Monday, December 27, 2010

rahsia sebenar cef.

Semenjak dua menjak menjadi isteri. Selera juga sudah berubah.


Oh tidak! Selera pada suami tetap sama. Tetap utuh. tetap merasakan suami saya adalah paling menggiurkan walaupun dia merasakan dengan meletakkan tangan saya pada bontotnya ketika beliau kentut adalah sesuatu yang menggembirakan hati beliau.

Tapi selera pada persekitaran sudah berubah.

Kalau dulu celah bedah mana henbeg keluar pasti nak jugak menyemakkan diri membrowse, mengecurkan air liur, berangan siang malam, pastu propose kat teman lelaki “eh cantikkan henbeg ni? Kalau I beli 100 bijik ok tak?” pastu sentap sampai merajuk2 sebab teman lelaki kata “biasa je”. Emo ok! punyala feeling Paris Hilton kalau beli henbeg cenggitu dia leh kata “biasa je”. Sungguh puaka ayat itu!

Semenjak kahwin, nan ado henbeg baru. Bukan suami tak bagi beli, tapi rasa KIV la dulu. Tak essential. Henbeg yg ada skrng pun tak de nye la I sauk semua pakai at one shoot pun. Pakai satu2 gak. Pastu since suami jauh dimata, pegi keje ari-ari tak rotate henbeg pun takpe. Kate berhias untuk suami kan? *by the way, I pakai tshirt suami kat rumah pun suami kata seksi dah..grrrr!*


Pale otak kalau merayap asyik pikir, beli untuk rumah. Monthly saving pun asyik pikir ape la lagi yang tak cukup sebab keperluan rumah memang selamanya tak pernah2 cukup.

Kalau dulu berjalan di Pavilion ke, Gurney ke adalah merasakan diri sangat heaven, tapi sekarang pergi IKEA, pergi furniture shop adalah lebih syooorrrggggaaaa…

Kalau dulu beli magazine banyak gambar pompuan tak cukup kain buat baju, gambar henbeg harganya boleh bayar deposit rumah 2-tingkat, kasut yang mahal dari harga tayar kete, accessories regenye lagi mahal dari jumlah duit dalam wallet. Sekarang ni magazine berunsur hiasan dalam rumah. Tapi tu la, local magazine ni I kureng minat. Minat yang omputih je. Biasa la i, perasan omputih padahal jawa murtad!

Walaupun i idok le retinye nak masak. Nak masak lempeng pun nak kne call Wawa. Nak masak nasi lemak pun bertukar jadi pulut, tapi keinginan membeli perkakas dapur adalah di luar kawalan minda.

1) Chefel double sided pan

Tak! Ini bukan minatang nak wat waffle tu. Dan i pun tak bercadang memberi suami makan waffle ari-ari sebab laki i bukan orang perancis. Laki i adalah pure orang kedah yang sentiasa “lapaq nasiq”, wajib pekena gulai dan sambal belacan ari-ari. Tapi chefel double sided pan ini sangat temptating. I yakin 100% dengan ada nya kuali yang mahal dan canggih, semua orang boleh memasak sehebat chef! Percayalah suami.....*sound efek lagu percayalah!*





2) Ceramic blade.

Entah cmne idea nak beli ceramic blade ni datang. Tapi rasanya pengaruh rakan yang lebih tua. Mind you! I paling muda di opis dan berada di golongan pertengahan. Golongan tua adalah mereka yang beranak pinak dan menceritakan 80% perihal anak, suami, rumah, furniture dan golongan muda adalah mereka yang single, belum kawen, dan 80% menceritakan pengalaman mereka berdatingan, menonton wayang, karaoke sampai hilang suara dan sebagainya. Memandangkan kategori pertengahan adalah, usia masih muda dan bergetah, mempunyai suami tapi belum mempunyai anak, mempunyai suami juga tinggal di kejauhan, hanya memasak untuk diri sendiri dan sebulan sekali untuk suami itu pun tentatively dengan mood semasa, yakni saya adalah keseorangan didalam kategori ini.

Berbalik pada perihal pisau ini, feedback yang didengari dari amoi yang telah membeli pisau ini adalah sangat mengkagumkan. Ohhhh! Sure lepas ni I leh potong bawang dengan lebih cantik, siap ukir2 bawang tu bentuk burung ke, ikan ke. Dah beli pisau ratusan ringgit kompom boleh buat segalanya. Barangkali boleh sculpture ice. Dan juga pasti lepas ni saya berjaya menyiang ikan dengan jayanya dan tak perlu lagi phone instruction dari cik puan bibah time nak siang ikan bawal seperti tempoh hari.

Dan di sini saya ingin menekankan sekali lagi, kegagalan saya memasak adalah bukan berpunca dari diri ini, tetapi ketiadaan alatan canggih seperti dua alatan diatas menyebabkan masakan saya kurang menyerlah. Suami, pls take note.

And last Sunday saya telah menjumpai the Fireplace Mantel idaman. Giler terkejut time jumpa. Macam, eh kat mesia pun ada minatang nih? Hampir terhenti gak jantung tatkala melihat regenya. Pastu terus rasa nak nangis golek2 kat situ nak beli. Siap pinjam owner kedai tu punya measurement tape. Ya, kita ukur dari kiri ke kanan. Dari atas ke bawah. Eh muat ni. Muat nak bubuh tv kecik suami tu. Tapi mmg pasni tv kiteorang tak leh lebih 32“ dah. Takleh la u nak buat rumah ala2 tgv ke, gsc ke ye yang. Lagipun ia bagus untuk mata kita. Tv besar2 nanti mata cepat rosakkan? The fireplace mantel is in brown wood colour. Brown pun brown la kan. dari I nak menempahnya. Tapi, suami boleh buat muka stone cold dia plak. Takdenye terkinja2 macam I time tengok. I knew dia tak berapa nak setuju tang bubuh minatang ni. Sebab the house itself dah ada built-in tv cabinet. Tapi ... tv cabinet yang ada tak telus dengan citarasa i. Errk!

Ok, I sentap sebenarnya. Start buat muka tak best. Tipikal pompuan la. Walaupun I ni luar Nampak gagah, size badan mcm elephant, tapi dalam hati ada bunga mekar setaman.

Sampai je rumah masuk bilik. Terus baring atas katil bukan dengan gaya menggoda ye, tapi dengan gaya merajuk pandang dinding sebelah sana dalam hati menggunung tinggi mengharap suami pujuk. Ahahahah...

Dan Tetiba...abang sebelah nak amik hati. Barangkali risau tak dapat apa yang di hajati malam nanti. "sayang, kalau fireplace tu kita modify sket nanti nak bubuh astro decoder..bla..bla...“

Dalam hati terus bunga kembang semula. Cis..dah sampai rumah baru nak bukak mulut.
Tak kisah, minggu ni jugak suami wajib pergi beli kat kedai tu.
Walaupun selepas mensetujui untuk beli malam tadi, dia ada ayat tambahan “nanti dah beli nak bubuh mana dulu sebelum pindah?” *buh bawah katil u boleh..bubuh dlm kete u boleh..*

Kalau I nak cabut the tv cabinet and the display unit yang dah built in tu ada tak sesapa willing nak amik????? Tolong la amik. Kang suami bagi ceramah zuhud lagi plak. den sodih kang.
 

Template Design By:
SkinCorner