Thursday, December 8, 2011

hello 2nd trimester.

Dear Abandoned blog,

deeply sorry on being MIA. blame the workloads and so does the hormones.


i'm at 2nd trimester now. Alhamdulillah! Being pregnant with hubster hundres miles away is the most challenging experience ever! *nada serious*.
ko muntah, ko lap sendiri, ko basuh sendiri. ko ngidam, ko cari sendiri makanan. kalau tunggu laki, weekend kang bru ko merasa.
jiwa harus kental, mental dan body juga harus tough.

Though i'm already at 2nd trimester, the all-day-sickness still kicking but not as frequent or as bad as when i was in 1st trimester. the 'muntah' is lesser and more bearable now.
at 14weeks, saya adalah pembenci tegar nasi lemak dan sambal tumis. ko mampu? padahal dulu sebelum ngandung, every wiken bekfes harus la nasi lemak. even ahkak rumah atas masak sambal tumis, berbakul2 i menyumpah dlm hati. the smell itself membuatkan i loya.
jeruk and asam juga is my nightmare. when everyone enjoy eating those masam-masam thing during pregnancy, my tekak just cant take it. weird huh?
i hardly makan nasik now. once or twice a week is more than enough.
i've become more picky with foods. tekak hanya nak spagethi, lasagna, burger, cheesy wedges, macaroni cheese and anything to do with cheese. ko mampu? kalau anak esok keluar mata biru and rambut blond i tak terkejut la sangat.

Buku merah masih belum di buat. in case some of you yg masih lagi wonder what is buku merah, buku merah adalah buku rekod kesihatan ibu dan anak. so much drama at the klinik kesihatan senawang last week which membuatkan i give up dan tak bersedia nak buat lagi. i didnt plan to deliver in gomen, however, due to cakap-cakap orang "in case of something happen and without buku merah hospital gomen tak terima you as patient" membuatkan jantung i tak tenang. err, means I had to do check up both at gomen and private to be on the safe side.
even though per appointment at the private will easily reach up to rm150+, but compare the hassle and masa yg terbuang, its truly worth it. seriously, i had appointment with my O&G every two weeks until i reached 2nd trimester. ko kire je bpe byk kne byr if every appointment cost rm150+. no, its not that i had complication or whats not (alhamdulillah so far takde), but knowing my working pressure, working environment, the fact that i was staying on my own on weekdays and travelling here and there almost every weekend, my O&G suggested that its best to monitor my pregnancy in every 2weeks. consider closely monitor la kan.

the recent visit to O&G adalah sangat taching wa cakap lu. our baby are busy scratching its back dan melakukan lompatan setempat. *nak nanges tengok ni weh*
"wow..your baby is very long. its seems full"*refering to space in my womb. err.. the doc mention about the baby size which is two weeks ahead the actual age. gulp! so, the doc request to take supplemen in alternate days. takut baby over stimulate kot la kan with the supplemen. padahal, the only supplemen yg i makan pun folic acid, spirulina and susu je pun. maybe should skip drinking milk. hahahhaha... no wonder my baby bump is showing now and everyone seems notice on my bump or maybe sebenarnya dieorg ingat i buncit T____T.

the heartburn is the biggest turn off. sumpah rasa sangat annoying nak nanges whenever heartburn mengganggu. and again, my O&G is my superhero. he ask me to try on spirulina. Seriously, spirulina works wonder to cure the heartburn. and yet, its natural! else, i was a bit worried nak telan gaviscon dan seumpamanya. sebab it still consist of ubat which is also chemical kan? ke i je overreact?

will cerita about how i find out i was pregnant in next post. ini janji kosong. bukan janji sumpah sehidup semati. jadi kalau berkesempatan i cerita ye.

till then,
hugs and kisses!

Monday, October 31, 2011

Quickie!

Whoever yang bagi nama “morning sickness” barangkali mungkin seorang yang berjantina lelaki. Ini saya suspek. Bukan fakta yang pasti.


Sebab there is no such thing as morning sickness. Nope… it’s supposed to be “all-day-sickness” .

Dizzy, nausea, muntah terbelahak, dari pagi sehingga ke malam before melelapkan mata.

Tak, saya tidak mengeluh or even merungut. It’s just that, I thought all this while I was mentally and physically prepared for this. Ingatkan muntah its just a muntah-muntah macam kena food poisoning or gastric. But seriously, mabuk, mual, muntah and whatever combo yang dinikmati adalah beyond my imagination.

The first two months adalah sangat manis. Muntah pun tidak pernah. Ape tah lagi mabuk. Ko cakap je nak makan apa, semua bleh masuk. Sangat bangga bahawa saya adalah morning-sickness-free. Ibu mertua juga sedikit kagum. sebab menantu masih ok tak muntah sebab ketika beliau di awal kehamilan beliau mabuk sehingga flat. Tetapi....Langit tak selalunya cerah. Masuk 8 weeks, adalah sukar digambarkan dengan kata2. Mood kembali insof.

I must said, it’s a bitter sweet experience to be a mom. In another manner Allah nak ingatkan kita betapa besar jasa omak kita selama ni. So, jangan jadi derhaka. Sila la belanja mak-mak you all dengan lebih kerap. Kalau ko bawak enbeg LV, ape la sangat belikan mak sebijik juga kan. Ewah, ko ingat ko sorang je nak cun mak ko tak payah? Takpe, whatever combo delight yang Allah nak bagi, I terima dengan hati dan tangan terbuka.

Well, drama kunci kereta telah berakhir. walaupun kunci kereta Berjaya dijumpai setelah sesorang mencampakkanya semula didepan pintu rumah bersama-sama dengan announcement yg I tampal di kwsan tangga, tapi duit tetap terbang. Rm400 noks nak tukar board tu sebab bateri kereta dah di remove dr kereta more than 2 days. So the board dah kong. Silap I jugak. Doa mintak kat Allah supaya kunci kereta dipulangkan. Cuba doa panjang sket. Kunci kereta dipulangkan tanpa sesen pun duit perlu dikeluarkan. Tapi takpe, syukur gak la dari nak keluarkan duhet smpi riban nak tukar semua kan? Sapa suruh penyakit pelupa yang critical.

Bercuti 4 hari adalah tidak mencukupi. Eh, korang tak cuti ye? I cuti. Shut down sebab deepavali. Ko ada deepavali cuti 4hari? Sila la jeles ye. So I fly back to north on Saturday. Thursday evening fly balik semula ke seremban ditemani suami. Suami amik cuti. Dia mana da shutdown sebab deepavali. Saturday and Sunday berjimba-jimba di Nilai. Kazen merangkap pengapit time I kawen mengkahwinkan diri beliau. Well cuzzie, welkam to the club! Jaga anak orang molek2. My makcik-makcik bersoksek-soksek right after his akad “wah, Fuad bagus la. Sekali lafaz je”. Of kos la kan sekali lafaz je. Dah 9 tahun kot dieorang tu bercintun. Dari zaman form4 lagi. Dah tu tak reti-reti nak hafal akad tu plak kan. Above all, he is the best cuzzie. Cuzzie yg sebaya umor and sama senteng. To Alia, jaga cuzzie saya elok2. Bagi dia makan sampai dia gemok balik macam dulu. Saya rasa terhina bila dia makin kurus sekarang ini. gamba belum ada mood nak upload.

Sekian sahaja update buat kali ini.

p/s: saya asyik nak makan keropok lekor! nyum..nyum..

Wednesday, October 19, 2011

Ini adalah kisah sedih.

Ini adalah kisah sedih. Sangat berdrama air mata kalau baca. So kalau agak-agak jiwa kurang kental, sila jangan meneruskan pembacaan.


Semenjak,dua menjak, tiga menjak berbadan dua, level kemalasan saya amatlah kritikal. Macam nak angkat jari pun pemalas. Sungguh malas sehingga merasakan berbaring di atas katil adalah nikmat yang hakiki. Lepas maghrib kompom tido. Nanti pkl doblas baru bangun untuk isyak. Lepas tu leh terus tido sampai pagi. Champion bukan? Mahu tahu resepi kejayaan? Eh, tak perlu la. Biar ini menjadi resepi saya.

Oleh yang demikian, azam tahun 2010 saya yang mahu pulang awal setiap hari dari kantor telah tercapai. Walaupun azam sedikit expired, tapi at least dia tercapai. Sekarang jam 6pm I dah terpacak kat shoe locker nak tukar kasut pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita sedih semalam I pulang la awal. Baik punya parking kat entrance blok rumah (note: rumah sewa saya adalah berkonsepkan lantai ku bumbung mu). Lenggang kangkung melalui peti-peti surat. “eh,lama tak check mailbox”. So, saya pun keluarkan kunci kereta dari henbeg. Well, kunci peti surat attach dengan kunci kereta. Bukak kunci. Remove surat. Remove sampah sarap catalog giant,tesco. Buang kat tong sampah tepi. Naik tingkat atas.

Well, sehinggalah pukul 9 something baru I dengar bunyi alarm my car. Eh, macam alarm kete aku je tu. Cari-cari kunci kereta. Alamak! Takde. Punggah satu rumah. Tak jumpa.

Lari turun bawah. Kunci dah takde kat peti surat. Alarm kereta dah stop. Ah sudah! Mana kunci kereta I ni?

Mencangguk kat kereta. Godeh-godeh. Naik atas balik amik spare key.

Try bukak. Eh! Tak boleh. Damn! Itu spare key kete laki. Spare key I dekat laki la le gamaknya. Tu la beli kete same jenis sape suruh. Kan dah kompius.

Buat muka nak nangis. Yelah, kang sok pagi bangun kete dah takde camno?

And again, somebody tekan my car alarm. Sangat bloody hell bukan? Padahal I tercongok tepi kete. Durjana sungguh nak main-mainkan i. since alarm bebunyi, lagi la kuat hati I bercakap bahawa kunci kereta I dengan sesorng yang tak berhasrat nak pulangkan kunci tu. Well, kalau berhasrat kompom dia dah Nampak I tercongok kat situ.

Nasib ada jiran yang sungguh berkebolehan tinggi. Jiran datang membantu macam superman je aksinya. Siap call member dia mintak tolong. Godeh-godeh. Kete terbukak. Dia remove my car battery and switch to trigger the ignition. Fuh! Kete I selamat buat sementara waktu. Sementara laki I ngepos kunci kereta. Tapi, lepas dapat kunci pun, still orang yang amik kunci kete I ada access nak masuk kete I. cuak bukan? And to change the whole kunci and alarm system will cost me approximately 2k plus plus. Err…2k ok! Boleh beli stroller baby. Eh tak, stroller baby idaman 3.5k. but at least bleh bayar la more than half bukan? boleh buat bayar separuh normal delivery baby dekat medical centre.

And kalau tak tukar, sampai bila-bila kereta I tak selamat nak dipark di kawasan rumah kalau begitu. Demit!

Temporary solution, tukar kete dengan my abang. Tapi sampai bila? Sampai I pindah rumah? Oh mai!
nak nangis!

nasib ada kawan yang sudi mengambik and anta pergi keje. giler clumsy i ni kan?
 

Template Design By:
SkinCorner