Monday, May 23, 2011

Sorie la.


Den busy gila lately. My colleague on leave for almost 3 weeks. Dah tu sape je la harapan bangsa dan Negara selain den? Den la terkangkang-kangkang buek semua. Eh, tak..ayat je metafora. Den still maintain sopan duduk atas kerusi buat keje sampai kerut-kerut dahi pastu muke start tukar mcm singa kelaparan bile stress.

Besday yang lalu adalah awesome. Nanti kalau ada kudrat dan kesempatan den update. Sebab sekarang level kemalasan adalah dibawah paras sejuk beku.

So,as korang semua sedia maklum, abg den dah Berjaya ditunangkan last Sunday. The ceremony adalah super nice. Tetibe I feeling nak tunang sekali lagi. Ceittt… ni je some pic hantaran from my side untuk cik nadiea. Nanti full pic of mejlis lepas suami I convert gmbo tu. idok le den reti ape kaedah ntah camera zaman skarang yang format tu ntah ape2 pastu jadi keje nak kene convert jpeg bagai. Eh nyusahkan aje la. Bek pakai camera biasa je cenggitu kan.

ni ha tempat buh cincin. tapi cincin kat dalam tu tak letak lagi. sebab omak den risau i asyik try test cincin untuk anak orang tu. suami, i pun nak cincin tiffany gakkkks!!

ni kain lace for baju nikah.


ni kain untuk baju raya dia. omak den yang kata. tapi kalau dia nak buat pakai ke kendurik kawen pun tak salah kot kan. kain ni i yang pilih time pergi kelantan aritu. tang butterfly tu leftover dari barangan i bertunang dua tahun lepas. kire recycle la. lagi 4 dulang kalau sampai seru i hapload.


Hantaran of course the because dari hasil tangan dan titik peluh ketiak cik bee aka omak den. Save sket duit la kan omak buat sendiri.

Tadi time lunch kenkonon I pergi la survey kedai tayar. Niat di hati nak tukar tayar kete. Since last weekend jadual sungguh la bizi the very macam menteri, so tak sempat la menyusahkan suami pergi tukarkan tayar kat kedai. Since recent tayar depan yang tukar aritu pun suami yang buatkan, jadi adalah zero dengan pengetahuan alam tayar. Tetapi..brand tayar idaman sudah terpahat di hati. Dari awal lagi memang nak pakai cap ni. Aritu tukar 2 tayar tu pun dah request kat suami nak cap idaman ni.



Me : apek, I nak tukar tayar kereta la.

Apek : lu apa brand mau?

Me : I mau Michelin

Apek : hah? Michelin? U pakai apa kereta?

Me : myvi

Apek : hah? Myvi pun mau pakai Michelin meh? *sambil gelak giler*

Siot je..dalam hati aku dah sumpah seranah dah apek ni. Baik punya ko gelak berdekah-dekah depan haku? Memang nak makan tapak tangan dah apek ni.

Apek : lu apa bikin dengan kereta? Itu race ka? Drift ka?

Me : drive je la.

Apek : itu macam pakai brand biasa2 pun ok ma. Itu michelin high end punya. Lagi mahal tau.

Ko tak rasa nak pelempang kat apek tu ke? Sebab aku pakai kete cap mesia pastu kete aku cenonet besar tapak tangan ko nak gelak2 baik punya. Waaaa....salah ke i teringin nak pakai cap Michelin?

Me : i selalu travel ma. I nak good quality.

Apek : lu kompom ar mau ini Michelin? Banyak mahal ooo... dua tayar sudah boleh jimat rm80 kalau lu amik yg biasa2. Boleh pergi KFC kasi makan satu femili.

Ni yang aku hangin. Mau berderai gigi apek ni yang jarang2 ni. Tapi i anggap je la apek ni melawak je kan. Ish, hidup kena positip. Positip! Positip!

Me : I ada duit nak bayar la apek.

Apek : lu tayar mahal-mahal kasi tukar sekali la rim. Baru ngam la sport rim dengan tayar. Ni pakai tayar mahal, rim biasa-biasa tak ngam punya.

Shadaaaapppppppppppppp lu apek. Tak..dalam hati je. i kan gadis sopan dan pemalu. Siot tul la apek tu. Really judge a book by its cover. Ape kete myvi tak layak pakai tire Michelin ke? Ini baru nak pakaikan tayar Michelin kat kete myvi,  belum lagi bawak henbeg Birkins tapi bawak myvi. Kompom meknusia-meknusia lain ber’sok-sek’ kat belakang kate I bawak Birkins imitate AAAA punye.

Wednesday, May 18, 2011

Papeet and Zoo.

Back to reality.


Suami dah pulang yesterday. So macam biasa la, jiwa tengah rapuh. Bilakah bleh jadi fulltime wife ni?

And the recent long weekend adalah super awesome. Sebab for the first time after 15years, we went to Zoo Negara. Ahahahha..seriously, last I pergi time 10years old kot. Hubby and I pergi pun bukan sebab I ngidam nak tengok minatang ke ape. tapi sebab I’ve promised to Papeet to bring him to Zoo when he recovered. He was hospitalized last month anyway. See! I’m a good aunty. Rela menghabiskan masa 4jam kat zoo walaupun kalau ko gi soping leh dua trolley dah dapat barang dalam masa 4jam tu.

But the zoo trip adalah sungguh seronok ok. little that I knew zoo Negara adalah sangat besar. Besar yang sangat2 besar sampai kaki lenguh. pastu nak naik shuttle train tu malas sebab nak kena angkut stroller papeet segala. eee.tak kose betul. so at the end, we all walk and walk and walk and walk..
Gambo later-later la I post. Sebab suami tak sempat transfer lagi gambo.

FAQ from a 3 years old boy.

Elephant.

Papeet : ashu, kape..kape…kape ekor elipen tu kat hidung? *kape as refer to kenape*.

Ashu : sebab..sebab… *seriously, I’m lost with word. Giler ko, cmne nak jawab?*



Tiger .

Papeet : eeee...somelnye tiger tu. *somel = comel*

Ashu : *dalam hati, wait till the tiger ngapp u!*



Camel.

The camel dengan bangganya poo in front of us time we visit their territory.

Papeet : kape..kape..kape kemel tu beyak? Eee..tak malu. Kape ye tak pakai pampers cam papeet?

Ashu : Sebab mummy dia tak keje pastu takde duit nak beli pampers. *agak-agak logic tak jawapan nih?*



Amik Gambar.

Ashu : papeet, ambik la gamba dengan kambing ni.

Papeet : tak nak, nanti ‘kabing’ makan badan papeet.

*padahal kambing tu dalam kandang ok*

Ashu : papeet, amik la gamba dengan giraffe ni.

Papeet : tak nak..nanti ye makan ‘tinge’ papeet. *tinge = telinga*

Ashu : papeet amik la gamba dengan bird ni.

Papeet : tak nak, nanti ye pijak papeet.

Bird pijak ko ada efek ke pun?


Changing Diapers.
Ashu: papeet, kenapa papeet ni pakai pampers lagi? Kan dah besar.

Papeet : sebab..sebab...Damya pun pakai pampers lagi. Damya lagi besar.

T____T ceit... kalau kawan tu pakai pampers ko pun kena pakai pampers lagi ke?

Ashu : dah la..ashu tak nak pakaikan pampers. Nak kencing nanti cakap.

Papeet : kalau papeet kencing sini, sini, sini nanti sape nak lap? *sini,sini,sini refer tu sana sini la*

Ok fine! Den malas nak lap segala. Meh le kite pakai pampers. Plus, bukan duit den yang kono beli pampers papeet pun.

p/s: by the way, besok birthday den. korang dah siap belikan hadiah? nanti den sms kan addressnye... sian den. dah la laki jauh. nak tiup lilin bday sorang2. kesian tak? kesian tak?

Tuesday, May 10, 2011

menghitung hari..

Life adalah di perkadaran normal. Walaupun kadangkala hari bekerja lebih kepada hari-pain-in-the-ass, tetapi bekerja harus ikhlas. Kalau tak, hidup tak barakah. Ecewah! Sebab hidup nak barakah and kerja haruslah tiptop seperti piawaian yang diletakkan oleh management, maka ko haruslah mengorbankan masa petang ko dan hanya pulang seusai maghrib ye. Apesal dulu lecturer kat uni tak bagitau kalau keje manufacturing jadi macam ni? Kalau tak awal-awal lagi I dah amik keputusan untuk menjadi suri rumahtangga yang menyurikan hari-hari indah suami T________T. takde la jadi kuli batak keje round the clock pastu I men’spoil’kan ari jemaat dengan issue-issue seperti machine down. Ko ingat I ni sailormoon dan ada kuasa bulannnn?


Sibuk menghitung hari nak birthday ke 25 tahun. Ye la, takkan nak menghitung hari nak kawen plak. Nak dapat tapak tangan suami tercinta melekap kat pipi sila la buat kan. I dah lepas fasa-fasa menghitung hari nak kawen ni.

Walaupun akan menghampiri umur 25 tahun, still, age is just a number. Celebrate birthday ke 60 tahun pun diharap saya masih teruja. Siap buat birthday party yang havoc-havoc dan pakai tutu skirt *ni baru namenye orang tua tak sedar diri* lagi walaupun dah 60 tahun.

Nope, I bukan teruja dengan what will I get from hubby as my bday gift *denial*. But more like meng’appreciate’ 25 tahun hidup kat muke bumi ni. Ko jangan la tanya berapa banyak amal jariah ke,pahala ke dah buat selama 25 tahun ni. Kompom tang tu ketaq lutut nak jawab. Tapi more kepada duniawi la kan. cet…sungguh derhaka hamba allah yang sorang ni.

Being 25 adalah once in a lifetime. Ade ke orang umur dia 25 tahun 88kali?

I still can remember clearly 9 years ago, on my 16 years old birthday night, I wonder how my life would be when I turn 25. Of course le jauh dari imaginasi kan. sebab dalam imaginasi tu I kawen dengan filthy-rich husband pastu I boleh bawak kete Ferrari. Ko ada berangan level va va vaaaas cenggitu? Pestu I berangan I akan memakai baju yang sungguh vogue the vaaaas and mempunyai a pair of twin baby. Twin baby? Ape motip dapat anak twin pun tak tau. Sebab twin adalah sangat mencomelkan kot. Pestu ko macam sekali je branak terus dapat dua. Hey…don’t blame me. I’m just 16yrs old ok. Haruslah berangan level langit ke tujuh dan naïve kan.

And 9 years later : yes I’m married. To the filthy rich husband yang kaya dengan kasih sayang and level patient beliau adalah beyond any guy I knew or i’ve dated before *oooopppsss…*. Ko boleh buat statement berani mati cenggini?. Beside my parents, he is the only person on earth who could love me unconditionally, be with me through thick and thin, and never expect anything in return.

Yeah, the twin baby part pun tiada dalam realiti lagi (yet!). anak satu pun takde lagi ni ko expect dapat twin? Kerepek tul. Tapi mana la tau kan rezeki. Pestu terus dapat twin. Aminnnn!

Hubby still can’t figure out what to give for my birthday. Ini tak lawak ok! sebab on his birthday I bought that PS3 Grand Turismo even 1.5months earlier ok. but I cant blame him on this. My wish list adalah berubah mengikut mood. Macam harini nak henbeg, esok nak ipad2, lusa nak kete jaguar. Pestu dia confuse sebenarnya ape I nak.

However this year, I beg to differ. the only birthday gift I wish I could have for my 25th birthday is to be with hubby everyday at least for a week. *at least seminggu je, bukan sebulan ke setahun ke*. Suami, toksah nak sibuk2 carik my birthday gift. You amik je cuti seminggu straight balik Seremban. Jadi house husband seminggu. Tu je! *pastu kompom suami cakap, ye ke ni je u nak, kang I dah amik cuti pastu u plak tetibe cakap teringin nak beli xxxx plak*. T____T But seriously, sape tak nak jumpa laki ari-ari kan?tapi kalau u still insist *ecewah* nak belikan I sebarang dua ipad2 ke, iphone4 ke, I terime dengan limpahan kegembiraan.

p/s: jangan lupa kek bday I taun ni nak baskin robin cake ye laling. Pestu munge jangan lupe plak hantar ye ling. Dah 3 tahun berturut-turut bday I dapat munge. Jangan plak taun ni u buat-buat lupa. Kang I bersyak wasangka u ada gepren lain plak lagi payah. Pestu romantic dinner taun ni kat mana? Eh,ini mcm tak tally dengan permintaan suci tadi yang JUST NAK suami cuti seminggu dan tak payah beli pape plak kan?

Thursday, May 5, 2011

tipah tertipu.

Di hari Ahad, right after sampai from Kota Bharu at my parent's house.

Me : Ashu nak isi minyak, papeet nak ikut?



Papeet : nak..nak..papeet nak ikut.

*pelik, why suddenly this boy nak ikut? Except his mom or his dad or his atok or his nenek, he hardly ikut other people*

Me : ok, jom!


We just about 3 blocks away from my house.


Papeet : kat kedai minyak tu kan ashu ada jual air tau.


Me : mana ada, kedai minyak jual minyak la.mana ada air.


Papeet : ada la. Kat dalam tu ada kedai. Daddy beli air kat situ. Papeet ni haus. Papeet nak Laibina *Ribena*.


Me : mana ada jual air budak-budak. Air orang besar je ada jual *ehem..air orang besar tu air apa? I just tried so hard to find excuse so that this 3 yrs old dude won’t pau me*.


Papeet : eh, kedai ye tu ade jual Laibina la. Nanti papeet tunjuk. *excuse him. He loves to use word ‘ye’ referring as ia*


Once arrives at the petrol pump.

Papeet : tu kedai tu la papeet cakap. Ye ade jual air. Nampak tak kat situ? *while pointing directly to the peti sejuk yang menempatkan beribu-ribu air*.


Me: oh kat situ. *pretend tak nak amik tahu*


Papeet : ashu belikan la. Kesian papeet haus. *padahal baru je minum susu before I bawak dia ok!*

Ok fine! Tak sampai ati. Apesal budak 3 tahun ni suka beno pakai ayat “kesian kat papeet”. Dah tu ko tak kesian ke duit makcik ko yang terbang ni?

Me : papeet nak air laibina ni kan? *pointing at the ribena through the glass fridge*


Papeet : eee..ada witayen la. *referring to vitagen next to Ribena*.


Ni yang tetibe rase nak bako je kedai minyak ni. Ape kekdah ntah letak macam2 air. Pastu budak umo 3 tahun pun rambang mata. Patut la suami I kalau suruh beli air, macam bercinta dengan peti sejuk tu terus. Lame giler ok mengadap peti sejuk tu. tapi possible gak la dia tengah usha awek kat cashier tapi buat gaya tak tau nak pilih air mana satu kan.

After almost 5 minutes tried so hard to convince him bahawa Laibina lagi Sedap dari Witayen, then only he agreed nak beli Laibina. Umang aiyh..kecik-kecik ko dah diva ye budak. Nasib tak mintak dua-dua. Kalau mintak dua-dua kompom makcik ko ni dah tinggalkan kat petrol pump tu terus. Ko tolong la abang-abang bangle tu isi minyak kat situ ye.

After masuk balik kete, walaupun muke ko dah senyum sampai telinge, haruslah sebagai makcik yang berhemah nak bagi nasihat sepatah dua kata walaupun ko baru 3 tahun ye.

Me : tak elok tau mintak-mintak orang belikan air.


Papeet : oooo..lepas ni papeet mintak belikan aiskrim je la eh.

T_________T

Me : bukan, tak baik mintak orang belikan macam ni.tak sopan. 


Papeet : yelah..yelah..papeet mintak atok je la belikan.atok bukan orang. ye atok papeet je.

T______T ni mesti dalam hati budak ni kate, kedukut punye makcik. Baru minta laibina satu dah ngungkit.

Aaa gasaklah..asalkan bukan ashu yang ko mintak pasni. Yang penting mesej kesampaian. Kalau nak mintak, sila mintak atok ye.




Budak 3 tahun sekarang pun dah diva ye, nak air laibina bagai. I dedulu, paling hebat pun tau air sirap je ye. Itupun dah cukup masyuk dah tu. siap boleh nangis golek-golek kat lantai kalau mama tak nak buatkan. kalau dapat air sirap limau lagi kembang idup gembira ok. Tak tau pun kewujudan air yang best kat kedai apetah lagi kedai minyak ok!

Wednesday, May 4, 2011

May is HeRe!!

May is here!


May is the best of month dalam setahun ye. Macam kalau boleh the whole May suppose to be public holiday (wait till I become the PM, ill declare may is the month of cuti).

May is my birthday month!

May is the month which hubby and I were officially engaged *the best birthday gift ever*.

May adalah hari ibu! *aiyak..i haven’t buy any gift for my mom*

May adalah Hari Guru. *ok, kalau ko cikgu baru ko boleh rasa fames sebab dapat banyak present dari student time-time ni*.

May gak ada Hari Gawai. *tak, saya tak sambut tapi best gak kalau nak join kan?*

May adalah official release untuk nur kasih the movie. To be exact, the official launch is on my birthday date! Ko ada????

Dan Yang penting sekali sebenarnya, May adalah bulan kelahiran untuk orang-orang yang special macam saya (double bluweeek!)

So, pls mark your calendar, start hunting birthday gift untuk saya (yep, you heard me right? Sile cari since you have few more days to go!)

On the recent long weekend, my parent, hubby and I were in Kota Bharu Land! And there you go, another episode of hubby and I are going broke. Apesal baju batik kat sana cecantek sangat? And since we are the food junkie, we can’t resist even to eat nasik as breakfast. Pagi petang siang malam pulun nasik kerabu la, nasi putih la. Nasik..nasik..nasik.. and my body turn out like watermelon now T__T . The hotel is nice and cheapo which I keep on tell my mama, we have to stay at budget yet decent hotel so that the extra money for the hotel allocation can be used for another piece of baju batik. Which is trueeee! Hotel adalah awesome, sangat baru dan bersih serta yang penting menepati piawaian cik bibah (my mom is one fussy lady bab kebersihan ni) except the hotel room size which is literally small tapi just nice for us. For record, this trip is the most awesome trip ever even I went to Kota Bharu like hundreds of time before. Might due to the shopping activities day to night to day and to night again yang non-stop membuatkan my adrenaline rushing high pastu kaki sakit pun tak rasa.

Cakap banyak pun tak guna, nanti I haplod gambar yang bpe keping sangat tu sebab laki I lupa nak amik gak at most of the place we went.
 

Template Design By:
SkinCorner