Tuesday, November 3, 2009

Warkah buat akak sebelah umah,

Akak Sebelah Rumah, Telah lama saya menjadi jiran di sebelah rumah akak. Kalau masuk bulan november, genaplah 1tahun 6bulan rasanya saya menjadi jiran sebelah rumah akak. sepanjang tempoh ini, seingat saya, tidak pernah lagi saya membuat onar dengan keluarga akak apatah lagi bermain mata dengan suami akak (kalau buat pun nescaya saya terlebih dahulu di sekelah oleh incik tunang saya) walaupun saya jarang bersembang dan bertanyakan walaupun nama akak, saya tidak pernah terlupa bertanyakan khabar kepada kedua-dua org anak kembar akak yg sering sahaja bertenggek di pagar sekiranya saya pulang ke rumah. oh! saya juga tidak lupa utk bagi duit raya pada tahun lepas juga tahun ini kepada anak-anak akak walaupun sekadar di pagar. Akak sebelah rumah, Ketahuilah akak, hari ini, saya selaku jiran disebelah umah akak telah mencapai level kesabaran yg over maksima. Andai la kata ini semua hanyala satu prank show di televisyen. seperti wakenabeb ke... and ntah pape tv show lain lagi yg saya tak kuase nak memenuhkan kapasiti otak saya utk mengingatinye, tentu sahaja rancangan ini berjaya menjadi hit. sekirenya akak ade letak pengukur-kesabaran-level di badan saya, tentu sahaja pengukur itu telah pecah dek kerana hari-hari hit the max level. Akak Sebelah rumah, Saya tahu akak juga manusia biasa seperti saya. tapi mengertilaha akak, setiap hari hidup saya disulami dengan tangisan ala-ala soprano anak kembar akak yg dah besar gajah tu membuatkan hidup saya dalam derita. Akak bayangkan tidur pagi saya hari-hari sering terganggu dengan jerit pekik tangisan anak akak. hari-hari jugalah saya terjaga dengan jantung yg berdegup kencang seolah-olah saya baru sahaja menamatkan pecut larian 2x100m kerana terlalu terkejut mendengar jeritan dan tangisan anak-anak akak. bukan itu sahaja, di kala saya sedang menikmati mandi pagi yg sememangnye sentiasa ditemani muzik gamelan suara tangisan anak akak, ia juga sering diselang selikan dengan kehebatan akak ber'soprano' mengejutkan laki anak. andai kata kejutan itu berbunyi menggoda seperti "abang bangun la abang, nanti ayang tak nak sayang abang dah" saya masih mampu tersenyum, tapi kalau dah dengan jerit pekik "Abang ni tak reti nak bangun ke. nak hantar anak sekolah? mama ni dah la lambat nak gi kerja" adakah akak pasti saya masih mampu tersenyum manis? akak sebelah rumah, bukan itu sahaja akak. saya mengerti andai kata anak-anak akak jenis liat bangun pagi dan suka menangis ala-ala nak kena dapat penampar kasih dan sayang di awal pagi, tapi bagaimana pula ketika anak akak sudah pulang dari sekolah? ohh!! ada ketikanya saya sangat meluat duduk dirumah walaupun saya membayar sewanya. adakalanya saya prefer merayap seharian suntuk terutama dihujung minggu bagi mendapat ketenangan. pulang sahaja dari bekerja, saya sering mendengar maki hamun bukan dari akak tetapi dari kembar akak ketika menangis atau mengamuk. "mama bab*, mama bodo*". akak, saya mengerti andai kata anak akak yang seusia 6tahun itu memang hobi masa lapang menangis tapi haruskah saya menerima juga apabila tangisan dan perkelahian mereka diselang selikan dengan sumpah seranah yg saya di usia 23tahun ini pun jarang melontarkan kepada umat manusia yang lain? Akak sebelah rumah, bukanla saya nak kata saya makhluk tuhan paling sempurna, tapi apabila tangisan yg memecah gegendang telinge saya disamping sumpah seranah anak-anak akak, saya juga takjub dengan amplitude suara akak memarahi suami akak. bukan nak menyibok rumah tangga bahkan saya langsung tak ingin ambil peduli. tapi disebabkan kelantangan suara akak sendiri menyebabkan saya dengar loud and clear bak kata omputih. ada kalanya saya terfikir sejenak "macam ni ke kalau after kahwin 10tahun" dan saya menjadi amat gerun bila memikirkannya. kadangkala ketika saya perlu membancuh air di dapur atau memasak ala kadar didapur, saya terpaksa meninggalkannya separuh jalan dan terus menuju ke ruang tamu. oh! bukan saya tak reti nak buat air atau terlupa resepi. cuma saya tak dapat menahan telinge apabila mendengar leteran akak dan tangisan anak-anak akak. Akak Sebelah rumah, Memang saya akui saya anak bongsu dan mesti akak ingatkan saya tidak biasa beradik. Untuk pengetahuan akak, saya sering menghabiskan cuti panjang saya di zaman sekolah sehingga sebulan dua lamenye tinggal bersama mak uda saya yang mempunyai 7org anak kesemuanya. ketika itu yang kecik baru sahaja berusia beberapa bulan dan anak2 mak uda saya masih kecil semuanya. yang membezakannya, walaupun quantity anak mak uda saya seramai 7org itu, tidak pernah sekalipun anak-anak mak uda saya menangis menjerit2 macam anak akak. kadangkala saya terfikir sama ada anak kembar akak ini sebenarnya tersampuk histeria atau mereka sebenarnya mewarisi bakat soprano akak. Akak Sebelah rumah, Acap kali saya terfikir utk pindah sahaja dari rumah itu. namun, hati saya amat berat utk berpindah kerana rumah ini sahajalah yg mempunyai porch boleh menampung ketiga-tiga buah kereta kami dimana ini memberi jaminan bahawa kereta kami berada didalam secure area. disamping itu, kedudukan rumah ini amat strategik. saya juga amat senang dengan kedua-dua orang housemate saya especially kak yan. Housemata saya juga amat tabah menghadapi tangisan dan jeritana anak akak terutamanya apabila mereka perlu bekerja shift malam. mengertulah akak, apabila mereka bekerja di shift malam, mereka memerlukan waktu tidur siang yang amat berharga. tangisan dan jeritan akak dan anak-anak amat menyukarkan mereka utk menikmatinya. ada ketika, housemate saya yang satu lagi lebih gemar berulang dari rumah bonda di Sg Petani sekiranya beliau bekerja di shift malam. agar tidur lena di siang hari beliau tidak terganggu. Akak sebelah rumah, saya juga musykil bagaimana setiap butir bicara akak mampu didengari sampai kerumah saya. keluarga saya juga mendiami rumah teres ya. tapi tidak pernah pun saya dengari sampai ke level ini. mungkin design rumah kita amatlah berbeza. ketahuilah akak,saya amat mengharap satu hari saya bangun dari tidur tanpa tangisan dan jeritana anak akak apatah lagi jeritan manja akak. Yang Benar, Jiran Sebelah rumah kiri akak.

5 comments:

Azzwaa said... [Reply to comment]

wahhhhh.. dh siap warkah lagi tuk akak si jiran sebelah akak mdm saprano!

i ingtkan suara u je yg timggi mi..rupe2 nye ada lagik yg pitching higher than u.

*pengsan!*

print out the blog and bagi kat akak tu.. xpon pos je.. huhuhu..

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

ahahaha...
i pun berhajat mcm nak print je pastu letak kat post box die.
i ase nak tunggu die stumble upon my blog mcm not in a million years je kan.

i bukan takat nak pengsan, dh level nazak ni.

incik tunang kata "u jgn dengar sgt. tak elok" pengaruh tak baik terhdapa institusi kekeluargaan,

Yani said... [Reply to comment]

Makcik! Letak ja bommmmm atomic kitten kat umah si akak sebelah rumah tue. Kenapa orang-orang nak cakap screaming! shouting!! tak leh ka cakap lemah lembut! heeeiishh! luciky my neighbours sangat la diam. DULU. Zaman i tengok Americal Idol bersama housemate ku nan sorang itew, sure jirans ebelah rumah cakap kami kena sampuk! tup jerit! tup tup jerit lagi. Semua ini adalah kerana penangan Anupp and Kriss Allen. Tetapi housemate ku itew sangat obses ngan si jejaka gumuks itew.

Kepada kamu makcik,
kesabaran la ya! Bulan Febuari 2010 kamu akan pindah dr situ buat selamanya! Jangan lupa cari rumah area KTC3 ya!!

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

yunap : ohh..alangkah indahnya dpt hidup dgn tenang dan aman macam kamu.
ye!! sgt tak sabar nak pindah! tapi nak pindah area my house jugak kot

1) malas nak angkut barang saya yg byk
2) the only rumah yg porch leh muat 4kete.

tapi jauh sket dr jiran saya sekarang la yg pasti.huhuhuhu

budak cari hari said... [Reply to comment]

hmm.babe.

why don't u talk to her slowly.
kesian kat laki n anak2 dia.

 

Template Design By:
SkinCorner