Showing posts with label love pad. Show all posts
Showing posts with label love pad. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

house progress yang selow melow.

i baru balik makan.
alhamdulillah sedap makan wantan mee. makan kat cafe opis je. yelah, cafe opis je yang paling murah. eh, perlu ke buang siaran ulangan ribu-ribu kali makanan kat cafe ko murah? tapi i suka je show off kat my along yg keje kat Ampang Park tu. ape u ingat u keje kat Kota Raya pestu leh singgah Sogo hari2 best sangat? i lagi best. walaupun kat ceruk-ceruk yang tak berapa nak ulu, makanan kat cafe i murah tau. ko ada Wantan Mee penuh semangkuk sedap plak tu siap ada Dimsum berharga RM1.70? ada? ha..nan adoooo.. mana nak dapat mee goreng sepinggan hentak nak makan macam ko bela hantu raya dalam perut banyaknya pun baru 50sen ok. macam zaman-zaman i sekolah je regenye kan?

pejam celik pejam celik, dah nak puasa. so this year adalah 2nd time puasa sebagai isteri.
and seperti tahun lepas, sahur and bukak posa sorang-sorang lagi la gamaknya.
walaupun i boleh balik kerja bulan puasa seawal 4.45pm, tapi takde makna la kalau balik awal sekalipun takat masak nasik ngan goreng telur mata kerbau je. nak buat camne, bukak pose sorang2 salunya kurang nefsu. nak gi bazaar ramadhan plak bisa mengundang onar. kang tengok laki bini terkepit-kepit dua orang kat bazaar ramadhan tu, i pulak yang meroyan teringat laki. kompom makanan tak jadi beli, puasa pun nak hampir2 terbatal asyik tersedut air mata je nanti. sadis ok sadis. ingat best ke bukak posa sorang-sorang sambil bertemankan tv?
hope next year dapat la puasa berdua. dapat la bangun sahur masak bagai. dah namanya duduk sorang, sahur pun salunya nestum je la kan. dapat la terhegeh-hegeh ke bazaar ramadhan berkepit-kepit jugak. dapat buat orang lain yang laki jauh meroyan tengok kiteorang berkepit pulak.

8 months to go sebelum i officially pindah for good.
tapi tetiba i feeling nervous breakdown. serius tak tipu ni.
rasa macam berdebar-debar time nak kawen dulu.
korang imejin je la dr lepas kawen aritu sampai nak 2 tahun kawen, i duduk sensorang on most of my days.
weekend je ada laki. itupun sibuk travel ke utara la, ke selatan la.
ni kang nak pindah duduk sekali balik, macam orang baru kawen la pulak rasanya.
errr..ari-ari balik kerja nanti nak kena masak ke?
nak kena buat bekfes laki ke?
nak kena masak apa kalau dah hari-hari masak?
nak buat laundry hari-hari ke?
nak kena iron baju laki gak ke?
aiyoooo.. nak kena ejas balik routine i ni. tak leh la nak berfoya-foya kat opis lagi lepas waktu kerja camni.
i nebes tau. nebes mcm pengantin baru. T_________T

and the house still in progress.
the shoe cabinet tak settle lagi. since bajet makin mencerut rasa, nak hire orang buat shoe cabinet juga semakin tough. dah tu, keinginan besar, duit ciput. mesti la tough kan?
and nak kena buat cabinet lagi for laundry area. laundry area dah la cenonet. tragis je nanti nak menyetelkan laundry terkumpul nanti. kompom aktiviti bergesel punggung akan terjadi sebab the area for laundry memang limited.

Apesal laundry area mat saleh ni semua va va voom ar? rumah orang mesia ada ke laundry area cenggini?
dah rumah i ni bumbung ku,lantai mu, maka harus diingatkan saiz rumah hanyalah sebesar tapak tangan sahaja. "sayang, i doakan u cepat-cepat jadi Director. pasni kite buat bengalo la pulak. leh i buat laundry area cenggini ye?"

and last but not least in our things to do untuk fasa ini adalah to modify our existing kitchen cabinet nak change one of the drawer jadikan breakfast table. eh camne nak explain? nanti dah siap je la i tangkap gambo.

fasa seterusnya ada gak. tapi nanti-nanti la. maybe after i pindah. duhet kabi nehi. ke ada orang sudi nak sepon dana rumah i? kasih sayang i yang tak terhingga i return kat u oll nanti.

Thursday, February 24, 2011

home SWEAT home..oh really! you make me sweat.




I have to admit. There’s things I like and dislike about our house.

But, nothing such a perfect house wasn’t it?

Even if you build your own house pun tak 100% about the house you will love.

Nope..i’m still in seremban *in case some of you might be wondering where the hell perempuan ini ketika ini*.

Still yet to decide when will be the right timing for me to move back to Penang.

and the financial sangat menjerut poket buat masa ini. There are thousand of things to do about the house but have to be kept as KIV.
*sweat*

one step at a time. -> i just hate it. cant we just run?
oh duit!! beranaklah di kau.




Wednesday, February 2, 2011

epi chinese new yearrrr!!!

Esok raya cine..
yeaaaayyy..yeaaaayyyy...
kompom malam ni bunyi mercun dam dam dum..
ape ko ingat raya puasa je dengar bunyik mercun tu?

hari ni dalam sejarah bekerja dengan sangat aman damai.
giler peaceful sampai leh bantai tido leleh-leleh air liur basi pun tak pe.
korang bayangkan satu department ni semua cuti kecuali boss dan i.
weeeeehuuuuuuu...
tu tak termasuk department2 lain.
kalau semalam orang dah separuh je keje.
pagi tadi tinggal la suku.
lepas lunch macam takde orang terus.
takat nak lenggang kangkung, menari tarian inang kat main entrance ni ape ke hal la sangat.

seronok giler bila semua orang cuti.
keje pun jadi beres sebab takde umat manusia nak ngaco.
nak korek idung pastu gentel-gentel buat bebola dragon ball pun pasti boleh dilakukan.
boss plak asyik2 keluar ke department lain je.
kompom i la sivaji the boss. pasang lagu siap full blast lagi.
nasib tak terus tukar department jadi night club je lagi sebab tak jumpa lampu lip lap lip lap tu ha.

dan kalau mengikut chinese lunar calendar, our marriage telah mencecah setahun jagung.
last year,we all nikah dua hari sebelum chinese new year dan reception the day after nikah.

and insyallah mid of this year my Angah punya turn pulak akan bertunang....
pic di rompak dari fesbuk nadiea.

bila orang tanya "eh ko langkah bendul ek?"
"tak la..aku langkah gunung terus".
i ada dua orang abang yang tak kawen lagi ok! dan abang-abang i ni pun bukanlah muda belia macam i. nasib la yang sorang ni dah sampai seru nak kawen. kalau tak kompom i buat citer "kasih ku seru 2" plak mcm kat tv3 tu.
and the best part is, nadiea adalah my age. cut story short, dia juga merupakan kawan kepada kawan saya. dah tu tak perlu la nak ber'kakak' bagai kalau dah kakak ipar sebaya je kan.
and my mom dah switch to excited mood balik with all the engagement prep.
good for her =)) 





 and i was hunting for the big round clock yang bukan sket2 punya big. yang serious big dalam 20" punya diameter. habis keluar peluh jantan..peluh betina dan segala peluh2 yang ada kat badan ni.
and finally found one dekat SSF. umang aiihhh..rege? boleh bikin sentap. kalau takat seratus tu kompom dah i rembat. sebab cecah ratusan2 ni terus terkedu la jawabnya.
anyone volunteer nak bagi untuk anniversary present? *hint!* *hint!*



big round clock from SSF

and i'm off to Penang tonight!!! yehuuuu..hello new houseee!

Friday, January 28, 2011

TGIF!!!

Oh! not that i'm crave for TGIF. *tapi kalau ada orang nak belanja, perut i tadahkan*
but THANK GOD ITS FRIDAY mood is here!!!
soookak sangat.

whats i've been up to?


1) Hunt for Arco Lamp

               source : goooooogle!

ini adalah cinta pandang pertama. mcm mana time sang suami jatuh cintun kat i dolu2. camtu la mcm mana i jatuh hati kat lampu ni. eh serious ni wesh. laki i yg cinta pandangan pertama dengan i. pastu dia malu2 kucing kat i dan mengambik masa tiga minggu sebelum tegur i. bukan tegur secara mata bertentang mata, tapi tegur kat chat room je pun T____T
lampu ini sunggu stylo and timelesskan? bayangkan, this lamp designer dah design lampu ni since 1962 okay. takke sungguh timeless tuh? pastu sok lusa leh pass kat anak cucu. sungguh vintage you!
found it from timelessdesign website.
sentap! RM1,299.00. kecik ati terus ngan kedai2 cenggini. nape nak bubuh memahal.
eh rase-rasenye ade tak dalam range rm500 je? i tak mampu. T______T
sian suami nanti jeling sampai nak tercabut bijik mata plak nanti kalau i buat-buat meroyan nak beli jugak dengan rege seribu lebih ni kat kedai tu. kalau i buat nangis golek2 kat lantai kedai cam bebudak salu buat tu agak2 suami bagi tak nak beli?

source : various website (thanks mr.google!)




2) wing chair, armed chair.

wing chair or armed chair or....Pape je la korang sebut dia. i memerlukan dia. bukan satu tapi dua bijik! jumpa la kat beberape website. tapi tang pesen i berkenan mcm kat atas ni sure sebijik leh cecah rm2k. dah tu nak suruh kiteorang laki bini makan nasik dengan telur goreng hari2 ke? ada sesape yg mulia hatinya nak belikan untuk house warming gift kat ai? i tak mo grandfather chair. i soka gak grandfather yg super classic tu, tapi rumah i sebesar tapak tangan je. bukan bungalow ala-ala hindustani melaut besarnya sampai ko nak bubuh 8 set sofa pun small matter je. jadi opt for smaller version mcm this pic. kalau tempah agak2 rabak tak? pffft! kang suami bagi tazkirah zuhud lagi ni kang.


3) its the mask! its incredible hulk! its greeennnn!

source : various website (thanks mr.google!)

i always have this soft spot for green living room. either the whole wall painted with green, or with green stripes or green wallpaper or even the living room furniture or deco with green stuff,kompom i cintun.

source : apartment theraphy
nak beli wallpaper kang exceed our budget. kalau nak gak, suami isteri kene keje part time kat mekdonel ke, kfc ke,7eleben ke memalam sebab nak menampung cost wallpaper. jadi terpaksa la suami berusaha mengecat rumah dengan kaler pilihan isteri.
kalau cat green as based and stripe kan kaler merah ok tak?
i noe..i noe..ia kelihatan sungguh krismas tapi i rasa dia unik! muahahah..pastu dah siap cat berstripe merah bagai, tengok tak berkenan plak dihati and suruh suami cat sekali lagi kaler lain. time tu kompom sang suami bagi makan cat sampai kembung T___T

dana kewangan rumah semakin mengecut. oh noooooo! cita-cita nak menjadi pre-school teacher harus dikuburkan.

this coming weekend trip :
  • fella
  • rattan deco
  • houzdepot
  • ikea
eh..mana One Utama? mana MidValley? ohhh..dah dewasa ai rupanya. 


Thursday, December 2, 2010

love pad wishlist#1

Anything to do with the ehem..new house..ehem..sure membuatkan my heart pumping harder than usual.
yeah! the excitement! walhal rumah hanya sebesar reban ayam tapi boleh membuatkan keterujaan sebegini. kalau dapat rumah sebesar rumah pengeluar kosmetik tuh, mau nya jantung terus meletup dalam badan level keterujaan nya kan.

dan kalau i ni kaya raya kompom i dh hire abg rizalman tuh. tapi nak wat camna, i kaya kasih sayang je T_____T

the new house wish list :


1) Breakfast nook. ahhh...i love this. table for two in the kitchen. yep! must be round since i'm not into bar table type. cam romantic la plak leh breakfast berdua-an didapur tanpa perlu mengkotorkan meja makan kat dining area. 
2) round mirror. nampak mirror cenggini sebijik kat rumah Giulliana bini si Bill Racic tu. lawo nye! mane nak rembat kat Mesia ni? perlu ke i order dari obersi mirror ni? kalau mirror ni leh cakap macam mirror mak tiri snow white tu berbaloi la nak beli kat obersi kan.
3) Fireplace mantel. ko jangan tanya napa la si kiah ni nak fireplace padahal Mesia ni dah panas ala-ala matahari dah. found this at apartmenttheraphy. dia bleh bubuh tv dia dalam fireplace. ohhh! saya mahu. ehem, suami, apa kata anda?
4) coffee table. mahu seperti ini. which is 70% mcm mama punya. tapi mama punya lagi santek! last weekend pergi kedai yang mama beli coffee table dia, tapi dia cakap dah tak order dah yang itu T____T. yang ni pun ok gak kan? masalahnya, tak jumpa pun kat Macy cenggini.
5) frame oh frame. tak yah cakap banyak. frame yang sebegini amat cantek bila disusun. pastu nak cari mana gambar yg mengikut sequence sebegini?
6) bird cage! sungguh santek dan fancy. aritu dah start survey2 dah. tapi tak jumpa birdcage yg square. jumpa semua yg stok bolat2 je. kat ne yg square ni ada ek?

and above all, berangan itu indah.
dan berangan yang boleh membotakkan kepala suami lebih indah.
ehem.. mau kena buat 2yrs plan nak mentunaikan wish list ni.

and last weekend.
telah berjaya merembat sofa dan meja makan baru.
double yeay! now kena fikir dengan lebih gigih bagaimana mahu get rid dengan meja makan yg sedia ada. ahahhaha.. orang tamak salu untung =))
err..tang sofa tu, yang pasti bukan chesterfield. chest pun idok. hanya biasa2 saja kerana saya lebih menyayangi RM13k dr di spent pada aku sebuah kerusi.


Monday, November 22, 2010

My car had fully recovered. Alhamdulillah Anak mak dah sihat dah!


Cuma tinggal scar2 atau luka2 kecil di bahagian hadapan masih ada. Nak buat cmno, dia langgar belakang je T____T . The workshop is super fast. Anta arini esok dah boleh amik. And its good as brand new car (dari belakang la). Ntah2 itu apek ada kuasa magic mcm david copperfield kot kan.

And yep, to cik-adik-you-lebih-tua-dari-I, thanks again kerana sangat bertanggungjawab. So proud dengan org mcm ni. Admit kesilapan sendiri and bertanggungjawab with what had happen. Walaupun you cium bontot kete I dan skarang telah ternoda, tapi I masih boleh senyum-menyum.

Take it in positive manner. Yela, at least luka2 sebelum ni yg den sendiri buat dapat dipulihkan secara pencuma. Ahahha.. and misal la kata cik-adik-you-lebih-tua-dari-I tak cium bontot my car, and maybe that time I dah sampai highway and ntah2 accident ape lagi ntah plak menunggu I bukan? Ntah2 lagi dahsyat. Tetiba plak teringat final destination punya citer. Ahahha..pengaruh tv sungguh!

And yeay lagi! Loan rumah sudah di ‘approve’. Bukan satu bank tapi dua bank. Ahahah..tu la ko tamak! Now had to choose between these two banks which can offer better BLR (rate). And even ada drawback time nak apply loan since I just 24-years-old aritu, tapi with this 24-years-old punya umoq la I dpt membuat loan period secara maximum. Tak main la takat 30-35yrs, mine can up to 40yrs+. Ohh! Sangat bangga menjadi muda. Kembang kuncup sket idung.

Just signed the sales & purchased agreement last weekend. Another step closer nak balik north balik =))

By the way, this house takde la besaqq or gempak mana. Just a condo unit, without laman rumah sebesar alam yg membolehkan tanam pokok ceri ke, pokok kayu balak kat tepi rumah. It is a corner lot condo unit yg slightly smaller compare size of landed terrace house, tapi its much bigger compare to other unit tengah at this condo. It’s located at the penang mainland and yep the house is ready to move in =)). Den tak mampu nak beli rumah kat penang island. Condo ciput pun dah dekat half-million. Kang kami laki bini makan pasir tiap2 hari sebab dah bayar rumah monthly ribu riban.plus, the house we bought ni dekat ya amek dengan penang bridge and less than 5mins nak ke ferry terminal. It’s very convenience place. Dekat dengan penang megamall, ssf, sunway carnival mall and segala mak nikam yang ada kat mainland. So nanti boleh la merambu dengan lebih kerap kan sayang? Errr...Why penang? Obviously, being me yg super gedik tak mahu alamat rumah den beralamat KULIM,KEDAH la sebenonye. Walaupun kalau kat kulim leh dapat semi-d with 4 bilik tidoq with the price of this condo. Nak wat cmne, suami harus pasrah dengan kegedikan isteri. Plus, i havent decide to work at penang mainland or penang island or maybe kulim. So this area amat la strategic gerangannya.

Menemui chesterfield idaman di American Accent. Ahhaha…sila shadap sekarang jugak! Setelah 40% discount harganya masih nge’top’. Rm13k after discount. baiklah! Sampai di sini saja kisah cinta kita. Jumpa dalam mimpi je la ya. Ini kena tunggu suami berstatus manager barangkali baru mampu T___T




Dan juga meja makan ini merupakan meja makan idaman. Ia bulat, ia comel, ia anggun. Tapi….



Ia MAHAL nak mampus. Boleh bikin mampus suami kalau isteri masih mahu memilikinya. Rm10k selepas 20% off. Umang aihhhh! macam2 kot boleh dapat dgn rm10k tu kan?
Arghhh! Kenapa la mata ni jahat. Bila lawa or berkenan kat hati je rege pasti bikin botak kepala suami. Pastu nak kne enroll suami kat Yun Nam hair care plak lepas tu sebab asyik luruh rambut beli furniture rumah T_____T

And thanks to puan habibah kerana sudi meneman dan menghasut anakanda mu ini. Did I ever mention my mom is the best shopping advisor? She will point at rm13k chesterfield instead of rm10k chesterfield as “yang ni baru cantik” or “yang ini baru sedap”. She will give all the unnecessary and necessary comment yang sometime korang nak dengar or sometime korang harap korang tak dengar.

“eh…cabinet tv ni lawa la adik. Worth it la beli. After discount baru empat hibu”

*padahal I don’t need one since dah ada*

“eh, this console table cantik kan?”

*err..the console table almost dua hibu setengah*

Kalau mereka yang bekerja oil and gas ke, or stok gaji seploh hibu keatas tu takpe la nak beli kot. Kalau level gaji cukup2 makan je tiap bulan and nak bayar rumah pun masih ketar lutut mcm saya ni, sila la berhenti berharap T_____T.

And dear mama, boleh tak bagi adik your coffee table? Your coffee table sangat ENSEM.

Monday, November 15, 2010

Its been awhile I tidak meng’hapdet’ belog. Alasan paling sentiasa di guna pakai adalah busy. Padahal, busy up to what pun I still tak pasti T____T.


Minggu ini adalah minggu bermula cotii skolah. Memang la I takde anak yg bersekolah, tapi cotii skolah sentiasa memberi impak pada saya. Sebab bila cotii skolah kompom opis mate semua berduyun2 cuti. Fine! Saya yg takde anak ni la kena gigih bekerja dan meng’cover’ semasa ketiadaan mereka. Amoi depan my desk ni dah ke hong kong di hari semalam. Apek sebelah ni pulah sudah ke Taiwan. Dah tu bos nak ke umrah in another two weeks time. Dh la pergi lama kot. Then amoi sorang lagi dh reserve last week of dec tuh nak gi Koh Samui. Mcm semua org berebut2 nak hamik cuti. Dah tu saya? Saddap ko aimi, takde cuti duduk diam2 je. T____T

But above all, cuti terbaik adalah cuti dihari weekend duduk berdua dengan suami di dalam rumah. Ok, ayat penyedap hati. Kang suami bagi tazkirah pasal being zuhud, berjimat cermat nescaya savings account kami mencecah billion ringgit pastu boleh beli rumah di Bulan atau di Marikh sambil ditemani bintang twinkle-twinkle-little-star. Mimpi!

Life had been wonderful to us. We found the nice ‘love pad’. The perfect size for our ‘little family’ and I just can’t wait to called it ‘the little place of us’. The loan is ongoing and yet to be approved. Blame my 24yrs old age. Since it wasn’t a joint loan, the bank had a little doubt (I guess) in approving my loan. Will blog about it in more details later. Lepas semua loan dah approve. Kahkahkah..kang tak dapat buek malu den jo.

I haven’t landed in any job yet. Blergh! Bila nak balik utara ni? Nak duduk berdua dengan suami. And do lots of ‘babies in making’ ahahhaha…oh! Belog ini sudah menjadi belog yang kedengaran agak porno disini. Eh lupa! Setelah 9 bulan kawen baru la saya men’sampai’ seru untuk membuat kad perakuan nikah. Saja je buat lambat2, baru feeling pengantin baru lagi. Kahkahkah… sungguh meluat!



Me : yang..boleh tak I berenti keje and duduk rumah je. Malas la nak cari kerja


Hubby : boleh. Tapi nanti rumah tu kita beli furniture cavenzi je. Takyah la beli sofa chesterfield u.

Erkk! Ok, langsung tak leh nakk accept part ni. Chesterfield is always my faberet. Mne boleh di tukar ganti. Demi chesterfield tercinta saya sanggup bekerja dalam keterpaksaan T____T.

Chesterfield will cost a big hole in our pocket. Just the three seater and not even the complete set of sofa will cost us nearly rm8k. dah diam! Sila berhenti bermimpi. Tapi tanpa chesterfield nescaya hall tidak akan berseri! Percayalah. Chesterfield yg gagah serta mempunyai badan yg berketak2 kelihatan amat hensem sekali. Kulit chesterfield yg berkilat2 ni remind me a lot of Malik Noor punya badan time angkat berat. Berkilat tuh! Ditambah pulak dengan warna ox blood, sungguh sempurna!





Ada anyone tahu mana nak cari chesterfield nih dengan harga yg lebih berbaloi? In another word, yang lebih murah!!! Tapi mak tak nak yg kulit tipu2. Kahkahkah..dah la takde duhet pastu mahu berlagak taknak kulit tipu2. Sungguh kurang sopan!









enuf said! living hall mereka sungguh gojes!
 
p/s: buzz, happy 24th bday!
p p/s : naydee, gud luck in job hunting.
 
p p p/s : azue yg gorjes. this entry is for you!
 

Template Design By:
SkinCorner