Selow macam siput babi panjat pokok bunga kertas omak I je.
Nak menjalankan kegiatan haram seperti browse2 tenet pun agak terbantut.
Tapi tak menghalang aktiviti membeli henbeg baru. Errk!
Ala..beli satu je pun untuk pergi keje. Tapi ada satu lagi henbeg idaman kalbu belum tercapai hajat. Eh bukan satu, tapi dua. Tapi kena pilih salah satu. Sebab laki I bukan tokey minyak petrol. Tak pasal2 nanti dia boleh bertukar menjadi tokey minyak gak., Tapi minyak HANGIN!
Collete by Coach
Hillier by Marc Jacob.
Proposal meminta belah ihsan suami untuk coach or marc jacob ni masih dalam proses. Sebab suami dalam usaha mendapatkan lens baru dan flash. Ni yang tetibe rase nak hempas camera dia tu. bila dengan camera, permintaan bini kompom jadi no.2. I tak rela dimadukan dengan kamera u!!! agak-agak kalau I put on my La Senza weekend ni, perform gempak sket, dapat tak approval? *bawah umur,sila jangan baca, kalau dah terbaca, sile jangan imagine lelebih*.
Cuti sekolah ni jemputan kahwin pun bersusun. Sampai ke hujung bulan June ni ha tak berenti. Maaf la kalau yang tak sempat i pergi tu. Jangan kecik ati plak. Doraemon tu ha tak nak bagi pinjamkan pintu sesuka hati dia tu. Aladdin tu pun sama, kedekut nak mampus tak nak bagi pinjam carpet terbang. Kalau tak kompom satu hari doploh buah rumah pun i sanggup pergi.
Moral of the story : kengkawan kalau kawen tolong la elakkan semua nak buat time cuti sekolah. Orang-orang macam kiteorang ni la yang torn giler bila dapat jemputan tak leh pergi sebab ada kenduri lain. Kalau kenduri tempat2 yang dekat2 takpe gak. Ni satu utara, satu selatan. Pengsan!
I’m on wedding preparation mood. Huish..bukan I yang nak kawen. Angah I la. Tapi memandangkan Angah I ni jenis yang, u oll buat la apa u oll suka, I bg je ongkosnye, so omak dan I telah melantik diri sendiri jadi wedding planner. Dah tu? ko nak lantik nas the great ke? Ingat Angah den tu duit berkepuk2? Giler excited nak mem’plan’. Teringat zaman2 preparation kawen I dlu. OMG! Excited nak mampus. This round we plan to do something different. Walaupun the wedding lagi 8months to go, our milestone progress agak memberansangkan. Both mama and I dah decide on the wedding favor, wedding deco here and there, deco hall, and do some survey kat sana-sini. The best part is? Ni wedding orang, jadi duit bukan from my pocket. Jadi lebih bahagia nak prepare. Dulu time wedding sendiri sket2 kena pegang calculator. Sampai leh tertido pegang calculator. Punya la takut terover budget nantikan. Excel sheet yang siap ada budget2 tu ntah berapa juta kali amend. Nampak sangat sengkek tapi bercita-cita besar. Ko ingat senang nak kumpul duit kawen? Unless mak ayah korang tu memang ade kilang duit, ko sebut je kompom dapat.
Here are some shots on my Angah’s engagement. Tapi ni bukan dari lensa insane yang bernama suami Aimi. Gambar ni adalah gambar hasil curian di pesbuk bakal my sis in law. So, to the owner or tuan punya camera, ‘camera lu canggih, lu pun terer, gambo pun cantek. So nak tepek kat belog boleh?’ –kire mintak izin la tu kan.
omak den ni. kat pelamin pun ada je nak bagi sepatah dua kata. nasib gamba ni tak leh keluar suara.
papeet paksa his Pak Ngah to play ipad with him. so cute! satu tangan pegang ipad satu tangan holding Pak Ngah finger. even though semua orang tengah sibuk nak amik gambar my Angah and his fiance, Papeet dengan tak sogan pergi kat pelamin and ajak Pak Ngah duduk kat carpet to play the ipad. T____T.
the candy buffet sangat buat anak-anak buah i terlompat-lompat gembira. the food was awesome. the popsicles specially prepared by Nadiea's mom mengimbau kenangan zaman kanak-kanak all of us. and the cendol super sodaaaaappp.
the only pics my Angah kelihatan senyum dengan ikhlas!
0 comments:
Post a Comment