Thursday, December 2, 2010

love pad wishlist#1

Anything to do with the ehem..new house..ehem..sure membuatkan my heart pumping harder than usual.
yeah! the excitement! walhal rumah hanya sebesar reban ayam tapi boleh membuatkan keterujaan sebegini. kalau dapat rumah sebesar rumah pengeluar kosmetik tuh, mau nya jantung terus meletup dalam badan level keterujaan nya kan.

dan kalau i ni kaya raya kompom i dh hire abg rizalman tuh. tapi nak wat camna, i kaya kasih sayang je T_____T

the new house wish list :


1) Breakfast nook. ahhh...i love this. table for two in the kitchen. yep! must be round since i'm not into bar table type. cam romantic la plak leh breakfast berdua-an didapur tanpa perlu mengkotorkan meja makan kat dining area. 
2) round mirror. nampak mirror cenggini sebijik kat rumah Giulliana bini si Bill Racic tu. lawo nye! mane nak rembat kat Mesia ni? perlu ke i order dari obersi mirror ni? kalau mirror ni leh cakap macam mirror mak tiri snow white tu berbaloi la nak beli kat obersi kan.
3) Fireplace mantel. ko jangan tanya napa la si kiah ni nak fireplace padahal Mesia ni dah panas ala-ala matahari dah. found this at apartmenttheraphy. dia bleh bubuh tv dia dalam fireplace. ohhh! saya mahu. ehem, suami, apa kata anda?
4) coffee table. mahu seperti ini. which is 70% mcm mama punya. tapi mama punya lagi santek! last weekend pergi kedai yang mama beli coffee table dia, tapi dia cakap dah tak order dah yang itu T____T. yang ni pun ok gak kan? masalahnya, tak jumpa pun kat Macy cenggini.
5) frame oh frame. tak yah cakap banyak. frame yang sebegini amat cantek bila disusun. pastu nak cari mana gambar yg mengikut sequence sebegini?
6) bird cage! sungguh santek dan fancy. aritu dah start survey2 dah. tapi tak jumpa birdcage yg square. jumpa semua yg stok bolat2 je. kat ne yg square ni ada ek?

and above all, berangan itu indah.
dan berangan yang boleh membotakkan kepala suami lebih indah.
ehem.. mau kena buat 2yrs plan nak mentunaikan wish list ni.

and last weekend.
telah berjaya merembat sofa dan meja makan baru.
double yeay! now kena fikir dengan lebih gigih bagaimana mahu get rid dengan meja makan yg sedia ada. ahahhaha.. orang tamak salu untung =))
err..tang sofa tu, yang pasti bukan chesterfield. chest pun idok. hanya biasa2 saja kerana saya lebih menyayangi RM13k dr di spent pada aku sebuah kerusi.


Monday, November 29, 2010

telaga madu.

Ehem..


I’ll be going for the job interview next week.

The 3rd interview for the third job sepanjang hidup saya.

But this time around saya sangat nervous breakdown sampai rasa nak muntah. Mcm kalau pikir je pasal the job rasa nak loya. Pastu tangan shaking even nak apply leave on that day. did i already had the parkinson deceased?

Pernah tak korang jumpa orang yg sgt desperate mencari kerja tetapi masih cerewet?

- I tak nak that company. Sbb it was run like a China style company or japan style company.

- That company? Err..i heard bonus dia ciput. Kampeni kedekut. Tisu kat tandas pun kne bwk sendiri.

- Ooo..that one.. mcm tak best je coz their staff pun lari to my ex-company.

Ye..ye..saya tahu. Saya sentiasa bercita-cita besar. Mahu company yg well..ko sebut sekali mak bedah dah tahu. Dan soalan lazim mak bedah adalah “ooo..operator kat situ ye?” T_____T. kalau pompuan keje kilang je operator. Kilang je operator. Pernah tak mak bedah terpikir saya barangkali General Manager di situ? Oh..saya sedih mak bedah!

Dan bukan sahaja setakat nervous breakdown, saya mula membuat list those unnecessary things to do but it’s a must seperti :

1) I should do some shopping for new cloth! Mcm baru ada kompiden nk pergi. *bila savings nak banyak berjuta begini?*

2) I should do new haircut. Padahal saya pakai tudung kot. Apa kaitan dengan rambut?

3) New shuz. Supaya lebih anggun bila berjalan. Ni wajib kan?

Ohh..but deep down, saya pasti akan berat hati meninggalkan company ini. My boss extremely nice and so does my colleague T___T

Pls help to pray real hard so that I’ll get the job!!!

Friday, November 26, 2010

Mari membuat ketupat!!

Kawan-kawan, hari ini saya nak ajar membuat ketupat.


Kahkahkah..ada hati bukan? Nak buat nasi lemak pun nasi lemak boleh bertukar menjadi pulut santan. Konon-konon nak ajar orang. Nak buat macam mana, I ada magic. *tinggg!!! Bertukarlah kau nasi lemak kepada pulut santan*. Dan at the same time menukarkan periuk nasik yang di beli suami di awal perkahwinan menjadi debris and ashes. Kau Nampak? Sekali buat nasik lemak terus meletup periuk tu. Eh! Periuk nasik I bukan cap AH BENG. Tapi disebabkan keganasan melampau untuk mengacau santan supaya sekata telah menyebabkan power cord yang attached dekat periuk tu terburai. Hairan bin ajaib bukan? Dah..jangan banyak tanya. Anggap saja saya ni ada power macam Mona Fendy. Muahahhaha….

Berbalik kepada tajuk ketupat saya, nak dijadikan cerita few week back, akak kepada ayahanda yakni ,makcik saya telah meninggal dunia. Tak yah cakap banyak, dah ajal dia la kan nak wat camna. Meninggal sebab sakit tua. Sungguh tak tipu! Memang dah tua pun. She is dad’s eldest sister. And my dad adalah the youngest dari bape belas adik beradik entah tak ingat. Wahhahaha…saya memang dahsyat. Kau jangan tanya kenapa tak ingat. Setelah discount dan deduction disebabkan kematian sakit tua, kemalangan dan yang pasti ajal mereka, adik beradik my dad tinggal la 9 orang kesemuanya seperti bola dragon ball. And korang imagine je la ayah saya yang usia 58thn tu paling muda you! Dah tu imagine la yang atas2. Semua dah level2 nenek korang kot. Dan arwah makcik saya yang baru meninggal ni umo dia dah cecah 85tahun. Uish..panjang umor dia. Cicit dia dah brape belas dah.

Since arwah makcik saya ni meninggal dipagi jumaat yang hening (Alhamdulillah! Lepas seksa kubur kan), dan hubby pun baru sampai dari North, we all bercadang pergi lambat sket. Driver den ngantok dah tu takkan nak redah je kot. I ni dah la jalan nak balik kampong sendiri pun tak ingat. Nasib aritu bawak laki balik kampung raya,terer jugak la laki saya tu cari umah arwah makcik i.

And by the time kiteorang sampai, dieorang dah nak kembumikan. Takpela kan, kalau I sampai awal pun bukannya I reti nak kapankan. Yang penting niat nak menziarahi dan doa la kot.

Acara seterusnya dirumah arwah adalah sesi bercerita dan mencerita. Yela, I ni kalau tak raya tak Nampak la kot batang idung yang tak berapa nak mancung ni. So berjumpa lah I dengan makcik2 di kampong, sepupu yang semuanya sama umo dengan mak den, dan anak2 buah yang kebanyakkan nya masih tua dari i. yolah, time ayah saya lahir, adik beradik dia yang lain dah kawen dan anak berderet dah. Nak wat camna,tanpa Viagra orang dulu2 tetap hebat. Syabas atok!

Waktu orang dah mula balik sebab nak masak tengahari untuk suami dieorang, saya ngan mama masih lagi duduk2 kat situ. Segan pulak nak balik awal. Dah la datang lambat, jarang balik kampung pulak tu, nasib tak kena sumpah jadi tenggang je dek pakcik makcik terpaksa la sopan santun duduk kat situ.

Al-kisahnya, datang la pulak satu makcik ni duduk dekat mama dan saya.

Serious saya tak pernah jumpa pun makcik ni. Err..sapa pulak la makcik ni. Kompius! Yang pasti, makcik ni kenal mama.

Berborak la mereka berdua sambil I dengarkan sajoo.

Makcik tu mula-mula cerita pasal si polan bin si polan tu nak kahwin kan anak dia.ada jemput kau? Bla..bla..

Dan tibalah makcik tu nak cerita pasal kehebatan anak-anak dia.

“anak aku yang sorang tu..tengah belajar kat Politeknik XXXX. Amik kejuruteraan..kau tau la sekarang nak buat kejuruteraan bukan senang. Bukan calang-calang budak boleh ambik.bla..bla..bla..”

“anak aku tu..dah berapa kali dah dekan. Nanti senang tak payah bayar ptptn. Sem ni dia kata susah sangat mak..yelah kan, kejuruteraan mana ada senang…bla.bla..blaa..“

“lepas tu, anak aku tu wakil poli dia pergi bla..bla..bla….”

Omak den?

“ooo…yeke?”

“ha`ah..engineering memang susah”

“oh..bagus la dapat dekan”

"ooo..banyak pengalaman dia nanti...“

Sungguh banyak Oooo..tapi saya perasan, mama tak berapa nak 'feel' je bercerita dengan makcik yang anak dia hebat nak mampus ni.

Saya yang duk kat tepi tu berbulu gak la dengar. Perlu ke makcik nak gebang pasal kehebatan anak makcik? Perlu ke? Perlu ke?

1st : kalau anak makcik amik medic ke..amik phd sampai nak crack kepala otak belajar tu saya respek giler la sebab sah-sah tu semua up dari level i ni. Tapi... dah malas cakap!!

2nd : makcik kalau nak gebang anak makcik, tengok la dengan siapa makcik nak gebangkan. Kalau makcik nak gebang dengan orang kampung makcik barangkali mereka akan ternganga mulut sampai crammed kot dengar cerita kehebatan anak makcik. Tapi saya? eh sorilah nak kagum. Kang saya gebang tak yah pergi jauh, gebang pasal diri sendiri pun cukuplah. *Kahkahkah...pekerja kelas bawahan Cuma.takpe, i tambah ajinomoto la dalam gebangan i nanti*

3rd : makcik, dalam donia ni, bukan anak makcik sorang je belajar. Kalau takat belajar ish malas nak sebut, yang makcik nak banggakan sangat, dah tu orang yang ada anak belajo kat obersi tu, nak bangga sampai kena pecah dada ke makcik?

4th : nasib la mak haku tak gebang pasal anak dia plak. Kalau mak haku jenis tak mau kalah, gebang pasal akak aku belajar kat Kutub Utara, abang aku bawak kapal angkasa NASA, abang aku sorang lagi tu bawak kapal selam rusia, agak2 mengucap panjang tak makcik tu? Saya? Mama hanya perlu gebang “yang ni dia gatai sangat. Baru kerja je dah nak kawen. Nak buat macam mana. Tak nak bagi kang nangis guling2 hentak kaki sampai berlubang tanah”. Ahahha..itu sudah mencukupi. Tak perlu la gebang anak mu ini time belajar pemalas, tapi dapat la juga degree sah bukan la master express seperti penyanyi mesia tu kan. Pastu kerja pun malas. Takat jadi minah kilang boleh la kan.

Being me yang super curious dengan that what the ***** punya makcik ni, masuk je kete nak balik, i terus tanya mama.

“ma, sapa makcik tu. Lain macam je. Tak kuasa nak dengar citer anak dia tuh”

Mama den sonyum-sonyum.. “dia la dulu tangkap cintan dengan ayah awak. Pastu mama kahwin dengan ayah. Dia lambat gak kahwin lepas tu. Tu yang anak dia muda lagi dari korang”



Makcik, apakah motif makcik?

Nak bagitau mak saya dan saya ke bahawa walaupun aku tak dapat laki kau, anak-anak aku hebat kau tahu? Ada ke kiteorang kisah? Ada ke mak saya nak nangis2 nyesal kawen dengan bapak saya pasal anak dia tak sehebat anak makcik?

Sedarlah makcik, tak perlu nak bangga2 dengan kejayaan anak. Kejayaan tu semua sementara, makcik patut bangga kalau makcik dah tua esok lusa ada anak masih sudi jaga. Bila makcik dah meninggal esok, anak-anak tak putus2 doakan makcik. Itu bagi saya adalah kejayaan sebenar ibubapa dalam mendidik2 anak2.



p.s: ayah, mesti you muda2 dulu ensemkan? Sampai ada makcik head over heels gitu. Oh incik saijan!
 

Template Design By:
SkinCorner