Tuesday, August 24, 2010

just annoyed!

kau lihat.. seperti ada kerajinan disini.
menukar header belog sahaja mengambil masa sejuta jam.
sumpah! saya memang bengap tentang hal ini. kenapa ada orang begitu arif? cemburu! pasti nama saya juga perlu ditukar kepada nama ARIF agar lebih arif dalam hal-hal sebegini.

Mood agak keterlaluan dua tiga menjak ini. swing nya lebih laju dari Ferris Wheel.
Barangkali sang suami sudah naik pening melayan. saya benci PMS *walaupun Anne kata saya barangkali mengandung*.
errr..terdapat a little hope. barangkali mungkin bukan? tapi tidak mahu frust menonggeng. another side of me yakin ia hanyalah PMS. bukankah PMS juga muncul dengan pelbagai rupa. kau ingat manusia aja ada pelbagai rupa? ada seperti Lady Gaga, ada seperti Heidi Klump dan ada seperti saya.

masih berasa jelek melihat background belog ini. sgt annoying tapi mahu berhenti me'repair'nya.
esok lusa bila rasa ada keazaman barulah ditukar. atau barangkali perlu tukar nama kepada AZAM supaya ke'azam'an akan meningkat naik sprti menaikki lif ke puncak Menara KL.

Kerja di opis sudah setinggi Gunung Kinabalu. sindrom M yg melanda dr minggu lepas adalah puncanya. menyebabkan hari ini pulang yg amat lewat dibulan puasa ini yakni jam 6:30pm. buat pertama kali, saya telah memecahkan peraturan diri sendiri. yakni berbuka puasa dengan hanya tapau di luar. sudah berjanji untuk memasak setiap hari namun hari ini tewas kerana risau hanya akan berbuka puasa memakan meja dan kerusi dining. namun yang pasti, saya tidak akan menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. biarlah, Pasar Ramadhan terlalu istimewa utk pergi bersendiri. sangat busyet ok! sebenarnya diri terasa teramatlah LOOSER bila kne pergi pasar ramadhan seorang diri. saya mahu SUAMI saya.

Syndrome M yg melanda diri yg keterlaluan juga membuat tindakan saya diluar jangkauan.
mudah merasa annoyed dengan apa sahaja disekeliling.
amoi diopis didepan saya pakai baju stripey dan matchkan dengan seluar stripey. lihatlah, bnde itu pun boleh saya annoyed.
boss mem'print' document sebanyak 200++pages pun saya boleh annoyed. sebab mesin printer godang tu tepi saya dan rasa mahu hempas printer itu. boleh tak?
bunyi lampu signal mamat motor ditepi saya ketika berhenti di traffic light itu sungguh bingit. argh! mahu saja saya turun dr kereta and meminta beliau menghentikan signal itu.

rasanya perlu mengurungkan diri didalam bilik gelap selama 44hari.
menchik!!!

Monday, August 23, 2010

masih di bulan ramadhan...

Entah la napa.
agak kurang bernafsu meng'update' blog sejak kebelakangan ni. barangkali hanya bernafsu melihat suami saya sahaja. oi! not in 18 SX version ok. barangkali keterujaan petala ke 88 apabila menjelang pagi jumaat dimana suami akan tiba.
tapi saya masih lagi teruja. menjengah belog2 yang lain. juga menjengah belog2 berunsur resipi2 masak-memasak.
sungguh sgt menggembirakan bulu hidung ini apabila dapat mencium makanan yg dimasak sendiri fresh dari dapur rumah yg hanya selebar dua kangkang kera. kembang kuncup idung sesudah memasak. percayalah, segala penat jerih berbaloi. hihihihi... walaupun sekadar goreng telur membuatkan suami tambah nasik dua kali, sumpah rasa nak goreng 8biji telur sekaligus setiap hari.
ilmu masakkan alhamdulillah telah bertambah. last friday berjaya mencuba membuat my very first buah melaka @ also know as odeh-odeh. terima kasih suami sebab susah payah tolong uli tepung. kahkahkah.. suami mentertawakan saya sebab lepas ban cuh tepung and saya nak uli pakai sudu. sampai lenguh tangan. berat siot dengan tepung yang dah naj sebati tu. pastu suami la tolong uli2 nmenjadi doh yg seswai sebelum suami gentel2 comel2 je bulat. dh la sama size semua. kalau yg saya buat semua bulatan sebesar badak. kenyang kot kalau makan saya punya. suami punya kena dua-tiga bijik baru kenyang.
maaf, gambar tak pernah sempat nak amik sebab sangat fokus nak makan!!
and saya juga telah berjaya mebuat fish fillet with honey lemon sauce. slrrrpppp!!

weekend ini akan berbuka puasa dirumah bonda mertua. telah meng'apply' cuti extra jadi saya akan berada di utara bermula jumaat malam sehingga ke selasa malam. 1st time berbuka puasa sebagai menantu. barangkali ini salah satu part paling men'seronok'kan bila berkahwin. keluarga menjadi super besar and boleh meraikan dengan orang lain selain mak ayah kita and alhamdulillah, saya tak pernah miss weekend berbuka puasa tanpa keluarga. hopefully masih dikurniakan kudrat sampai ujung puasa masih tabah nak berulang alik berbuka di rumah setiap ujung minggu.

alhamdulillah puasa masih penuh, err..tengok la. another 2 more weeks to go. harap full hingga ke akhirnya.

p/s: napa cerita bulan2 puasa ni best2? sangat menduga jiwa yg nak pergi tarawikh. harus dibakar decoder ASTRO itu.... T_____T

Sunday, August 15, 2010

missing the other half..

send him off to terminal bukit jalil at 8:30am today. manage to hold my tears until i safely reach home (afraid that my vision will be so blur to drive home). i miss him terribly. felt like missing him is my new hobby. the best thing ever happen in my life is to married him. felt a bit reluctant as he was soooo looking forward to teman me utk buat the buttercake last night, but i'm just too exhausted after the tarawikh. on last friday we manage to had our 1st bukak puasa together as hubby n wifey. sempat la masak butterprawn, bawal masak sambal n goreng sayur and also sup cendawan. i kinda enjoy duduk dirumah dan memasak la plak. wahahaha.. collect baju melayu hubby and my very last bju raya utk thn ni. alhamdullah. my baju is perrfect. just bju hubby a bit besar since hubby a bit susut now compare b4 kahwin

Published with Blogger-droid v1.3.5
 

Template Design By:
SkinCorner