Friday, August 27, 2010

bersyukur sekarang jugak!

Kamu tahu hari yang paling best dalam dunia hari apa?


Hari gawai? Hari krismas? Hari raya?

Tiada seperti diatas. Hari yang paling best di dunia adalah hari bertemu suami.

Sungguh berdebar2 menunggu hari itu. Seperti berdebarnya macam nak nikah dlu.

Eh, memang la kamu tak peduli, suami kamu bersama 24jam. Tsktsktsk..T____T

Dari malam lagi sudah mem’pack‘ barang. Excited tak terkira. Jam 4pm nanti sudah mahu bergerak keluar.



Ada satu budak bangla dekat my department. Budak ni sungguh budak. Muka macam tak mumaiyiz lagi. dalam perkiraan saya dia baru sahaja seusia 18-19 tahun. Dia adalah cleaner in charge for our department. Previously ada la mamat bangla yg lain, but unlike the previous mamat, this bangla boy selalu mencurik perhatian. Eh, bukan sebab dia sexy ada 6-packs atau muke mcm brad pit. Muka dia biasa2 sahaja. Tapi kami semua sangat impress dengan beliau.

1) Punctual.

Kamu tahu, dia sangat punctual setiap hari. Bukan punctual setakat datang kerja. Tapi setiap kerja yang dilakukan sure punctual punya. Kalau pkl 8am dia siap dah bawak kain nak lap meja2 and kemas2 kan meje kteorg, pkl9am tu kompom dia akan masuk department saya bawak vacuum. Kalau pukul 4pm tepat dia datang amik sampah sarap.



2) Kemas.

Beliau sangat kemas orangnya. Hari2 seluar slack iron tajam bahagian edge tu yg kalau kau touch leh luka jari la. baju tuck in. pakai belt hitam. Rambut sentiasa potong pendek kemas macam askar.



3) Manisnye senyumanmu.

Serious cakap, kalau muka ensem tak reti senyum buat apa. Tapi mamat ni selalu je senyum walaupun tak ensem. Sungguh pemurah senyuman. Tak pernah plak saya tengok muka dia masam marah2 atau tak puas ati. Sket2 je senyum. Sejukk ati tengok.



4) Teliti

Dia kerja sungguh teliti buat kerja. Kamu tahu, dia ikat beg plastic dekat dlm each dustbin sungguh kemas. And akan position kan balik dustbin tu exactly the same coordination. Kalau dia shred kan waste paper kteorg, kompom sekeping2 la dia masukkan sbb dia takut paper tu stuck. Kalau saya buat, sure masukkan byk2 sampai stuck. Pastu panggil bangla boy ni utk betulkan. Kahkahkah…



This bangla boy boleh cakap bahasa melayu. Not really fluent tapi boleh la saya paham sket2. And during lunch time, dia akan duduk kat tempat shredder tu nak shred paper kteorg yg bertimbun. Salunya time2 ni la saya bercerita dengan dia. He came from poor family tapi not so poor. Eh dia tak cakap la bab not so poor tu. Sebab I yg assume sendirik.sbb kalau you are very poor ko tak leh kot nak bayar datang sini. His brother dengan dia yg kerja di Malaysia. Dia kata kalau mereka yang dapat kerja dekat obersea ni kira sangat hebat la. Mcm kalau kau balik kenduri 5 kampung. Wahhaha.. saya la kata. Dia tak kata kendurik ke apa. Aritu saya tanya, best ke kerja sini. Dia cakap memang kire best sangat2 la. Dia dengan proud cerita dia buat apa and all his duties.



Kamu tengok, betapa la dia menghargai kerja dia as a cleaner. Dah la daily work time dia lebih dari saya, 7am to 7pm tuh.

Dengan pendapatan yg mcm tu lagi.

Eh, sungguh menginsafkan ok. Pasni nak komplen2 pasal kerja pun kena pikir panjang. Sian tengok dia kerja keras sampai 3tahun tak balik jenguk mak ayah kat kampung. Kita yg masih leh jenguk tiap2 minggu pun sometime tak jenguk. Sobsobsob....

Thursday, August 26, 2010

un'sangka'rable.

Hari ini adalah hari gaji. hari gaji pada kali ini sedikit berbeza. kerna hari ini mereka mendapat bonus. diulang sekali lagi MEREKA. Mereka disini adalah bukan termasuk saya. tidak. saya masih newbie disini.
masih tidak layak. sobsobsob...T_____T

Juga, red flag telah berkibar dengan selamatnya. dayang, prediction anda tidak tepat. anda tidak boleh menjadi nujum pak belalang.

Antara fashion designer yang invented bajuan dengan mereka yang re-construct bajuan lama, siapa yang lebih hebat?
saya rasa those yang membuat bajuan lama menjadi new look hingga membuatkan my jaw drop open itu sepastinya hebat. really un'sangka'rable. kagum betul tengok how she turn old,junk piece of clothes that she found from $1/lb shop to super awesome outfits.
heh..tapi saya tak leh la kan. sebab nak potong pendek2 kan baju tu baru nampak stunning *ahhaha..alasan*
sungguh kreatip ya prompuan ini.

sudah excited mahu pulang. hari ini cik ilmi wan kembang akan tidur di teratak saya kerana beliau outstation ke seremban. oh! maka,adalah teman mahu berbuka puasa hari ini dan bersahur esok hari *saya la teman dia. saya tak puasa pun*.
dan esok, mahu pulang ke rumah in law till Tuesday ini.

p/s : cuti raya sudah di approve. nasib! else, ada jugak kereta boss kena pancitkan ni. bukan saya, tapi suami yang pancitkan sebab raya side dia la yang memerlukan saya untuk cuti tambahan T____T

Tuesday, August 24, 2010

just annoyed!

kau lihat.. seperti ada kerajinan disini.
menukar header belog sahaja mengambil masa sejuta jam.
sumpah! saya memang bengap tentang hal ini. kenapa ada orang begitu arif? cemburu! pasti nama saya juga perlu ditukar kepada nama ARIF agar lebih arif dalam hal-hal sebegini.

Mood agak keterlaluan dua tiga menjak ini. swing nya lebih laju dari Ferris Wheel.
Barangkali sang suami sudah naik pening melayan. saya benci PMS *walaupun Anne kata saya barangkali mengandung*.
errr..terdapat a little hope. barangkali mungkin bukan? tapi tidak mahu frust menonggeng. another side of me yakin ia hanyalah PMS. bukankah PMS juga muncul dengan pelbagai rupa. kau ingat manusia aja ada pelbagai rupa? ada seperti Lady Gaga, ada seperti Heidi Klump dan ada seperti saya.

masih berasa jelek melihat background belog ini. sgt annoying tapi mahu berhenti me'repair'nya.
esok lusa bila rasa ada keazaman barulah ditukar. atau barangkali perlu tukar nama kepada AZAM supaya ke'azam'an akan meningkat naik sprti menaikki lif ke puncak Menara KL.

Kerja di opis sudah setinggi Gunung Kinabalu. sindrom M yg melanda dr minggu lepas adalah puncanya. menyebabkan hari ini pulang yg amat lewat dibulan puasa ini yakni jam 6:30pm. buat pertama kali, saya telah memecahkan peraturan diri sendiri. yakni berbuka puasa dengan hanya tapau di luar. sudah berjanji untuk memasak setiap hari namun hari ini tewas kerana risau hanya akan berbuka puasa memakan meja dan kerusi dining. namun yang pasti, saya tidak akan menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. biarlah, Pasar Ramadhan terlalu istimewa utk pergi bersendiri. sangat busyet ok! sebenarnya diri terasa teramatlah LOOSER bila kne pergi pasar ramadhan seorang diri. saya mahu SUAMI saya.

Syndrome M yg melanda diri yg keterlaluan juga membuat tindakan saya diluar jangkauan.
mudah merasa annoyed dengan apa sahaja disekeliling.
amoi diopis didepan saya pakai baju stripey dan matchkan dengan seluar stripey. lihatlah, bnde itu pun boleh saya annoyed.
boss mem'print' document sebanyak 200++pages pun saya boleh annoyed. sebab mesin printer godang tu tepi saya dan rasa mahu hempas printer itu. boleh tak?
bunyi lampu signal mamat motor ditepi saya ketika berhenti di traffic light itu sungguh bingit. argh! mahu saja saya turun dr kereta and meminta beliau menghentikan signal itu.

rasanya perlu mengurungkan diri didalam bilik gelap selama 44hari.
menchik!!!
 

Template Design By:
SkinCorner