
Wednesday, June 24, 2009
money does matter!!
and again hari ni i'm still in the ofis even dah pkl 7.30pm.
sebab-sebab utama :
1)meeting abes 6.30pm
2)byk keje
3) tgh search dewan
sgt stupid!! saya masih belum berjaya menempah dewan. OMG!!
mati la mcm ni. what if dewan tak berjaya di booking!!
requirement saya sgt byk but duit ciput je.hikihikhik..pity me.
obviously, my first requirement is dewan ber'aircond'. saya nak both hadirin n me,myself selese!!
then leh muatkan org min 500pax at one time... so, dewan2 kecik not acceptable!!
then dewan musti dekat area rumah.
and looking for dewan is really a tough job!!! and its pretty headache bila hari ini just found out that one of my fav dewan "Tidak akan disewakan pada majlis perkahwinan bermula 1 januari".
ok, my wedding just fall on 2nd of jan. tak bley ke kira kwn2 n allow me utk berkahwin di situ?
ohhh nooooo....saya sanggup ubah date ke Dec if possible. but hell NO!!! penuh smpi end of dec. yg free pun dewan tu on 16tn of dec (gilo apo kawen ari rabu)
GENTLE REMINDER! for those yg plan kahwin kat dewan, book dewan awal2!!! jgn jadi mcm saya.
so the only hope for now is Dewan MBSA. hopefully sept ni dpt reserve. sgt terjerut skrng ni. dewan ni open booking sept for any wedding in 2010. err..but my wedding is just a day after dec, bagi je la book awal kan? sengal betul. huish...aimi, chill2...nanti hiper tension.
ok, mood kembali ok. (senyuuuuummmmm)
just bought the ticket for honeymoon. (dewan x dpt honeymoond ticket dh beli).
takpe2, yg penting saya dan hafiz tak stuck honeymoon kat Penang. ngeh3...
weee...tak sabarnya... we are going for 5 days!!!!
(senyum lebar dan lebar lagi!!)
at least selesai satu bab.
mama? dah start dgn wedding checklist. ark!!
alamak...carpet, langsir, all this thing.... pusing kepala ku.
erm, my car road tax due semlm. hikhikhik...nih tak renew lagi ni...
dpt gaji la renew...duit lagi...
err...Oct nih nk gi jakarta & bandung.
phew...need to do some saving dah la kan starting this month. i just did something impulsive yesterday. bought another LC bag.
hikhikhik...kenapa la saya ni sgt boros.
tak kire mcm mana mama & ayah lecture pun, bab tu sgt tak dpt diubah.
natural born!! its running in my blood.
very2 impulsiveeeee!!!
and the worst thing is, inick hafiz tak pernah marah!!
orrr...maybe ada intention nak marah tapi tak sampai ati bila saya buat my puppy face kot!!
and saya sentiasa ada hujah2 utk menegakkan kenapa saya perlu bag tu. by the way my crossbody LC tu not even reach me yet but now looking for another bag?
ok, so maybe at the end of the day i need to say good bye to one of the bag aight?
wedding n money ni sgt closely related kan?
u dunno how much u r going to spend untill the day u decided to get married.
even engagement pun i did spent duit yg agk byk (measure sbg fresh grad yg bru bekerja punye gaji)...
wedding? i think by end of the day all my saving will be TOTALLY gone and NEGATIVE juga mungkin ada.
adoiiiiii... benjol pala pikir.
so those yg BARU bercadang nak BERTUNANG or KAHWIN, be prepared. simpan duit dari hari ni.
yang belum ada bf lagi pun apa salahnya.. money does matter la sekarang ni.
wediing photographer pun cikai2 lebih dr RM2500. itu baru satu bab.
make up lagi? dah nama raja sehari, takkan nak suruh cik kiah depan rumah make up kan pulak, cikai2 make up utk satu event dekat rm500. itu bukan level Sue Cantik or makeup artis siti nurhaliza tu.
dah tu takkan la 100% nak tadah kat makayah kan?
malu la babe, dr menyusu badan mak sampai dah nak buat masjid sendiri asyik tadah, mesti la duit sendiri mau keluar sket. at least photographer byr sendiri, baju pun bayar sendiri, make up bagai.
serabut bukan?
tunggu dan lihat bila kena kat batang hidung korang nnt.

Tuesday, June 23, 2009
durian yummy2
its already 7pm i'm still in the office. hebat bukan?
sayalah bakal menggodol awards pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang sepanjang zaman.
Incik Hafiz sudah pulang ke rumah. mungkin di kala ini sedang baring golek2 atas katil.
tapi saya? masih perlu menyetelkan kerja2 yg tak settle. boleh jadi separuh gila mcm ni.
esok, saya kena present in the department meeting. sgt membunuh!!
oh no!! abes la semua manager2 akan chop my heads off and tembak pakai M16.
mati3...
i just found out that i need to present tomorrow at 4pm harini.
preparation? ZERO.
takpa, hope boss at my side tomorrow.
quite happy today. finally manage to log in using the skype kat ofis. we had our own chat medium kat office called as communicator. since dah ada itu communicator, all those chats such as YM ke, MSN ke, sume kne banned. IT sgt effiecient dlm menjlnkn tugas ya.
ni cmne ntah Aiman budak OPC tu bagi this skype file and leh access kat opis.
yeaaayyyy..so those yg skype time keje, leh la skype me supaya dapat mengubat kebuhsanan di saat2 bekerja. (skype : aimi.hazwani). sempat gak skype dgn along terchenta time busy2 tadi.
my weekend? ohh..sgt superb. as always, full dgn aktiviti. tidur rumah my future-in law. ehem..ehem..
how was it? err..ok, saya bangun pukul 8.30am. agak2 mak incik hafiz akan reject saya tak?
wahhh... tak tau la apa mak dia akn pikir psl saya kan. bangun lambat!!....pemls punya ank dara la saya ni.
kira ok la tu, kalau kat my house saya bangun pukul 11.00am lagi tuh. hikhikhik...
yesterday meet up dgn our wedding photographer utk side hafiz. dia sgt sporting and cool. give us some good tips. which dress colour yg ok dlm pic, etc. and his job so far yg saya tgk tak menghampakan la. saya rasa tak kekok kot nak work with him nanti.
Ada dua sesi shooting yg nak kena buat before wedding.
Post engagement shoot & Pre-Wed shoot.
rasa macam artis la pulak kan2?
hikhikhikhik...perah santan sungguh.
Post engagement ni plan nak buat kat Mengkuang Dam je. nice place n view.
While pre-wed nak buat kat Penang Road n Pulau Jerejak.
Hope la angan2 kosong ku ini menjadi.
And believe it or not, i'm officially a durian lover!! since when?
ahahah...ok...saya bukanla durian lover before. boleh kira dgn jari je durian yg saya makan.
sangat tak boleh terima durian before.
but now? oh hell!! saya sangat suka. ni semua hasil penat lelah dan titik peluh my sweetheart, incik hafiz yg memberikan dorongan memakan durian. sangat best durian area northern!!
rugi korang tak rasa. especially durian kucing tidur. yummy2.
tak tau la plak dorian sesedap ni. kalau tau, dr dulu lagi la saya makan.
rugi 22thn tu tak makan durian. ihikhihik...
so, last saturday, saya dgn mantapnya telah ikut kwn2 lain balik ke kampung Fitri (one of our fren) and makan doyan sepuas2 ati. yeayyyy... best gler kampung fitri nih.
ada buah macam2. doyan sgt2 la byk, them rambtan sgt sodap plak tuh.
mak dia siap buat pulut durian lagi tu.... sedap hingga ke titisan terakhir wa cakap lu...
and for the 1st time saya tengok buah yg menghasilkan asam keping. ye, saya sgt sakai. tp saya bet most of u pun tak pernah tengok kan? buah ni ada kat dusun tok Fitri oooo....
clap..clap..to fitri yg telah sudi bwk kitoegr m'habiskan doyan2 ko.
pics akan di upload esok sbb incik hafiz tak transfer lagi pic!!

Friday, June 19, 2009
merapu macam azu
ahahah...
saya baru sahaja calling2 azu. walaupun mulut dan jasad bercakap dgn azu, tapi my soul dah sampai kat London.
ngeh3....
ye..saya merapu gila tadi.
period pain datang lagi. oh, kali ini membawa pedang satria yg pnjng lagi tajam.
tusuk2 dan hiris2 itu dinding rahim saya...
sakitnya!!!
takpa2 beranak lagi sakit kot kan.
hari ini banyak gila kerja. tapi tak tahu la nak cakap macam mana, saya langsung tak dapat petunjuk/pedoman/dorongan utk membuat kerja.
biarkan...biarkan email itu bertambah. biarkan mereka terus telefon saya (hell!! saya ada ID caller. so, kalau saya tidak mahu bercakap dengan kamu, saya boleh pilih utk tidak angkat ya para engineer!)
mood level down to ZERO.
saya memerlukan theraphy. shopping? oh, alangkah indahnya kalau dapat dilakukan dikala ini.
saya tetiba jadi cuak bila teringat pasal my credit card bil.
oh man... bulan ini sure bil CC saya ini bakal membuatkan mata saya juling.
(p/s:incik hafiz, kasihanilah ur fiancee. apa kata u invest pulak kt my CC punya bil. its REALLY a good investment. investment jangka masa panjang. nnt dpt saya dan zuriat!!)
zuriat?
ya.. tadi saya ada baca pasal thalesemia. ehem..ehem... satu lagi preparation menuju ke gerbang perkahwinan.
saya, Aimi Hazwani dan fiancee, Mohd Hafiz akan menjalani ujian darah bg menentukan sama ada kitaorg ni thalessemia carrier or not pada tanggal 29 June 2009.
Nekad!
sangat nekad kali ini.
oh, saya dah beberapa kali menangguhkan sesi ini. takut dan cuak.
what if both of us is a carrier? kami mungkin akan meneruskan wedding ni. maybe we choose utk amik anak angkat. ->hope tak la kan.
for those yg masih clueless psl thalessemia ni; this is some input yg saya leh share berdasarkan pengetahuan saya yg sama2 cetek ni :
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
Jenis TalasemiaTerdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyaikecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemiaatau pembawa
Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyaibaka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pesakit Talasemia
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan TalasemiaSaringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
Gerun bukan? the more you know about thalessemia, the more ia menggerunkan hati.
kesimpulan : if only BOTH of you is a carrier, baru la anak ada chances penhidap. tapi tu semua kuasa tuhan kan?


Subscribe to:
Posts (Atom)