangat sungguh rajin bersukan. Nampak sangat dah setahun tak bersukan or menyarung kasut sukan. And I’m torn between nak beli running shoe or training shoe. Haizz… both Nampak similar tapi tak sama. And those shoes I fancied sure rege dkt rm400. Dh diam sekarang gak! Takat nak pakai 2-3 jam time time building pastu simpan buat jeruk mangga kat dalam kotak kasut, pastu team building tahun depa (kalau ada) baru keluarkan balik agak2 berbaloi tak? Suami cakap, “ala..beli je kasut bata, takpun pakai kasut I je.” Heh..sungguh tak supportive!



3) Job..job..job..

Still hunting tapi sangat selective. Itu normal. Sangat macam saya! Mahu pekerjaan tapi memilih. Kerana mahu kampeni yang famous amos, mempunyai bangunan yg cantek, serta boss yang hensem. Ahahhaha.. *hampeh*



4) Duhet di mana kau duhet!

Harus berjimat cermat. In feb kena beli dua hadiah. Anniversary dan bday suami. Eh, kalau I bagi u kasih sayang tak terhingga u accept tak sayang? And saving for trip and the rumah things. Ko tahu, gaji I hanya sebyk mana bulu hidung ni. Kiranya tak seberapa sebab I soka korek idung, so bulu2 dah habis luruh. Tapi keinginannya adalah sebanyak bulu dada mamak tebar roti canai tu. Yang ala2 rainforest, kutu boleh hilang direction gitu. Eh suami, kalau kita buat laminated flooring tu cantek kan? tapi kalau kita boleh bayar dengan bulu ketiak I yg tak seberapa ni mesti lagi best kan? argh! Money often costs too much.



5) Perkahwinan

Perkahwinan adalah sangat menggembirakan dan mensempurnakan. Hamik ko! BM tahap petala ke lapan. Sumpah tak tipu! Kalau I tahu perkahwinan adalah begini best pasti lepas baligh umor 12tahun tempoh hari dah mintak nak kawen dengan soami saya. Eh, suami, u dah setart mimpi basah tak time tu? *lagi mau tanya*. Alhamdulillah, he was meant for me. kalau I kawen dengan lelaki lain tak pasti bagaimana keadaan fizikal saya. Sure dah lebam2 bijik mata,bibir pecah or mulut herot. Demand mcm princess pastu hangin2 sepoi bahasa tak boleh predict. Pastu suke kensel last minit plan weekend activities yg dibuat suami tapi masih gak mintak suami wat plan for the weekend activities setiap minggu. Hampeh sungguh bini hang ni hafiz.



6) My angah dah dewasa!

And finally, news yg ditunggu oleh kaum kerabat saya. My angah dah dewasa. Not he just baligh..dh lebih dahulu baligh dr i,but he will be getting engaged in soon! Double yeayyyy! Mama sungguh teruja. Oh! Dah besar anak mak ni ha. Ye lah…dah umo 31 tahun kalau tak reti2 nak kawen lagi I nak gak hantar dia jumpa pakar kan.manala tau one in a million genetic terpilih tak leh kawen. Saya juga amat teruja. Tengah mencongak2 nak buat baju bagaimna. Macam I plak yang nak tunang.

Thursday, December 2, 2010

love pad wishlist#1

Anything to do with the ehem..new house..ehem..sure membuatkan my heart pumping harder than usual.
yeah! the excitement! walhal rumah hanya sebesar reban ayam tapi boleh membuatkan keterujaan sebegini. kalau dapat rumah sebesar rumah pengeluar kosmetik tuh, mau nya jantung terus meletup dalam badan level keterujaan nya kan.

dan kalau i ni kaya raya kompom i dh hire abg rizalman tuh. tapi nak wat camna, i kaya kasih sayang je T_____T

the new house wish list :


1) Breakfast nook. ahhh...i love this. table for two in the kitchen. yep! must be round since i'm not into bar table type. cam romantic la plak leh breakfast berdua-an didapur tanpa perlu mengkotorkan meja makan kat dining area. 
2) round mirror. nampak mirror cenggini sebijik kat rumah Giulliana bini si Bill Racic tu. lawo nye! mane nak rembat kat Mesia ni? perlu ke i order dari obersi mirror ni? kalau mirror ni leh cakap macam mirror mak tiri snow white tu berbaloi la nak beli kat obersi kan.
3) Fireplace mantel. ko jangan tanya napa la si kiah ni nak fireplace padahal Mesia ni dah panas ala-ala matahari dah. found this at apartmenttheraphy. dia bleh bubuh tv dia dalam fireplace. ohhh! saya mahu. ehem, suami, apa kata anda?
4) coffee table. mahu seperti ini. which is 70% mcm mama punya. tapi mama punya lagi santek! last weekend pergi kedai yang mama beli coffee table dia, tapi dia cakap dah tak order dah yang itu T____T. yang ni pun ok gak kan? masalahnya, tak jumpa pun kat Macy cenggini.
5) frame oh frame. tak yah cakap banyak. frame yang sebegini amat cantek bila disusun. pastu nak cari mana gambar yg mengikut sequence sebegini?
6) bird cage! sungguh santek dan fancy. aritu dah start survey2 dah. tapi tak jumpa birdcage yg square. jumpa semua yg stok bolat2 je. kat ne yg square ni ada ek?

and above all, berangan itu indah.
dan berangan yang boleh membotakkan kepala suami lebih indah.
ehem.. mau kena buat 2yrs plan nak mentunaikan wish list ni.

and last weekend.
telah berjaya merembat sofa dan meja makan baru.
double yeay! now kena fikir dengan lebih gigih bagaimana mahu get rid dengan meja makan yg sedia ada. ahahhaha.. orang tamak salu untung =))
err..tang sofa tu, yang pasti bukan chesterfield. chest pun idok. hanya biasa2 saja kerana saya lebih menyayangi RM13k dr di spent pada aku sebuah kerusi.


 

Template Design By:
SkinCorner