bosan.
bosan kerana hari ini hari isnin.
hari pertama dalam minggu terakhir sebelum beraya.
jasad masih di ofis tetapi jiwa dah terbang melayang.
memakai baju baru hari ini. ya masih bau kedai! dengan harapan mendapat sedikit mood kegembiraan bekerja. harapan hancus dan punah ranah. sama je seperti mood di hari hujan.
masih struggle menyiapkan kerja-kerja before cuti seminggu raya.
rasa mahu termuntah melihat values and words didalam email-email dan spreadsheet.
kad-kad raya yang dibekalkan company masih belum dihantar.
eh sumpah blur! tak tahu nak hantar pada siapa. dah lama meninggalkan kancah kad-kad raya ni.
kad 25kping pun bikin garu kepala mahu di habiskan. alahai..sekeping pun tak tulis lagi. aci tak kalau pergi beraya rumah orang nanti hand carry sekali kad raya? by the way, orang sekarang dah tak gantung2 kad raya macam pokok krismas pun dah. ada meaning ke bagi kad raya pun?
masih memerlukan sampul raya. eh sampul duit raya untuk pertama kalinya tidak mencukupi. pelik bin aneh. for the past 2 years, sampul duit raya saya sentiasa berlebihan. tapi tahun ini tidak mencukupi T___T. dan juga 1st time memasukkan duit raya ke dalam sampul seawal seminggu sebelum raya. lebih banyak kepingan duit nak kena masukkan dalam sampul raya sehingga memerlukan khidmat sang suami, and both anak buah nuqman & jasmin to help
man : ashu, berapa abang dapat nanti? *while tolong masukkan duit lima hinggit dalam sampul*
me : abang dapat dua ringgit je.
man : hah? duit ringgit je? sikitnya.. mana cukup.
*sungguh demand ye budak sekarang. dua ringgit pun tak cukup*
me : eh, bersyukur dapat ye. orang yg dalam BERSAMAMU tu belum tentu ada dua ringgit nak makan tau.
man : yelah..yelah.. *suara sedih*
me : ha..jangan salah-salah masukkan duit tu. kalau salah nanti potong duit raya.
man : dah la bagi sikit. nak potong lagi. nanti zero la.
me : memang pun nak bagi sampai zero.
1st, of course la nuqman takkan dapat dua ringgit je. and second, how demanding budak zaman sekarang. eh zaman saya kecik2 dapat dua ringgit pun dah terkinja2 happy tau. macam eh aunty ni sangat best bagi dua ringgit. sosetiap raya harus pergi salam aunty tu.
yes, kesilapan memasukkan duit still ada. ashu kena bukak balik sampul2 nak trace mana pergi duit2 yang missing in action tu. "duit raya abang kira kosong la dah salah ni kan ashu?"
tahun ni beraya dua side. duit raya nak kena bagi pun jadi double la juga T____T sobsobsob...
saya masih melakukan final shopping. niat di hati nak terjah Jalan TAR last weekend. tapi memandangkan lautan manusia boleh menyebabkan kelemasan tiada tandingannya. saya pasrah. online shopping lebih menenangkan.
Monday, September 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Nuqman sangat chumelll! hahahaha.
seb baik u x g jalan tar mi,mau termuntah i ke sane. hahaha.
azu, sehingga ke hari ni dia percaya dia takkan dapat duit raya. before tido semlm dia asyik cakap; "duit raya abang sikit la tahun ni. abang dapat kosong ringgit dari ashu"
nampak tak? asyik hi-lite the issue. nyampah!
Post a Comment