Friday, June 10, 2011

cap duit.

Bulan ni je, dah dekat 5 kali dah orang kampeni insurans call. Bukan kampeni insurans yang sama plak tu, lain-lain sampai i dah lost track dah insurans cap ape yang call.



I tak kisah dieorg nak call.


I pahan konsep semua orang nak cari rezeki.


I pun susah payah bangun pepagi, balik umah memalam, jauh dari suami semata-mata nak cari rezeki yang halal.


Fine!


Tapi yang tak bestnye, sometime phone call dari dieorang ni boleh buat level kesabaran I sipi-sipi or hilang terus di bawa angin.


Kalau terima panggilan dari dieorang salunya no tepon tu di privatekan. Motip? I pun tak paham. Kadang-kadang ada gak pakai enpon masing-masing. Ini i kira level yang mantopp sket kot duit dia maka boleh call kastemer dari enpong sendiri gitu.


Pastu ayat wajib adalah...


"cik ada masa 5 minit?"
"akak free tak dalam 5 minit je?"




Je? Je ko kata?


Yelah..i ni kan bermurah hati. Ape la sangat ko amik 5 minit dari masa break i kan. Tapi kalau in total ko akan membebel selama 30minit cube persuade i, next time sile cakap, kalau akak setuju 5minit je saya perlu cakap, kalau tak setuju saya perlu cakap dengan akak sejam. Senangggg! At least i pun tak rasa tertipu kan?


Pastu, dengan satu nafas dieorang leh sebut segala benefit insurans dieorang pung pang pung pang...


Yang pasti, insurans dieorang la yang paling nge’top‘.


Sampai ko nak tarik nafas in between ayat dia pun ko cuak. Takut. Takut mengganggu ayat-ayat dieorang yang tersusun rapi. Ko ingat senang dieorang nak baca skrip yang dah hafal panjang berjela tu?


Mau makan berbulan nak hafal tu.


Tapi i ni jenis bertimbang rasa. I dengar. I amati. Dalam otak I cuba comparekan dengan polisi insurans yang I ada. I admit, maybe insurans dieorang coverage lagi hebat. Lagi mantoppp. Sampai ko nak berak, tahi tak boleh keluar pun boleh claim. Siap I baru tambah knowledge baru which is apa itu Carcinoma in situ. Ko ada??? Dia kata, ni dia kata eh, I tak kata, insurans dia maha hebat sampai ko baru level Carcinoma in situ yakni macam ko baru level suspect or yakin benda tu boleh menyebabkan kanser pun ko dah bleh dapat compensation rm300k. hebat tak hebat? I ingatkan sekali lagi. Ni dia kata. I tak kata. Sebab I bukan doctor kan. jadi harus ia kan saja ayat dia.


I paham zaman sekarang ko kena ada insurans. I tahu dengan konsep betapa wajib nya ko beli insurans walaupun sembahyang wajib 5 kali sehari pun ko ada ter’miss’ or sengaja ‘miss’ kan.


Tak, i tak marah. Seperti yang i cakap tadi, i tak kisah. Sebab.. i paham dieorang pun nak cari duit. Try to make a living here. Cuba mencari sesuap nasik.


Cuma yang I tak boleh paham, apesal la bila dah part dia habis je baca skrip pastu cakap “akak, hari ini saya akan bantu akak isi form untuk insurans ini”. Bantu terus ko nyah! Dasaaatt.


Me : sorry la dik. Akak ni bukan apa. Akak dah banyak insurans. Dah siap ada 3 insurans. Akak tak rasa aka berminat nak tambah.


A : ooo..boleh saya tau akak ada insurans apa?


Me : akak ada 2 life insurans, satu medical insurans.


A : tapi kak, insurans akak tu ada cover tak …bla..bla..bla..


Seriously?


Me : takpe la dik. Akak rasa dah cukup la insurans akak ni.


A : tapi kak, duit bayar insurans bulan2 sikit je compare dengan time akak kena nanti. Lagi banyak nak pakai duit…bla..bla…


Then sampai ke part caller dari insurans tu tak leh terime. Takleh terime yang I tak nak beli insurans dia.


“kak, akak baru ada 3. Kalau bangsa c*n* tu siap ada lebih dari 10 kak. Akak kena tahu kepentingan insurans ni…bla..bla..bla..”


Ok, part ni I dah pissed off. Abes ko ingat i nak beli seploh insurans tu boleh bayar dengan kuku? Taik gigi? Taik mata? Bayar pakai duhet ok. duhet! Ingat insurans tu dua-tiga ringgit? Ko ingat I ni takda komitmen lain selain bayar insurans? Takde kete nak kena bayar? Takyah nak hulur duhet kat mak ayah? Takde henbeg nak kena beli (erkkk..)? seriously ko ingat i earn brapa? Kalau doploh – tiga ploh ribu I no hal. Bukan takat beli policy insurans korang, dengan kampeni2 insurans tu I beli. Sibuk nak bandingkan bangsa-bangsa ni apehal kan. dah dia ada duit. Skati la nak beli seploh ke sejuta ke. Dah tu sok lusa i mati kelaparan sebab asyik bayar insurans korang nak bagi nyawa i balik ke? Boleh gitu?


Tapi ye la, paham2 la penolakan I secara lembut tu kan. I dah cakap baik2 dah. Dah la I time tu dah lambat nak gi meeting. Tak abes2 lagi insist nak I amik insurans dia. Kalau ikut hati yang amarah, nak je letak tepon terus. Tapi yela kan, kena gak respek perasaan meknusia lain. Kalau I pun tak suka orang rude dengan kita kan.


I dah ada 3 insurans dah cukup la kan. 3 tu banyak la kan. Why i should beli another policy.


Me : camni la dik, akak bukan apa. Akak memang tak minat nak beli insurans banyak-banyak. Akak tak mampu kang nak bayar bulan-bulan. Lagipun akak tak nak nanti laki akak hari2 doakan akak mati cepat. Biar dia jadi duda kaya. Leh kawen lain pulak.


-senyap-


Terus budak yang call tu letak tepon.


Baru ko paham erti sentap? Tadi tang ko sentapkan i tak kira la plak?


Tapi seriously, I rasa semua insurans sama je. Sekarang time dia nak suruh ko amik insurans, segala2nya dia kata dia cover.


Esok lusa di hari kejadian. Time bende2 tu berlaku ko ingat senang2 nak dapat duhet tu? nan hadooo.. kalau dapat pun susah gila macam ko pulak yang kena jadi ah-long kutip hutang agaknya baru dia nak bagi. Itupun kalau dia nak bagi la kan. dia akan find a way or way(s) to avoid bayar kat ko. Diaorang pun bijak ok. its happen all the time. Dah banyak kisah yang I dengar dah untuk jadi pengajaran. Kalau diaorang tulus mulus ikhlas nak bagi ko coverage segala2 nya takkan dia nak tulis polisi insurans ke syarat terma ke ape bende je la ko nak panggil tu sehalus mulus size semut font dia kan. silap2 lagi kecik dari semut pun ada. Sebab dieorang bijak tak nak bagi baca la dia buat font size tu. paham tak?


Dah..tolong jangan calling-calling I lagi nak jual insurans. Atau nak call, kalau I dah kata I tak berminat tu pepaham le letak sendiri tepon tu dengan berhemah.


p/s : sebab I tak beli insurans ko la dik akak mampu sambar henbeg kedua dalam bulan ni. Ish, dua-dua henbeg on the way. Pakcik posmen, sila handle with care ye!

0 comments:

 

Template Design By:
SkinCorner