Friday, March 18, 2011

rambut sama hitam, kulit warna-warni.

Kekadang tension jugak.


Kalau jadi minority kat Negara sendiri.

department I semua cha ya nun alif except boss dan i.

tapi boss I tak rasa sangat. Dia duk dalam bilik. Duk layan blues sorang2. I ni duduk cubicle je. Peneman semua jenjiran sebelah I yang cha ya nun alif tu.

Ko tau la,kalau dah cha ya nun alif ni berburakkk..bukan dia kire ko paham ke tak bahasa dia.

Memule tu cakap la in BM and English. Paham la lagi I ni kan.

Pastu dah syok masuk gear 2, cakap english sokmo.

Kang masing-masing dah feeling and naik shih, tu diaaaa…cakap bahasa ibunda dia.

Dah la tak de subtitle. Mana la I nak paham.

Nganga je la dengar.

Kang bile makin feeling, masuk gear 5 tu kang siap volume full blast gitu.

Dah rupe ape je department I ni. Tu tak masuk dengan geng-geng department lain numpang sekaki.

Tetibe I terusssss feeling “aku ni kat Mesia ke kat Kowloon street?”

Zappppp.... I terus berpura-pura mem’bizi’kan diri. Ketak ketuk ketak ketuk taip kat keyboard.

Bukak belog2. Memujuk hati yang lara.

Damn la u oll. I kecik ati. Mentang-mentang la I ni minority.

Tapi dalam bebanyak tu, ade la satu amoi ni yang agak bertimbang rasa *tu pun kalau dia tak naik shih bercerite*. Kekadang dia la tolong translate. Dah rupa presiden jepang plak I ni memerlukan translator.

Kekadang, mulut I yang puaka ni sound gak “eh, hello kawan, subtitle ada? U think I can understand?”

Pastu sekejap dieorg dwi-bahasa ke, English ke, pastu dah feeling balik, nan-adooooooo…

Terus lah nekad, anak aku sok skolah nak anto skolah cha ya nun alif. Biar dia reti bahasa kawan tu. Kang besar dah keje takde la terasing macam mak ko ni ha. Pastu, mak nak mintak diskaun kat apek ke amoi kat pasar pun ko leh tolong translate kan untuk mak. Ko tak reti bahasa dieorg siap ko mak sebat.

Tu tak termasuk lagi. Bile dieorg citer bab makan. Kedai nun sedap la. Kedai ni sedap la. Dah kompom la kedai-kedai tu semua kedai Ah Beng. Kompom la i ni tak leh nak beri sepatah dua kata nak join. Kang i citer gerai nasi lemak Kak Bedah ujung jalan tu sedap kang kompom dieorang buat muke simpati kat i plak. Bile i buat muke boring “aiyaa..aimi,sorry la. This shop non halal one. Else I already belanja u there”.

Tekanan emosi terus i.

Sekian, terima kasih.

Dari, pekerja yg emo.

Wednesday, March 16, 2011

gadis, perempuan dan .....

Menjadi perempuan memang perkara yang sungguh kompleks!


1) Emo sepanjang masa.

Seriously! Kite boleh mejadi over emo dan menyalahkan hormone dan PMS at any time of the day walaupun baru je abes period semalam kot. Ape kes kan? serious sangat evil perlakuan itu.

tapi that’s the fact. Setiap kali I emo I pun pening pikir. Apehal kan I perlu emo2? Bak kata asben I pada satu hari yang hening, “hmmm…u tu emo sepanjang bulan” arkkk! Free cash term dapat kat batang hidung. Amik ko!

Kadang2, asben silap cakap pun emo, tinggal baju kotor kat bilik pun emo, asben men game pun emo *padahal i sendiri kot yg beli ps3 tu?*, lupa tutup lampu pun bleh emo.

Tu tak termasuk emo kat diri sendiri. Ajaib kan pompuan ni?


2) What I want?

I hardly can tell what I want. Macam nak makan pun tak tau nak makan apa. Sampai gaduh2 ngan asben nak makan apa.

Asben : dah tu nak makan apa?


Bini : i tak kisah makan pape pun. u lah decide.


Asben : kita makan ikan bakar nak *laki I memang gler suka makan ikan bakar*


Bini : ala..makan lain bleh tak? I tak rasa nak makan ikan.


Asben : dah tu nak makan apa?


Bini : tak kisah la..makan pape pun ok.


Asben : kita makan ketam nak?


Bini : ala..tak nak la ketam...


Asben : dah tu nak makan apa?


Bini : yelah..yelah..kite makan tomyam je la.

Kompom dalam hati laki i dah nyumpah sebakul “Bek ko je yang pilih dari awal...”


3) Pujuk memujuk

Kalau jadi pompuan, kalau merajuk tak kena pujuk sama la macam pakai baju tak pakai seluar. Kirenye tak lengkap la kehidupan pompuan tu kalau tak di pujuk ketika merajuk.
Asben : yang...*geletek2 pinggang i*. Dah la..janganla majuk.


Wife : *pusing tempat lain* hmmm…


Asben : ala…sorie la…


Wife : hmmmm *pastu leleh air mata.sebab laki cakap sorie. Dah kata kan emo? Laki cakap sorie pun syahdu siap leleh air mata*


Asben : ala, meh la pusing sini *sambil tangan usik2 bini*


Wife : tak nak lah. Tak nak.

*asben boring and pusing tempat lain or baca magazine*

Wife : *dalam hati berharap laki pujuk lagi*

After awhile.

And bini bertukar menjadi Godzilla.

Wife : camtu je u pujuk i?


Asben : dah u tak nak.


Wife : tak bersungguh2, no effort..bla..bla..bla...

Kan dah kena lagi kan?

Dan kalau ngajuk time berjauhan, asben i akan pujuk dengan hanya 3 kali call sahaja.

Kalau konon2 majuk and tak mau angkat gak, sekian, ko tunggu je lah esok hari baru dia call lagi 3 kali. Padahal, bini siap tertido2 pegang henpon berharap asben call lagi nak pujuk. Cheh..ape kah perangai ini?

Monday, March 14, 2011

lelemak dan berat.

Whats wrong with being fat?


Weight is always my issue.

And since pictures of my recent trip to Vietnam had been published in my facebook, I received numbers of unnecessary comment about me being fat.

1) If you choose to slim down, doesn’t mean you have the right to tell others to slim down as well. Or tell other that he or she “fat”

2) Are you going to pay for my SlimWorld ke, London weight management ke? Nyebok je bagi suggestion.

3) I’m happy with myself. It’s all that matter now. And that’s what my hubby told me like zillionth of time. Why do you guys bother of me being fat anyway? Korang ke yang kena belikan I baju baru kalau baju I sendat and tak muat?



Or maybe, when you are fat (before) or (still) did I even put a comment or condemn you of being fat, round and you-really-does-looks-like-pumpkin?



And seriously, if you can’t bear with my “fatness” or “obesity”, just click close on your facebook and pls do not bother to stalk me anyway. Pls let me know kalau-kalau korang tak jumpa "close" button kat window ko ye.


kang I telan pil selim doploh lapan bijik kang baru u oll tau.

sekian terima kasih.
 

Template Design By:
SkinCorner