Wednesday, June 1, 2011

perlantikkan diri sendiri.

Sejak dua menjak ni. Internet kat opis agak macam haremmm.



Selow macam siput babi panjat pokok bunga kertas omak I je.


Nak menjalankan kegiatan haram seperti browse2 tenet pun agak terbantut.


Tapi tak menghalang aktiviti membeli henbeg baru. Errk!


Ala..beli satu je pun untuk pergi keje. Tapi ada satu lagi henbeg idaman kalbu belum tercapai hajat. Eh bukan satu, tapi dua. Tapi kena pilih salah satu. Sebab laki I bukan tokey minyak petrol. Tak pasal2 nanti dia boleh bertukar menjadi tokey minyak gak., Tapi minyak HANGIN!






Collete by Coach

Hillier by Marc Jacob. 



Proposal meminta belah ihsan suami untuk coach or marc jacob ni masih dalam proses. Sebab suami dalam usaha mendapatkan lens baru dan flash. Ni yang tetibe rase nak hempas camera dia tu. bila dengan camera, permintaan bini kompom jadi no.2. I tak rela dimadukan dengan kamera u!!! agak-agak kalau I put on my La Senza weekend ni, perform gempak sket, dapat tak approval? *bawah umur,sila jangan baca, kalau dah terbaca, sile jangan imagine lelebih*.

Cuti sekolah ni jemputan kahwin pun bersusun. Sampai ke hujung bulan June ni ha tak berenti. Maaf la kalau yang tak sempat i pergi tu. Jangan kecik ati plak. Doraemon tu ha tak nak bagi pinjamkan pintu sesuka hati dia tu. Aladdin tu pun sama, kedekut nak mampus tak nak bagi pinjam carpet terbang. Kalau tak kompom satu hari doploh buah rumah pun i sanggup pergi.


Moral of the story : kengkawan kalau kawen tolong la elakkan semua nak buat time cuti sekolah. Orang-orang macam kiteorang ni la yang torn giler bila dapat jemputan tak leh pergi sebab ada kenduri lain. Kalau kenduri tempat2 yang dekat2 takpe gak. Ni satu utara, satu selatan. Pengsan!


I’m on wedding preparation mood. Huish..bukan I yang nak kawen. Angah I la. Tapi memandangkan Angah I ni jenis yang, u oll buat la apa u oll suka, I bg je ongkosnye, so omak dan I telah melantik diri sendiri jadi wedding planner. Dah tu? ko nak lantik nas the great ke? Ingat Angah den tu duit berkepuk2? Giler excited nak mem’plan’. Teringat zaman2 preparation kawen I dlu. OMG! Excited nak mampus. This round we plan to do something different. Walaupun the wedding lagi 8months to go, our milestone progress agak memberansangkan. Both mama and I dah decide on the wedding favor, wedding deco here and there, deco hall, and do some survey kat sana-sini. The best part is? Ni wedding orang, jadi duit bukan from my pocket. Jadi lebih bahagia nak prepare. Dulu time wedding sendiri sket2 kena pegang calculator. Sampai leh tertido pegang calculator. Punya la takut terover budget nantikan. Excel sheet yang siap ada budget2 tu ntah berapa juta kali amend. Nampak sangat sengkek tapi bercita-cita besar. Ko ingat senang nak kumpul duit kawen? Unless mak ayah korang tu memang ade kilang duit, ko sebut je kompom dapat.


Here are some shots on my Angah’s engagement. Tapi ni bukan dari lensa insane yang bernama suami Aimi. Gambar ni adalah gambar hasil curian di pesbuk bakal my sis in law. So, to the owner or tuan punya camera, ‘camera lu canggih, lu pun terer, gambo pun cantek. So nak tepek kat belog boleh?’ –kire mintak izin la tu kan.


omak den ni. kat pelamin pun ada je nak bagi sepatah dua kata. nasib gamba ni tak leh keluar suara.




papeet paksa his Pak Ngah to play ipad with him. so cute! satu tangan pegang ipad satu tangan holding Pak Ngah finger. even though semua orang tengah sibuk nak amik gambar my Angah and his fiance, Papeet dengan tak sogan pergi kat pelamin and ajak Pak Ngah duduk kat carpet to play the ipad. T____T.

the candy buffet sangat buat anak-anak buah i terlompat-lompat gembira. the food was awesome. the popsicles specially prepared by Nadiea's mom mengimbau kenangan zaman kanak-kanak all of us. and the cendol super sodaaaaappp.


the only pics my Angah kelihatan senyum dengan ikhlas!

Monday, May 23, 2011

Sorie la.


Den busy gila lately. My colleague on leave for almost 3 weeks. Dah tu sape je la harapan bangsa dan Negara selain den? Den la terkangkang-kangkang buek semua. Eh, tak..ayat je metafora. Den still maintain sopan duduk atas kerusi buat keje sampai kerut-kerut dahi pastu muke start tukar mcm singa kelaparan bile stress.

Besday yang lalu adalah awesome. Nanti kalau ada kudrat dan kesempatan den update. Sebab sekarang level kemalasan adalah dibawah paras sejuk beku.

So,as korang semua sedia maklum, abg den dah Berjaya ditunangkan last Sunday. The ceremony adalah super nice. Tetibe I feeling nak tunang sekali lagi. Ceittt… ni je some pic hantaran from my side untuk cik nadiea. Nanti full pic of mejlis lepas suami I convert gmbo tu. idok le den reti ape kaedah ntah camera zaman skarang yang format tu ntah ape2 pastu jadi keje nak kene convert jpeg bagai. Eh nyusahkan aje la. Bek pakai camera biasa je cenggitu kan.

ni ha tempat buh cincin. tapi cincin kat dalam tu tak letak lagi. sebab omak den risau i asyik try test cincin untuk anak orang tu. suami, i pun nak cincin tiffany gakkkks!!

ni kain lace for baju nikah.


ni kain untuk baju raya dia. omak den yang kata. tapi kalau dia nak buat pakai ke kendurik kawen pun tak salah kot kan. kain ni i yang pilih time pergi kelantan aritu. tang butterfly tu leftover dari barangan i bertunang dua tahun lepas. kire recycle la. lagi 4 dulang kalau sampai seru i hapload.


Hantaran of course the because dari hasil tangan dan titik peluh ketiak cik bee aka omak den. Save sket duit la kan omak buat sendiri.

Tadi time lunch kenkonon I pergi la survey kedai tayar. Niat di hati nak tukar tayar kete. Since last weekend jadual sungguh la bizi the very macam menteri, so tak sempat la menyusahkan suami pergi tukarkan tayar kat kedai. Since recent tayar depan yang tukar aritu pun suami yang buatkan, jadi adalah zero dengan pengetahuan alam tayar. Tetapi..brand tayar idaman sudah terpahat di hati. Dari awal lagi memang nak pakai cap ni. Aritu tukar 2 tayar tu pun dah request kat suami nak cap idaman ni.



Me : apek, I nak tukar tayar kereta la.

Apek : lu apa brand mau?

Me : I mau Michelin

Apek : hah? Michelin? U pakai apa kereta?

Me : myvi

Apek : hah? Myvi pun mau pakai Michelin meh? *sambil gelak giler*

Siot je..dalam hati aku dah sumpah seranah dah apek ni. Baik punya ko gelak berdekah-dekah depan haku? Memang nak makan tapak tangan dah apek ni.

Apek : lu apa bikin dengan kereta? Itu race ka? Drift ka?

Me : drive je la.

Apek : itu macam pakai brand biasa2 pun ok ma. Itu michelin high end punya. Lagi mahal tau.

Ko tak rasa nak pelempang kat apek tu ke? Sebab aku pakai kete cap mesia pastu kete aku cenonet besar tapak tangan ko nak gelak2 baik punya. Waaaa....salah ke i teringin nak pakai cap Michelin?

Me : i selalu travel ma. I nak good quality.

Apek : lu kompom ar mau ini Michelin? Banyak mahal ooo... dua tayar sudah boleh jimat rm80 kalau lu amik yg biasa2. Boleh pergi KFC kasi makan satu femili.

Ni yang aku hangin. Mau berderai gigi apek ni yang jarang2 ni. Tapi i anggap je la apek ni melawak je kan. Ish, hidup kena positip. Positip! Positip!

Me : I ada duit nak bayar la apek.

Apek : lu tayar mahal-mahal kasi tukar sekali la rim. Baru ngam la sport rim dengan tayar. Ni pakai tayar mahal, rim biasa-biasa tak ngam punya.

Shadaaaapppppppppppppp lu apek. Tak..dalam hati je. i kan gadis sopan dan pemalu. Siot tul la apek tu. Really judge a book by its cover. Ape kete myvi tak layak pakai tire Michelin ke? Ini baru nak pakaikan tayar Michelin kat kete myvi,  belum lagi bawak henbeg Birkins tapi bawak myvi. Kompom meknusia-meknusia lain ber’sok-sek’ kat belakang kate I bawak Birkins imitate AAAA punye.

Wednesday, May 18, 2011

Papeet and Zoo.

Back to reality.


Suami dah pulang yesterday. So macam biasa la, jiwa tengah rapuh. Bilakah bleh jadi fulltime wife ni?

And the recent long weekend adalah super awesome. Sebab for the first time after 15years, we went to Zoo Negara. Ahahahha..seriously, last I pergi time 10years old kot. Hubby and I pergi pun bukan sebab I ngidam nak tengok minatang ke ape. tapi sebab I’ve promised to Papeet to bring him to Zoo when he recovered. He was hospitalized last month anyway. See! I’m a good aunty. Rela menghabiskan masa 4jam kat zoo walaupun kalau ko gi soping leh dua trolley dah dapat barang dalam masa 4jam tu.

But the zoo trip adalah sungguh seronok ok. little that I knew zoo Negara adalah sangat besar. Besar yang sangat2 besar sampai kaki lenguh. pastu nak naik shuttle train tu malas sebab nak kena angkut stroller papeet segala. eee.tak kose betul. so at the end, we all walk and walk and walk and walk..
Gambo later-later la I post. Sebab suami tak sempat transfer lagi gambo.

FAQ from a 3 years old boy.

Elephant.

Papeet : ashu, kape..kape…kape ekor elipen tu kat hidung? *kape as refer to kenape*.

Ashu : sebab..sebab… *seriously, I’m lost with word. Giler ko, cmne nak jawab?*



Tiger .

Papeet : eeee...somelnye tiger tu. *somel = comel*

Ashu : *dalam hati, wait till the tiger ngapp u!*



Camel.

The camel dengan bangganya poo in front of us time we visit their territory.

Papeet : kape..kape..kape kemel tu beyak? Eee..tak malu. Kape ye tak pakai pampers cam papeet?

Ashu : Sebab mummy dia tak keje pastu takde duit nak beli pampers. *agak-agak logic tak jawapan nih?*



Amik Gambar.

Ashu : papeet, ambik la gamba dengan kambing ni.

Papeet : tak nak, nanti ‘kabing’ makan badan papeet.

*padahal kambing tu dalam kandang ok*

Ashu : papeet, amik la gamba dengan giraffe ni.

Papeet : tak nak..nanti ye makan ‘tinge’ papeet. *tinge = telinga*

Ashu : papeet amik la gamba dengan bird ni.

Papeet : tak nak, nanti ye pijak papeet.

Bird pijak ko ada efek ke pun?


Changing Diapers.
Ashu: papeet, kenapa papeet ni pakai pampers lagi? Kan dah besar.

Papeet : sebab..sebab...Damya pun pakai pampers lagi. Damya lagi besar.

T____T ceit... kalau kawan tu pakai pampers ko pun kena pakai pampers lagi ke?

Ashu : dah la..ashu tak nak pakaikan pampers. Nak kencing nanti cakap.

Papeet : kalau papeet kencing sini, sini, sini nanti sape nak lap? *sini,sini,sini refer tu sana sini la*

Ok fine! Den malas nak lap segala. Meh le kite pakai pampers. Plus, bukan duit den yang kono beli pampers papeet pun.

p/s: by the way, besok birthday den. korang dah siap belikan hadiah? nanti den sms kan addressnye... sian den. dah la laki jauh. nak tiup lilin bday sorang2. kesian tak? kesian tak?
 

Template Design By:
SkinCorner