Monday, November 23, 2009

al-kisah dewan & kad kahwin

Hari ini hari ahad. Bangun pagi sungguh lambat seperti kebiasaan la kan? Kalau incik tunang tak kejut sure tak bangun lagi ->Syg,ada perasaan nyesal tak ni nak kawen ngn i? Celik2 je mate check my Cik Lappie. hooraaayyy!!! telah siap sedia video yg didownload. 1) Bila Cinta Bertasbih 2) Setem Saya agak jakun! abaikan saya. memang saya naturally jakun. Penat incik tunang ngajar download pakai torent. muahahah... Hari ini lawatan sambil belajar diadakan lagi. seperti minggu2 yg lain. seperti kebanyakkan pasangan ingin berkahwin yang lain. 1) Lawatan Sambil Belajar ke Kedai Kad Kahwin. Yess!!! utk kesekian kalinya, saya, yang sangat gediks ini telah menukar kad jemputan kahwin saya. ye!!! sila tampar saya dgn kelajaun 100km/h. dan saya spent dekat 2jam setengah di kedai kad kahwin itu. sampai saya rasa, macam budak kedai tu nak halau je saya dari kedai tu. maybe dah tak larat nak tengok muka saya. muahaha....nampak gayanya kad kawhin saya akan delay another one week sebab dieorg kene order yg lain since aritu dah kensel. musti budak kedai tu kata dalam hati "bajet ciput cam semut, selera besar cam gajah". nak wat cmne cik kak oiiii...kalau i ni hartawan, i tak tempah kad kahwin kat kedai kamu. i beli terus mesin cetak tu. cetak sendiri kat umah. leh la print setiap 10kad beza design kan? muahahha... exaggerate ->sila abaikan! biasa la. ini first bagi kita semua buat kad. first experience. so saya jadi super extra conscious dengan kad kahwin tu. luckily saya telah melakukan banyak survey. and here is tips nak share bersama : 1) Prepare your own map + landmarks. Macam saya, since my wedding dekat dewan which is not area yg saya familiar sangat walaupun dah berjuta2 kali lalu situ (korang ingat ke pun nama jalan korang lalu setiap hari?), saya telah men'google' (gunakan google map or wiki map), mencopy dan mengedit to simpler version. siap zoom in utk pastikan landmark semua nampak ye. 2) Prepare your own wordings kat kad. Nak kahwin nye korang. so, korang la sepatutnya lebih tau korang nak bubuh apa atas kad. sila buat homework lebih dengan kelebet kad2 yg ada secara online. so, walaupun saya takleh nak custom made kad jemputan saya (mahal oii,,kiah tak mampu. kiah hanya seorang kuli), but still ada la sedikit touch of me since all the wordings saya yang susun sendiri. instead of tipikal nama bapa dan nama bonda sebagai mukadimah bahagian atas kad saya telah shift nama my ayahanda & bonda ke bahagian lain kad (tunggu dan lihat je ye nanti). 3) Estimate how many kad korang nak print. - be safe, print additional 50pcs dr anggaran sebenar. sebab nanti nak tambah sket2 jadi lagi mahal. baik buat xtra sket. - say jemputan kad korang 500pcs, tempah la catering dlm 1000pax (and add on another 200pax to be safe). Tapi salunye catering akan tamba additional dlm 200-300pax lagi. (ini tips dr my mr.caterer ye). 4) Estimate brapa bajet kamu!!!! bajet itu penting. sila meniarap, tunggang tebalik, mencangkung dan sebagainya sambil menekan punat2 kalkulator kamu. kad banyak range and semua nya bergantung pada selera. perlu di ingatkan disini bahawa qty yg sedikit membuatkan harga kad menjadi lebih mahal. fuh! juga masukkan kos setem didalam kalkulasi anda. (weshhh!! makbapak korang takde syer dengan pos malaysia ye. sila jangan berhati kering buat2 lupa plak setem harus dibayar). so sendiri mau ingat la bape bajet kad korang. pesana penaja : toksah kad mahal beno.. byk bnde len korang leh beli. penting nih utk org cheapskate mcm saya! sebab tu harga kad yg saya pilih semuanya tak lebih rm1. (sila jgn bgtau org len. malu den kat org kampung nanti!) and yes!! saya telah mendesign sticker utk dilekatkan di wedding favor saya : ohhh!! kamu semua org pertama yg tengok ye. even bonda aka puan besar pun belum tengok lagi. any comment kawan2? ahahaah..kotak peti comment ditutup. mesin mencetak telah bergerak ye. and my sticker will be ready by next week. 1,200pcs kesemuanya. harap2 ia menjadi cantek -> of course sebab design saya. The best thing about this order, since saya order di tempat yg sama saya print kad kahwin saya, i got super special price utk print sticker nih. murah siot. satu tak sampai 20sen (size 2inch x 2.5inch) utk 2 warna sticker. Tips Sticker : Sticker ni di charge mengikut warna dan level kesedapan mata memandang. salunya level harga paling murah utk 1 warna sahaja digunakan, then mahal sket dua warna dan seterusnya la kan. then kalau nak canggih sket korang buat hot stamp sticker tuh. ishhh... ni mhl la. tp nampak le sket exclusive. Cuba korang diskus sekali harga sticker tatkala korang diskus kad kahwin tu. salunye harga kad kahwin ni almost to fix tapi sticker ni cam leh nego sket la. And apabila mencari kedai utk buat kad kahwin tu, cari la kedai kad kahwin yg dia sendiri print kad tu. sebab dr pemerhatian saya, kad dpt dioffer dgn rege lebih mura. berbaloi-baloi lah. *saya merasakan saya kini seperti penulis majalah pengantin la plak, sila abaikan!* Done with the kad kahwin and sticker things, incik tunang dan saya heading to Dewan IPD. Impression terhadap dewan : waaaaaaaaaaaa.....ase nak nangis. dewan tu cenonet je. tak besar macam dewan IKM yg kiteorg gi the other day. but good thing is dewan tu dekat dengan rumah incik tunang. itu adalah pilihan no.1 bakal MIL. *Aimi, sila jadi pengantin perempuan yg positif sket ye!* dan after 10mins, saya telah berjaya meyakinkan diri saya the dewan will turn out to be just fine time wedding nanti. Seriously kecik je dewan tu. cam muat up to 200p-300pax at one time je. takpelah, bukannya side saya pun nak saya kecoh2 kan? as long as my future MIL and incik tunang fine with that, i'm more than happy!!! at least tak yah wat wedding kat umah kan? frankly, Sg Petani ni sgt limited dewan utk dibuat majlis perkahwinan. So far kami hanya tahu this 3 dewan : 1) Dewan IPD -> pilihan incik tunang dan MIL 2) Dewan IKM -> dewan besar tapi kondisi sedikit azab (buroookkkk!!!) 3) CInta Sayang (Golf Club) -> Wedding kat cafe golf club dia per head baru rm10. murah siottt! tapi agak jauh sket dr umah incik tunang. Hopefully with a little touch up from the bridal house our dewan will turn out to be cute and gorgeous!! the super good thing is? incik tunang submit je surat permohonan kepada SM yg bertugas tadi. ad on the spot terus dapat book dewan tu. haruskah begitu? cemburu nye saya. saya perlu book setahun sebelum ye kawan2 tapi beliau, hanya 2months to go pun leh book. heaven nya duduk northern ni. hikhikhikhik..... done with all the perkara yg menyerabutkan kepala, i was thinking nak bagi my hair new style. hihihi.. konon2 wedding prep la tu. menyediakan rambut utk sang suami la konon. gler angelic je rupe bakal bini die ni kan? went to de touch. menyediakan tempat muslimah di bahagian atas kedai. sangat suka kedai ni. sebab interiornya yg cantek. and yes, my hairstylist itu sangat cute. i do the scalp treatment (setelah di pujuk oleh cik hairstylist yg cute) since my hair pun nampak agak tidak bermaya and with that scalp problem, saya merasakan rambut saya sering luruh muruh setiap jari. saya sangat gerun andai kata satu hari saya bangun dari tido, mungkin saya akan bertukar botak!!! and new haircut yg sangat cute and sesuai dengan muka ala2 jennifer love hewit i ni. *sila muntah sekarang andai kata anda tidak larat nak baca ye* muahahha,,,, sekati la.. muka saya. kalau saya nak kata muka saya persi Heidi Klum korang ada masalah ke? *tapi itu tandanya saya ada masalah dengan otak saya* pheww!!! thanks to cik hairstylist yg cute, say bye-bye to my rm200 in a blink. incik tunang hampir tersedak mendengar statement rm200 saya. *sayang, tolong jgn berubah fikiran dan mengambil keputusan utk tidak mengahwini saya* p/s: apesal blog ni cemburus dengan saya and tak tunjukkan saya dah hapdet blog kpd kwn2 saya?

Saturday, November 21, 2009

mengapa akak tiket bas? oh mengapa?

Saya telah tiba di Kulim last night. Sangat adventure kerana kembali ke kulim dengan menaiki bas. ye...setelah sekian lame tak naik bas. mengimbau kenangan zaman belajar la plak. ehehehhe.... funny!! but the bus sgt bongok!!! 1) Ketika membeli tiket. saya : Akak, kalau naik bas pukul 5.30pm ni sampai Butterworth pukul brape? Akak penjual tiket : (sambil mengira menggunakan jari) dalam pkl 9.00pm. Ingat tu!!pukul 9pm ye kwn2. saya : nanti nak tunggu kat ne kak? akak : adik dtg setengah jam awal. pukul 5 tunggu depan ni. - saya nak turun butterwoth since bas ke butterwoth lebih frequent dr kulim. - bas ke butterworth lagi ramai org and saya rasa secure. - incik tunang nak men futsal pkl 11pm plak nanti. 2) Ketika hari kejadian. Part 1. saya : akak, mana ni bas, dah pkl 5.30pm dh ni. akak : jalan jammed dik. jap lagi sampai la tu. perhatian sekali lagi. oleh kerana saya terlalu risau ditinggalkan bas, saya telah tiba di stesen bas shah alam at 4.40pm. bayangkan berapa lama kawan korang yg masih seorang pesakit ni kne tunggu? Part 2. Pukul 6.05pm baru la bas tu terhegeh-hegeh muncul. naik2 bas je, tengok seat single yg saya penat2 request kat akak tiket tu ada org duduk. saya : dik, ni seat saya ni. adik tak tahu nama : bas ni free seating. saya asa time tu cam nak hempuk je budak tu and akak tiket tu. woi! kalau bas dh free seating ape hal la plak nak menyemak tulis kat tiket kan? dh tu saya ni penat la nk request single seat sbb tak nak end up ddk sebelah lelaki ok. saya : tapi saya nak duduk single seat. adik tak tahu nama: nak gak ke seat ni? (sambil muka masam blah dr tempat duduk tu) sorie la dik ye...saya bukannya berkira sgt. tp mengenangkan keselamatan diri dan trauma menaiki bas ketika belajar dlu telah membuatkan saya memang sangat gedik nak seat single gak. PEACE NO WAR dik.... Part 3. Dek kerana keborngan yg amat n baru je lepas telan ubat saya pun melelapkan mata. terjaga tgk dh 7.30pm. selak langsing. haizz...dh sejam setengah baru kat damansara? Bloody hell punye bas. jalan cam siput sedut. time ni dh @#$%^&* dlm hati. Part 4. Bas tak stop even dh sampai tapah. sejuk disebabkan ujan n aircond bas yg ala2 aircond freezer tu membuatkan ase nak terkencing tahap dewa. penat tahan kencing. abes la saya pasni kne batu karang ke..batu kerikil ke... Bro macho yg duduk depan asyik gi jumpa driver (2 kali la). tak pasti apa dia nak. tetibe je bas masuk exit simpang pulai and stop lepas tol. "sesapa nak gi tandas leh gi sekarang" haik? gi tandas je? dah la stop kat PLUS lepas tol tu. mana de kedai. betul2 ade toilet dan surau. lapar siot... Part 5. Bas ni rope2nye stop kat terminal ipoh. baik punya stop la konon sebab kene tunggu passenger and tersadai dekat 45mins. gler dah membara dalam jiwa. apabila badan masih belum sihat sepenuhnya, perjalanan menggunakan bas sangat membebankan. ANd reached Butterworth at 12.45pm. wesh akak jual tiket, saya rasa nak je saman akak. akak kata pukul 9. sian incik tunang saya main futsal kejap je sebab wisau saya sampai sebelum dia sampai. menchik!!! saya takkan dah naik bas KB Express tuh. and today another trip menemui uncle Ewe aka my Doc ENT. ramainye org di clinic Dr Ewe. Yunap!! harini tak jumpa doc ensem2 di KPJ ye. And sepatutnya aya dah mula bekerja this monday. tapi disebabkan beberapa condition critical pada saya, cuti telah di extend hingga next tuesday.. wahahahha... saya ase macam sihat je. relaks je nak gi jln. tp doc tu masih rungsing melihatkan keadaan saya dan kebas di lidah belum helang. ape2 ajelah uncle Ewe. asalkan saya bahagia, and hantar baju nikah untuk dijahit beads. punyalah lama peram baju nikah tu. baru sampai seru harini nak gi hantar kat kedai. harap it will turn out to be gorgeous. and esok seperti telah dirancang, nak sightseeing dewan for incik tunang side and another trip to kedai kad kahwin. ase cam nak tukar kad aritu. ahahah...nasib tak start print lagi and baru bayar depo. plan suppose bagi all the details esok tapi ase cam nak tukar kad. leh tak? biase la saya, selagi leh tukar, saya suka je tukar semua last minute. sabar ye incik tunang. kepala otak hampir cracked sekarang. dengan wedding date yg semakin dekat, serious saya cakap i'm damn broke. byk benda yg tak termasuk dlm earlier plan tetibe je wujud. wujud pun sebab kegatalan saya sendirik. sangat mengahrap dapat year end bonus. ya allah! tolong la hamba mu. snagat desperado dah ni. savings dah zerooo.... duit gaji bulan2 pun kalau leh negative dah negative. kalau ada tabung ayam ke..tabung gajah ke..dah lama pecah hancur berkecai jadi abu saya korek. budget lari abes la..macam larian 4x1000m dah rupa. and saya dah almost 3months tak shopping bag or baju. baik tak? punya la nekad nak kahwin ni. haizzz..hampeh sungguh.

Thursday, November 19, 2009

i lovesss cuti selepas surgery!!!

Weeee...... semalam ke rumah mak uda... mengambil all the 1,024 napkins!!! and last night, mengerjakan napkin itu dengan bonda (baru dapat buat less than 100pcs). sbb bonda nak napkin itu di iron terlebih dahulu before she fold it and ikat with riben and whats not. haruskah? dah permintaan bonda kan. kiah ni pun iron kan aje la...then potong2 kan riben. bab fold and ikat riben tu bonda la kne buat sebab tangan i tidak begitu mesra bab2 itu. muhahaha.... and yes..semalam saya juga menjadi seorang tukang cat. mewarnakan lantern ke pada warna putih. dengan menggunakan keajaiban spray putih. lantern yg pd asalnya berwarna biru bertukar mnjadi putih idaman kalbu. rupa2nya bnde ni semua memerlukan ketabahan yg tinggi. ingatkan sekali spray dh ok. rupa2nya kne 2-3kali spray baru la chantek. hari ini misi akan diteruskan lagi.... yes....seronok rupanya bercuti panjang. mungkin ini lah hikmah saya operate kan? byk preparation wedding dapat dijalankan at fast mode. today ada apppointment with another bridal house from Rita Collection. ni utk meja makan kat dewan nanti. saya nak meja makan saya nanti ada underlayer. ill show u guys the pic later. and at 3pm today, ada date ngan incik fariz the videographer. muahhaha...peace incik tunang!! saya takkan bermain mata.. janji!!! nak discuss psl video shoot time nikah and reception nanti. pergh!!! one full week and dah byk to do list leh di potong kan? incik tunang, sila jgn cemburus dgn progress saya. kalau kamu nak cmni, kamu sila la operate tonsil dan mendpt cuti seminggu. minus the pain, i love the idea of the 10-days medical leave nih. hihihihiih.... esok malam mau pulang ke kulim semula. nak settlekan side incik tunang plak. nak gi visit dewan wedding for incik tunang side (ye!!! bonda incik tunang suddenly decided nak wat kt dewan. thanks umi!! dpt la i bergolek2 dgn rumah dgn riang sbb tak perlu nak deco2 rumah bagai ->pemalasnya bakal menantu kamu nih!!) and do the payment kat bridal house Fasha itew... juga settlekan al-kisah kad kahwin dan sticker yg perlu di tempekkan di wedding favor. proud of myself sbb rajin gle this week nak settlekan semua al-kisah wedding prep ni. thanks to bonda as well. love you ma~~!! p/s: Nuqman positive H1N1 too!
 

Template Design By:
SkinCorner