Tuesday, March 22, 2011

Bumbung ku, lantai mu.

Hari ini pergi keje dah rupa zombie kampong pisang.


Mata dah tak berapa larat nak bukak.

Minum kopi janda ke kopi duda ke kompom tak memberi sebarang efek yang diinginkan. Efek lain barangkali. *ehem..gurauan lucah. Kalau bawah umur sila close window ini sekarang gak*

Kalau boleh nak guna pencungkil gigi bagi sengkang bijik mata ni.

Ngantok tahap petala ke lapan.

Tak, i takde anak lagi. Mana plak la kes anak nangis tengah malam mak tak leh tido kan.



Tapi, ni al-kisah akak beranak enam yang duduk rumah di tingkat atas saya.

Tak sempat lagi taylor swift nak nyanyi merdu nak kejutkan i pukul 6.50am dengan lemah lembut, akak ni lagi awal dah membuatkan mata i celik.

Hari senin, 5.50am.

Pagi tadi 5.20am.

Oh maii goddddd!

Dalam hati dah menyumpah-nyumpah satu kontena pun tak muat kot.

Korang imejin je la kalau korang terjaga atas sebab musabab bunyik lesung batu. Tak ke korang rasa nak lesing je akak tu dari tingkat 3 ke car park kat bawah tu?

Korang kena paham, konsep rumah i yang “bumbung ku, lantai mu“. Plus, ini bukan condominium yang menggunakan high quality materials nak buat rumah. Rumah sewa I hanyalah apartment kos sederhana kot. Jadi ketebalan dinding barangkali hanya senipis bulu jagung atau senipis misai Hitler. Jadi bila akak ni menumbuk atas lantai dapur dia, kompom bunyi tu sangat dekat je bunyi dia sebab tu dah siling rumah i dah,

Ketung-ketang..ketung-ketang..ketung-ketang.

Pepagi buta ok! Nak bangun semayang subuh pun tak azan lagi.

Wadehek i shud do?

Terkebil2 tengok siling.

Tetibe, terus nekad. Naik tingkat atas. Ketuk pintu rumah akak tu. “akak, boleh tak respek jiran bawah yang nak tido? Akak tau tak ni baru pukul 5pagi? Saya ni nak gi keje. Bukan leh membuta cam akak lepas anak gi skolah jap lagi”

Dan the next thing i nampak adalah lesung batu dan suara hali lintar akak tu.

Zapppp!

Terus terjaga. Chey, rupanya I terlelap balik and termimpi plak.

Siap kecut perut bila bangun. Nasib tak takut sampai terkencing atas katil. Naye je!

And suara halilintar tu memanglah real sebab akak tu tengah kejutkan anak dia yang enam orang tu nak gi sekolah pukul 6.30am. ko bayangkan level vocal soprano suara akak tu. Kalah bunyi lesung batu dia. Sampai leh masuk mimpi. Jiran ko ade cenggitu? Takde kan.

Kecintaan akak ini terhadap lesung batu tidak dapat di tandingi oleh sesapa yang i kenal. Everytime session masak kompom lesung batu tu akan menyanyi riang ke segenap pelusuk. Jangan cakap buat bekfes, bulan puasa aritu, pukul 4am lagi dia dah start aksi tumbuk menumbuk lesung dia. Tak yah la nak set2 alarm clock bagai. Kompom i dah bgn sebelum alarm clock tu bunyi sebab akak tu lebih awal tumbuk lesung tu.

Kekadang i tak paham, ape je la yang akak ni masak sampai semua masakan pakai lesung. Kekadang tengah layan „how i met your mother“ pun kompom diiringi dengan background muzik lesung akak tu. Emo ok emo! Mana bleh orang kacau time i tengok „how i met your mother“. Laki sendiri call pun layan tak layan je time tengah tengok “how I met your mother” ok.

Tapi akak, respek le jiran sket. Kalau nak tumbuk lesung ke, tumbuk laki ke time-time orang lain masih celik, I takde la kisah sangat. Ini pukul 5 pagi ok! 5 pagi! Time orang lain tengah membuta sedap2.

Walaupun mungkin niat akak murni nak biasakan I prektis camne jadi ibu beranak 6, tapi sedari lah akak, saya bekerja, dan adakalanya saya kena bangun 3am nak buat konperen call dengan HQ kat US nun, pastu akak imejin je la time saya baru nak lelap, bunyi lesung akak boleh membuatkan saya hilang kewarasan. Kang ada plak masuk berita “Jiran dibunuh tertelan lesung batu”.

Korang agak2 besday akak tahun ni I belikan dia blender dia nak pakai tak?


p/s: suami i kata "u bubuh memo kat bawah *kat tangga*, nanti dia baca". *tapi kalau dia tak paham bahasa gak camne?

2 comments:

Yani said... [Reply to comment]

sure akak tue RASA "sambal aku lebeh feeel kalau aku menumbok sekuat dunia nie, tumbokkan penuh kasih sayang gituuu, haruslah anak2 bawak bekal nasi goreng yang enak sekali aku goreng bersama-sama sambal tumbokkan aku ini"

mung cakap kat akak tue, "akak nak rasa penumbok saya tak, pedassss juga rasa penumbok saya nie plus saya pun jarang menumbok since saya ada super power blender!!"

hammbikkkk! hohoh.

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

@Yani tu la yani. hari2 dia masak tumbuk lesung. i dpt imejin tgn akak tu lagi seploh tahun dah sama besar tangan malik noor.
i azab ok pepagi dengar. sampai berdengung kepala.
ahahahha...eh, u dtg rumah i tolong soundkan akak tu leh?

 

Template Design By:
SkinCorner