Showing posts with label love pad. Show all posts
Showing posts with label love pad. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

house progress yang selow melow.

i baru balik makan.
alhamdulillah sedap makan wantan mee. makan kat cafe opis je. yelah, cafe opis je yang paling murah. eh, perlu ke buang siaran ulangan ribu-ribu kali makanan kat cafe ko murah? tapi i suka je show off kat my along yg keje kat Ampang Park tu. ape u ingat u keje kat Kota Raya pestu leh singgah Sogo hari2 best sangat? i lagi best. walaupun kat ceruk-ceruk yang tak berapa nak ulu, makanan kat cafe i murah tau. ko ada Wantan Mee penuh semangkuk sedap plak tu siap ada Dimsum berharga RM1.70? ada? ha..nan adoooo.. mana nak dapat mee goreng sepinggan hentak nak makan macam ko bela hantu raya dalam perut banyaknya pun baru 50sen ok. macam zaman-zaman i sekolah je regenye kan?

pejam celik pejam celik, dah nak puasa. so this year adalah 2nd time puasa sebagai isteri.
and seperti tahun lepas, sahur and bukak posa sorang-sorang lagi la gamaknya.
walaupun i boleh balik kerja bulan puasa seawal 4.45pm, tapi takde makna la kalau balik awal sekalipun takat masak nasik ngan goreng telur mata kerbau je. nak buat camne, bukak pose sorang2 salunya kurang nefsu. nak gi bazaar ramadhan plak bisa mengundang onar. kang tengok laki bini terkepit-kepit dua orang kat bazaar ramadhan tu, i pulak yang meroyan teringat laki. kompom makanan tak jadi beli, puasa pun nak hampir2 terbatal asyik tersedut air mata je nanti. sadis ok sadis. ingat best ke bukak posa sorang-sorang sambil bertemankan tv?
hope next year dapat la puasa berdua. dapat la bangun sahur masak bagai. dah namanya duduk sorang, sahur pun salunya nestum je la kan. dapat la terhegeh-hegeh ke bazaar ramadhan berkepit-kepit jugak. dapat buat orang lain yang laki jauh meroyan tengok kiteorang berkepit pulak.

8 months to go sebelum i officially pindah for good.
tapi tetiba i feeling nervous breakdown. serius tak tipu ni.
rasa macam berdebar-debar time nak kawen dulu.
korang imejin je la dr lepas kawen aritu sampai nak 2 tahun kawen, i duduk sensorang on most of my days.
weekend je ada laki. itupun sibuk travel ke utara la, ke selatan la.
ni kang nak pindah duduk sekali balik, macam orang baru kawen la pulak rasanya.
errr..ari-ari balik kerja nanti nak kena masak ke?
nak kena buat bekfes laki ke?
nak kena masak apa kalau dah hari-hari masak?
nak buat laundry hari-hari ke?
nak kena iron baju laki gak ke?
aiyoooo.. nak kena ejas balik routine i ni. tak leh la nak berfoya-foya kat opis lagi lepas waktu kerja camni.
i nebes tau. nebes mcm pengantin baru. T_________T

and the house still in progress.
the shoe cabinet tak settle lagi. since bajet makin mencerut rasa, nak hire orang buat shoe cabinet juga semakin tough. dah tu, keinginan besar, duit ciput. mesti la tough kan?
and nak kena buat cabinet lagi for laundry area. laundry area dah la cenonet. tragis je nanti nak menyetelkan laundry terkumpul nanti. kompom aktiviti bergesel punggung akan terjadi sebab the area for laundry memang limited.

Apesal laundry area mat saleh ni semua va va voom ar? rumah orang mesia ada ke laundry area cenggini?
dah rumah i ni bumbung ku,lantai mu, maka harus diingatkan saiz rumah hanyalah sebesar tapak tangan sahaja. "sayang, i doakan u cepat-cepat jadi Director. pasni kite buat bengalo la pulak. leh i buat laundry area cenggini ye?"

and last but not least in our things to do untuk fasa ini adalah to modify our existing kitchen cabinet nak change one of the drawer jadikan breakfast table. eh camne nak explain? nanti dah siap je la i tangkap gambo.

fasa seterusnya ada gak. tapi nanti-nanti la. maybe after i pindah. duhet kabi nehi. ke ada orang sudi nak sepon dana rumah i? kasih sayang i yang tak terhingga i return kat u oll nanti.

Thursday, February 24, 2011

home SWEAT home..oh really! you make me sweat.




I have to admit. There’s things I like and dislike about our house.

But, nothing such a perfect house wasn’t it?

Even if you build your own house pun tak 100% about the house you will love.

Nope..i’m still in seremban *in case some of you might be wondering where the hell perempuan ini ketika ini*.

Still yet to decide when will be the right timing for me to move back to Penang.

and the financial sangat menjerut poket buat masa ini. There are thousand of things to do about the house but have to be kept as KIV.
*sweat*

one step at a time. -> i just hate it. cant we just run?
oh duit!! beranaklah di kau.




Wednesday, February 2, 2011

epi chinese new yearrrr!!!

Esok raya cine..
yeaaaayyy..yeaaaayyyy...
kompom malam ni bunyi mercun dam dam dum..
ape ko ingat raya puasa je dengar bunyik mercun tu?

hari ni dalam sejarah bekerja dengan sangat aman damai.
giler peaceful sampai leh bantai tido leleh-leleh air liur basi pun tak pe.
korang bayangkan satu department ni semua cuti kecuali boss dan i.
weeeeehuuuuuuu...
tu tak termasuk department2 lain.
kalau semalam orang dah separuh je keje.
pagi tadi tinggal la suku.
lepas lunch macam takde orang terus.
takat nak lenggang kangkung, menari tarian inang kat main entrance ni ape ke hal la sangat.

seronok giler bila semua orang cuti.
keje pun jadi beres sebab takde umat manusia nak ngaco.
nak korek idung pastu gentel-gentel buat bebola dragon ball pun pasti boleh dilakukan.
boss plak asyik2 keluar ke department lain je.
kompom i la sivaji the boss. pasang lagu siap full blast lagi.
nasib tak terus tukar department jadi night club je lagi sebab tak jumpa lampu lip lap lip lap tu ha.

dan kalau mengikut chinese lunar calendar, our marriage telah mencecah setahun jagung.
last year,we all nikah dua hari sebelum chinese new year dan reception the day after nikah.

and insyallah mid of this year my Angah punya turn pulak akan bertunang....
pic di rompak dari fesbuk nadiea.

bila orang tanya "eh ko langkah bendul ek?"
"tak la..aku langkah gunung terus".
i ada dua orang abang yang tak kawen lagi ok! dan abang-abang i ni pun bukanlah muda belia macam i. nasib la yang sorang ni dah sampai seru nak kawen. kalau tak kompom i buat citer "kasih ku seru 2" plak mcm kat tv3 tu.
and the best part is, nadiea adalah my age. cut story short, dia juga merupakan kawan kepada kawan saya. dah tu tak perlu la nak ber'kakak' bagai kalau dah kakak ipar sebaya je kan.
and my mom dah switch to excited mood balik with all the engagement prep.
good for her =)) 





 and i was hunting for the big round clock yang bukan sket2 punya big. yang serious big dalam 20" punya diameter. habis keluar peluh jantan..peluh betina dan segala peluh2 yang ada kat badan ni.
and finally found one dekat SSF. umang aiihhh..rege? boleh bikin sentap. kalau takat seratus tu kompom dah i rembat. sebab cecah ratusan2 ni terus terkedu la jawabnya.
anyone volunteer nak bagi untuk anniversary present? *hint!* *hint!*



big round clock from SSF

and i'm off to Penang tonight!!! yehuuuu..hello new houseee!
 

Template Design By:
SkinCorner