Monday, March 28, 2011

super hero in us!

Kejayaan dalam hidup juga boleh di ukur apabila :


1) Berjaya memasak ayam percik! Giler kagum sampai rasa nak nangis golek2 kat dapur. Ohhh duniiiaaa! I reti masak ok. cepat-cepat roger kat bonda, deep down I kompom bonda I terus buat sujud syukur.

2) Berjaya menggoreng sayur kalian ikan masin tanpa merujuk buku resepi. Sila jangan gelak! Rupa kailan ketika sihat yakni sebelum di goreng juga tak pernah tahu. Nasib baik la ade carrefour yang reti membubuh nama sayur-sayuran and besar-besar tulis “KAILAN”. Sebab tu I tak nak gi pasar walaupun yakin pasar lagi banyak pilihan. Sebab kat pasar dia Cuma bubuh tag rege. Kang asyik tanya amoi tu sayur sekian, ade gak makan selipar jepun amoi tu plak nanti.

3) Berjaya membuat ikan bakar sumbat kelapa. Serious wesh. Siap pakai ikan cencaru lagi tu. Ko ada? Ko ada? Oh, by the way, time kasih sekali lagi pada Carrefour kerana mempunyai timbang rasa yang teramat tinggi dengan meletakkan tag nama kepada segala jenis ikan. Kalau Carrefour buh ikan buntal tapi tag tersilap letak cencaru, maka, pada hari kejadian I akan memasakkan suami ikan buntal bakar sumbat kelapa. Agak-agak sedap tak?

4) Berjaya membuat sardine roll pertama i. hingga hidung kembang kuncup suami I puji. Giler ko, semenjak kawen, suami sangat yakin saya hanya reti membuat sandwich tuna itu pun dengan bantuan Tuna Ayam Brand readymade tu je.


Dan semua berlaku pada weekend baru ni di rumah Seremban i. Oh! Super hero in me. Baru discover la konon. *malu*

Dan jutaan terima kasih dan peluk cium pada my part time super hero yakni superman kerana :

1) Bersusah payah membersihkan kitchen. Giler gemerlapan terus dapur lepas sang suami dengan berbekalkan kain pelikat membersihkan kitchen di awal pagi yang hening tatkala bini masih terpinga-pinga nak buat apa. tak yah susah-susah nak hire bibik kan sayang kan?


i yakin level keseksian u berkain pelikat mampu mengalahkan Brad Pitt.
2) Bersusah payah menyiang ikan sambil mengajar bini tang mana nak potong, tang mana nak buang. Serious, tanpa suami menyiang ikan, pasti 100% bahawa ikan itu akan berada dalam keadaan fizikal yang sama sehingga ia masuk ke dalam tong sampah. Ko ingat I reti nak siang ikan?

3) Bersusah payah menukarkan bateri kereta sampai kena amik teksi apabila my bumblebee dengan sopannya terus meng’kong’kan bateri beliau. Alhamdulillah! Tu je mampu cakap. Nasib la kong time ada suami. Kalau sensorang tak ke meroyan kat situ terus?

And to my dearest Chefel Pan, you are my new favorite thing in this whole wide world. Sangat jatuh cinta kali ke sejuta dengan chefel ni sampai rasa nak beli satu lagi. Boleh tak?
Tanpa chefel, kompom ayam percik tak leh nak panggang, tanpa chefel, ikan pun tak leh nak bakar. I lap u chefel. Eh lupa, thanks suami kerana menemukan jodoh I dengan chefel.


Barangkali we should spent more time on the weekend dekat seremban. Just the two of us kan? baru lebih banyak perkara ajaib berlaku. Ni asyik Sg petani dan Klang, masuk dapur pun nan ado. Level IQ memasak adalah dibawah paras sifar.




May our blissful marriage carry both of us to new heights we never ever dreamed possible.

7 comments:

Azzwaa said... [Reply to comment]

yeay!!!! akhir nye sahabatku sudah jadik itu domestic goddesss! i'm so proud of you. :) :)

*joget2 bintang*

*Miss Backspace* said... [Reply to comment]

TAHNIAH...!!!

tu je yg mampu aku ucapkan...hehehe

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

@Jujue.Blinks time kasih..time kasih.. *sambil wave hang mcm Miss Universe*. Kagum kan? sila sujud syukur sekarang.

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

@Jujue.Blinks oh by the way azue, i tak mo duduk kemaman sebab takde tesco or carrefour. nanti nak beli sayur or ikan takde label nama.kompom tak leh masak T_____T

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

@...BaCkSpAcE... ko memang supportive. ahahhaha... kompom ko terer masak. semoga cita2 ko nak kawen umor 26 tercapai. amin! *bek ko praktis masak dr skrang*

*Miss Backspace* said... [Reply to comment]

terer la sgt...goreng telur msk kicap aku retilah...hahahha...insyaAllah...doakanlah aku dapat ikot jejak ko...klu terlepas umo 26 tu..haishhh..kecewa aku tau..sobsobsob...
*err..lepas kawen bru blaja masak bole tak..???*

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

@...BaCkSpAcE... kalau miss umo 26, ade lagi umo 27 dan seterusnya. ko leh je ikut jejak aku dah kawen baru belaja masak. tapi sedikit azab la sebab ko akan malu giler ngan mak mertua. nasib baik mak mertua aku tak pernah pun suruh aku potong bawang. hihihi...

 

Template Design By:
SkinCorner