Tuesday, April 5, 2011

dengan kuasa Sailormooonnnnn.....

Pap smear? Saya sudah..anda?


Ye, saya merasakan teramatlah dewasa dengan penuh ciri kewanitaan walaupun kekurangan ilmu didapur apabila selesai melalukan ujian pap smear. Eh, ini hanyalah untuk wanita yang sexually active/telah berkahwin sahaja. Yang masih dara sila jangan sibuk nak pergi buat. Kang kena tenyeh dengan nurse tu kang.

I did this test last Friday. Siap amik cuti lagi you. Ha, mana le cuti tu asyik menghampiri sifar je. Nak buat check up pun kena cuti ok.

Before I did the test I banyak la men’google’ pasal this test. Ye la, sakit ke tak. Nak pakai ape time gi buat tu. biasalah, nak pakai baju apa pun harus kena google. Mana tau silap dress code kan?

And ramai orang cakap test itu menyakitkan.

Dan di pagi hari kejadian tetibe rasa tak nak pergi buat.

Sangat cuak! Tapi yakin kalau tak buat kang esok lusa menyesal tidak berguna.

And jangan risau kalau pakai jeans ke ape. Sebab korang akan disuruh memakai kain sarung before test di buat.

And rasanya? Rasa strawberry dengan sedikit blackberry.

Ahahahaha..seriously, tak sakit!!!

Yang penting, jangan stress atau keraskan badan. Relax je. Nasib I dapat nurse yang super lemah gemalai ala menari tarian mak yong. Siap tanya lagi “takut tak? Takut tak?”. Kedengaran sedikit psycho disitu. Tapi tetaim tu dah cuak-cuak. Tak kose nak jawab balik. Kang jejawab kang dia rodok mau pitam terus kat situ.

And she did the test super gentle sampai langsung tak rasa. Siap bila dah habis “err..dah habis ke? Itu je ke?“ nampak tak betapa expectation saya langsung tidak menghampiri level ‚pain‘ seperti yang digembargemburkan? Oh, barangkali kerana terdapat sedikit darah Sailormoon mengalir di badan. Sebab tu tak berapa nak rasa sakitnya kot.


Oh Hannah!

Isteri : you tau tak yang, anak Dayah *a fren of ours* nama dia Hannah Damya.

Suami : oh…

Isteri : nama Mia *my cousin’s daughter* plak, Damya Hannah. Semua orang suke nama Hannah kan?

Suami : Kalau camtu, I nak bagi nama anak I Hannah Montanna la.

T________T

Cuba la bagi nama anak Hannah Montanna. Kalau tak telinge ko tu yang kena azan sekali lagi dengan bapak mertua ko, kompom bapak mertua sound baikkkk punya “anak ko kapir ke nak bagi nama cenggitu?”



Kapir!

Suami isteri ke pasaraya. Hajat dihati nak beli bahan-bahan masakkan untuk di buat ayam masak percik seperti di gembar gemburkan tempoh hari. Semua barang dah jumpa except satu, kaffir leaves aka Daun limau purut. Since isteri super pemalas nak pusing-pusing pasaraya tersebut, maka mengambil jalan mudah terus menanyakan pada akak yang jaga timbang bahagian sayur-sayur di situ.

Isteri : kak, ada kaffir leaves tak?

Akak pekerja : ape? Kapir? Hah? Takde-takde dik..ni semua bukan makanan kapir. Semua ni halal kat sini.

T_____________T

Tetibe rasa nak nangis golek-golek. I suppose sebut daun limau purut but tersebut kaffir leaves. banyak sangat tengok Masterchef la ni kot.

Serious terus malu tak tertahan and mintak suami yang carikan daun limau purut.
 

Template Design By:
SkinCorner