Friday, January 28, 2011

TGIF!!!

Oh! not that i'm crave for TGIF. *tapi kalau ada orang nak belanja, perut i tadahkan*
but THANK GOD ITS FRIDAY mood is here!!!
soookak sangat.

whats i've been up to?


1) Hunt for Arco Lamp

               source : goooooogle!

ini adalah cinta pandang pertama. mcm mana time sang suami jatuh cintun kat i dolu2. camtu la mcm mana i jatuh hati kat lampu ni. eh serious ni wesh. laki i yg cinta pandangan pertama dengan i. pastu dia malu2 kucing kat i dan mengambik masa tiga minggu sebelum tegur i. bukan tegur secara mata bertentang mata, tapi tegur kat chat room je pun T____T
lampu ini sunggu stylo and timelesskan? bayangkan, this lamp designer dah design lampu ni since 1962 okay. takke sungguh timeless tuh? pastu sok lusa leh pass kat anak cucu. sungguh vintage you!
found it from timelessdesign website.
sentap! RM1,299.00. kecik ati terus ngan kedai2 cenggini. nape nak bubuh memahal.
eh rase-rasenye ade tak dalam range rm500 je? i tak mampu. T______T
sian suami nanti jeling sampai nak tercabut bijik mata plak nanti kalau i buat-buat meroyan nak beli jugak dengan rege seribu lebih ni kat kedai tu. kalau i buat nangis golek2 kat lantai kedai cam bebudak salu buat tu agak2 suami bagi tak nak beli?

source : various website (thanks mr.google!)




2) wing chair, armed chair.

wing chair or armed chair or....Pape je la korang sebut dia. i memerlukan dia. bukan satu tapi dua bijik! jumpa la kat beberape website. tapi tang pesen i berkenan mcm kat atas ni sure sebijik leh cecah rm2k. dah tu nak suruh kiteorang laki bini makan nasik dengan telur goreng hari2 ke? ada sesape yg mulia hatinya nak belikan untuk house warming gift kat ai? i tak mo grandfather chair. i soka gak grandfather yg super classic tu, tapi rumah i sebesar tapak tangan je. bukan bungalow ala-ala hindustani melaut besarnya sampai ko nak bubuh 8 set sofa pun small matter je. jadi opt for smaller version mcm this pic. kalau tempah agak2 rabak tak? pffft! kang suami bagi tazkirah zuhud lagi ni kang.


3) its the mask! its incredible hulk! its greeennnn!

source : various website (thanks mr.google!)

i always have this soft spot for green living room. either the whole wall painted with green, or with green stripes or green wallpaper or even the living room furniture or deco with green stuff,kompom i cintun.

source : apartment theraphy
nak beli wallpaper kang exceed our budget. kalau nak gak, suami isteri kene keje part time kat mekdonel ke, kfc ke,7eleben ke memalam sebab nak menampung cost wallpaper. jadi terpaksa la suami berusaha mengecat rumah dengan kaler pilihan isteri.
kalau cat green as based and stripe kan kaler merah ok tak?
i noe..i noe..ia kelihatan sungguh krismas tapi i rasa dia unik! muahahah..pastu dah siap cat berstripe merah bagai, tengok tak berkenan plak dihati and suruh suami cat sekali lagi kaler lain. time tu kompom sang suami bagi makan cat sampai kembung T___T

dana kewangan rumah semakin mengecut. oh noooooo! cita-cita nak menjadi pre-school teacher harus dikuburkan.

this coming weekend trip :
  • fella
  • rattan deco
  • houzdepot
  • ikea
eh..mana One Utama? mana MidValley? ohhh..dah dewasa ai rupanya. 


Monday, January 24, 2011

update yang not so up to date!

Kangen sama gue nggak?


Muahahah.. I kangen mahu berbelog u.

Tapi apa kan daya. Kemuncak kerja I di antara December ke January. Macam ko tengok cter pastu part hantu nak cekik ke, part pompuan nak kne bunuh ke. Cerita tengah climax kan. camtu la keje i. tengah climax ni nak pergi lunch pun kekadang rasa tercekik tak payah nak tunggu hantu cekik pun. Pastu badan jadi hangin je. Rasa nak marah orang je tak pasal2. Mouse wireless habes battery pun rasa nak meroyan kejap. Yeah! Keje sangat psycho. Ari-ari mengadap data berjuta2 lemon. Mau muntah hijau tengok figure. Pastu dalam seminggu lebih 44kali sebut kat suami “yang I nak resign. I betul2 nak resign nih”.

Biasa la. Bini dia memang psycho. Stress je terus nak resign. Tapi orang kata lebih 44 kali jadi kenyataan. So far tak jadi pun T___T

Suami : kalau u resign nak keje ape?

Saya : i nak jadi pre-school teacher

Suami : takleh lagi tinggi cita2 tu ke? *dengan nada sarcastic*

Adoyaiiii..kekadang ape pekdah I pilih keje ni pun I tak tau. Tapi that’s the only job yang I tau kan. kang suruh jadi chef mahu keracunan makanan kang semua orang. Kalau suruh jadi tailor, baju kurung tup tup leh jadi baju melayu plak. Pasrah je la kan. nak mengharungi few days penghujung Januari ini adalah sangat torturing!

Hubby’s birthday will be in another a month period. Tapi disebabkan kejakunan sang isteri serta I don’t know how to hide the birthday gift, terpaksalah dengan muka comel memberi advance surprise kepada sang suami.

Surprise! Surprise! Surprise!


Ye! PS3 Gran Turismo Limited Edition. sungguh limited edition ini sampai ko kena book awal2. pastu bila booking tidak berjaya, kena pergi extra miles. sibuk tanya kengkawan suruh tolong carikan sekali. nasib dengan kehebatan cik anne, berjaya bertemu dengan console ini di bangsar shopping complex. 3 unit terakhir ye! dah, jangan tanya ape beze ps3 ni dengan ps3 yg kaler hitam or putih tu sebab for me "beze kaler je".ok tak?

As the result from the advance bday gift,weekend baru ini, we spent the whole two days dirumah aje. Ye, suami bantai main game dari pagi sampai I terlena ditengah malam. Jatuh la bini di kedudukan nombor dua dalam carta priority dalam hidup suami.

tapi takpe. He deserves that after all =))
dah lama dia ngidam nak beli ps3. tapi nak buat cmne, duit simpanan ps3 dikorek untuk buat wedding prep, pastu belikan bini itu ini.

teruja sangat-sangat menunggu cuti Chinese new year. Tak..bukan sebab I dapat angpow atau boleh makan limau mandarin sampai mencirit-birit. Tapi sebabkan on the Chinese new year we will spent our very 1st night at our new “rumah manis rumah”. Tak, bukan officially pindah, tapi assume la kiteorg ala-ala check in hotel berkadar bajet. Sekadar Lepak “rumah manis rumah “ tu pastu leh gi gym for free. Pastu mandi swimming pool sampai kecut. sauna sampai luruh lemak2 dalam badan kalau boleh. Nak buat cmne, suami I kena standby even cuti raya cine. Ko jangan harap nak pergi ke percutian hebat di masa itu. Takpe, kita pergi selepas cuti raya cine ye sayang ye? Time eniberseri tu kalau boleh bawak la I ke Maldives ke, bora-bora ke sayang.

p/s : 22 hari lagi percutian rombongan cik kiah ke Vietnam akan bermula, pastu ahli rombongan,Cik Laila masih belum memperoleh passport beliau. gila sakit jantung dengar!!!!

Thursday, December 30, 2010

cinderella dan labu-labunya.....

Ye saya tahu. Rakyat Malaysia masih keterujaan memenangi bola malam tadi. And for the first time I REALLY watch football match. Ni semua sebab penangan laser yang heboh diperkatakan sehingga menyebabkan saya sungguh teruja nak tengok. Sungguh kontroversi bukan? Mungkin kalau takde kontroversi ini ko ingat saya nak tengok? Oh..takkan ok. buat sakit jantung je tengok. The whole 90minit game tu jantung macam nak tercabut. Punya la nervous. Pastu nak kelip mata pun tak nak. Takut termiss la konon kan. Sampai pedih bijik mata. Mana tau time kelip mata tu mesia or indonesia score ke. Mana tau Laser dr penonton indonesia terlalu kuat hingga membuatkan kulit pemain malaysia bertukar menjadi kaler hijau pastu pemain mesia bertukar menjadi incredible hulk in split second dan terus menculik Julia Perez dan Manohara yang ada kat stadium tu pastu larikan diri ke London and they live happily ever after. Eh nape tang game kat indon cameraman tu suke sangat focus kat muke retis Indonesia n retis wannabe (manohara) tu? kat mesia idok nya ada la dia ngambik gmbo muke pompuan2 pun.


And on top of all the keterujaan, sebenarnya keterujaan yang paling hakiki adalah tatkala menerima email dari orang HR anoounce pasal cuti. Tanggan siap menggeletar noks. Mana la tau tetiba kampeni buang tebiat tak nak bagi cuti padahal Bang Najib bagi cuti kat semua rakyat mesia walaupun yang berjuang malam tadi tak sampai 20orang (termasuk bang rajagopal, tukang bancuh air dan sebagainya).

Korang ada masalah tak dengan pemandu kereta yang lain? Ohhh..kadang2 pemandu kereta yang lain salu je buat darah I mendidih2 sampai kat pale otak. Kalau la pale kite ni di desain macam lokomotif stim kepala keretapi, kompom ko Nampak pencemaran asap yang melampau2.

1) Kete umang aih..besar gedabak. Tapi...

I cukup tak berkenan kalau kita sibuk nak mencarik parking pastu depan kita tu kete panjang, besar macam MPV ke, kete maria mercedes ke yang sibuk nak masuk parking. Cam harem ok! Kalau stok driver dia mcm shumacher tu i memang respek la sebab sekali libas je terus masuk parking. Ni stok yang amoi2 bawak Alphard ke, estima ke, pastu nak masuk parking yang

- Masuk kepala, eh tak muat. Reverse balik.

- Pastu reverse kite yang belakang ni pun di horn nye suruh reverse and bagi space dia agak2 sebesar space kapal terbang nak landing.

- Pastu masuk balik..alamak terlebih ke kiri, tak lepas, reverse balik.

- Alamak kanan pulak terlebih sangat. Reverse balik.

- Pastu salah lagi.

- Reverse lagi, konon nak buat reverse parking plak.

!@#$%@!#$%^&!!!! Orang mcm ni la kekadang rasa nak turun je dari kete kite ni, pump out petrol kete die, pastu simbah petrol, pastu pinjam lighter kete2 sebelah ke, bakar kete tu dengan amoi dalam tu hidup2. (pengaruh abg partiban la ni).

Ada sekali tu i kne tunggu amoi tu dok adjust alphard dia cam dekat 10minit hokay. Damn sungguh marah! Ko ingt aku ni banyak sangat masa nak dok sini makan kismis ke, makan kacang ke, bace sotkabar ke sambil nunggu ko parking???

Dah tau bawak kete ala2 elok sket je dari budak 6 tahun bawak kete, toksah la berhajat besar bawak kete sebesar alam. Ko ingat orang lain ni banyak masa nak tengok tayangan free ko dok adjust2 kete ke? Bawak je la kete kecik cenonet mengikut level IQ korang tu.

Apa? Sempit?

Meh sini saya nak sekeh. Jap lagi keluar kete yang gedabak tu pemandu, passenger sebelah pemandu, and anak dia dua orang je dari belakang. Ape ko ingat anak ko tu ko amik anak badak kat zoo ampang ke? Besar sangat le anak ko tu sampai tak muat kereta bersaiz sederhana? Pastu yang sungguh bangang bile keluar dari kete sebesar alam hanya satu makhluk tuhan sahaja yakni si pemandu. I tak tau la, yang passenger belakang stok passenger halimunan ke, roh2 yang kite tak nampak tapi dia nak bawak roh2 tu pergi shopping mall ke.

And Yang paling tak best, tau tau la opis i ni parking sungguh limited. Sangat mcm haram yg menterpaksakan I pegi keje awal. Ko ingat I ni suke suki ke nak gi keje awal? Lebih bagus gi keje lmbat2 leh tengok tibi smbil bekfes. Pastu dh la parking limited, amoi2 yang stok bawak naza ria, innova, avanza sungguh bersepah2. Ape pekdah takat ko sorang gi keje bawak kete giant2? Pastu kalau reti parking molek2 takpe. Ni stok kalau parking tak curik parking sebelah tu tak boleh agaknya. Pastu yang kete kite yang kecil molek ni la kne pasrah siap parking tangan hamper tersimpul padu macam dalam buku pengakap dok adjust ke kiri ke Kanan nak masuk parking yang dah di conquer kete sebelah. Choiii! Kan pepagi dah kne sumpah dengan saya. Nasib tak sumpah jadi katak kodok.

2) Kete sungguh dasat..sungguh lowered, skirting macam ……



Ni lagi satu. Kete dah molek-molek level standard nak pulak di lowered kan. Pastu boh skirting labuh2 ala-ala pakai skirt ala gipsi. Takpun skirting labuh baek punya macam jubah2 minah arab pakai yang menyapu jeraya.

Yelah, kete ko, ko punya suke la kan.

Tapi tang dah sampai ke bonggol ke. Punya la nak mengadjust ke kanan la. Ke kiri la supaya tak sagat bawah skirting kete ko ape citer? Ek eleh, kete myvi i selamba je jalan kat situ. Takde pun sampai nak seploh menet nak adjust kanan kiri biar tak tersagat.

Pernah sekali tu i tengok, dekat rumah my parent, ada la satu bonggol ni. Biasa la, time tu bonggol baru2 buat, tinggi sket la. Sekali sampai kat bonggol tu, kete wira wannabe racing car depan tu semua passenger nye kne turun. Maka turunlah sang bini, sang anak2 duk tepi jalan sebab bapak eh nak bawak kete wira wannabe racing car tu melalui bonggol itu. Cheh., tak ke menyusahkan? Idok le ku reti….



3) Bunyi ekzos kete…



Satu lagi stok yang terlebih duit. Modified la kete dari wira ke evo la, dari alphard ke kete kebal la, dari myvi ke passo la. Kalau modified kete ke kete kebal tak pe gak. Jimat sket duit gomen nanti tak yah beli kete kebal banyak sangat. Kete rakyat dah convert kete kebal ada membantu dan berkhidmat.

Pastu kalau modified kete rupa bentuk kompom lain tu tak le kisah sangat, ni stok bubuh ekzos mak aih besarnya. Kalah meriam yang portugese pakai datang serang malaya. Kalau budak umo 2 tahun boh kepala kat ekzos tu kompom, kepala dia leh terbenam masuk.
Ape pekdah nye nak ekzos besar2 tapi bawak kete laju sket je dari siput babi? Yela..yela...nak seb minyak kan.
Yang satu lagi stok modified kete boh enjin2 yang langsung tak seswai. Mcm kancil buh enjin evo. Logik tak? Logik tak? Penat je la engineer kete tu gi belajar tinggi2. Belajar sampai obersi. pastu nak bayar balik loan belajar dia. Pastu perodua bagi gaji dia banyak2 at the end korang juga yang jadi engineer sejati. Tukar enjin tu. yela..engineer tu tak bijak. Ada buh enjin cenggitu kat kancil korang. Patut la kancil korang jalan cam semut. Kata nak laju, mesti la enjin kene up.

Jap lagi kalau dah body kancil dan body2 korang berderai kat jeraya sape yang susah? Dah kete tu di desain untuk enjin tu, belajar la terima hakikat kan.

Kalau belum mampu beli kete canggih, tandanya duit korang belum berkepok, juga memberi maksud korang masih belum mampu nak beli insurans level platinum lagi dan menyimpan wang ASB jutaan ringgit. Jadi sok lusa idok le ko mati katak tinggalkan anak bini makan ubi kayu ari-ari.



4) Dan kalau dah mampunya beli kete canggih, ko tak yah la nak gak bawak lane paling Kanan kalau takat keberanian ko nak bawak adalah pada 90 km/h. sungguh menyusahkan. Kan tak pasal2 free makan flash lampu dari kete belakang. dah rupa lampu raya dah dok lip lap lip lap dari belakang. Bek ko beli viva and bawak lane paling kiri. Sebab viva pun leh cecah 90km/h tanpa perlu membayar ratusan ribu ringgit kan?



Dah. Cuti mood. Malam ni nak balik rumah bonda. Harap takde la insan-insan yang tak bertimbang rasa kat jeraya malam ni sebab kompom jalan jam. Sigh!
 

Template Design By:
SkinCorner