Wednesday, March 31, 2010

wedding part 4

A bit upset today.
after 4 days delayed, my period is here.
kuciwa because part of me dah separuh mati percaya i've conceived.
tu la ko mi, terlalu berharap.
and i just discovered that tw ex-brides yg kawen same day as me dua-dua dh preggie.
saya cemburu!

sang suami, cepatla pindah sini!!!
perlu meneruskan projek usahasama nih.

last night before tidur, menangis sampai lebam lagi.
penat menahan diri. but the moment baring atas katil and bercakap dengan sang suami over the phone terus punah harapan nak be strong tu. tak sabar nak balik Kulim and kiss & hug sang suami.
cepat la masa berlalu....

telah menerima lappie office. oh! ko jangan harap la lappie office tu mcm apple mac ke, sony vaio ke.
ahahahha...tu dia...gedabak besaq kaler itam tipikal lappie IBM tu.
patah bahu den ngangkut. but the best part is, its brand new u!
i kire the very first hand ever laid on that lappie. ye kawan2 sekerja, sila jeles pd saya!

episod kahwin belum habis. selagi tak puas ati, selagi tu episod kahwin akan sentiasa muncul.
biarla sampai anak saya dah umur 9 tahun sekalipun,still gak nak tepek.

My walkway for nikah






1) Walkway stand nih FOC je sobab pass down dr my cuzzie. my cuzzie kahwin dulu dia tempah sendiri walkway stand nih. jimat tuh!

2) flowers. use bunga kekwa and daun paku pakis and a lil white orchids (lebihan orchids from sirih junjung hafiz)\

3) white lanterns. as per my DIY lanterns. and this lantern recycled and digunakan semula oleh my bridesmaids during my reception.

4) pomander ball yg besar2 tu hasil DIY mama.

Bilik Pengantin

 

1) first 3 pics adalah deco atas meje.
2) room deco sgt simple je. sobab just for nikah je.

ok..nak sambung gyut ngan hubby.

byeeee

wedding part 3

Ohh!!
internet dirumah berjaya difungsikan.
malam ni drama air mata cuba sebentar sahaja.
after mandi i head up to pasar malam yang giler bapak dekat.
then balik rumah layan tenet.
and everyone soooo concern about me since last night saya nangis giler mcm nak ****
my mom call twice malam ni, my mak uda call even saya belum reach home from office and my mak lang call while i'm having my dinner.
dengan sang suami? jutaan kali dah hari ni.
juga cik dayah.
thanks sebab call. rasa diriku begitu berharga.
ahahahaha...

since mood baik dan elok.
nak sambung entry wedding lagi.
saya masih mood kawen ye!

Hantaran hubby untuk saya.

decorator : cik bibah & co aka mere mummy hey..
alatan menghias : bahan asas merupakan dip flower ala2 tiger lily and box/basket empat segi from SSF. pastu riben secukup rasa.

1) Perfume. suppose with shades tapi lepas deco mama kata perfume je pun santek. hentam sajalah...


2) Chocs. ohh! choc ini sgt sodapp. in small boxes buat ala2 pressie, bought dekat sogo. bought around 10boxes kesemuanya. lupa la cap ape choc ni. cap rambutan kot.
3) duit mas kahwin + bracelet. dah agak lintang pukang kedudukannya sebab ni lps di serahkan.


4) Paul & joe sets + watch

5) Al-quran

6) shuz! this shuz yg straight away dipakai di dewan for the reception. 


7) Handbag

8) Sirih junjung using white orchids. gambar tidak dijumpai.

9) duit hantaran. malas nak bubuh. kang orang kata riak pulak. tak pasal2 orang mengata kan?

Tuesday, March 30, 2010

another new beginning.

Telah memulakan hidup baru di bumi Seremban. Hidup yang 360O berbeze dengan hidup yg telah dilalui for the past 2 months.


Hows ur new job?

Mesti korang excited nak tahu. Ok,walaupun korang sebenarnya tak nak tahu, tapi tolong la pura2 nak tahu
________


Of course 1st day tak de keje lagi la kan. And surprisingly my new dept is such a small dept. Half of the team size in my prev company. And my bos? Alhamdulillah a malay lady which i really hope that both of us can work well. As always, i’m still the only malay kalau minus my bos. Which mean the rest of the staff adalah Chinese and one them adalah Chinese guy yang mana telah converted to muslim ->Alhamdulillah.

The best part of the new dept & of course new company adalah the dept itself located at a very convenient location. Wahaha..sangat best oi. Cam pasni kalau saya merayap2 atau masuk keje lambat takde la orang nak pandang serong coz our dept entrance tak perlu masuk main entrance mcm dept lain. Hebat bukan? Sila terharu bersama saya. Also, cubicle saya lebih besarrrr!! Sangat riak bukan? Hahahah....and i don’t need to share the cubicle area dengan orang disebelah because each of us have our own cubicle and privacy. Wahahah...tak perlu risau orang dr belakang will check on me time bukak fesbuk (evil grin). Juga wallpaper di ofis sangat menarik! Stripey yellowish and white. Sangat ceriaaaa gitu and minus the toilet yg terpaksa memanjat ke tingkat atas and no pantry, i think the new office is much more better i must said (finger crossing!). a little unfortunate for me my office lappie belum tiba lagi since they bought a new lappie for me *drooling eyes* (sangat promising bukan bunyinya?) so temporary i have to use the pc office yang sgt uzur and located dekat tempat paling tak strategic which is ehem...ehem...next to my boss room. Apa? Korang kata apa salahnya. Salah ok..salah...sebab pc saya menghadap kea rah cermin boss whereby my boss punya position adalah mengadap my desk. Apekah ayat paling mudah nak explain? Harap korang paham atau pura2 paham.

Jadi aimi kena berpura2 tekun bekerja buat masa ni walaupun sebenarnya kerja beliau di hari pertama adalah membalas2 email dengan cik zai,sang suami dan seorang teman sekerja di dept itu.

Bagi tidak men’spoil’kan mood di hari pertama bekerja, saya telah mengajak sepupu terchenta yg buat A-level kat kolej mara seremban untuk menemani saya dinner setelah pulang bekerja.

Thanks safiah, kamu telah menyelamatkan petang saya.

Namun ia tidak bertahan lama. Tembok empangan tasik kenyir musnah dengan rakusnya the moment i step into the house.

Sunyi dan keseorangan.

Teringat sang suami. Rindu tahan jiban bin jibun. Rindu petala ke lapan. No other words can describe how much i miss him.

Miserably miss him so much.

I cried all night long. Sampai mata bengkak and tak larat nak bukak. Call sang suami sambil menangis. But this time beliau tak banyak cakap. Banyak mendiamkan diri. I don’t know whether he felt the same way and nak nangis gak ke (you cover2 ye saying?) or he didn’t miss me as much as i miss him.

Drama airmata telah bermula semenjak saya mula berpacking since last Friday.

At that point of time baru la betul2 terasa ill be leaving my house in kulim and imagine my day without my hubby, without his kisses and without his hugs, gosh!

I called him up whereby saya tahu dia berada di ofis and sedang berusaha mencari duit menyara keluarga (ayat refer soalan UPSR). “i tak nak pergi seremban. I tak nak pergi” sang suami senyap for quiet sometime than only he managed to find the right words to said “takpe, you pergi kejap.nanti you rasa you enjoy kat sana,i pergi la pulak.nanti you tak suka kerja kat sana and nak kerja kat tempat lain pulak macam mana kan”. Saya nangis for almost half an hour over the phone before sang suami kata terpaksa hang up the phone sebab tengah pasang something for the tools

!@#$%^& kejadah betul sang suami. Bini nangis2 sibuk pulak la dengan tool tu.

member kata2 perangsang seperti ilmi pujuk “takpe la mi, u fikir jumaat tu dah nak jumpa hafiz.

Zai kata ,she been through the long distance relationship and all those feelings.

And i? End up crying sampai tengah malam since Friday until last night.

Oh! Benar kata orang long distance relationship bukan mudah. Macam lagu AF tu. Bukan mudah...menyusun langkah ke angkasa.

Ahahhah...mengarut je. Tapi its true. Sangat perit duduk berjauhan. Maybe kalau right after kahwin duduk berjauhan mungkin tidak seperti ini.

Half way,saya menyesal memilih this path. Path which i can get extra 40% monthly, path yang membuatkan saya lebih dekat dengan my parent, path yang saya rasakan saya mengorak a step ahead in my career. But in the end? Ill be missing my hubby like hell for 24/7.

Indah ciptaan tuhan yang bernama rindu ini. Rindu yang amat killing me inside outside. Membuatkan sang contact lens tidak lagi mahu mengaku saya sebagai tuannya apabila terkeluar apabila saya menangis tidak keruan.

Barangkali akak2 jiran ketakutan mendengar tangisan saya. Jeng..jeng...mcm cerita tv3 malam khamis tu. Ahaaha..

Zai pesan simpan baju yang hafiz dah pakai. Ye tuan-tuan dan puan-puan, bukan sehelai malah 3 helai baju sang suami disamping seluar dan boxer sang suami.

Adakah itu mencukupi? Oh...mestilah tidak kan? Itu hanya pakaian ok. I miss him in physical manner. Beliau sebagai satu jasad atau entity atau apa2 aje lah definition yang diberi.

Kalau ikutkan hati yang lara ni, nak je balik kerja terus memecut ke Kulim. Then esok pagi2 dalam jam 4pagi pulang semula ke seremban. Biarlah penat. Biarlah berhabis duit dekat tol dan petrol.

Asal dapat berjumpa sang suami. Sekejap pun tak ape. Asal dapat hug sang suami,seminit pun tak apa. Asal dapat kiss sang suami, satu kucupan pun taka pa. Asalkan dapat!

Barangkali abes kerja hari ni ingin memecut terus pulang ke klang. Biarlah. Bila berada dekat dengan keluarga mungkin kesedihan bakal bekurangan.





p/s : berkesempatan curik2 memblog since puan bos pergi meeting. wahahha...
p p/s : argh! saya masih belum berjumpa kawan baru untuk menemani saya ke surau dan lunch. sedih!
p p p/s : nak pergi subscribe celcom boradband sebab dah tak tertahan without tenet,

Thursday, March 25, 2010

wedding part 2

So here i am...
mem'blog' whereby sepatutnya saya suppose tengah busy mem'packing' barang.
hurmmm..takde mood nak packing barang.
yes, yesterday is my last day di office. adios amigos to all.
a bit sad but that's the path i've choose. no turning back now.

heading to Seremban this saturday with suami. pity my hubby which will be here at Kulim all alone by himself.
this morning saya berkesempatan membuatkan sang suami breakfast.
also, masak for lunch and sang suami pulang makan lunch.
alangkah bestnye dapat jadi housewife kan?

berkesempatan mengambil our wedding pics from our OP.

oh!masih dalam wedding mood ye. *sile jangan muntah*

this time nak start dengan hantaran pulak!

ok, so our hantaran adalah 9 dulang berbalas 11 dulang.
9 from him and 11 from my side.

hantaran for both side done by my mum with additional touch from my cousin Kak Long and my aunt mak uda. but the original design is hasil brain storm my mum dan SAYA! *baru saya sedar saya creative you!*
since hafiz family need to travel al the way from northern and agak menyukarkan untuk bawak the hantaran *leceh la nak angkut2 semua kalau dah deco kan?* so my mum willingly to help them dgn the hantaran.

i'm not a big fan of hantaran-bubuh-atas-polisterin-with-renda2-bagai type, so do my mum.
my mum is the one who came out with this bubuh all my barang hantaran in a glass. this idea my mom dah decide since saya bertunang lagi. nak wat cmne, my mom yg terlebih advance dr orang yg nak kahwin kan?
so, we bought all the crystal clear glass type of vase. all in rectangular shape in 3 difference sizes at IKEA. and ada jugak bujur due to size of barang hantaran tu yang tak muat nak masuk rectangular size.




as deco, we are using gerbera fresh flowers in pink,white and red dengan dimeriahkan lagi dengan daun fern,



 Shoe by Camel. Shoe beli Camel je sebab saya tak mampu la nak beli kasut rm500-600. hanya pekerja bawahan. shoe ni agak funny sket sebab bersarung dalam kain pulak. 
aunty saya cakap biar tak nampak sangat. sopan sket.

Watch by DKNY. Amat paya nak beli watch for my hubby ni. sebab tangan hubby i agak kecil sizenye. so jam tipikal lelaki adalah besar gedabak seumpama jam dinding di mana 10meter pun ko akan nampak and toksah la nak kecoh2 tanya pukul bape *teknik mengurat zaman purba kala*.
and finally berjumpa la jam ni yg sedang molek je dengan size tangan beliau.

DSLR. sepert yg korang sedia maklum. DSLR ini dah no longer dara ketika our wedding. sebab ia telah berjuta kali digunakan. sebab dslr ni adalah hantaran pertama yg saya beli using my very 1st duit bonus lagi. jadi kiteorg dah tak tertahan untuk menggunakannya.

Barangan penjagaan kulit. ecewah! ayat sangat melayu! bought this LAB Series at Sogo KL a monthh before kahwin. same as DSLR, due to the size yg agak besar, ia telah diletakkan dalam vase bujur (BLADET). I found agak tough nak beli set penjagaan kulit jenis apekah untuk sang suami (ayat cam k*l*ng* pulak).
from Biotherm ke mcm2 lagi la. and finally pilih je la LAB Series ni sebab time tu LAB series je tak bubuh tanda harga so saya tak tahu dia tu mahal ke murah. dengan sangat gamble, saya pun pilih2 and tunjuk2 aje. then tada...hamik kau hampir juling ketika ingin membayar. moral of the story : sila tengok harga sebelum beli.


Henpon cam Cokia. eh..eh..cap Nokia. ni sebenarnye merupakan birthday pressie untuk sang suami. memndangkan sang suami punye handphone senantiase menaikkan darah saya few weeks sebelum kahwin dimana ia agak pekak and leh plak loss signal di kala bercakap. apekah itu?
tapi sang suami insist tak mo beli hp sebab "nak kahwin nanti banyak nak pakai duit"
ok fine, nah! saya bg dah henpong ni. sang suami hanya found out this hp time datang nak akad nikah.
after nikah sang suami bisik : "yang, hp sape tu? u pinjam kat mane? ke hp dummy?"
!@#$%^&*
malas nak cakap dah!

Tadaaaa... this is my sirih junjung which i heart the most.
the idea pop up in my mind a week before the nikah. initially plan nak beli vase bujur panjang at ikea. tetibe cmne entah teringat vase panjang my mum ni yg dah berkurun2 digunakan. and yes! kiteorg memang hebat bab cost savings ni, kteorg spray je vase ni and ouchh! it does look mcm baru bukan? wahahah..bangga giler.
and saya yg request nak letak bunga mcm gitu! unik bukan? and mama yg menghabiskan imaginase impian saya tu dengan selit2kan daun sirih and daun yang dirembat dari koleksi bunga tanaman mama tepi rumah.
and dicelah2 rimbunan daun sirih tu, diselitkan dengan gambir dan kapur berbentuk bunga. juga mama yg DIY.

the wedding band! ring ni seperti entri sebelum2 ni yg jenuh kepala otak saya fikir nak bagi ring jenis apa.
so for this ring mama selitkan ditengah2 bunga dip flower since gerbera tak leh hold ring.
dari view atas.



and shades by GUESS. 

wallet and belt. tapi belt tak berapa nak nampak sebab terletak di bawah wallet itu.

yummy! its Patchi. kudos to my angah and his gf,cik Nadiea sebab telah sudi membelikan choc ni. 
time tengah chat ngan Nadiea, i did mention pasal nak beli choc hantaran and plan nak beli Patchi. since nadiea ni sgt expert bab choc (she is running her own business buat lollichoc). tup..tup..few days later my angah ask "nak patchi bpe banyak?" gulp! ok, dah org nak spon. amin bebanyak.
and las but not least buah-buahan dari saya. seperti yang saya dah bagitau before this, saya amat kurang berminat nak bagi buah-buah yang ampun banyaknye seperti pisang, nenas, tembikai, etc..etc.. 
kalau nak makan buah banyak sebakul, sila gi pasar malam beli and makan sampai lebam. buah-buah ni kan nak buat syarat je. biarlah orang kata saya kedekut, yang penting, ia nampak cantik didalam bekas.
i'm using grapes & plum since both grapes and plump mempunyai warna yg hampir sama.


ok...hantaran from hubby side akan bersambung di part 3 pulak. malas la nak menaip.

Thursday, March 18, 2010

feel bad coz i'm leaving

Fakta atau auta?
ye..ye..
saya baru discover fakta baru dalam hidup saya.
whereby saya merasakan bahawa nak buat resignation letter lagi susah dari buta cover leeter or resume.
ahahahha...
funny right?

so the tribe had spoken -> cam ala Survivor plak.
nope, i mean..saya dah buat keputusan. to leave the company with 4 days notice.
kwang..kwang..kwang..

 yep i know, it does sounds pretty rude kan? but nak wat cmne, the new company nak saya banget ->bajet diva u!
and they willing to pay two months salary saya at my current company and additional 2 mths sallary lagi ->sgt suka part ni. dah gedik ckp kat hubby nak amik Latio la pasni (hubby,mintak ampun! kete i kete u jugak)

so, resign letter akan tiba di meja manager jam 4pm sebelum saya ke Equipment Board Meeting. muahahah...
pastu equipment board meeting salu abes dlm pkl6. dh tu sure puan manager akan panggil.
jawapan sudah 3hari 3malam dipikirkan.
jawapan paling tulus under consideration adalah : they offered me better. i'm sorry.
wahahahha...bernas bukan?
heh...itu juga merupakan salah satu akar umbi penghijrahan ini.

ill miss my colleague.
my cubicle yg byk gler gantung keychain itu.
juga gossip2 dengan rakan sekerja.

but above all...
saya akan rindu sang suami.............
p/s : sang suami, pls be good ye. jgn nottie. and pls..pls..pls...cari kerja dgn cepat. jgn le memilih beno.

hikhikhik

Tuesday, March 16, 2010

DILEMA

Oh.. i received a very very good news pagi ini.
Regarding interview yang i attend itu.
Alhamdulillah! i manage to get the job. rezeki orang kahwin la katekan.

but....
but.....but....
but.....but....but....

the job is in seremban which mean miles away from Kulim.
it was like almost 4hrs drive to seremban from kulim.
still can accept huh?
and my hubby is right here in Kulim!!!
OMG!
saya totally rasa serba salah.
i will not be right by my hubby side.
i will miss him soooo much.
i dont mind to take flights/bus/train/drive all the way to Kulim weekly.
but...
but..but...
can you imagine my night without him?
can u imagine my morning without his morning kiss?
dinner without him?
even lunch without him?
amik ko aimi. ha..tu la.. dari before kahwin sampai dah kahwin.
asyik berkepit je ngn laki saya. dah satu office kan.
sampai2 office je terus IM dengan laki sendiri.
yela..lain department kan. harus lah IM tu wajib ada.

and now?
oh nooo... saya tahu sang suami berjanji akan menyusul kemudian.
tapi..
tapi....
tapi bila?
he doesnt even apply for it yet.
ok fine! esok lusa dia apply la kan.
dah tu, bila pulak dia boleh move to seremban kan?
dah tu dapat ke terus job tu kan?
ok, kalau tak seremban pun, selangor still acceptable. so do melaka.
tapi... when??????

I'm really looking forward nak dapat kerja baru.
much more better sallary.
of course la kan. mane ada org jump kerja gaji lagi sket kan (ade la kot, tapi kes2 terpencil).
i need gaji yang lebih banyak.
not because i tak bersyukur, but look at us.
baru kahwin kan. then need to think about our family future.
yelah, esok, lusa tulat insyallah lah Allah bagi anak.
dah tu nak anak nak kena beli itu ini, nak secure anak punya education fund etc.

haizz...
dilema bukan sahaja berhenti di takat itu.
juga...
i need to report duty ASAP.
means that..erm...saya kena kerja di tempat baru by end of THIS MONTH!
gila kau..
ok, dieorg sanggup byr 2months sallary saya disini in advance.
tapi kan..
tapi kann...
cmno tuh? nak jawab apa dengan bos sekarang? gulp!
risau nye daku.

OMG! nak trime salah, nak tolak pun salah.

Dari,
Isteri orang yang bermasalah nak buat keputusan.

Saturday, March 13, 2010

Ha-ni-mu-nan Episode 1.

Its Saturday again.
Ohh...sang suami terpaksa bekerja hari ni.
sedihnya...
we are suppose to go to Ipoh untuk attend wedding relative sang suami.
and we are suppose to overnight there.
suddenly sang suami bagi tau yesterday, he have to work pulak hari ni.
oh sedihnya...

Baru sahaja selesai masak lunch.
of course masakan yang super express. seperti masak sphagetti.
kejap lagi sang suami pulang untuk makan.

Last night saya gi farewell party one of my colleague, Mui Yee. The farewell party kat TGI Fridays Qnsbay.
Oh my.. my allergies does killing me.
did i mention about my allergic yg menggila mengikut saya selama 2 minggu ini?
the worst allergies yang pernah saya alami.
it was itchy all over my body.
doc pun tak tau saya allergic kat apa. u name it. setiap makanan yg saya makan akan wat saya gatal2 and bengkak2 gatal satu badan. oh..even my lips akan bengkak mcm Angelina Jolie ok.
it was weird...from seafood, ayam, telur, daging. semua akan buat saya gatal.
the worst is, bila nak masakkan untuk sang suami, time menumis bawang, it was hell gatal ok!
and the bengkak2 and gatal2 tak kuar 24hrs but selang few hrs dia kuar. it was weird. and keluar sket2 macam gigit nyampuk. then lama2 ia bengkak and bercantum and menjadi satu bengkak yg sangat besar.
sebebsar tapak tangan.
rasanya? ya allah..gatal and merenyam tak terkata.

Excited sangat nak wat wedding entry lagi. but unfortunately pic belum diambil dari Official Photographer.
Once dah amik nanti, akan saya buat entry wedding sampai lebam. sampai korang semua muntah nak baca.
ehehehhe...

Let me start with our honeymoon trip ke Bali yang tak seberapa itu.
ehehehe....

OK, why we choose Bali? 1st of all sebab saya rasa Bali is such a romantic island.
Initially kiteorg plan nak ke Boracay. But the island is way too far and kena banyak kali tukar flight.
plus it was somewhere in the middle of nowhere and risau takde halal food.
and of course, the $$$ constraint la kan? duit dah banyak spend on the wedding, so afraid we dont have enough $$$ for the honeymoon kat tempat2 camtu.

Then, Krabi? kami dah pergi Krabi before. it was superb but, of course tak nak pergi lagi kan.
ahhahaha...
By the way, Bali pun my second trip as well. But Bali is different. Bali banyak tempat to be discovered.
During my last trip, saya lebih banyak spend dekat Kuta which is the center of Bali.
However, this time is different, we want to spend time dekat tempat yang lebih peaceful so that we both can spend time together (thats what honeymoon for right?)

We bought the tix somewhere in October. Actually we bought the tix earlier than that sebelum ni.
However since my wedding date berubah from Jan to Feb and the tix is somewhere in Jan, tix itu kire burn je la.
then bought anothe rtix. its not the AA 'zero ringgit promo' sebab dah abes dah time tu. so we bought tix with the cost of ~rm500 pergi balik for two. consider cheap la jugak kan?

and thanks to TA, sebab kiteorg telah memilih hotel based on the web rank.
we dont want to take package deal sebab kteorg nak more like free & easy.
we did hire pak supir cum travel guide. He is a muslim and sangat baik orangnya.
we already book him two months before the honeymoon so that he can bring us around the island and sightseeing based on our schedule.

PNG - KUL - DNP : Bali day 1.

March 02, 2010.

We took the earliest flight from Penang to Kuala Lumpur. Actually our flight suppose to be at 11am.
Tapi biasa la, AA kan, suka suki tukar masa flight kteorg. so our flight seawal jam 0700pagi.
Kiteorg dua bangun as early as 5am. sebab nak kena ke airport penang kan. haruslah awal.

We touch down at LCCT at 8.40am. Giler bapak awal kan. Our next flight ke Denpasar at 5pm.
korang bayangkan. separuh hari tu.
we decided to check in. OMG! counter check in hanya di buka 3hrs prior flight time. dengan beg2 yg banyak tu, kteorg ke tempat simpanan barang di bahangian ketibaan domestik LCCT tu. per bag rm20. !@#$%^&
mahal nye...

Our initial plan nak ronda2 kat KL. but rasa mcm exhausted je nak ronda, kteorg heading to my Mak Uda house at Serdang. at 3pm, my cuzzie aka our pengapit during my wedding with his gf,Alia also our pengapit drop us off at LCCT.

The flight from LCCT to Denpasar, Bali took around 3hrs. Gler buhsan dalam flight time tu. Buhsan tak terkata. and i'm starved. ahahahah....
biasa la tu kan, bila naik flight and bau makanan haruslah tergoda baunya.
and most of the time kteorg tidur je.

touch down Denpasar airport at 8pm. sampai2 je Pak Supir dak tunggu. nama beliau tak ingat. boleh tak?
yang...ape name pak supir tu? his business card with sang suami. so, hanya sang suami je ingat nama dia.
 @#$%^& teruk la ko ni aimi.

Then kteorg terus straight away ke hotel yang telah di book saya.
This hotel located at Sanur area. around 40mins ride from the Airport. Sanur selalunya pilihan tourist from europe yg dah berumur. serious cakap, orang yg duduk kat hotel tu semua level nenek2 and atok2 ok.
and we choose Diwangkara Holiday Villa,Sanur.
why DIwangkara? my last trip to Bali pun i did stay at the same hotel. but the best thing about this hotel, its one of the hotel with HALAL food. mind you, sangat susah nak cari hotel with halal food kat Bali ok.
And as you know, Holiday Villa is owned by Malaysian kalau tak silap.
The hotel is nice. the room is awesome. and banyak swimming pool. at its REALLY by the beach. the hotel cafe is really kat pasir laut ok. and the beach sangat happening.
another best part about this hotel? i can receive wifi signal in my room. so still leh check fesbuk you!

Our room. a bit mess of course. and fav spot? berdua-duaan kat day bed.

At the hotel cafe having our breakfast sambil menikmati keindahan pantai. told you, memang dekat giler ngan laut. sampai tempat makan pun kat tepi pasir laut. and the last pic is gamba depan hotel.



Bali day 2.


March 03, 2010.


After breakfast, Pak Supir datang fetch us.
Aktiviti awal pagi adalah menonton Barongan dance.
Barongan dance salunye ada diawal pagi. few places yang ada performance Barongan Dance.
and of course, berbayar hokay. nothing free kan.
so kiteorg pergi ke Barongan performance paling dekat ngan our hotel. dalam 15mins drive.
Tak sama dengan tempat barongan dance yang saya pernah pergi dulu.
Entrance fees  Rp80,000.00/person ~RM29/person (our conversion rate time pergi adalah Rp1,000,000.00 = RM380.00).

Barongan dance is some sort like drama musical dance and of course la kan kire mcm culture dance.
You will be provided with pamphlet yg menceritakan tentang Barongan dance ni.

After the barongan dance, pak supir drop us at the Kuta. so, both hubby and saya pun merayap la sekitar Kuta.
Kuta ni kira beach area yang boleh surfing and hell packed dengan umat manusia.
especially tourist yg muda mudi yg spend masa siang surfing and night time clubbing, here is the rigt place utk mereka.
of course, kteorg tak ketinggalan untuk ke hard rock Bali. nope..bukan masuk dalam tu. just gi souvenir shop dia je. Total damage dekat Hard Rock souvenir shop ? ~ Rp 1,000,000.00.


 

Template Design By:
SkinCorner