Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Cik Cawan Bulan

orang kampung i kata, "prektis mek perfek".
so after beberapa prektis ngeri, tragis tapi takde la sampai end up dekat Emergency Room spital pun.
i'm proudly to announce, i adalah pengguna menstrual cup paling gembira!
apesal i tak tau menstrual cup ni dari dulu lagi?
sobsobsob...



memperkenalkan cik cawan bulan saya yang masih suci ketika ini.


i sebenarnya dah bertahun tahun-tahun tahu how unhealthy our sanitary pads is.
chemicals, long term effect and not environmental friendly.

On average, one woman will use over 11,000 tampons or pads in their lifetime, which will end up in landfill or in the sea.

The next option is Cloth Menstrual Pad. Tapi, Cloth Menstrual Pad pulak macam agak leceh untuk orang pemalas macam i.
nak basuh la, kalau travel, nak kena gulung and simpan bawak balik. macam oh malasnya!

and recently i bump into this Menstrual Cup.
ekceli, menstrual cup ni adalah beberapa cap kat market. the one i beli adalah cap Mooncup from UK.

Cik Senah, haruslah menstrual cup i made from obersi. baru kelassss gitu.

ahahhaha..ekceli menstrual cup ni takde kot lagi made in local. semua dr Germany, UK or US.
setelah membaca review beberapa different brand, i decided nak try Mooncup ni. beli online ye. sebab kat Personal Store takde benda alah ni. There is different material use for different menstrual cup. so thats why rege setiap cup adalah berbeza-beza. Mooncup & Lady Cup ni consider at high side jugak sebab material dia guna. My Mooncup cost around RM 110.00. Lady Cup dlm RM 145.00. Perlu diingatkan, this is lifetime investment. Menstrual Cup adalah bercirikan re-usable. hang masukkan, hang remove, buang the darah, hang wash balik the cup, hang wipe off and hang masukkan balik. and cycle goes on and on and on sampai habes period. ngerrtiii? bukankan ia sungguh eco-friendly dah sungguh economi bukan? Unless you have delivery via vagina, so maybe after delivery your vagina size sedikit besaq, then only you need to repurchase for the bigger size menstrual cup to suit you. yep! menstrual cup ada size. tapi ni bergantung kepada cap menstrual cup tu. macam mooncup ada dua size je. size muda belia tak pernah dan tak beranak secara normal atau size satu lagi adalah lebih usia dan yang pernah beranak secara normal.

Why i beli cap Mooncup?
Sebab Mooncup ni made from soft medical grade silicone, the Mooncup is latex-free and contains no dyes, BPA, toxins or bleaches. It’s also great for women with sensitive skin.

I ni sensitive to latex. so anything to do with latex adalah big no no no.. errr..camne nak tau? suruh laki hang try pakai condom. then hang tau la hang allergic ke tak. err..am i too details here?

Plus, Mooncup ni pun banyak good review. so, here we go. place the order and yes! sampai on the very next day.

the first impression when i opened up the parcel is ....
auwwww! besaq nya.. lagu mana nak buh ni. and a bit the cup a bit firm.
gusar la hati ni. camno nih..camno nih...
gugle balik tenet..
the tips is, hang strelize dulu benda alah ni (memang sebelum pakai kena strelize. tapi tak la every time hang nak strelize kan. lepas one cycle baru strelize) boil dalam air panas macam strelize teats and bottle baby.
lepas tu baru a bit soft. and bila nak masukkan dan remove, jangan gelabah. first timer normally gelabah and cuak. just relax. and this thing will works like wonder!
no more leaking!
no more require to change your pads every 4 hrs.
and the best thing is, you doesnt even feel the things is there. or boleh siap terlupa period.
bessssttt! at first i tak confident sangat. macam betul ke benda ni dah ok. leaking tak nanti? and buh gak la pantyliner mana la tau leaking kan.
booooo! setitik pun takda keluar.
yippyyyyy! a very-very good investment.

err..perlu ke nak explain how to use???

ni ha anak-anak buah i yang tak paham-paham bahawa kereta pakcik dia (Antel) adalah kecik. nak jugak berhimpit nek keta kiteorang From North ke rumah my mom time raya ke-3 tuh. padahal honda daddy korang kosong je. takpe la..asal korang bahagia. tapi ni la kot bebudak, baru gerak seploh minit masing-masing syahiiiidddd..




ok y'all..last but not least, tempek gamba i je la dlu ye. gambar rayo-rayo nanti kita tempek lain.
dem! muke semakin memenuhi ruang gambar. isu berat tak habis-habis lagi T____T

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya!

How’s ur raya everyone? Ye! Masih mood raya walaupun day 2 bekerja. Bukan I aje. Sepet-sepet yang lain pun masih mood holiday. Nak buek keje pun masih malas-malas lagi.


Korang dah start puasa enam? Erm. Bila nak start ni ek. Nak kena di azankan kat telinge kot baru nak pose ke. Haish..syaitan nirrajim ni menggoda.

So, my first beraya di perantauan adalah awesome! Err.. perantauan in another word for beraya at my in law’s yg nun di utara. So this is the very first experience celebrate 1st day raya at my in law’s.

Reached my in law house on Sunday morning which is two days before raya. My MIL tengah busy buat beskut raya. What? Me? Beskut raya? I never made one. Serious weh. Omak den main buat kat kedai pakai jari telunjuk and duit. Namanya nak bancuh tepung, sukat menyukat, duduk depan oven, nehi! Dan sebagai menantu pilihan zaman berzaman, I pun volunteer la. Barangkali my MIL tak berapa yakin dengan level experience I yg zero dengan beskut raya, kepercayaan diberi hanya untuk gentel menggetel beskut Mazola. Itupun tak berapa pass. Sebab ada yg I buat bosar amat, ada yg I buat terkecik. Tapi my MIL yg super cool tak pernah komplen dan nasib baik ada adik ipar fomfuan dua orang yg tangan lebih kurang I jugak buat sama. Jadi takde la obvious sangat I sorang je gentel ntah papa *denial*

The day before raya, my in law memberi sedikit lagi kepercayaan untuk I bancuh sendiri adunan untuk buat beskut Sugee. Hamek ko! I pulak tak yakin dengan diri sendiri. Omaigod! Time tu nak pura-pura pengsan. I takut! Gelabah giler! Kalah pergi interview ni. Jantung macam nak tercabut. “errr..umi la bancuh. Takut salah”. And again, being the coolest MIL, dia just cakap, takpe, kalau tak jadi kita makan sendiri. Kalau tak cuba mana na tau reti ke tidak.

Tapi..tapi..tapi saya takut nak bancuh.

So, nak tak nak, kena la gak try. Nanti sampai kiamat tak mencuba buat kan? What if semua penggeluar beskut raya buat mogok tetiba tak nak jual beskut raya disebabkan kenaikkan rege tepung? Dah tu takkan I laki bini sok lusa makan beskut marie di pagi raya? Tak pun makan beskut tiger kan? Jadi dengan lafaz bismillah, I mula la menyukat. Habes buku resepi MIL I terkena tepung and bahan2 lain. Yelah, setiap kali nak sukat tu I ulang baca sampai doploh kali. Time jawab soklan Fizik SPM dulu pun takde la sampai baca doploh kali. Ni lagi berpeluh dari nak buat amali Analogue Electronics time buat degree dulu. Itu tak kira plak bila I sukat nak accurate giler sampai dua tiga kali I bubuh, I remove, then I bubuh balik. Dan everytime nak sukat, I calibrate balik weighing scale tu. Ko adaaa? Everytime nak sukat, I ulang baca label tepung or bahan-bahan lain sampai seploh kali. Ape jadahnya banyak2 jenis tepung? Saja je buat I kompius. Tepung gandum satu je tak cukup ke? Tepung sugee la. Tepung ape ntah lagi. Alhamdulillah! My beskut sugee menjadi. Pat on my shoulder. Giler vangga ok. Cuma bila dah bakar atas oven ada yg terhangit sket. Eh, jangan salahkan i. tu keje adik ipar I yg patutnya duduk depan oven. Bila semua sibuk-sibuk bukak puasa, tertinggal satu tray dalam oven. Tapi takpe! Yang lain sodap. MIL I cakap leh la jual tahun depan. Hah? Jual? Errrr….

And the night before raya. Lepas dengar takbir raya, I pun start la jadi drama queen. Haruslah kan? Kalau tak title tu Persatuan Drama Queen Se-Malaysia di tarik balik plak kalau tak menjalankan tugas. Bley tak lepas semayang isyak tu I bantai pulun nanges sampai bengkak-bengkak bijik mata? Sampai nak bukak mata pun tak larat nih. Rindu omak, ayah, adik beradik and paling penting, rindu rendang paru, rindu kuah lodeh, rindu nasi impit, rindu lemang, rindu kuah kacang dan rindu ayam masak kicap.

Sobsobsobsob…

Dan sebagai drama queen, adengan cerekrama adalah harus! I bagitau hubby nak balik Klang nek bas malam tu. Sempat lagi ni nak sampai klang by subuh and beraya kat sana. Ko adaaaaa??? Ha, haruslah cuak laki i. giler apa bini nak naik bas malam-malam raya kan? Naseb la laki I ni jenis rajin melayan and saboooooor sangat menebal dalam jiwa. Kot la dapat laki lain, mau makan penampo je memalam raya cenggitu. Hamboih..elok sangat la tu perangai. Padahal laki ko tahun lepas beraya kat rumah mak ko relax je. Takde pun nak balik memalam raya. Takde pun nanges bengkak-bengkak mata. Tapi sebagai suami yang dalam misi mencalonkan diri untuk title suami mithali 2011, haruslah mengambil langkah sopan santun dengan menggoda dan memotibasikan bini. Suami cakap “to have something is to lose something, I dapat kawen dengan u, tapi I tak dapat raya every year dengan my family. Semua orang had been through this”. After few pujukan walaupun I sebenarnya amat mengharapkan ada offer yg masyuk seperti, “nanti I belikan enbeg Gucci idaman u tu” keluar dari bibir laki I, but obviously la nan-hado kan. Baru la puan drama queen berhenti tersedu-sedan.

And korang agak-agak pagi raya I nanges tak? Mesti korang cakap.. kompom la kan?

Tapi ketahuilah, nan adoooo! I tak nanges ok. Oh tabah nya drama queen ni.

Tak, bukan sebab hasil pujukan suami, atau tetibe dah terhidang makanan raya di rumah mak I kat atas meja rumah my in law. Nehi!

Tapi disebabkan, di pagi raya yang indah lepas mandi tu baru I tersedar…

I tertinggal the WHOLE MAKEUP STUFF! Ko adaaaaa? Nak mati terkejut beruk. Not even a foundation, nor a compact powder/loose powder or even aku sebatang lipstick.

Takde! Zero! Nehi!

Tetiba rasa I perlu pura-pura pengsan lepas tu I tak perlu beraya sampai raya kedua. So that people won’t see me on raya with my naked face which konon-konon yakin au natural. Kalau kulit I jenis tulus mulus haruslah I yakin nak buat. Ni kalau antara kawah bulan dengan muka I pun tak dapat dibezakan, camna I nak yakin? Boooooooo!

Jenuh la pepagi tu punggah semua beg-beg satu bilik. Manela tau I bawak and I missed place ke kan. The only thing yg I bawak adalah my new makeup brush set, aku sebatang Mascara Dior dan aku sebatang lip glaze Stila. Tu pun sebab lip glaze and mascara ni memang standby dalam enbeg. Mascara baru yang gigih beli time bulan pose pun sekali dengan rakyat jelata mekap yg lain ditinggalkan. Sobsobsob!

Dan sedia maklum diketahui, mendapat seorang isteri yg saiko seperti I adalah sangat menggugat iman, right after sembahyang raya at kampong atok my hubby, gigih la hubby memandu kereta ala-ala F1 driver to find any personal store (read : Watson/guardian) sebab kompom2 la kedai mekap tutup. And haruslah Watsons and guardian tutup di pagi raya yg hening itu. Nasib baik ada tesco. And this is the first time I tengok tesco lengang giler. Mcm ko bleh golek-golek atas lantai tak saper marah. Pkl seploh pagi raya kot. Mana ada meknusia siuman pergi tesco kan? Thanks to tesco sebab ada jugak la jual cap Maybelline. Dah desperate mcm tu ada hati lagi nak memilihkan? Rembat je la foundation and lipstick. Yg penting muka tidak terlalu naked!

Sedikit disaster di hari raya pertama dan kedua. Sebab foundation I adalah super chalky and sumpah disaster. The first two hour je kelihatan sedikit mulus, lepas tu? Seperti nenek kebayan tercurah minyak urut. Muka berkilat abes tak payah ko buh glitter. Oh, mungkin ia ok pada org lain, tapi hancus on me.

Will post on the raya pics later. Tak excited sangat pun tengok gambo raya. Sebab muka I mcm nenek kebayan. Yang penting, beraya at hub’s side is not that bad. Seriously! It was awesome actually.

p/s : do you know the sanitary pads that we use during menses is not safe after all? I’m considering cloth’s menstrual pad or menstrual cup. But since I over pemalas, I just place order for the menstrual cup. Will review bout it once I use it!

Tuesday, August 23, 2011

not so raya mood!

I miss you Ms.Bloggie. Sorry for neglecting you and treat you macam step daughter pulak. Well, ive been tied up with work. The new project and fasting month ni macam 24 jam dalam sehari pun tak cukup. Rasa pendek sangat masa. Plus, the ‘psycho amoi’ at my office will be resigned in real soon. Even though ill have extra plate to take care of, but at least I’m super relief. I told you, I amatla suffer to deal and work with this amoi hari-hari. Dahsyat wooo..kalau nak crita namblas post pun takkan cukup. Cukuplah sekadar I rasa relief lepas ni takde orang hempas tepon, maki2 orang lain pepagi buta *eyh, spoil my mood hokay!*, buat perkara2 annoying *ex: makan pizza depan I di bulan puasa kat opis. Ko ada?*, reassign kerja kat I padahal dia yg kena buat, bergaduh dengan boss *ko brani nak gaduh dgn boss? Pdhal dia yg buat keje mcm siput panjat KLCC*, enuf said, she is the best combination of kiasu and kiasi, Phew! Very the psycho I told you. Especially the maki-maki people part.


Raya is getting nearer. Unlike previous year, this year I’m not so into raya mood. How I wish ramadhan could be a little longer than before. Err..can ar? Ramadhan tahun ni 2 bulan bley? So I can mentally and emotionally prepare. No, it’s not that I tak suka be at my in laws house for raya. I do love my in law very much. But the thing is, ko paham tak I ni anak bongsu? Bongsu ok! Dah doploh empat tahun pagi raya ko Nampak batang idung mak ayah ko. Dah doploh empat tahun pagi raya tu salam tangan mak ayah. Dah doploh empat tahun ko hadap masakkan mak yang beraneka especially masak rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, ayam masak kicap and kuah lodeh. Masakkan mak okay. Bukan masakan segera kat Mekdi tu yang tidak dimasak dengan penuh kasih saying di tambah pulak bila mak tengah masak mulut dia tu non-stop bagi arahan suruh anak-anak buat kerja itu ini. Itu baru namanya perisa asli tanpa MSG. ko ada?

And what ive been informed by hubster, pagi raya dishes for his side would be different. Its going to be ketupat palas, serunding, etc. oh tak lupa! Gulai itik juga.

Errr…what? Takde kuah kacang? Takde nasi impit?

And the drama air mata start as early as last night. Hubby was on leave yesterday. Saje-saje nak teman bini buka puasa di senawang yg indah permai ini. Pastu we are planning our raya journey and decide which day we should go back to my parents house pulak after raya at his side. The initial plan is suppose on Raya Day 3 morning. And being him a super considerate hubby, instead of day 3rd, he offer to go back at midnight raya day 2. Ko ingat I terima walaupun dia dh willing to consider day 2? No!! being a drama queen haruslah nangis begged him to go back on day 2 at 8pm instead. 8pm sharp! Not after dinner or what so ever. Ape la beze beberapa jam kan? Tapi bagi I berbeza okay. Nak jumpa omak I cepat2. And yeah! Its works. We are heading back to Klang on Day 2 at 8pm *will see whether it happen or not!*

Err..should I do more Cerekarama moment so he finally change his mind and decide to be at my side on day 1 and day 2 raya? Or put on those RED sexy balimin (Baju Lima Minit)? *yes! Keep on dreaming*

Wednesday, September 29, 2010

Big, bigger..biggest eyes!

Adakah anda pengguna kanta sentuh atau lebih dikenali sbg contact lens? Yep..saya adalah pengguna kanta sentuh yg tegar. I started to use this CL ever since saya berumur 14tahun. Pengaruh rakan sebaya! Ahahha.. by the way, saya memang rabun yg dahsyat. Mula memakai cermin mata time darjah 4 lagi.



Tapi time tu gedik2 nak rabun kan mata. Kerana merasakan orang yg memakai cermin mata itu sangat cantik dan sophisticated. Padahal time umor 10tahun tu erti sophisticated pun tak tahu kan. tapi tak kira, nak jugak bubuh sophisticated kerana merasakan bijak apabila menggunakan ayat yang panjang ini. Time darjah empat tu saya selalu curik-curik pakai spec ayah. Membayangkan betapa cantiknya saya pakai spec *eh,saya darjah 4 pernah bercita2 nak jadi stewardess ok, tp kalau skrng jadi stewardess nescaya senget la kapal terbang tu.overloaded bawak saya*. pastu saya suka tengok tv dekat2 dan baca buku time gelap2. Bagus ni. Boleh cepat rabun dan cepat pakai spek. Sure nanti pakai spec lawa kalah cindy Crawford *angan2 sahaja*.


And yes… after meningkat puberty atau bahasa melayu sopan nya akhil baligh, saya merasakan diri amat la nerd and naïve apabila memakai spek. Eh bukan nak kata orang yg pakai spek semua nerd. Tak..orang lain Nampak cantik dan gorgeous. Tapi saya juga. Kelihatan seperti Betty di dalam ugly betty tu.


Di atas ke’desperate’an yang melampau dan mahu kelihatan cantik la konon padahal dah pakai tak le se’gorgeous’ mana pun, saya telah pun membeli sepasang CL yg berharga agak mahal ketika tu. Cam dulu2 tak banyak macam sekarang. Yang ada pun satu brand Bausch and lomb tu je tak silap. Dlm rm80 sebulan. Dahla baru form 2 time tu. I penat saving tak nak beli benda merapu untuk mendapatkan CL setiap bulan. Gigih bukan?


Being me yg sangat kuno mengalahkan katak di bawak mangkuk *sebab orang sekarang pakai santan kotak, tempurung susah nak jumpa dah*,saya kureng meminati lens berwarna-warni yang begitu “eh..orang putihnya mata ku”. Throughout the year saya hanya menggunakan lens yang clear water don’t sangka no buaya. Not my liking apabila mengenakan mata berwarna biru pada kulit yang tak berapa nak cerah dan muka tak berapa nak orang putih. Same goes dengan orang berkulit ala-ala sawo matang atau terlebih matang yang mengenakan rambut berwarna bloOOOooOOOnd. Ugh! *malas den nak ngumpat lebih.kang penat nak pergi rumah sorang2 beraya mintak maap*. So moral of the story, saya hanya memakai kanta sentuh warna transparent. Sekian, terima kasih.


Eh, cerita tak abes lagi. belum sampai climax nye pun.


Then, time nak kahwin tempoh hari, terjadi la ke’gedik’an yang tidak asing lagi dengan diri I yg memang gedik ni. yakni mahu menghasilkan mata yang cantik tertawan buat sang suami. Kahkahkah! Tipu je. Bukan suami, tapi pada camera so that gambaq I sangat cantik you *dengan harapan la kan*. saya mahu mata kelihatan sparkling macam diamond *saja nak exaggerate*. Bijik mata hitamku ini tidak begitu besar. Jadi kalau tidak mengenakan contact lens yg boleh melihatkan bijik mata saya lebih besar, maka make up mcm mana sekalipun. Tang mata tu still tak berseri you!



 A week before kahwin, time berjalan hunting for kain nak touch up langsir my bilik pengantin, telah dengan suka hatinya ternampak “Alluring Eyes by Freshkon” kat Focus Point. Umang aiii..inilah yg den carik. Bigger eyes effect and eyes kelihatan twinkling mcm twinkle-twinkle-big-star. Terus la rembat. Tapi SA tu suggest amik kaler brown. Kaler brown dia tak de la brown sgt sampai kau boleh terpearsan menjadi superstar Hollywood. The brown very dark in colour and barely notice yang tu kaler brown.mcm Nampak gelap je. Alluring ni ada 2 kaler je pun. Brown n black. Tapi black dia leh bagi effect very deep black kot. And terus the next daynye pakai. and sampai ke saat ni masih lagi setia pakai brand Freshkon Alluring ni.


 Price : RM70 kat focus point. Tapi found satu kedai spek dekat Qnsbay sebelah Nichii tu jual tak sampai rm60.


Rating : 4 malam tanpa bintang (4 out of 5)


Effect : kelihatan mata sangat bercahaya bak rembulan. Eh series ni, time my big day tu saya sangat2 exhausted. Tau2la kan dengan nak buat all the prep kan. lepas tu mata jadi sangat tak bermaya. The moment I pakai je lens ni, dh la besar biji mata hitam ku, Nampak lebih berseri and segar je tengok.


Do’s : kalau nak pakai time big day, especially those yang tak pakai lens/tak rabun tapi gedik2 mahu membesarkan mata/nak membirukan mata hitammu, its advisable untuk pakai seawal seminggu sebelum big day. Supaya garis2 lingkaran merah pada mata yg bakal memberikan effek Nang Nak atau pun Edward Cullen selepas bertukar menjadi Vampire tidak kelihatan. Salu sangat bile tengok gambar bride bila cameraman focus yang dekat2 dengan erti kata lain sengaja mahu sabotaj pengantin untuk menonjolkan permukaan muka yang tidak rata pasti kelihatan line2 merah kat tepi bijik mata biru ke ungu ke kaler warna warni sang pengantin. Kesian ooo..kalau pasagan pengantin tengok, mesti syak bini dia ada keturunan nang nak atau vampire. So try pakai dari seminggu awal. So bila mata dah use dengan kewujudan lens/jenis lens tersebut, garisan halus merah tu takkan keluar. Also, kalau warna tak kena dengan kulit wajah pun ada lagi chance nak beli warna or jenis lain kan?


Dont’s : dah gedik2 mahu memakai lens, jangan lupa pulak nak cuci dan rendam kannya sebelum tidur. Jangan bawak tidur sekali. Jap lagi mata bengkak besar bola golf sapa nak tolong? Also, pls hangkut sekali CL solutions dlm beg ke mana saja korang pergi, „tuah ayam nampak di kaki, kalau lens tercabut sapa yang tak bertuah?“. Dan juga, pls keep Eye drop for contact lens wearer bersama dengan you all. Ini must have item ni. Kalau dry or rasa tak selese leh drop je ubat nih. The one yg saya beli adalah ‚blink contacts‘.


By the way, banyak lagi brand mata kat muka bumi mesia ni yang boleh bagi mata jadi warna warni and kalah Aishwarya Rai, dan ada lagi yang far far more cheaper yang terjual kat internet. tapi itu semua bergantung ke level sensitipan mata korang. macam mata saya super sensitip belah kanan. kalau pakai brand yang lain2 ni macam leh merah saga je mata ni. i've tried Geolens before. rege dia separuh je rege freshkon ni. but no jodoh la dengan geolens. mata terus je merah and itchy. tries selang 2-3 hari pastu pun masih sama. pada mereka yang leh pakai geolens, anda bertuah!! *nasib my case FOC je sebab my Along belanja. my Along pengguna tegar Geolens ok!*

Ok, part 2 to be continued. Sebab nak kena submit report dulu nih ;P

Selingan 1 :

saya : hubby, you dapat bonuskan bulan ni? so in return i dapat apa?  *dengan harapan hubby nak bagi satu handbag*
hubby : you? you dapat apa? you dapat tengok je la....
T____T sedih den tahu. ingatkan dapat "sharing is caring"... ahhaha..dlm mimpi. tapi takpe kot kalau hubby tak nak share bonus ni. because he wanted to buy new DSLR. next month dia dpt -pulak quarter bonus leh la ngendeng *tak malu betul! dush...dush...*

Selingan 2:
Syawal tak habes lagi, jadi WAJIB letak gambar melantak kuih raya.

 



dan setelah melantak kuih raya perlu lakukan aksi2 akrobatik juga dikenali sebagai tanda protes untuk meneruskan sesi beraya ke rumah seterusnya...


Thursday, September 23, 2010

masak memasak....

Terms didalam masakan selalu membuatkan saya confuse. Bukan sahaja terms, malahan rupa bentuk bahan itu sendiri.




Situasi 1 :

One of the resepi yg saya plan nak cuba require “LADA SULAH” as one of the ingredients.

I was looking high and low dekat tempat rempah ratus di Giant untuk sesuatu yang mempunyai packaging berlabel “LADA SULAH” I have no clue what is this LADA SULAH punya rupa. Should be mcm lada hitam, or maybe mcm jintan kot.

Saya : dik, mana LADA SULAH?


Giant Staff : tu ha… *pointing at lada putih right in front of me*

@#$%^&*!!! The staff sure hell think I must be blind or too dumb or I really cant read!

Apekah? Kenapa lada putih ada dua nama. Sapa yg bg dia dua nama?

Ngoks!!



Situasi 2:

The resepi masak lemak I got from my Angah’s girlfriend require kunyit hidup. Fine! Saya tahu serbuk kunyit dr kocik lagi ok. Mama salu bubuh serbuk kunyit nak goreng ayam or ikan. Tapi kunyit hidup? Err…

Saya : *call hubby* - sayang, kunyit hidup macam mana?


Hubby : *as expected gelak dlu banyak* - you tak tahu ke kunyit hidup mcm mana?


Saya : I rasa mcm tahu tapi now I confused. Kat sini ada byk jenis and tak label satu2. Dia label semua dalam satu board. Ada halia muda,halia tua, kunyit, and lengkuas.


Hubby : kunyit tu mcm halia. Yg kecik sket.


Saya : yela..tapi now ada halia muda and halia tua and lengkuas and kunyit. Macam mana nak tahu?

Pendek kan crita pendek ni, saya mengambil inisiatif utk mengkorek satu2 la semua benda alah ni. Satu kunyit dpt dikesan setelah meninggalkan kesan kuning di tangan. Ahahha.. mungok betul saya ni!

Moral of the story : sila belajar masak sebelum terlambat!

I wasn’t 100% tune in with the office works. Plus, it is end of the quarter and not much thing on going. Funny things happen on last raya when I was thinking about sewing beads on my own. Obviously, hubby akan gelak dahulu. But menghantar baju untuk dijahit beading seems soooo overpriced. Saya tahu, bukan senang nak jahit, but it wasn’t easy for me juga untuk cari duit T______T. browsing internet day and night mencari beads yg berkenan di hati. Oh sungguh mudah! Semua nya di internet bukan. Hope this will turn out well. Sebab mahu pakai ketika kenduri effida else, pakai je la mne2 baju lain.

And… desperately looking for MINI SHOPAHOLIC. Kalau tak jumpa sabtu ni harus terus juga beli online.

Since masih raya, lagi la tempek raya pics.


darina ni pun sama macam wafeeq. suka sangat kalau orang amik gambar dia!





nampak tak? sunguh GEMMMMS.... benci!


sekian, terima kasih!


Monday, September 20, 2010

Eid Mubarak 2010

Saya masih tiada mood untuk melakukan sebarang pekerjaan.
kerinduan kepada suami sangat menggugat jiwa. bukankah itu sindrom normal saya? more than 10days bersama suami. mahu la hampir meroyan dibuatnya bila suami pulang ke north pada sabtu malam.
tragis. nasib tak jadi kassim selamat saya.

jiwa dan hati masih bercuti.
oh..sangat tidak termotivasi membuat kerja.
ditambah pula big boss telah ke HQ di phoenix . maka, sayalah boss *dalam mimpi sahaja*.

my eid celebration is super awesome.

*peringatan : ini adalah entry bergambar. kerana sang penulis malas nak type bebanyak*

Eid 2010 - Day 1.

Gambar official : Atok (my dad) with cucu-cucu tersayam *sayam is the word wafeeq used for sayang*


Gambar tak berapa official : Look at three of them punya expression. so cute!!! and obviously, wafeeq sangat big fan dengan bergambar. lepas each snap he will ask "enzem kan?" *enzem = handsome*



Di susuli pula dengan sesi meminta maaf tapi tak nangis pun. haizzz..sungguh tak bersungguh2 mintak kot sampai tak nangis2. ke dah besar panjang and rasa macam sogan den nak nangis.

*kami suami isteri mintak maad dengan incik saijan dan puan habibah suami isteri*


*wapeeq pun shibok2 nak mintak maaf banyak2 : sebenarnya dia nak angpow raya yg kiteorg bagi kat mama and ayah. tu yg nak salam byk kali tuh.*


*nak duit raya harus salam and cium ashu lima kali. ashu memang kejam.*


Gambar kekeluargaan : thanks to the house furniture which used as tripod.

*wafeeq senyum sangat sweet in this picture kan?*






*jasmine : bila nak pergi raya ni. asyik amik gambar je*


And after snap2 gamba sehingga berpuas ati, all of us menuju ke kampung my dad side. dokat je. kat Morib je. tapi time ni cerita sosila tak keluar lagi. kalau ai tau bakal keluar, ai yg pergi cari all the bahan bukti. *berangan*

Luckily my angah bring along his ipad. so the three musketeers tak lah buat mogok ke apa dalam kete through out journey balik kampung atok.


On day 1 itself, kteorg pergi more than 15 houses beraya. capekkk dong.

and ever since i was small, i always loveeee to beraya my Tok Long house.

1) because they have their own surau di halaman rumah
2) and they have their very own playground. .bukan playground with all the little tikes punya brand. tapi playground yg dibuat sendiri oleh Tok Long. kreatip bukan? this playground dr saya kecik lagi dah wujud. and saya selalunya akan book swing before anak orang lain use the swing.


*my hubby membantu jasmin and nuqman yg langsung tak reti nak main seesaw*


*wapeeq merajuk since he cant join abang and kakak main the seesaw*


*wapeeq : laju la agiiii....*



*At the end, hubby yang main dengan jasmine pulak T___T*

p/s : disebabkan ketidak sanggupan nak membuka tali kasut setiap kali masuk rumah, i decided untuk memakai selipar jepun sahaja pergi berayalagipun distance hanya pintu kereta dan pintu rumah orang je. ahahha... sungguh manis bukan?

Wednesday, May 12, 2010

few attempts and failed.
why i keep on writing something to be posted here and half way, menemui jalan buntu. sangat buntu sehingga hampir ke bontot.

rindu sama cik blog. kerja seperti biasa menimpa saya dengan banyak. nasib saya ini gagah perkasa seperti incredible hulk. saya biarkan saja. sungguh. tak tipu. saya belek2 kerja2 yang telah dinobatkan kepada saya seperti mereka nobatkan Miss Universe itu. sungguh banyak. setiap hari memang sentiasa banyak. kau tidur di opis pun belum tentu mampu settlekannya. production running 24jam. what to expect rite? kamu kerja hanya 9.5hrs tak termasuk masa kamu curik tulang membeli barangan secara online, berlenggang kangkung ke surau, pergi ke koperasi tatkala merasa lidah perlu sesuatu yang manis. juga extra masa untuk break time.
maaf. saya memanfaatkan my break time. both breakfast and tea break saya tidak ke cafe. tetapi saya menjamu mata melihat jualan secara online. ya! menjamu mata sehingga duit di dalam maybank saya telah kempis seperti mengambil jamu susut perut.
blame to the maybank2u!!!!

going off to singapore next week for business trip. gembira bukan? but..but...its only one day trip! keji nye mereka. tak nak bagi saya tidur sana. oh! tak sempat nak berbelanja besar (walhal duit telah nyawa-nyawa ikan).
i have kegilaan yg baru.
yakni kegilaan terhadap bulu mata pellllsssuuuuuu.
oh mengapa dan mengapa.
currently i owned 2pairs of bulu mate pelsuuuu from stage. heh! terpengaruh dengan my MUA- Lan.
i bajet Rozita Che Wan la konon.
bought few additional pairs. 7 pasang kesemuanya. dan the falsie applicator. lepas ini memasang bulu mata pelllsuuu semudah satu dua tiga.

last weekend went out for shopping with hubby. biasa la, being me sentiase mencari alasan untuk membeli baju baru. haruslah kan? kerja hari2. dah tu jemu la nengok baju same je kan?
i went to cosmetics section. i alwaaaysss love mascara. ntah la ape kene. i owned more than 7tubes. but my most fav so far haruslah DIOR SHOW.
while i belek2 the mascara, hubby said : "takyah la..dah banyak dah"
-sigh-
tak sukenye! memang la dah byk. tapi nak lagi. dan lagi dan lagi.
went to another side. and ehem...found the BB Cream mcm bace kat forum.
nope! not that expensive type of BB Cream yg berharga ratusan ringgit. yg itu harus dibentangkan dlm belanjawan june nampaknya. its a HEME BB Cream cost around rm80 je.
sangat tergoda sebab tengok that SHE pakai ni and muke nampak flawless giler babeng (or mmg kulit dia flawless dah?)
then hubby said  "kalau yang ni nak beli takpe. takyah la beli yg panjang2 bulu mata tu"
panjang2 bulu mata? yepp! he is referring to mascara.
waahhaha..tapi dia tak cakap tak leh beli bulu mata pelllsuuu. plus, ia dibeli secara online. wahahhaha....

i miss hubby. ye ye.. saya tahu. kamu sudah jelik mendengarnya.
pasti sudah hampir vomit blood tatkala perkataan MISS itu keluar.
meh ko kahwin then duduk jauh2 dulu. baru tau apa yg sedang saya rasakan *poyo*
i know we were lucky that we still can meet each other over the weekend. walaupun beratus kilometre harus ditempuhi bukan.
compare dengan those yg hanya berjumpa sebulan sekali ke, beberapa bulan sekali ke, setahun sekali ke. tapi nak juga cakap saya rindu suami saya.
by now, i already can accept the fact that yep, 5days je pun then we will unite again. *tapi masih gak nangis*
part of me i knew that this will be for lonnnngggg period of time. yes,excatly! hubby didnt show any sign of moving here. to south. nope!
not even applying for any job. can you believe that?
i've cried few times due to this but at the end of the day i came to realize.
i cant force him to move here.
he had been soooooo supportive by allowing me move down here to south.
for the sake of the salary, career development and future of our family.
but i never tried to understand what he wanted in his career. he loves his job that for sure.
but above all, he lovesss his current company.
i told him like millions of time that he should move his bump and work elsewhere.
but still. he insist.
yes. i'm proud of him for what he already achieved. its not easy for those kulit sawo matang to reach that level. ini bukan racist ya. when all kulit putih dan mata kurang bulat is always the center of attention and ALWAYS got promoted (yes! now it does sounds like racist), those kulit sawo matang is hard to be in any level or promoted. unlike him i must said.
hubby sangat hardworking. darah dan daging hubby sudah seperti kepunyaan pihak syarikat.
ahhahaha..i called him goldfish. he is such a goldfish to his previous manager.
incik david sangat sayang sama kamu ya suami? saya cemburu!
it will tough for hubby to move to another company. he is IN the comfort zone i must say.

but still.
part of me. the teeny weeny part still tried to convince that hubby akan pindah.
ia...satu hari nanti. masih berharap.

sooo excited with the coming Hari Raya *walaupun puasa ganti tak habis lagi*.
1st time beraya as a wifey. excited you!
baju raya telah di buat beberapa pasang. ahahahha... melepas gian. sebab last raya buat 3helai je kan. time tu kumpul duit nak kawen.
heading to dzul classique after office today. hantar baju melayu sang suami utk dijahit dan ambil baju raya saya yg telah siap.
few other baju kurung at another tailor yg telah di hantar tempah seawal april.
jangan tak tahu noks, tailor sudah mula stop tempahan. habisla dik non dik non takde baju raya nanti.
ngeh..ngeh..ngeh...

Wednesday, September 16, 2009

hari raya mood

i'm in my hari raya mood already. leh tak pagi tadi terjaga pukul 8.10am lepas sahur tu? wahhhh... nak tercabut jantung saya tau. reach office at 8.40am. cepat2 terus duduk at my desk. takut bos jeling. ngeh3.... tooooooo excited nak balik umah jumpa ayahanda dan bonda... i only spent 1 weekend with them during this fasting month. sobsobsob... abang2 dh promise nak buat BBQ bila saya balik. and yes! cuti telah di approvekan oleh puan bos. mind you, i'm taking additional 3days on top of the saturday,sunday,monday and tuesday public holidays. since dah tak de cuti tinggal (saya dh abeskan cuti saya time gi Jakarta aritu!!), i have to apply unpaid. puan bos memule tak bagi. haizz..mau skt jntung sbb mcm tak leh nak cuti raya. penat buat puppy face and cakap "my mom will cried if i didnt spend raya with her". then today morning..... *drumroll* *mexican wave* ta daaaa........ hip hip horaaay!! will heading home khamis ni. plan asal nak drive jek, tp cm takde geng nak balik... then kne la tumpang incik aiman. sebab aiman bru beli vios. jadi dia nak bwk vios dia pergi beraya. jadi he insist nak bawak kete dia gak. ok! myvi i kecik jew. takpe, saya paham. at least leh naik vios kan? voooommm..voooommm.... balik kulim on tuesday. naik train (sebab aiman cuti sampai the following week). hari rabu nak pergi kazen incik tunang punye wedding. my future kazen. anak my future aunty as well. rabu wedding dekat Sg Petani. side pompuan. while thursday side lelaki (incik tunang punye family side). baju? yes, saya and incik tunang akan pakai bju sedondon gitu. kain baju tu beli kat bandung hari tu. its in turquoish blue!! tak sabar nak pakai. but tomorrow baru nak amik kat aunty jahit baju tu. hope it turn out to be gorgeous kan? baju melayu incik tunang pun baru nak collect esok. persiapan raya hampir siap. new bag. new baju kurung (tahun ni 4 pasang je) and.... new shoes yg bakal dibeli jumaat ni. jumaat nih? ye...nak kuar ngn cik fik the booty. nak collect baju wedding from incik aka cik bunda. 1st fitting. hope tak perlu alter banyak. leceh nanti. pastu nak ronda2 jln TAR. cik fik the booty nak cari baju raya. ish anak org ni, dh nak raya bru sibuk nak cari bju. then heading to Sunway Pyramid or OU. cari my raya shuz!! then heading to shah alam kalau sempat if cik fik the booty tak jumpa baju raya kat Jln TAR tu. baju dh siap ni leceh. kang berkenan takde size plak kan? hope fik tak fussy di saat2 critical nak cri bju raya ni.... and today, nak gi bukak pose dengan teman2 incik tunang. ehem..ehem... yes! kasut yg diterbangkan khas dr state juga akan di collect. incik poi akan bawak bersama kasut2 saya for today berbuka puasa. sape nak kim salam kat incik poi angkat tangan!!! (mesti nady tgh tergedik2 angkat tangan) dia chumel, single, eligible bachelor lagi tu. i'm off for now... nak gi meeting. everyone, enjoy your puasa!
 

Template Design By:
SkinCorner