Wednesday, April 27, 2011

Will you marry me?

I used to have huge crushed on price William. Serious weh, time tu baru akil baligh. Umur pun baru cecah 12 tahun. Selain Nick Carter BackStreetBoys (korang jgn nak deny, padahal korang dulu-dulu pun sama2 suka ngan backstreetboys ni), sape je la lagi blonde and rich kan?


Wah gitu…baru umoq 12 tahun dah ada hati nak kawen dengan orang kaya. Bukan je kaya, malah royal blood gitu.

Prince-prince kat mesia ni tak masuk dalam kamus hidup ok. sebab dieorang royal blood tapi tak f*cking rich pun macam prince William ni.

Sesi pengenalan dengan Prince William ini adalah ketika mak dia mati. Pengenalan tu. ko ada?

My mom bought a magazine tribute to the lost of Lady Diana ni, pestu I baru lah men’discover’ tentang kewujudan prince yang ensem (time tu la, dah pun baru capai akil baligh,ensem adalah asalkan ko berambut blonde dan putih melepak, maka lelaki kat mesia semua tidak termasuk dalam list ensem I).

Hamik ko, dari muke surat pertama sampai terakhir asyik telek gambar Prince William. Kalau dalam gambar tu Prince William tumbuh jerawat bape bijik pun boleh hafal ok. giler obsess ni. Takde lelaki lain dalam donia sehensem prince William tu. tapi takde la sampai level nak tempek gambo prince William kat wall bilik tidoq. Mau kena bambu dengan puan bibah dan incik saijan kalau buat. Hamboih..ayat quran takde pun ko nak bersungguh-sungguh tampal kat dinding bilik, tapi gambo kapir tu jugak kot tampal *tak, ni mak tak cakap, tapi yakin mak akan cakap dialog cenggini kalau I buat*.

So bile Astro start tayang royal week, (*wawa, sile pasang astro kat asrama ko*) recently, terus la I feeling umoq 12 tahun balik. Time gigih nak kawen ngan prince William. Pakai gown panjang berjela-jela. Kalau train kat wedding gown lady diana tu sepanjang church tempat dia kawen dulu, I verangan train wedding gown I dari Buckhingham Palace sampai ke main road depan tu gitu. Ko ada? Kat wedding gown tu wajib ada butterfly bagai. Motipppp? Pestu nak nek kereta kuda cam lady diana tu. cer jadi kenyataan, tak ke lebih sedozen kuda perlu digunakan kalau nak angkut anak gajah cam I ni?

Harus feeling-feeling tinggal kat buckhingham palace. Lebih 700 bilik noks. Cer bayangkan? Kalau umah I yang 4 bilik tu pun jenuh mak nak kejut subuh, cer bayangkan 700 bilik? Kalau mati dalam any of the room pun orang tak tau ko. Gerun plak!

I watched Biography pasal minah Kate yang merampas position I sebagai imaginary gepren kepada prince William ni. Eh tak, I yang bagi dia laluan sebab I choose Mohd Hafiz over Prince William. For me, dia memang dah tau dari beginning lagi dia nak Prince William. And once dia dapat, dia tak kisah la tabloids nak kutuk dia “watiy Katie” since dia bertahun-tahun noks on and off bercintun ngan mamat ni, asalkan dia dapat ok. and syabas! She did a great job. 9 tahun menunggu kot mamat sorang ni nak matang-matang. Macam tunggu buah mangga nak masak. Baru la mamat ni ngambik keputusan nak kwen dengan dia. Ko bayangkan kalau mamat ni kwen dengan i? tak ke terjun London bridge minah Katie ni?



By the way, I tak kisah sangat pun Kate dapat William tu *denial situation*, I pun dah dapat my very own prince charming. Walaupun rambut tak blonde malahan hitam pekat dan likat, tapi rambut my very own prince charming sangat lebatttt ok, kutu pun bleh pengsan sebab sesat kat dalam rambut dia *sambil me’refer’ kepada masalah kekurangan rambut/baldness yang melanda William*, tapi I rasa kalau I tak kwen lagi, kompom William masih nunggu I kan? *denial lagi*.

By the way, I giler mahu nak nengok dieorang ni kawen. Tapi ape la yang cerdik sangat kawen ari jemaat? Macam orang melayu je nak nikah ari jemaat la dieorang ni. Kan I dah tak leh tengok secara live.



                             so true la babe! leh bau kuat tak kejelesan seluruh pelusuk donia?



p/s: agak-agak, kalau jadi bini king of England ni, dia pakai bra and panties cap apa? Takkan Victoria secret kot, apetah lagi xixili or la senza kan? mesti la yang mahal2 lagi ke kan? ke custom made aaa?







2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

nnti aq pi umah e tgk...ko jgn call jais plak...ala tumpang tgk je pon..xsalah ber2,2an..umah die ade aircond...sodapssss nyer...hahaha...xde nyer weii

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

aku call jaip nanti. hamboih..nak berdua-duaan plak. meh sini aku plak bagi tazkirah kat ko.

 

Template Design By:
SkinCorner