
Friday, September 11, 2009
baju raya lagi?
Demi mengubat kekuciwaan di hati,
saya telah membrowse dan membrowse...
and yes!
oh babeh!
terjumpe dengan baju raya yg sangat lawa2...
refer this link.
Wahhh...tambahan kepada koleksi baju raya saya. ini berita menggembirakan.
tetapi...rasa-rasa macam ada kekangan pada financial saya. bila check2 balance duit maybank mcm tak berapa nak menarik kalau nak di keluarkan lagi utk membeli baju raya ini.
ah`ha, solution : menulis warkah cintun utk incik tunang.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Menemui my ex boyfriend cum my fiance cum my hubby to be,
PERMOHONAN UTK MENAMBAHKAN KOLEKSI BAJU RAYA.
Menurut perkara di atas, saya, yakni Cik Tunang anda, ingin memohon jasa baik yang setimpal dengan kasih sayang yg telah diberikan selama ini agar incik tunang meng'approve'kan permohonan saya kali ini.
adalah merujuk juga kepada attachment gambar-gambar diatas, saya memberi 'option' kpd incik tunang utk memilih mana satu idaman kalbu (lagi best kalau dapat semua) incik tunang utk dibelikan kpd saya utk dipakai pada hari raya yg akan menjelang kurang dr 2 minggu lagi.
Justifikasi :
1) Baju Jubah purple ini sgt molek dilihat. Baju purple yg kita beli haritu tak cukup mengancam utk dipakai di hening pagi raya. Ia juga kelihatan sungguh ke'arab'an kerna ia adalah jubah dan bukan baju kurung moden. oh! saya juga tak pernah ada jubah warna-warni melainkan 4helai jubah hitam yg dibeli bonda ketika menunaikan haji tempoh hari.
2) Baju merah ini juga kelihatan 'vaaa..vaaaa..voom'. sgt sesuai dipakai ketika mengunjungi sanak saudara di rumah sebelah ayahanda. kerana mereka juga suka memakai pakaian glam2. haruslah nanti saya, yakni cik tunang anda tidak merasa segan atau merendah diri apabila memakai baju sama taraf dengan mereka. Ia juga boleh dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan kwn2 incik tunang yg asyik kahwin saban bulan (i'm running out of baju kurung utk di pakai ke majlis perkahwinan)
3) Baju putih ini nampak tulus lagi mulus. setulus cinta saya terhadap anda, incik tunang. alangkah manisnya berbaju putih bagi menghadiri majlis2 persandingan. baju putih ini juga bakal digayakan ketika pulang ke kampung sebelah bonda. ini kerna byk, perkuburan yg perlu di jenguk ketika pulang beraya nanti. putih sangatlah seswai dan santun utk pergi ke aktiviti tersebut.
Memandangkan tahun ini insya-allah merupakan tahun terakhir saya merayakan sebagai anak dara yg single, oleh itu diharap incik tunang dapat meluluskan permohonan sekaligus meluluskan fund terhadap permohonan ini. akan saya sms no. account maybank saya pada incik tunang (andai incik tunang dh delete dr hp incik tunang).
Incik tunang, bagi la saya beraya sakan pada tahun ini.
manala tau time raya tahun depan tuhan memberi rezeki serta merta kat kite then saya terus ter'preggie' pas kawen, kan dh tak leh nak pakai baju glamer2 time ngandung.
juga harus diingatkan, baju-baju ini pasti cantik kalau dipadankan dengan beg nine west yang baru dibeli tempoh hari.
Yang benar,
Cinta-hati-kamu-yang-selalu-menyusutkan-akaun-bank
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
harap incik tunang dapat me'response'dgn cepat terhadap usulan ini.

Labels:
my life
kuciwa..dan kuciwa....
Hancus hati saya hari ini.
pagi tadi bangun dgn gembira sebab plan nak balik rumah malam ni.
niat cuma satu je : nak pergi ambil baju reception. si-pembuat-baju turun ke KL.
then time kat opis baru teringat, hari tu dia cakap kat Cititel KL.
google jap cititel KL kat mana. senang nanti nak plan.
gulp!
rupa2nya ada 2 cititel KL. satu di Midvalley another one di Jln TAR.
aiseh, mana satu si-pembuat-baju tinggal ni?
ah`ha..ambil langkah bijak. terus roger si pembuat baju.
Step 1:
tekefon handphone si pembuat baju.
lebih 20kali cuba, tapi tak dapat.
memula dengar la caller ringtone si pembuat baju. tapi tak berangkat pulak.
eh, cuba lagi la kan.
dail lagi. masuk voice mail pulak.
gulp!
habes la cmni. si-pembuat-baju pasti buat roaming kalau pergi oversea kan.
Step 2:
Dah abes pikir dah, terus call kedai si-pembuat-baju.
dah la saya ni bengap sket nak call international ni.
nak masuk country code la, area code la.
dapat!
yes, berbunge hati.
saya : Bunda ada?
incik penjawab talipon : bunda ngak ada, lagi ke pontianak.
saya : bukan dia mahu ke KL.
incik penjawab talipon : nggak, dia ke pontianak, langsung talipon ke mobil nya ya.
panicked attack menyerang secara tiba2.
mimpi malam tadi jadi kenyataan?
al kisah mimpi malam tadi : malam tadi mimpi saya dan incik tunang sampai je ke hotel bunda duduk, bunda dah balik ke indon. then we need to ask him utk mengepos baju itu. tragis!
Step 3:
Air mata dah bertakung. abes la...call bunda punye hp tak dpt2.
Ngadu kat Incik Tunang. Incik Tunang call ke kedai bunda itu.
incik tunang : Bunda dtg KL 15hb sept la.
UUUUUwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
rasenye aritu bunda bgtau saya dtg ari rabu 9 Sept and pulang 12 sept. siap saya bubuh reminder dlm hp. cmne dia tetibe leh cakap dtg 15 sept?
sama ada saya yg slh bubuh reminder atau beliau si-pembuat-baju telah menukar schedule.
report sama bonda ku ttg ketidak-jadian utk pulang malam ni.
and again, free2 kne free tazkirah pendek.
tau la bonda ku ini. potpetpopet kne membebel.
ok, dah out of mood dh ni.
rase nak nangis ada gak.
punye mengharap dapat baju arini.
rasa malu ada gak. ntah2 saya yang tersilap bubuh tarikh!
ngoi sungguh saya ni kot kan?
sobsobsob....
kuciwa!
ni mesti terjadi sebab salu escape semayang tarawikh tahun ni.
hamik saya!
jiwa rapuh ni...
marilah hiburkan hati saya.
rasa macam nak cancel je jemputan berbuka dgn department incik tunang mlm ni.

Labels:
wedding preparation
Thursday, September 10, 2009
smilling till aches!
I'm in the super happiest mood arini.
tentu korang tahu kenapa...
yesterday for the first time bulan ni saya balik awal. 6pm sharp terus blah.
misi : ke Sg.Dua, Butterworth utk amik my handbagS yg telah dititipkan pada teman yg gi training kt states tempoh ari. ye betul, pada my-so-call new fren Vas.
eventhough boleh je nak suruh suami si Vas yakni my colleague nak bawakan pergi ofis esok,
tapi kuasa kegedikkan terhadap handbagS tersebut serta tidur malam yg tak lena menyebabkan saya terpaksa men'drag' incik tunang utk pergi ambil beg tersebut.
incik tunang drive dh version F1 kerna selepas itu kiteorg ade majlis bukak puasa cum Farewell utk one of our fren.
Perasan tak kenapa saya bubuh handbagS instead of handbag? yihaa...
ye betul, i bought TWO handbag sekali. muahahah...
haruslah di sambar petir je mcm ni sebab membazir (konon2 je ni).
actually i ask Puan Vas utk belikan nine west or liz claiborne hobo bag (gamba disertakan pada beliau)
she could not find the LC bag and end up belikan two handbag. dan saya?
oh.... rasa mcm dekat dreamland semalam.
ada dua handbag sekaligus.
incik tunang kate "sampai dua? u nak bawak dua-dua handbag sekali pergi beraya ke?"
gulp!
alahai....over la plak kalau nak bawak dua-dua sekali. dah lah both in black. hikhihik...
but one is slightly bigger more bucket style (ni leh masukkan lappie 12inch, sebab dh test lappie i muat masuk) and another one more hobo style.
1) cik nine west no.1
2) Cik nine west no.2
since dua handbag di tangan, saya ase sangat2 guilty plak.
sebab this month ase macam terlalu byk sgt barang dah dibeli.
1) LC wristlet
2) Shawl 4 helai
3) and this two handbag
god! cmne nak saving nih.
saya : i ase i nak let go la my handbag yg satu ni. macam membazir beli dua. lgpun nak simpan duit tu for the wedding
incik tunang : you dah takde duit ke?
saya : ade lagi, tapi yela, tu sepatutnye duit nak di simpan for wedding
incik tunang : tak payah la jual. u simpan je both bag. i bayar satu bag ni for you.
*lebih kurang la conversation kiteorg berbunyi cmni.
How am i suppose to react? gembira? oh tentunye. incik tunang nak cover rege one of the beg.
semoga anda, si incik tunang saya dimurahkan rezeki! amin!
and after that conversation, baru saya tahu kenapa incik tunang allow me to keep that another bag.
oh! bukan sebab scandal dia dengan cik lulup (no way laila, he is my gold fish ok!).
tapi saya tahu, incik tunang tak suka this thing to be disclosed kepada org lain.
all i can said is "congrats sayang!! all the penat lelah really worth it aight? you are doing great and mungkin ini org cakap rezeki nak kahwin kan?"
yes,yes,yes.. i do believe bila org kata the moment you decide nak kahwin and REALLY go for it, rezeki tu akan sentiase ada depan mata. tuhan sure membantu org yg nak buat amal sebagai suami isteri ni kan.
cik nady tak perlu risau memikirkannya (lgpun, tentu uncle morshidi will support 100%). cik zai tak perlu rungsing ke'tidak' cukupan ongkos utk berkahwin.
At first, saya pun freak out mcm mana la nak simpan duit. and all the harga pelamin la. makeup la. but at the end of the day? saya still manage to allocate some budget here n there.
masih sihat makan dengan kuat. tak perlu berlapar.
masih boleh entertain nafsu shopping saya.
and so do my beloved fiancee, rezeki pun dtg lagi.
we are not heir yg akan inherit duit bermillion ringgit, nor even close to princess punye kerabat to have so-call-dream-wedding.
so, saya amik one step kebelakang, and have a deep thought of it.
its hurt bila u want your wedding to turn out as superb as wedding dlm mag or dlm web but you cant even get close to it.
conclusion : your wedding is YOUR wedding. do it your own way. nice to see others in that but doesnt mean it really suits you for example.
yg penting :
1) saya masih enjoy utk kahwin
2) tak perlu ikat perut sebab nak kene saving byk gle.
3) masih boleh bershopping!!!
ye, saya ingat pesan kamu cik nady. jangan jadi seperti Rebecca Bloomwood. nope dear! not that level yet. saya hanya pekerja kelas bawahan remember? jadi duit gaji tak cukup kot nk buat se'terer' wanita shopaholic itu.
And after senyum sampai ke telinga kerna mendpt beg baru, kami berbuka puasa beramai2.
yani n zai, rugi you two tak join!
guess what? this restaurant is full with kambing dishes.
beriyani kambing, kambing grill, etc..
semua kambing based punye makanan dia ade jual.
yes, kambing lover like me sure rase in heaven.
(saya masih kecur air liur ketika menaip ttg beriyani kambing yg di makan mlm td).
the food is marvellous!! by the way, dieorg ada jugak ayam kampung. tapi kedai ni mmg hardcore kambing.
actually this restaurant owner is also the owner of the kambing breeding company.
kandang kambing nearby this area as well.
but sgt bersih ok. and each table under pondok2 kecik n u can choose duduk bersila or duduk atas kerusi.
And the food portion? superb besar sampai tak larat nak abeskan. dh la sedap, besar kambing nye dan nasik yg sgt byk.
enjoy the pic!
p/s: so sape yg nak dtg lepak with me next time, saya leh bawak gi tempat ni. susu kambing dia super fresh n sodap.
p/ss: perasan my new bag! ye...saya terus memakainye....


Subscribe to:
Posts (Atom)