Saya masih bekerja hari ini. juga hari esok.
tidak mengambik cuti sebelum raya.
bukan tak nak, tapi cuti dah betul ngam-ngam je ni. T_____T
tapi tak pe la. 1st sehingga 3rd day raya di rumah belah saya. klang je pun. sejam dari seremban. cuma hubby la baru feel balik kampung. tapi hubby sampai esok petang insyaALLAH.
mahu pasang lagu raya tapi takut kena tempeleng dengan rakan sekerja.
yela..saya sorang je yang dengar lagu raya kat pejabat ni. yang lain dengar lagu gong xi fa cai. boss yg sepatutnya dengar lagu raya bersama pun dah cuti.
tapi best juga bekerja time ramai orang dah cuti.
1) sebab senang nak dapat parking best ->parking paling dekat dgn entrace.
2) and tak ramai nak call saya sebab sangka saya dah cuti. heaven oh heaven.
kamu tahu, saya a bit nervous nak beraya. first time beraya dengan suami. wahhaha.. sungguh gedik je kot. tapi mesti lebih feeling-feeling raya tahun ni kan. eh,suami je kot lebih feeling sebab tak dapat makan ketupat palas *mak den tak buek ketupat palas ni ha.bukan makanan mak den*.
Hari ini juga mendapat advance salary. tapi tidak mahu menyentuhnya. biarlah dia masih suci dan murni sehingga penghujung bulan ini. bahaya oi. ada jugak orang makan maggi setiap hari di bulan October nanti kan. Insyallah masih cukup duit yang ada. ish, tak nak la spend sehingga menyusahkan diri sendiri plak nanti kan. *sangat menginsafkan*
pernah tak time korang ada duit korang tak jumpa handbag yang berkenan, tapi bila duit tengah limit2 ni tetiba terbekenan plak dengan handbag tu? tapi bukan terbekenan dengan satu handbang je, tapi 3 handbag terus. *pengsan*. kompom kalau suami saya dengar dia mengucap panjang. *kalau guna duit raya nak bagi orang ni beli handbag(s) tersebut leh tak?*
Last weekend selepas isi duet raya dalam sampul raya tu nuqman request sesuatu yang paling susah nak di'approve'
nuqman : malam ni boleh tak abang nak tido dengan uncle?
saya : mana boleh. ashu nak tido dengan uncle la.
nuqman : asyik ashu je tido dengan uncle. abang pun nak tido dengan uncle jugak. dulu-dulu tu abang boleh je tido dengan uncle. *sambil buat muka tak puas ati*
T______T
*duku-dulu kat sini nuqman refer time hubby and i baru bertunang and hubby sleepover dekat my parents house. pastu nuqman pun tido dengan dia*
Wednesday, September 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment