Monday, March 1, 2010

Bali, here i come...

Semenjak dua menjak menjadi isteri.
saya amat menggemari aktiviti tidak bermoral dengan hanya duduk dirumah.
duduk dirumah saja2 tanpa perlu memikirkan lantai yg perlu di mop,baju yg perlu dibasuh, pinggan yg perlu dicuci.
jarang keluar merayap kesana sini tanpa hala tujuan seperti kebiasaan masa muda ->zaman belum berkahwin la.
ohh...untuk ke opis, bertambah la malas.
sangat nak antar letter permohonan menjadi suri rumah kepada sang suami.
ehehheh..
i know, jawapan sang suami amat mudah : duduk la rumah, tapi keta u jual, no more unnecessary shopping.
giler kau.. kalau dapat elaun sebyk gaji saya sekarang baru saya akan usulkan. which mean kne tunggu la sang suami sampai level manager dahulu. ehehehhe...
ohhh...saya merindui kenangan bergolek2 diatas cadar sambil diselubungi dengan comforter Jean Perry yg dibeli sang suami sebelum berkahwin itu.
enaknya tak terkata.
ahahhaha...ini dinamakan sindrom isnin yang biru.
ohhh!!! saya benci sindrom ini,

kejutan demi kejutan lagi. esok we are heading to Bali for honeymoon. tapi cuti saya tak approve lagi.
argh!!! @#$%^& sengal betul mereka. alasan tak nak approve sebab saya apply unpaid leave.
ek eleh..dah nama awal tahun. mana la ada cuti mencukupi kan? sengal kan? sure la kena unpaid.
dah cuti kahwin aritu sampai seminggu, dieorg ingat saya ni ada byk Annual leave ke?
sengal petala ke lapan. oiii..approve je la.. yang potong gaji saya, bukan gaji korang.
dah tu toksah la nak pening2 pale, nak kire2 sampai rumit bahawa gaji bulanan saya tak cukup nak tampung saya byr kete ke..nak makan pakai ke. saya kan dah ada backup singer. eh bukan...backup duet. itu la dinamakan hidup berumah tangga. duit sang suami duit i juga, duit i, haruslah duit i sahaja. tak leh share.
haippp!
 ah fening dh memikirkan. baju yg nak bwk ke honeymoon bersepah didalam bilik baju ->gler bajet diva rumah ade bilik baju.
byk nak mampus baju nak bawak. huhu...rungsing baju tidak mencukupi. rasanya nak masukkan baju dalam karung guni je la bwk ke bali. sebab beg mcm tak mencukupi ruang nye.dh la kne share ruang pakaian sekarang. aduyaiii..tak best tul

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, semalam saya dan sang suami baru sahaja selangkah ke alam dewasa.
oii...ko jangan nak pikir bukan2.
saya baru sahaja berjaya membeli kain langsir dan terus menempahnya.
waaahhh..kagum tak?
1st time oo..1st time.
haruslah uncle sales assistant kat nagoya tu pening kepala dgn saya yg ZERO part beli langsir ni.
kalau nak recordkan aktiviti semalam mmg mahu pengsan korang gelak.
dah tu, bukan salah saya, universiti dulu tak ajar pun cmne nak beli langsir, sukatan langsir, etc...
dah tu buku Langsir guide for the dummies pun tak de plak di jual.
so kteorg dengan confidentnye gi Nagoya smbil membawa ukuran langsir sliding. siap lukis and ukur dlm 'cm' tu.
dah tu bile uncle SA tu bgtau ukuran dlm inch dh pening2 kteorg.
baru saya tahu sliding tu kire 4 panel. bukan 2 panel. eh..ingatkan sebab die belah tengah, die 2 panel. mati2 ckp kat uncle tu, bukan, i nak belah 2 je. jadi panel la.
aiyarrkkk..mesti uncle tu nyesal assist kteorg.
dh la nak pilih kain wat langsir pun 9juta kali round tak dpt decide. dah tu kain yg terbekenan dihati kurang berkenan dek regenye oleh sang suami.
ye...baik sayang. i pilih kain yg murah2 je. nanti raya kite buat lain eh?
huhuuhuuh.. and thanks to nagoya di atas khidmat menjahit langsir itu.

at the moment, langsir sliding rumah kami hasil belas ihsan ibu mertuaku yg bg langsir utk sliding tu.
while langsir2 kat bilik hasil ihsan ibu ku yg bernama Puan Habibah.
rail baru siap diusaha pasangkan oleh sang suami setelah tidak larat mendengar leteran manje saya.
wahahhaha..alamak...gambar sang suami pasang rail tak transfer lagi.

as in return, sang suami baru sahaja menerima hadiah hari jadi beliau yg dh basi tuh.
uishhh...jgn slhkan saya, salahkan al-ikhsan. i plan to give him Arsenal Away jersey as he is one of that Arsenal doe hard fan. I saw him eyeing this jersey somewhere in Oct last year. then i asked him,"u nak beli ke sayang" he just smile and replied " u nak kahwin tak?".
i know..he try to save every single penny for the Wedding. so he put away all his "nak beli" things nafsu aside.
sian beliau.

so sbg seorg isteri yg amat prihatin, i decided to give him this jersey.
tanye la pendapatan sang pakar yakni, firdaus ramli budak technology tu pasal jersey ni. dah saya ni tipikal pompuan yg tak pernah amik blah pasal bola kan. so he gave me rough price of the jersey.
waaa..baru realize jersey tidak la semurah ku sangka. *tsk..tsk..tsk..*->ok2,saya ikhlas ni wei.




call up to al-ikhsan Kulim (nasib la kulim maju, yela..kedah maju 2010 kan...so now dah ada al-ikhsan) a day before his birthday. dah tu saya ni pergi and balik keje with him, mane la berkesempatan kan?
Arsenal jersey yg away tu takde plak size M. ada size L and XL. mak aih..laki ku bukan begitu besar.
M should be fine. pastu suruh dieorg check kat al-ikhsan berdekatan kalau ada.
jawapan? negative!!
dh tu dgn mulia hatinya, bdk al-ikhsan yg ensem tu (time ni tak tau ensem ke tak, dlm tepon, bukan wat 3G kan, pas jumpa baru ku sedar mamat ni ensemmmm) offer nak order dr cwngn lain and suruh saya dtg on Sunday amik.
weeehuuu..sunday,ketika sang suami drill rail langsir,terpaksa la mencari excuses utk kuar umah. so alasan nak balik rumah sewa lama nak amik brng (mmg betul pun...kak yan menjadi saksi).
singgah al-ikhsan and collect jersey biru itu. ohhh mamat ensem tu dah siap2 letak dlm pestik bag u.
ok,mamat ensem tu buat sekian kalinye tanye "akak,betul ke size ni. ni akak yg pakai ke boipren pakai?"
alahai kamu, kenapa panggil akak? tak manis you.. ahahahha..of course la tak cakap cmtu. mau kne asah parang dengan sang suami baru tau.
"suami saya yang pakai.rasa muat kot. kteorg tshirt sama size" saya jawap.
"ohhh...tapi kalau nak tukar size besar, boleh je dtg.jgn cabut tag je"
hah?apekah budak ni tak caye i yg ala2 size badak dapat mengahwini putera idaman bersaiz kucing cuma?
ish..mesti budak ni ingat akak ni size jumbo, sure laki size super jumbo.
oh nooo...*sedey lagi..tragis..tragis...*

ok...keje byk menunggu.
esok nak cuti. sama ada dibenarkan atau tidak belakang kire.

Sunday, February 28, 2010

oh my..oh my..oh my baby be..

Its 3am in the morning.
and yes saya masih ber'blog'.
menemani sang suami menonton Stoke vs Arsenal.
tak pernah dibuat seumur hidup saya menonton bola sehingga jam 3pagi.haruslah dpt anugerah dekan kalau tekun cmni blaja sampi pukul 3am.

actually saya tak leh tidur. entahlah,sejak 2minggu berkahwin,saya sgt gedik.susah nak tidur kalau sang suami takde.
memang gedik.
mesti korang rasa nak bagi penampar sakti je kan.
eh..sukati la..nak gedik ngn hubby sendirik.halal hokay..halal...
sgt la over kan? tp kalau dh ngantok gaban sure tidur punye la kalau hubby takde kat sebelah pun.
kalau bom meletup pun tak sedar kalau dah ngantok kan.

sebeno2nye saya just not that sleepy lagi. so while menemani sang suami menonton bola, leh gak la mem'browse' internet.
just come back from watching THE BOOK OF ELI
 
Movie ini tidaklah sehebat yang dibayangkan. lebih sudu dari kuah. eh? apekah ini? betul ke peribahasa ni?
padan muka saya. selepas menggoda sang suami untuk membawa saya dinner ke manhattan fish, saya yg gedik2 pilih movie ni. amik koooo....tak best pung...
sang suami almost fall asleep. dah lah tengok midnight oi. pkl 12.10am baru masuk. pkl 2am baru abes. 
jalan cerit agak perlahan. dan conflict juga la dlm jiwa sbb cerita ni pasal mamat ni yg kunun2 cam nabi la nak save the last bible dalam dunai fter the final war.cenggitu la yg dapat di synopsis pendek oleh puan aimi. malas nak type pepanjang. gi tengok sendiri kalau nak tau lebih lanjut.
bukan TGV ke GSC ke bagi komisyen kan? *eksen sekarang ko aimi dah kawen ni*

saya mengalami conflict dalaman.
ye saye tau. conflict dalaman tidak semestinye harus lontar keluar.
kalau dah di lontar keluar, rasa dah tak nama conflict dalaman dah kan. dah jadi conflict luaran pulak.
ahhh...fening la pulak dengan ayat sendirik.
i was a bit too far regarding getting conceive.
yeah! berjaya juga meluntarkan ia keluar. yep! ini confession dari saya *backgrpund lagu usher-confession pleaseee*
saya tahu, perkahwinan berusia 2minggu cuma.
and i know this is not the race. but my surrounding membuatkan saya rasa to get conceive ni dah macam acara lumba lari. tak pun marathon.ke jogathon...ke sumpama dgnnya. bile membace blog2 mereka yg baru berkahwin, semua dah conceive on the very 1st month.
saya tetiba plak merasakan i'm part of the race as well desperately need to conceive ASAP.
frankly, this week sahaja saya dah dua kali do the pregnancy test.
waaaaa...
malu hokay nak reveal secret yg sepatutnya untold. tapi biarlah..sekadar berkongsi kan.
of course the result in negative *yet so far la*.
browse internet. tak puas ati napa negative.
then baru discover,unless we purchase higher hucg contents kat pregnancu kit tu baru kite leh detect either kite pregnant or not before your period. hokay!! my next period schedule in 10days from now.
obviously it does not appear kan, dah pakai pregnancy test kit yg biase2 je.
ohhh..saya sound sgt desperate now.
and tadi after dinner, i'm desperately eyeing for the pregnancy test yg suggested by the web yg konon mak nenek leh check ur pregnancy result even before u period.
haruslah takde kan. org malaysia tak pernah nsk menyebok tau pregnant ke tak awal2 mcm saya kot.
itu la pasal tak kecoh2 pun watson nak jual.
argh!! @$%$!@#$%...

and today i got flu. serious flu yg meleleh tahap air paip yg tak leh tutup pili.
giler meleleh sgt geliks ok.
bt i'm fighting myself not to consume panadol soluble. what if im pregnant and i consume panadol?
ahahahaha..
silly me!!

and before the movie, i spontaneously tanya sang suami. "syg, am i going to far to get pregnant"...
surprisingly jawaban yg memang amat saya duga. "yes dear" gulp!! hakikat ni..hakikat...terima aimi. jangan pengsan. movie tak start lagi!!!
sang suami : you buat i risau kalau u tak leh pregnant. baru 2minggu. masih awal lagi.
saya : i know..i know... are you stress with all of this?
sang suami : *cuma senyum jek*
cam tu la lebih kurang conversation nye..dah tu tak de la saya nak ingat every single word kan? saya bukan bawak pita perakam a.k.a recorder mcm wartawan nak tulis sebijik2 ayat sang suami.

memang benar kata sang suami. masih awal. baru 2minggu. what do you expect?
lain people lain period of time to get pregnant. ye betul some people bunting pelamin.
and some people to get pregnant after few months, ada yg sampai bertahun baru pregnant,
my mom bunting pelamin when she pregnant my sis. while my sis pregnant only a year after the wedding. but still...deorg semua dapat anak. its just the matter of how soon or by when you will get one.
ini semua kuasa allah. kalau dah allah kata belum lagi masanya, korang buat 24jam sehari pun takkan dapat *giler lucah setelah menjadi puan ye ko aimi*
but itulah hakikatnye.
moving forward,i promised my self to enjoy every single moment as a wife but not too worry on how or when. so people, jangan tanya saya or ill feel the pressure again.

dear hubby, thanks for your endless love. haruslah sang suami sakit jantung bila discover si isteri do the pregnancy test on the 12days as hubby kan. 
no pressure on you dear. let it be the natural way. kite kan masih muda. eh..eh...bukan...
i yg muda. u tu tua. 


 

Saturday, February 27, 2010

weekend wifey life...

Masuk hrini ni (Sabtu), sudah 2 hri sang suami kena kerja.
Tinggallah sang isteri keseorangan dirumah. kasihan sang isteri.
terima kasih lah kepada teknologi moden lagi canggih yg dinamakan internet & astro.
taklah sang isteri mencanguk depan pintu rumah pakai baju lawa2 menanti kepulangan suami.
mengapa plak kena pakai baju lawa2? entahla..rasa cam nak type pakai baju lawa2 padahal baju takde satu pun lawa *ohhh..kena shopping baju cmni*.

since yesterday, saya berjaya memasak for breakfast & lunch.
breakfast masaj nasi goreng cili padi while for lunch,saya masak sambal sotong, sayur and makanan sampingan yg lain.
wahhhhhh... kagum dengan kehebatan diri ni.

and night time, plan nak kuar dgn sang suami menonton wayang.
gulp! mak mertua plak nak dtg rumah since kiteorg tak sempat nak balik rumah mak mertua.
cita-cita nak masak for dinner pd awalnye terus terkubur layu mcm teratai layu di tasik madu dah rupa.
gila kau. tak berani nak amik risiko masak untuk bakal mak mertua. biarlah setahun dua expert mamsak2 ni, baru la berani bagi mak mertua makan.
masak maggi nak bagi mak mertua pun tak berani. goreng telur pun mesti seribu satu rasa nervous.
jalan terbaik?
makan kat luar je la..

pagi ni, sempat masak bihun utk sang suami sebelum sang suami berangkat gi keje.
wahduhhh...
kagum gler dgn aimi. now lebih cepat nak wat kerja rumah dr dulu. cepat by 5% je.
ehehehe..

kepingin nak wat wedding review part 2. tapi tak cukup bahan bukti. eh..eh..tak cukup pic.
ala..tak best la describe withoit pic g byk2 kan.
nanti dh dpt kumpul pic byk2, saya wat review.
buhsan.. nak gi SPA. urghh...sensorng. tak best. ;(
the good thing about new house. just across je tempat faberet SPA itu.

mengalami conflict dalaman ketika ini.
i got another offered at O** Semiconductor Senawang. phewww!
interview sepatutnye next week.
but since saya akan ke honeymoonan nxt week, saya mintak tukar ke the next following week.
i got an offer a week before the wedding at d*tch l*dy subang.
but since the company ni langsung tak sama dgn my background, ill turn down the offer.
ohhh! mungking benar org kata. kahwin ni rezeki dtg. tapi at the same, agak menduga both of us dikala ini.
senawang -  kulim is not that near. -sigh-
if i dpt that job ill be weekend wifey then.
the offer sgt promising. i really mean it. increment lebih masyuk.
but..both sang suami dan saya tak pernah berenggang dr 1st time kenal.
huh..
dlm dilema.
well be leaving to Bali this tuesday. and weekend baru balik. sang suami akan fly home sensorng from KL while ill fly home alone on monday night since the interview will be on monday morning.
 

Template Design By:
SkinCorner