Tuesday, November 3, 2009

Warkah buat akak sebelah umah,

Akak Sebelah Rumah, Telah lama saya menjadi jiran di sebelah rumah akak. Kalau masuk bulan november, genaplah 1tahun 6bulan rasanya saya menjadi jiran sebelah rumah akak. sepanjang tempoh ini, seingat saya, tidak pernah lagi saya membuat onar dengan keluarga akak apatah lagi bermain mata dengan suami akak (kalau buat pun nescaya saya terlebih dahulu di sekelah oleh incik tunang saya) walaupun saya jarang bersembang dan bertanyakan walaupun nama akak, saya tidak pernah terlupa bertanyakan khabar kepada kedua-dua org anak kembar akak yg sering sahaja bertenggek di pagar sekiranya saya pulang ke rumah. oh! saya juga tidak lupa utk bagi duit raya pada tahun lepas juga tahun ini kepada anak-anak akak walaupun sekadar di pagar. Akak sebelah rumah, Ketahuilah akak, hari ini, saya selaku jiran disebelah umah akak telah mencapai level kesabaran yg over maksima. Andai la kata ini semua hanyala satu prank show di televisyen. seperti wakenabeb ke... and ntah pape tv show lain lagi yg saya tak kuase nak memenuhkan kapasiti otak saya utk mengingatinye, tentu sahaja rancangan ini berjaya menjadi hit. sekirenya akak ade letak pengukur-kesabaran-level di badan saya, tentu sahaja pengukur itu telah pecah dek kerana hari-hari hit the max level. Akak Sebelah rumah, Saya tahu akak juga manusia biasa seperti saya. tapi mengertilaha akak, setiap hari hidup saya disulami dengan tangisan ala-ala soprano anak kembar akak yg dah besar gajah tu membuatkan hidup saya dalam derita. Akak bayangkan tidur pagi saya hari-hari sering terganggu dengan jerit pekik tangisan anak akak. hari-hari jugalah saya terjaga dengan jantung yg berdegup kencang seolah-olah saya baru sahaja menamatkan pecut larian 2x100m kerana terlalu terkejut mendengar jeritan dan tangisan anak-anak akak. bukan itu sahaja, di kala saya sedang menikmati mandi pagi yg sememangnye sentiasa ditemani muzik gamelan suara tangisan anak akak, ia juga sering diselang selikan dengan kehebatan akak ber'soprano' mengejutkan laki anak. andai kata kejutan itu berbunyi menggoda seperti "abang bangun la abang, nanti ayang tak nak sayang abang dah" saya masih mampu tersenyum, tapi kalau dah dengan jerit pekik "Abang ni tak reti nak bangun ke. nak hantar anak sekolah? mama ni dah la lambat nak gi kerja" adakah akak pasti saya masih mampu tersenyum manis? akak sebelah rumah, bukan itu sahaja akak. saya mengerti andai kata anak-anak akak jenis liat bangun pagi dan suka menangis ala-ala nak kena dapat penampar kasih dan sayang di awal pagi, tapi bagaimana pula ketika anak akak sudah pulang dari sekolah? ohh!! ada ketikanya saya sangat meluat duduk dirumah walaupun saya membayar sewanya. adakalanya saya prefer merayap seharian suntuk terutama dihujung minggu bagi mendapat ketenangan. pulang sahaja dari bekerja, saya sering mendengar maki hamun bukan dari akak tetapi dari kembar akak ketika menangis atau mengamuk. "mama bab*, mama bodo*". akak, saya mengerti andai kata anak akak yang seusia 6tahun itu memang hobi masa lapang menangis tapi haruskah saya menerima juga apabila tangisan dan perkelahian mereka diselang selikan dengan sumpah seranah yg saya di usia 23tahun ini pun jarang melontarkan kepada umat manusia yang lain? Akak sebelah rumah, bukanla saya nak kata saya makhluk tuhan paling sempurna, tapi apabila tangisan yg memecah gegendang telinge saya disamping sumpah seranah anak-anak akak, saya juga takjub dengan amplitude suara akak memarahi suami akak. bukan nak menyibok rumah tangga bahkan saya langsung tak ingin ambil peduli. tapi disebabkan kelantangan suara akak sendiri menyebabkan saya dengar loud and clear bak kata omputih. ada kalanya saya terfikir sejenak "macam ni ke kalau after kahwin 10tahun" dan saya menjadi amat gerun bila memikirkannya. kadangkala ketika saya perlu membancuh air di dapur atau memasak ala kadar didapur, saya terpaksa meninggalkannya separuh jalan dan terus menuju ke ruang tamu. oh! bukan saya tak reti nak buat air atau terlupa resepi. cuma saya tak dapat menahan telinge apabila mendengar leteran akak dan tangisan anak-anak akak. Akak Sebelah rumah, Memang saya akui saya anak bongsu dan mesti akak ingatkan saya tidak biasa beradik. Untuk pengetahuan akak, saya sering menghabiskan cuti panjang saya di zaman sekolah sehingga sebulan dua lamenye tinggal bersama mak uda saya yang mempunyai 7org anak kesemuanya. ketika itu yang kecik baru sahaja berusia beberapa bulan dan anak2 mak uda saya masih kecil semuanya. yang membezakannya, walaupun quantity anak mak uda saya seramai 7org itu, tidak pernah sekalipun anak-anak mak uda saya menangis menjerit2 macam anak akak. kadangkala saya terfikir sama ada anak kembar akak ini sebenarnya tersampuk histeria atau mereka sebenarnya mewarisi bakat soprano akak. Akak Sebelah rumah, Acap kali saya terfikir utk pindah sahaja dari rumah itu. namun, hati saya amat berat utk berpindah kerana rumah ini sahajalah yg mempunyai porch boleh menampung ketiga-tiga buah kereta kami dimana ini memberi jaminan bahawa kereta kami berada didalam secure area. disamping itu, kedudukan rumah ini amat strategik. saya juga amat senang dengan kedua-dua orang housemate saya especially kak yan. Housemata saya juga amat tabah menghadapi tangisan dan jeritana anak akak terutamanya apabila mereka perlu bekerja shift malam. mengertulah akak, apabila mereka bekerja di shift malam, mereka memerlukan waktu tidur siang yang amat berharga. tangisan dan jeritan akak dan anak-anak amat menyukarkan mereka utk menikmatinya. ada ketika, housemate saya yang satu lagi lebih gemar berulang dari rumah bonda di Sg Petani sekiranya beliau bekerja di shift malam. agar tidur lena di siang hari beliau tidak terganggu. Akak sebelah rumah, saya juga musykil bagaimana setiap butir bicara akak mampu didengari sampai kerumah saya. keluarga saya juga mendiami rumah teres ya. tapi tidak pernah pun saya dengari sampai ke level ini. mungkin design rumah kita amatlah berbeza. ketahuilah akak,saya amat mengharap satu hari saya bangun dari tidur tanpa tangisan dan jeritana anak akak apatah lagi jeritan manja akak. Yang Benar, Jiran Sebelah rumah kiri akak.

Monday, November 2, 2009

the sweetest pain konon....

Hi! My health is not in perfect condition. tak tahulah kenapa semenjak dua menjak ni badan asyik tak sihat. ohhh nooo!! saya tahu kamu nak kata saya berbadan dua. jangan perasan korang nak tengok saya timang anak secepat ini ya. start with fever..then period pain yg menggila and hampir jadi gila saya dibuatnya.. and the worse cirit birit over the weekend. cirit birit paling worse ni tak tau la cmne leh wujud. sebab incik tunang tak kena pun. siap leh cirit time tido plak tu. ha..dahsyat tak? yang paling dahsyat...time gi IKEA nak makan meatball cam takde nafsu sangat. tak caya tanya anne!! saya lambat habis makan ok. then today suffer with sore throat plak. and disusuli dengan batuk menggaban. sengsara dan amat sengsara. and the worst part is, i'm easily annoyed with things. nak update wedding progress pun terus takde mood. pray saya cepat sembuh and and shuh shuh all the penyakit.

Tuesday, October 27, 2009

pomanders!!!

hey kamu. yelah kamu. kamu yg tengah baca blog saya ni. ape tengok2 belakang. kamu la... ish dia ni. reti ke tidak org kata. kamu la!!! hihiihii... wayar sedikit gangguan hari ini. hari pertama bekerja di minggu ini. wahhh... melangkah laju ke opis. walaupun malam tadi susah gaban le nak titon sebab saya dh teroverdose tido. siap teguk ubat batuk sesudu to make sure saya leh tido. jgn ikut habit ini ya!! pesanan utk bakal graduan atau geng2 i yg masih suka melepak dengan menambah ilmu pengetahuan seperti menyambung master, bila bakal bos anda bgtau kerja 8 to 5pm, kamu MESTI tanya, adakah itu termasuk dengan waktu makan, minum, membuang air kecil, air besar, sembahyang dan melayan facebook? andai bakal bos kamu kata YA, sila terima jawatan itu dengan besar hati ya. saya adalah bakal produk syarikat yg akan menjadi pengguna setia ubat buasir. muahahha... i sat at my desk tepat jam 8.15pm. believe it or not, saya hanya bangun sekali untuk ambil air di pantry, membuang air kecil 3 jam kemudian dan 3kali mengangkat punggung utk mem'print' and the rest? melekapkan wajah saya yg persis Nasha Aziz ni didepan monitor mesin yg bernama computer. waaaaaaaaa.... i skipped my breakfast. so do my lunch. incik tunang : busy nye u macam Celestine je ->Celestine is my director ya. oh sayang mohd hafiz, i bukan busy kalahkan celestine, dh busy level Dato Soo Hee ->the MD. Hell!!! kerja saya sangat mencabar minggu ini. itu la saya benci utk kembali ke opis setelah cuti or mc. mesti jutaan kerja menunggu. nak wat cmne, seantero kilang tu, saya sorang je wujud utk melakukan kerja2 amal lebih masa. zai : nanti u the day before kahwin pun kerja. wahhh!! tidak..tidak..saya akan pastikan ia tidak akan terjadi. saya juga akan matikan hp ku. nak,nak time nikah tu hari jumaat time weekdays. lagi la galak dieorg nak call tnye itu ini. oh sorry dude, cant u see i'm busy here? nak kahwin ni. nak hafal skrin jawab kat tok kadi. -->ada skrip kne hafal ke hah? aiyooo... cmne nih.... and seperti pekerja harapan yg lain, saya balik kerja today at sharp 7.30pm. perut bukan sahaja telah menyanyikan lagu dangdut, malah telah masuk ke reggae. singgah kedai Pak Long Sup dgn incik tunang. the best sup in town kulim la konon. slrppppp....mkn n mkn. then heading to Giant utk tukarkan duit RM ke Rp. senang sket nk pesan kat Aiman nnt. aiman gi bandung jumaat ni. jgn lupe brng ku ya aiman. after tukar duit, we stop by kat MAXStyle. err..ayang, rambut kamu dh panjang. ye!! pujuk incik tunang potong rmbut. haruslah potong ye.. sebab weekend ni nak balik rumah my side. nak settlekan wedding favors VIP for incik tunang, and also payment for my caterer. then my along nak buat besday celebration Nuqman yg ke 7 thn. wahh!! sungguh cepat kamu membesar ye nuqman. kamu makan apa ye? sekejap je dh 7thn. makan belon ye? alsoooo...misi utama utk pulang ke rumah adalah memulakan project DIY kami (duet antara Bonda dan Saya). Bonda : Nak gi KL beli reben. saya : huh..jauh2 nak beli reben aje? oh nooo... saya dan bonda (duet irama melayu) akan melaksanakan project multinasional yg menelan belanja jutaan ringgit. muahaha.. konon2 je la. kami akan DIY pomander ball. apekah pomander ball? ia adik beradik dgn bola dragon ball yg sebyk 7 bijik itu.. but mine one 8 bijik ye. lebih sebijik!!! pomander juga lebih dikenali sebagai kissing ball.
This is my fav!! red and white. saya juga plan nak wat cmni la . red and white pomanders...
By the way, pomanders yg saya buat nati akan dipegang oleh pengapits2 saya ramai itu!! ye..seramai 8org as of today. ade lagi nak join ke? the more the merrier!!! meh ar daftar nama kat saya kalau nak jadi pengapit. hihihiihhii.....
Tapi wahai pengapit ku..kamu jgn ingat saya akan bagi kamu pakai se'sexy' perempuan dlm pic diatas. oh nooo!! nanti incik tunang i bakal juling melihat kamu semua.
how my pomanders will turn out as gorgeous as this.....
berpijak di bumi yg nyata sebentar. pic semua amik kat negara barat ye. jadidieorg kebykkan pki fresh flower. haruslah kene sambar dgn petir kalau saya membazir membuar my pomander ball menggunakan fresh flower (lepas tu ko nak simpan ke bunge kering tu cik aimi oiii)... jadi..bunga yg dihasilkan nnt tidak secantik gambar yg ditunjukkan la. mungkin hanya 30% je dr ke'lawa'an yg sedia ada. yg penting, bonda volunteer 100% nak wat ni. tentunye la tgn bonda yg menghasilkannya. i tukang survey idea je sebenonye. tgn ku tak seswai ngn bnde2 berkaitan dgn kraftangan ni. mcm beruk dpt bunge nanti. nantikan je la kemunculan pomanders DIY daku itu (ngaku nama saya, padahal bonda buat...malunye)
p/s: rambut baru inick tunang membuatkan incik tunang saya lebih hensem. hish..yg nk dengki nak muntah2 ni kenape? incik tunang saya, sekati la saya nak perasan kan? kan?
 

Template Design By:
SkinCorner