Ye saya tahu. Rakyat Malaysia masih keterujaan memenangi bola malam tadi. And for the first time I REALLY watch football match. Ni semua sebab penangan laser yang heboh diperkatakan sehingga menyebabkan saya sungguh teruja nak tengok. Sungguh kontroversi bukan? Mungkin kalau takde kontroversi ini ko ingat saya nak tengok? Oh..takkan ok. buat sakit jantung je tengok. The whole 90minit game tu jantung macam nak tercabut. Punya la nervous. Pastu nak kelip mata pun tak nak. Takut termiss la konon kan. Sampai pedih bijik mata. Mana tau time kelip mata tu mesia or indonesia score ke. Mana tau Laser dr penonton indonesia terlalu kuat hingga membuatkan kulit pemain malaysia bertukar menjadi kaler hijau pastu pemain mesia bertukar menjadi incredible hulk in split second dan terus menculik Julia Perez dan Manohara yang ada kat stadium tu pastu larikan diri ke London and they live happily ever after. Eh nape tang game kat indon cameraman tu suke sangat focus kat muke retis Indonesia n retis wannabe (manohara) tu? kat mesia idok nya ada la dia ngambik gmbo muke pompuan2 pun.
And on top of all the keterujaan, sebenarnya keterujaan yang paling hakiki adalah tatkala menerima email dari orang HR anoounce pasal cuti. Tanggan siap menggeletar noks. Mana la tau tetiba kampeni buang tebiat tak nak bagi cuti padahal Bang Najib bagi cuti kat semua rakyat mesia walaupun yang berjuang malam tadi tak sampai 20orang (termasuk bang rajagopal, tukang bancuh air dan sebagainya).
Korang ada masalah tak dengan pemandu kereta yang lain? Ohhh..kadang2 pemandu kereta yang lain salu je buat darah I mendidih2 sampai kat pale otak. Kalau la pale kite ni di desain macam lokomotif stim kepala keretapi, kompom ko Nampak pencemaran asap yang melampau2.
1) Kete umang aih..besar gedabak. Tapi...
I cukup tak berkenan kalau kita sibuk nak mencarik parking pastu depan kita tu kete panjang, besar macam MPV ke, kete maria mercedes ke yang sibuk nak masuk parking. Cam harem ok! Kalau stok driver dia mcm shumacher tu i memang respek la sebab sekali libas je terus masuk parking. Ni stok yang amoi2 bawak Alphard ke, estima ke, pastu nak masuk parking yang
- Masuk kepala, eh tak muat. Reverse balik.
- Pastu reverse kite yang belakang ni pun di horn nye suruh reverse and bagi space dia agak2 sebesar space kapal terbang nak landing.
- Pastu masuk balik..alamak terlebih ke kiri, tak lepas, reverse balik.
- Alamak kanan pulak terlebih sangat. Reverse balik.
- Pastu salah lagi.
- Reverse lagi, konon nak buat reverse parking plak.
!@#$%@!#$%^&!!!! Orang mcm ni la kekadang rasa nak turun je dari kete kite ni, pump out petrol kete die, pastu simbah petrol, pastu pinjam lighter kete2 sebelah ke, bakar kete tu dengan amoi dalam tu hidup2. (pengaruh abg partiban la ni).
Ada sekali tu i kne tunggu amoi tu dok adjust alphard dia cam dekat 10minit hokay. Damn sungguh marah! Ko ingt aku ni banyak sangat masa nak dok sini makan kismis ke, makan kacang ke, bace sotkabar ke sambil nunggu ko parking???
Dah tau bawak kete ala2 elok sket je dari budak 6 tahun bawak kete, toksah la berhajat besar bawak kete sebesar alam. Ko ingat orang lain ni banyak masa nak tengok tayangan free ko dok adjust2 kete ke? Bawak je la kete kecik cenonet mengikut level IQ korang tu.
Apa? Sempit?
Meh sini saya nak sekeh. Jap lagi keluar kete yang gedabak tu pemandu, passenger sebelah pemandu, and anak dia dua orang je dari belakang. Ape ko ingat anak ko tu ko amik anak badak kat zoo ampang ke? Besar sangat le anak ko tu sampai tak muat kereta bersaiz sederhana? Pastu yang sungguh bangang bile keluar dari kete sebesar alam hanya satu makhluk tuhan sahaja yakni si pemandu. I tak tau la, yang passenger belakang stok passenger halimunan ke, roh2 yang kite tak nampak tapi dia nak bawak roh2 tu pergi shopping mall ke.
And Yang paling tak best, tau tau la opis i ni parking sungguh limited. Sangat mcm haram yg menterpaksakan I pegi keje awal. Ko ingat I ni suke suki ke nak gi keje awal? Lebih bagus gi keje lmbat2 leh tengok tibi smbil bekfes. Pastu dh la parking limited, amoi2 yang stok bawak naza ria, innova, avanza sungguh bersepah2. Ape pekdah takat ko sorang gi keje bawak kete giant2? Pastu kalau reti parking molek2 takpe. Ni stok kalau parking tak curik parking sebelah tu tak boleh agaknya. Pastu yang kete kite yang kecil molek ni la kne pasrah siap parking tangan hamper tersimpul padu macam dalam buku pengakap dok adjust ke kiri ke Kanan nak masuk parking yang dah di conquer kete sebelah. Choiii! Kan pepagi dah kne sumpah dengan saya. Nasib tak sumpah jadi katak kodok.
2) Kete sungguh dasat..sungguh lowered, skirting macam ……
Ni lagi satu. Kete dah molek-molek level standard nak pulak di lowered kan. Pastu boh skirting labuh2 ala-ala pakai skirt ala gipsi. Takpun skirting labuh baek punya macam jubah2 minah arab pakai yang menyapu jeraya.
Yelah, kete ko, ko punya suke la kan.
Tapi tang dah sampai ke bonggol ke. Punya la nak mengadjust ke kanan la. Ke kiri la supaya tak sagat bawah skirting kete ko ape citer? Ek eleh, kete myvi i selamba je jalan kat situ. Takde pun sampai nak seploh menet nak adjust kanan kiri biar tak tersagat.
Pernah sekali tu i tengok, dekat rumah my parent, ada la satu bonggol ni. Biasa la, time tu bonggol baru2 buat, tinggi sket la. Sekali sampai kat bonggol tu, kete wira wannabe racing car depan tu semua passenger nye kne turun. Maka turunlah sang bini, sang anak2 duk tepi jalan sebab bapak eh nak bawak kete wira wannabe racing car tu melalui bonggol itu. Cheh., tak ke menyusahkan? Idok le ku reti….
3) Bunyi ekzos kete…
Satu lagi stok yang terlebih duit. Modified la kete dari wira ke evo la, dari alphard ke kete kebal la, dari myvi ke passo la. Kalau modified kete ke kete kebal tak pe gak. Jimat sket duit gomen nanti tak yah beli kete kebal banyak sangat. Kete rakyat dah convert kete kebal ada membantu dan berkhidmat.
Pastu kalau modified kete rupa bentuk kompom lain tu tak le kisah sangat, ni stok bubuh ekzos mak aih besarnya. Kalah meriam yang portugese pakai datang serang malaya. Kalau budak umo 2 tahun boh kepala kat ekzos tu kompom, kepala dia leh terbenam masuk.
Ape pekdah nye nak ekzos besar2 tapi bawak kete laju sket je dari siput babi? Yela..yela...nak seb minyak kan.
Yang satu lagi stok modified kete boh enjin2 yang langsung tak seswai. Mcm kancil buh enjin evo. Logik tak? Logik tak? Penat je la engineer kete tu gi belajar tinggi2. Belajar sampai obersi. pastu nak bayar balik loan belajar dia. Pastu perodua bagi gaji dia banyak2 at the end korang juga yang jadi engineer sejati. Tukar enjin tu. yela..engineer tu tak bijak. Ada buh enjin cenggitu kat kancil korang. Patut la kancil korang jalan cam semut. Kata nak laju, mesti la enjin kene up.
Jap lagi kalau dah body kancil dan body2 korang berderai kat jeraya sape yang susah? Dah kete tu di desain untuk enjin tu, belajar la terima hakikat kan.
Kalau belum mampu beli kete canggih, tandanya duit korang belum berkepok, juga memberi maksud korang masih belum mampu nak beli insurans level platinum lagi dan menyimpan wang ASB jutaan ringgit. Jadi sok lusa idok le ko mati katak tinggalkan anak bini makan ubi kayu ari-ari.
4) Dan kalau dah mampunya beli kete canggih, ko tak yah la nak gak bawak lane paling Kanan kalau takat keberanian ko nak bawak adalah pada 90 km/h. sungguh menyusahkan. Kan tak pasal2 free makan flash lampu dari kete belakang. dah rupa lampu raya dah dok lip lap lip lap dari belakang. Bek ko beli viva and bawak lane paling kiri. Sebab viva pun leh cecah 90km/h tanpa perlu membayar ratusan ribu ringgit kan?
Dah. Cuti mood. Malam ni nak balik rumah bonda. Harap takde la insan-insan yang tak bertimbang rasa kat jeraya malam ni sebab kompom jalan jam. Sigh!
Thursday, December 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment