Friday, September 4, 2009

kasut...caterer...

Been too busy to blog.. kerja mcm biasa tak pernahnye sudah. nope..nope..nope.. bukan nada mengeluh. tapi nada gembira. (hip..hip..hoooraaayy) at least saya ada kerja utk dibuat. ohhh..another ayat menyedapkan hati. i'm in the best mood today. dengan menggunakan bantuan laser tangan ultraman taro dan aksi naik motor satria baja hitam, saya dengan sangat kagumnya ingin memaklumkan bahawa : INCIK TUNANG DAH BELIKAN KASUT HANTARAN DAN KASUT FOR NIKAH! Haruslah kembang kuncup idung saya dikala ini. (sila baca dengan nafas pendek2 seperti org tgh kembang kuncupkan idung ya!) sangat gembira tahap dewa dewi. ya! setelah 44kali request different2 kasut, akhirnya incik tunang telah membuat keputusan untuk terus beli. afraid i might change kasut utk kali ke 45 pulak. hihihihi.... As you know, i'm a nine west big fan when it comes to shuz. kasut dia still affordable and also comfortable. itu yg penting!!! tak mampu la beli kasut yg susah nak sebut tu.. manolo blachik ke ape ntah. sebab saya ukur duit di wallet 5inc x 3inch incik tunang saya, perlu diingatkan, incik tunang bukan lah Datuk K, atau segala Datuk di malaysia ini. mungkin dlm 40thn lagi bru lah bergelar datuk kepada cucu2 kami nanti. (insyallah!) incik tunang terpaksa membanting tulang yakni badan juga sudah tinggal tulang semenjak dua menjak berpacaran dengan saya ni. nak dijadikan cerita, al-teman incik tunang iaitu incik poi telah dihantar training ke Colorado. saya juga mengenali incik poi si engineer agilent yg masih single and amatlah chumel itu. seronok dengar sebab ramai je kawan2 kiteorg yg dihantar training ke overseas. bila la turn kami kan? so, memandangkan incik poi telah diterbangkan ke states, incik tunang telah mengambil kesempatan (ohhh!!bukan kesempatan yg 18SX itu ye) utk memesan shuz hantaran sekali. gulp! tapi incik poi seorang lelaki single yg pastinya tidak akan masuk ke outlets barangan wanita. itu sudah pasti! lantaran itu, incik tunang telah membeli kasut2 ini secara online dan di poskan terus ke hotel room incik poi. yeaaa!! tahukah anda per shipment dari US ke Malaysia will cost berapa? tepat sekali!! almost rm200. itu baru satu kasut. kalau dua? gulp!! haruslah botak kepala incik tunang utk membeli 2 pasang kasut. incik poi, diharap anda segera pulang setelah tamat training (lagi 2weeks time supposely balik) harap incik poi tidak sangkut pada mana2 mat salleh disanan langsung mengambil keputusan utk terus tinggal disana. incik poi juga diharap utk tidak sesekali craving atau berkeinginan utk mencuba kasut2 saya itu. kerna saya talut incik poi bakal terpelecok didalam bilik hotel dan menyukarkan incik poi bergerak pulang. langsung kena extend stay di states utk beberapa minggu lagi. oh tidakkkk.. pulanglah dengan segera incik poi. saya dah teruja ya amat utk mencuba kasut itu. kalau boleh nak pakai buat raya terus. ahahahhaha..... walaubagaimanapun, incik poi telah menetapkan syarat "no shoe box are allowed". tamatlah riwayat si kotak kasut saya di states tanpa sempat bermesra dgn saya terlebih dahulu. drumrolllll....... 1) This is my kasut hantaran by nine west. Tan colour to match with my coach handbag which is also in tan colour. 2) And this is my all time fav also by nine west. sepatu nikah ku. hikhikhik....cinta pandang pertama with this shuz. last post saya nak in bronze but since my nikah outfits is in cream, so, tetibe tukar pendirian nak this colour plak. its not cream but known as Light Natural. pape je la...asalkan masuk dgn baju nikah ku itu nanti. and this shuz is left 2psng je lagi for my size time incik tunang nk beli tu. ehehehe...nasib rezeki saya kan. Setelah settle al-kisah kasut, terdetik plak la nak beli clutch handbag. yeah!! i need one new clutch. ini adalah terpenaruh dengan ke'gilaan' nady. tapi apabila ditenung2, dibelek2, fulus didalam bank account telah meluncur kelaur dengan lajunye. haruslah bertenang seketika dan menarik napas. and yes! sebagai pengganti, saya telah membeli wristlet by Liz Claiborne. sebab utama pembelian - tiada. and again, because of my impulsive nature dipagi hari. tak kisah la...i need that anyway. Enough bragging about my kasut yg nothing-to-fancy-about. Another burden gedebuk kat bahu. Mula2 my bonda dah agree nak pilih catering A. nak dijadikan cerita catering A tu well known kat my house area. semua org la amik catering A ni. namun begitu, bonda nak sgt pakai dome kat meja VIP (family side incik tunang punya meja). saya cakap "ala..tak kisah la ada dome ke tidak". mama cakap "cuba la proper sket. kan cantik ada dome". And happen that caterer A ni tak leh provide dome. tapi ada similar mcm dome tu. still, mama insist nak DOME JUGAK!!! haizz... pening kepala dibuatnye.. sebab each dome kalau nak sewa cost about rm100. aiyoyo... haruslah saya sgt berkira di saat ini. kerana kalau 6 dome bermaksud rm600. gulp! rm600 utk cover makanan? saya lebih rela cover dgn tudung saji mcm tu. saya tau, itu duit ayahanda dan bonda. ape la saya nak kecoh kan? tapi memandangkan saya anak yang baik atau lebih dikenali sebagai anak solehah bg pasangan hj.saijan dan hjh.habibah, saya telah menyusahkan diri utk mencari caterer lain. and yes! beban baru! kerna saya perlu melakukan food tasting lagi sekali (last time utk bonda menentukan caterer A atau caterer lain). and food tasting hanya boleh dijalankan selepas puasa. amat critical saat ini. need to re-do bab caterer. why everyone sgt bother nak masakan sedap time kenduri kahwin? its still typical lauk pauk bukan? nasi beriyani and so on... jadi napa perlu nak yg lagi sedap ke ape.. kalau ikutkan ati nak je amik yg biasa2. biar org tak makan byk. ahahhha.... evil me! bonda kata "biar ikhlas nak bagi org makan". saya "baiklah..."

Sunday, August 30, 2009

apa kata pelamin?

Tenang rasa hati. bila berkesempatan spent time dengan keluarga. melayan keletah wafeeq. mind you! he just setahun enam bulan. but he can talk very well. semua org menganggap dia terlalu advance compare his bro & sis when they are at his age. he is not an ordinary boy. aahhaha.. bukan la die tu genius mcm adi putra ke kan. tapi for me dia sgt la cerdik for his age. since ramai budak even girl (yg konon2 sepatutnye lebih bijak cakap dr bdk lelaki) pun masih tak reti nak bercakap, but my lil nephew ini sgt la bgus in talking Contoh keadaan; i spotted him tgh makan bahulu tghari tadi saya : wafeeq, buat apa tu? tak puase ke makan tu? dengan refleksnya dia menjawab wafeeq : "eee....tak malunyeeee kan...." isnt he adorable? and today..telah berkesempatan dgn bonda. utk pelamin hunting. went to visit several bridal house. bonda : "alah dik, carik yg dekat2 klang je senang. takde trsnportation charges" akur dengan kehendak bonda. gulp! sapa kata pelamin murah. aduhai... mau tercabut jantung dibuatnya. semua pelamin yg saya berkenan cost me more than 3k. RM 3k solely on pelamin? i repeat JUST PELAMIN!!! dush! pelamin angan anakmu musnah bonda.... bukanlah berkira sgt bab pelamin. but i need to think of 2 event here. pelamin kat umah and oso meja beradap aka pelamin kat dewan as well. gulp!!! nak suruh ayah dan bonda tolong coverkan sket? alahai...tak sampai ati la pulak. cukup2 la byk part yg ayahanda dan bonda dh coverkan. saya cuba utk berdiri di kaki sendiri. biarlah saya sendiri merasakan susah senang nak cari duit utk my wedding. takpe, dah 23tahun asyik nyusahkan ayahanda dan bonda. biarlah kali ni susah senang sendiri. nama pun nak jadi bini org. mesti la kena belajar susah sikit kan? yup! mungkin pelamin impian no longer will be my impian. will find something simple and nice to balance dengan level kemampuan saya. duit juga telah ranap membayar sewa dewan. its really tough when you want to get married at this age. baru kerja setahun jagung and your saving sgt la tipis. after 2 days balik umah, rasa rindu membara pada incik tunang. lepas je balik dr aktiviti pelamin hunting terus tepon incik tunang. saya : cmne ni, pelamin yg i nak semua dlm RM3k. mahal sgt la syg. yg dewan lagi nak... incik tunang : em, takpe la sayang, kita buat pelamin yg mcm u nak kat rumah i ye. amin! nasib incik tunang memahami and tersgt tolerate dlm hal ini. kalau ikut statement incik tunang, kalau buat pelamin tu dekat side dia means nothing to do with my money bukan? muhahaha... gumbira rasa hati. pasti, my wedding will turn out to be so simple nanti. dengan bajet kewangan yg sgt limited. adus! majlis perkahwinan ni tak la se'simple' yg digambarkan. Conclusion yg dapat dibuat : 1) Nak wedding yg grand, kena kawin lambat sket. kumpul duit 4-5tahun. agak2 akaun bank dah nak meletup sampai org bank suruh kuarkan duit sebab byk sgt duit and bank takut nak simpan duit kita yg byk sgt tu, baru lah kawen. 2) Wedding yg simple, kumpul duit setahun je dah cukup (walaupun agak nazak). Macam saya ni la kirenye kategori ni. saving semua hancus berkecai dah disaat ini. Going back to kulim esok. sedih la pulak nak tinggalkan rumah. 3 malam dapat tidur bawah ketiak mak. (sila abaikan! saya anak bongsu perlu diingatkan ya) lepas ni kalau dah jadi isteri org, laki jeling la plak kalau nak tidur ngn mak pulak kan? pasrah je lah. kangen banget sama incik tunang. agak2 incik tunang pun sempat kanget banget sama saya tak?

Friday, August 28, 2009

patah tumbuh, hilang berganti....

Funny things happen today. My hp hilang untuk separuh hari. hati berbelah bahagi. happy sebab berpeluang beli handphone baru (incik tunang dh bg green light). tapi sedih handphone tu byk sentimental value. berjasa selama 3thn. dan hp paling lama pernah dimiliki. penat godeh-godeh tekan punat phone desk. sah!! handphone ni mesti org dh amik sebab tetibe plak handphone tu off. hati dan mula dagdigdug. tapi jari masih laju membuka web2 handphone. ada chance nampak. during lunchtime, incik tunang ajak carik kat rumah. dalam hati, memang takkan jumpa punye la. tapi ikutkan je la saranan incik tunang. Argh!! handphone di jumpai. ya! dirumah!. mcm mana boleh off pun memang ajaib. ish...habis cita2 handphone baru di genggaman. sadis.. ya, munskin handphone ini juga seperti incik lappie, ingin menunjuk perasaan. ingin memberontak. ingin mendapat perhatian saya barangkali. alhamdulillah tidak hilang handphone ini. mau menggagau mencari no telepon kawan2 sedunia. amin! incik lappie dan cik handphone diminta harap besabar. jangan buat aksi2 sebegini lagi. mau sakit jantung saya dibuatnya. tunggu la at least sampai lepas saya kahwin. hikhikhik.... And yes, malam ni akan pulang ke rumah bonda. plan asal nak drive incik kereta putih ku. tapi sebab tak de geng. dan bonda dah pesan jgn drive sorang. niat terbatal. langsung menumpang kereta incik muaih dan bini. dah tu, takkan nak suruh incik muaih dan bini naik kete saya plak kan. msti la susah for them nanti. uuhuuhu... misi weekend : mencari pelamin dengan mama! wish me luck! Selamat Berpuasa and Selamat Menyambut Merdeka. p/s: Balik ni nak cari bendera malaysia la. nak letak kat kete. tahun ni langsung tak rasa nak merdeka pun. mesti Tunku Abdul Rahman tgk saya yg tak patriotik ni leh nangis.
 

Template Design By:
SkinCorner