Thursday, December 3, 2009

al-kisah rumah kami part 1

And finally our good friend Muaz telah menjadi seorang bapak!!!
alhamdulillah!! congrats to both Muaz and Atun. After months waiting and endless trip to the doc and finally the baby girl is here!!!
Insyallah malam ni nak gi nengok baby dia *excitednyeeeee saya!!*

Yesterday, kami telah membayar deposit rumah ITU!!
insyaALLAH rumah tu akan jadi milik kami in few months time.
doakan la evertyhing will go smoothly and cepat2 pertukaran nama dapat dijalankan.

About 'OUR' house.
Seperti yg pernah saya mention before it is 5bedrooms, single storey, semi-d house located at Sg Petani.
30mins drives from Office and 10mins drives to my future Parent in laws house ->gila dekat ngn umah mak mertua. mesti ari2 kne bersihkan umah sbb takut in law tetibe wat spot check.
Its NOT exactly located at the heart of Sg Petani since kami mahu jauh dari hiruk pikuk~! ececece...nak bermesra berdua-duaan la konon. saya kan romantik!! cess! perasan sungguh *malu*
but still within 15mins drives to the Sg Petani center -TESCO, Giant, Econsave (nampak tak ciri-ciri bini mithali? saya ingat tempat nak beli barang dapur je. tak mention pun rumah ni also 15mins drives to Arianni, Alamoda, Village Mall etc. ahahha...cover gler!)

This house area baru je siap. and pembeli asal semua baru dapat kunci 3-4bulan lepas. The real owner of this house decided utk menjual rumah ini walaupun belum sempat diduduki oleh beliau since beliau tidak dapat bertukar ke Sg Petani (beliau adalah seorang cikgu yg bertugas di Pahang). Row area rumah yg kiteorg plan nak beli ni pun hanya baru satu family je duduk. thje rest masih kosong.
since beli atas orang, this house slightly expensive la compare dgn original price dia.
but the moment saya tgk rumah ni terus jatuh cintun sakan!!! yeee!! saya suka the idea of 5 bedrooms. pasni dah tak yah nak extend2 rumah dah. cukup la 5bilik nak main kejar2 dgn incik suami nanti *malu..tgk saya dh blushing!!!*

And currently the house under lil renovation and there is some works in progress. Grill rumah hampir siap dipasang, cabinet dapur+table top hampir siap, lampu2 sudah ditukar dan kipas di setiap ruang rumah telah di pasang.

and zillion thanks to 'beliau aka cikgu' sebab tolong kami budak dua org yg sgt blur pasal jual beli rumah. waaaa..
mana nak tau nak hire lawyer bagai.
kat sekolah dulu takda sape ajar pun. ade ke? len la amik hartanah ke ape ke, sure korang belajar kan? kalau amik course electronics memang takde nye dieorg ajar 'cara-cara membeli rumah'.
nanti dah pindah masuk hopefully by end of january i will post up rumah kami yg tak seberapa tuh. maaf! rumah kami akan bakal seperti padang jarak padang terkukur memandangkan kami tak cukup $$$ nak furnish rumah. sesapa yg teringin nak tido umah ni, sila bawa bersama bantal dan tilam atau lebih dikenali sebagai TOTO.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Malam tadi melepaskan gian setelah berbulan tak shopping and beli pape for myself.
saya telah merembat sepasang jeans esprit. muahahah...
sgt impulsive and itu la selalu terjadi kpd saya.
takpe, satu je!!
then membeli kan farewell gift utk my fav colleague Chang Ren. her last day will be this week.
abes la saya takde rakan niaga. eh silap, bukan rakan niaga, tapi rakan gosip.
ahahha..ini amoi celup. amoi yg tak reti ckp cina dan hanya cakap bahasa melayu + english. amoi ni langsung tak macam amoi. sgt rock!!
then juga telah merembat coffe maker utk diberi as wedding pressie Sathiyah.
Ranap al-fulus!

tonite nak pergi hunting utk baby muaz gift plak.
nak find something yg sgt useful!!! at first plan nak bagi baby highchair kat ikea tu.
cam comel je warna warni.

ok, nak masuk meeting.
daaaa....





Monday, November 30, 2009

Aimi dan hari raya haji!!!

Masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Haji to all!!!

Saya juga sudah selamat masuk ke opis pagi ni.
Pastinya telah selamat pergi dan balik ke kampung halaman berbekalkan pemanduan cekal Aiman menggunakan Vios putih beliau dengan kelajuan average 140-150 km/h.
juga telah selamat mengebumikan sedikit wang di IKEA, tol2 yg berlambak menghala ke IKEA, juga stesen petronas kat andalas tuh.
did i lupa to mention? juga kpd bonda tercinta yg telah selamat menguburkan additional $$$ di Wedding Station sbb bonda insist nak centerpiece + the table runner di setiap meja mcm ni:




Bonda kata, nanti mcm pakai make up tapi tak pakai lipstick ->perumpamaan if tak bubuh centerpiece and table runner.
gulp!!
ye tak pe. semua nya selamat-selamat berlaka. amin!!

hows ur raya haji?
i spent my 1st day of raya haji ke IKEA. lepas je balik sembahyang raya tu, bonda trus bg isyarat segera bersiap sedia utk negara.
dgn version super fast and furious both me and my kazen Aishah trus siap tukar baju.
Both siblings, aishah and adam spent their raya haji with my family. bonda mereka sedang menunaikan haji while ayahanda mereka ada business trip di turki.

Kami beraya di IKEA!! sungguh happening. byk showroom boleh dijadikan ruang beramah mesra dgn jiran tetangga kat sini. hikhikhiik...
misi utama adalah mencari barang2 decoration di dalam bilik pengantin dan guest book punye table.
found vases and candles.. since now tgh nak x'mas, byk gle candle utk di'grab'.
sila la sila ke IKEA.....

Apekah yg telah terjadi kpd saya?
otak agak lembap petala ke lapan pagi ini.
gler lembap sampai tgk nilai ribu2 pun otak send msg kat saya the amount as juta2.
gler ke ape dh saya ni? tak pasal2 sakit jantung di pagi hari ingatkan rege that part reach juta2.

sudah terima form nikah dr ayahanda. haruskah di form nikah kne state pendapatan?
waaa... ini part paling benci. tak suka org tau pendapatan saya dan bakal suami.
gler busy body ok!! tak suke la.. since company pun kata bnde tu as P&C kan.
nape nak kena disclose satu dunia? ->exagerate la part ni kan. tak la satu dunia.
tapi byngkan la, at least both my saksi akan tau sebab dia akan sign kat atas borang yg kne state pendapatan,
dah tu dua org saksi itu mungkin menceritakan pada 2nd party example bini. dan mungkin bini2 mereka boleh menceritakan di kejiranan setempat. since my saksi is my jiran. dan end up satu kejiranan akan tau and desas desus a.k.a cerita kontroversi akan tercetus.

"ala..anak kak bibah tu gaji rmx,xxx.xx, dah tu menantu dia tu gaji rmx,xxx.xx." kata si pencerita

"oooo..patutla..."kata si pendengar

ape yg patut saya tak tahula kan. maybe die akan ckp, patut la selekeh semacam je anak kak bibah tu. gaji ciput.
ke patut la anak kak bibah tu bwk myvi je. gaji byk tu je.
ahahah....

kenapa la saya perlu pikir sedemikian? saya bukan artist mahupun super star. ade ke org kisah dgn gaji saya pun? perasan la ko aimi.
tp part pendapatan kne state tu mmg part paling tak best. sgt tak sokong.
leh tak kalau saya tak nak diclose gaji? kalau org Majlis Agama Islam tu tanya, saya jawab je "takat cukup makan and pakai bang...".
err..agak2 kne reject tak permohonan nak kawen?
patut la ramai kawen lari kat siam ->alasan semata2....sila jgn tiru gaya bebas ini atau ur mum n dad n belasah anda secukup rasa.

maaf, kerja sedang menanti.
cerita akan bersambung setelah pulang bekerja mlm ni.




Wednesday, November 25, 2009

mari kahwin!!

Hari ini telah kembali semula di opis.
geezzz!!
tak best langsung. saya 100 kali ganda prefer duduk rumah and jadi housewife.
Inbox mencecah 700+ email. mengambil masa saya separuh hari untuk settle membaca (belum reply lagi ye kawan2).
Ada kala saya terfikir adakah saya seorang operator email (mcm operator tepon la konon).
gila dan separuh buhsan.
ohh!! saya baru sedar saya belum fully recover. saya hampir muntah apabila melihat email asyik berlari-lari anak masuk kedalam inbox.
nyah kau dari sini email!! 


and few people tegur saya kelihatan slim setelah pulang dari operation.
muahahah...
maaf kawan2..saya bukan menjalani liposuction ya!! 
ye...saya rasa badan ada ringan sedikit. (woi aimi, ko jangan nak buat malu. baru kurang beberapa kg and sibuk nak bagi tau dunia.)
*mari menyorok di belakang kerusi*


dan lagi siot, my opismate yg si apek ni gi bgtau org saya on maternity leaves sbb lama sangat cuti.
siot gler...ade kne bakar desk apek ni kang. *murka sungguh beta*. siap ko apek!! ->amaran berbaur keras seperti kerasnya minuman keras.



bulan december muncul kembali.
dengan lambakkan jemputan kad-kad kahwin. yess!! tahun ni i'm a bit wise dalam mengatur jemputan org. risau sangat org tak dtg my wedding kalau saya tak pergi wedding mereka.
it does happen to one of my fren. disebabkan beliau salu sangat malas nak join geng2 gi kenduri kahwin or kenduri tak kahwin, time dia wat kenduri kahwin hanya beberapa orang je datang, yg lain semua tak datang (termasuk saya!!). 
saya terus catit dlm calendar semua date jemputan kahwin. takut ada yg overlook plak nanti.


malam tadi melakukan aktiviti berangan bersama cik zainatul. berangan pasal custom made shoe. yeee!! saya tengah memilih design utk meng'custom made' kan shoe for my reception and my bertandang (walaupun incik tunang insist kasut bertandang tak payah custom made).
ill make him say 'yes' this time (kena ready wat puppy eyes setiap hari sehingga dia cakap boleh.


Pening kepala bila memikirkan form-form untuk daftar nikah yg perlu diisi.
ohhh..terima kasih incik firdaus. mesti anda sgt ensem kan? ahhaha...
call incik firdaus di jabatan agama islam klang. gler confuse bila baca pasal syarat daftar nikah from web JAIS.

dalam web : HIV Test hanya di klinik2 di negeri selangor.
saya : dah tu saya ni duduk kedah takkan nak kene balik selangor buat  hiv test?
incik firdaus : takpe, buat kat mana2 klinik kerajaan yang boleh buat HIV test kat mana-mana negeri pun takpe.

dalam web : kene bawak saksi untuk tandatangan form nikah.
saya : takde plak JAIS state syarat saksi borang daftar nikah. same ke dengan syarat saksi nikah?
incik firdaus : sape2 pun leh jadi saksi. kalau boleh elakkan adik beradik.


yeeeeaaa!! ayahanda akan ke PAID (Pej Agama Islam Daerah) Klang utk amikkan borang.
*biadap sungguh anak ayah ni. suruh ayah plak. kang ayah amik borang poligami,siapa yang susah?*


nasib la incik kadi tu kwn ayah! peace uncle!! siap kenal dh tu sape tok kadi saya.
incik tunang jgn risau, saya akan inform that uncle kadi toksah le soal2 u mcm2 time nikah nanti.
i tau u tgh darah gemuruh time tu. kang dia suruh baca doa qunut, u baca doa makan plak.
suruh je nikahkan terus and settle.
siapa suka? saya dan keluarga saya suka.
hip hip horaaayyy!!


mari berkahwin~~~!!


 

Template Design By:
SkinCorner