Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Quickie!

Whoever yang bagi nama “morning sickness” barangkali mungkin seorang yang berjantina lelaki. Ini saya suspek. Bukan fakta yang pasti.


Sebab there is no such thing as morning sickness. Nope… it’s supposed to be “all-day-sickness” .

Dizzy, nausea, muntah terbelahak, dari pagi sehingga ke malam before melelapkan mata.

Tak, saya tidak mengeluh or even merungut. It’s just that, I thought all this while I was mentally and physically prepared for this. Ingatkan muntah its just a muntah-muntah macam kena food poisoning or gastric. But seriously, mabuk, mual, muntah and whatever combo yang dinikmati adalah beyond my imagination.

The first two months adalah sangat manis. Muntah pun tidak pernah. Ape tah lagi mabuk. Ko cakap je nak makan apa, semua bleh masuk. Sangat bangga bahawa saya adalah morning-sickness-free. Ibu mertua juga sedikit kagum. sebab menantu masih ok tak muntah sebab ketika beliau di awal kehamilan beliau mabuk sehingga flat. Tetapi....Langit tak selalunya cerah. Masuk 8 weeks, adalah sukar digambarkan dengan kata2. Mood kembali insof.

I must said, it’s a bitter sweet experience to be a mom. In another manner Allah nak ingatkan kita betapa besar jasa omak kita selama ni. So, jangan jadi derhaka. Sila la belanja mak-mak you all dengan lebih kerap. Kalau ko bawak enbeg LV, ape la sangat belikan mak sebijik juga kan. Ewah, ko ingat ko sorang je nak cun mak ko tak payah? Takpe, whatever combo delight yang Allah nak bagi, I terima dengan hati dan tangan terbuka.

Well, drama kunci kereta telah berakhir. walaupun kunci kereta Berjaya dijumpai setelah sesorang mencampakkanya semula didepan pintu rumah bersama-sama dengan announcement yg I tampal di kwsan tangga, tapi duit tetap terbang. Rm400 noks nak tukar board tu sebab bateri kereta dah di remove dr kereta more than 2 days. So the board dah kong. Silap I jugak. Doa mintak kat Allah supaya kunci kereta dipulangkan. Cuba doa panjang sket. Kunci kereta dipulangkan tanpa sesen pun duit perlu dikeluarkan. Tapi takpe, syukur gak la dari nak keluarkan duhet smpi riban nak tukar semua kan? Sapa suruh penyakit pelupa yang critical.

Bercuti 4 hari adalah tidak mencukupi. Eh, korang tak cuti ye? I cuti. Shut down sebab deepavali. Ko ada deepavali cuti 4hari? Sila la jeles ye. So I fly back to north on Saturday. Thursday evening fly balik semula ke seremban ditemani suami. Suami amik cuti. Dia mana da shutdown sebab deepavali. Saturday and Sunday berjimba-jimba di Nilai. Kazen merangkap pengapit time I kawen mengkahwinkan diri beliau. Well cuzzie, welkam to the club! Jaga anak orang molek2. My makcik-makcik bersoksek-soksek right after his akad “wah, Fuad bagus la. Sekali lafaz je”. Of kos la kan sekali lafaz je. Dah 9 tahun kot dieorang tu bercintun. Dari zaman form4 lagi. Dah tu tak reti-reti nak hafal akad tu plak kan. Above all, he is the best cuzzie. Cuzzie yg sebaya umor and sama senteng. To Alia, jaga cuzzie saya elok2. Bagi dia makan sampai dia gemok balik macam dulu. Saya rasa terhina bila dia makin kurus sekarang ini. gamba belum ada mood nak upload.

Sekian sahaja update buat kali ini.

p/s: saya asyik nak makan keropok lekor! nyum..nyum..

Wednesday, October 19, 2011

Ini adalah kisah sedih.

Ini adalah kisah sedih. Sangat berdrama air mata kalau baca. So kalau agak-agak jiwa kurang kental, sila jangan meneruskan pembacaan.


Semenjak,dua menjak, tiga menjak berbadan dua, level kemalasan saya amatlah kritikal. Macam nak angkat jari pun pemalas. Sungguh malas sehingga merasakan berbaring di atas katil adalah nikmat yang hakiki. Lepas maghrib kompom tido. Nanti pkl doblas baru bangun untuk isyak. Lepas tu leh terus tido sampai pagi. Champion bukan? Mahu tahu resepi kejayaan? Eh, tak perlu la. Biar ini menjadi resepi saya.

Oleh yang demikian, azam tahun 2010 saya yang mahu pulang awal setiap hari dari kantor telah tercapai. Walaupun azam sedikit expired, tapi at least dia tercapai. Sekarang jam 6pm I dah terpacak kat shoe locker nak tukar kasut pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita sedih semalam I pulang la awal. Baik punya parking kat entrance blok rumah (note: rumah sewa saya adalah berkonsepkan lantai ku bumbung mu). Lenggang kangkung melalui peti-peti surat. “eh,lama tak check mailbox”. So, saya pun keluarkan kunci kereta dari henbeg. Well, kunci peti surat attach dengan kunci kereta. Bukak kunci. Remove surat. Remove sampah sarap catalog giant,tesco. Buang kat tong sampah tepi. Naik tingkat atas.

Well, sehinggalah pukul 9 something baru I dengar bunyi alarm my car. Eh, macam alarm kete aku je tu. Cari-cari kunci kereta. Alamak! Takde. Punggah satu rumah. Tak jumpa.

Lari turun bawah. Kunci dah takde kat peti surat. Alarm kereta dah stop. Ah sudah! Mana kunci kereta I ni?

Mencangguk kat kereta. Godeh-godeh. Naik atas balik amik spare key.

Try bukak. Eh! Tak boleh. Damn! Itu spare key kete laki. Spare key I dekat laki la le gamaknya. Tu la beli kete same jenis sape suruh. Kan dah kompius.

Buat muka nak nangis. Yelah, kang sok pagi bangun kete dah takde camno?

And again, somebody tekan my car alarm. Sangat bloody hell bukan? Padahal I tercongok tepi kete. Durjana sungguh nak main-mainkan i. since alarm bebunyi, lagi la kuat hati I bercakap bahawa kunci kereta I dengan sesorng yang tak berhasrat nak pulangkan kunci tu. Well, kalau berhasrat kompom dia dah Nampak I tercongok kat situ.

Nasib ada jiran yang sungguh berkebolehan tinggi. Jiran datang membantu macam superman je aksinya. Siap call member dia mintak tolong. Godeh-godeh. Kete terbukak. Dia remove my car battery and switch to trigger the ignition. Fuh! Kete I selamat buat sementara waktu. Sementara laki I ngepos kunci kereta. Tapi, lepas dapat kunci pun, still orang yang amik kunci kete I ada access nak masuk kete I. cuak bukan? And to change the whole kunci and alarm system will cost me approximately 2k plus plus. Err…2k ok! Boleh beli stroller baby. Eh tak, stroller baby idaman 3.5k. but at least bleh bayar la more than half bukan? boleh buat bayar separuh normal delivery baby dekat medical centre.

And kalau tak tukar, sampai bila-bila kereta I tak selamat nak dipark di kawasan rumah kalau begitu. Demit!

Temporary solution, tukar kete dengan my abang. Tapi sampai bila? Sampai I pindah rumah? Oh mai!
nak nangis!

nasib ada kawan yang sudi mengambik and anta pergi keje. giler clumsy i ni kan?

Tuesday, September 20, 2011

A or B?

I’m torn between A or B.


Bukan kekasih A atau kekasih B. mahu kena silambam dengan Incik Suami ke nak torn between kekasih A atau kekasih B plak kan.

But, between option A or option B.

I was offered to be involve in the new project. Weh, project lagiii? Sungguh lemau mendengarnya. The project period is around 6 months. Oh tidakkkk! Lama gilos. Kompom rasa nak muntah darah lagi lepas ini. *puke* *puke*

But the bright side is, the project will take place in China and US. Means, 3months in China and another 3 months in US. Part 3 months China tu I tak de la heran sangat. Sebab China kot. Nak makan pun susah kat area tu nanti. But the 3 months in US sangat mengugat jiwa i. err… weekends at the branded outlets? I mahu pengsaaaaaaaannnn. Plus, the $$$$ offered juga maha gembira.

Well, of course I’m smiling from ear to ear when I was told about this assignment. Gilo kau tak hepi kan. Tapi, 6months without hubster? Can I survive? Jumpa tiap-tiap weekend pun drama air mata masih ada walaupun almost 2 years cenggini. But 6months without him? Will he be okay? Will he miss me badly? And 6 months ‘berpuasa’. Dah la now pun puasa on weekdays kan. Sobsobsob..

Waitttt! Ofkos every nice thing comes together with the extra baggage. The worst part is? I’ll be bonded for another 2 years. Gulp! 2 years lagi? Oh tidaaaaakkkk.

Hubster was fine with this arrangement. I mean, he was fine with the idea I need to be out of countries for 6months and the bonded things. Well, he will missed me (he said so), but its something to do with the career path and all those experience which can help me to demand moreeeee salary in future. Eh, sungguh mata duitan!

But I think enuf is enuf. Means cukup2lah almost two years kiteorang kutub utara kutub selatan. Another two years to go? Gulp! That’s it. The damage is done. We need to start to focus on having our family in soonnnn. Like, real soon ok. Nanti kengkawan anak dah berderet empat, I baru terhegeh-hegeh nak preggy whats not.

And back to square, to lose something is to gain something else. Bonded for another two years is totally not worth it walaupun I bisa bergumbira di Negara berhawa sejuk, dengan gaji tak affected plus with the overseas allowance (masyuk kot kan lepas abes 6months tu), and the increment after the project if successfully meet the mile stone goal. But those can’t beat when I able to leave the company bila tiba masanya (eh, I dah tau dah masanya. March insyallah!), hubster and I can spend every single minute in our little tiny condo until god-know-when, we can focus on baby makings, and no more endless weekend trips north-south. And finally I’ll be abled to keep my travelling bag out of our eyesight. Poor my little travelling bag! Every week tak pernah miss untuk berkhidmat for me.

But still, I’m torn. I know I should turn down the offer. I know I should keep my decision firm. But, I’m just human, tempted with all the nice to have things. Errr..like nice to stay in US right? Even just 3months. Hahahahaha.. maybe I’ll be able to cuci mata and finally grab that Marc Jacobs ive been eyeing for months aight? And all the shopping stuff. Plus the x'mas will be coming in soon. Sure banyak saleeee kan?

Shuh..shuh..syaiton nirrajim! Hope Allah tabahkan hati I. menghalang all those godaan syaitan to accept the offer. and this is actually the 2nd time boss had asked me to consider this offer. phew!!



Ni baru hallllfff of our book hauls at MPH Warehouse Sale. heaven ok heaven bila tengok buku mure-mure. macam tak keruan i. sila la sila sale buku selalu ye. Book paling atas tu tak yah nak sebarkan gosip liar. tu persediaan untuk one fine day nanti. paham? beside buku "home repair" and "lonely planet thailand" the rest to semua my booookkkk. Hubster gigih nak DIY some of our house projects.
Till then!

Adios amigos.

Monday, July 18, 2011

tuai padi antara masak esok jangan layu-layuan...

ini padi ok! bukan lalang.
ahahhaha... i pernah terkena with my hubby (my bf back then), he told me "ni lalang la".
pfffft!
fine.. orang yang jarang jumpa sawah bendang memang agak sakai.
the very first time i really sat my foot on batas sawah is few month after i dated him. sape je nak layan i yang teringin nak pijak sawah padi ni kan?
and another point for him to laugh at my silliness is when i told him "look! ada lembu"
"huh? itu bukan lembu, itu kerbau la".
damn! i malu. rasa nak nyorok bawah meja. tapi unfortunately tengah sawah takde meja ok.
frankly, i tak dapat beza between kerbau and lembu. how la nak bezekan? size sama je. tak gitu? eh ke i yang sangat bongap?

And for the third time, i went to sawah bendang is on yesterday (2nd time tu masa shoot our post-wed)
this round, being me as the kepochi fren harus tagged along for a fren of ours post-wed photoshoot.
yes, i'm still sakai. still excited to see all the padi menghijau. pastu tergedik2 jalan kat tepi2 je sebab takut kena perambat dengan tuan punya sawah kang kalau jalan kat atas batas tu.
cant wait to move back to north for good. 8months to go! omaiii...lamonye laie. bleh picnic tepi sawah nanti. ko adooo?

Wednesday, July 13, 2011

ini sudah kronik.

Saya mengidap penyakit pelik. Sangat pelik sampai bingung nak mengubatinya.


So sesapa yang tau apa ubatnya, tolong bgtau. Tp takat ceramah2 zuhud ni dah biasa sangat dengar. Dah jadi immune.

Penyakit kronik ni adalah dimana ai akan end up membeli baju/tudung/shawl or pape je yang ai berkenan, with same design tapi kaler lain-lain. Omaiiii! Ape ko ingat laki ko datuk K ke nak buat penyakit jadah ni?

Apeke dahsyat sangat pun tak taula. Contoh2 yg masih ingat :

I bought this shawl before and suke giler and bought all the 6 designs with different kaler. Gigih tak?

I bought this inner neck from AHC. Mmg best gilos ok. selese. I bought 5 helai tapi of course kaler lain2. And sure before ko beli ko akan kata, great! Boleh pakai time ko pakai baju sekian2 but brapa lame je before kejadah inner/tudung lain keluar? *but i kembang idung time i gi jog aritu akak tu puji and tanya cane nak beli inner neck cenggitu*

And I just bought 3pcs of tunic yg sama pesen tapi lain kaler. Yellow,orange and red. Fancy kan my wardrobe?

Oh myyyyy.. bile nak insap?

Baru je malam tadi membebel about the savings for coming raya. Errr… dah tu haruslah put aside nak bagi bebudak & orang2 tua duit raya kan. takkan la nak buat kering je. Gulp! And I was like what the h***. Byk giler nak pakai duit raya nanti. And was like ok, I insaf la cenggini. Tak mo belanja2 benda tak sepatutnya. Yeah rite! Mcm pg tadi bangun terus lupa cita2 itu. No wonder suami ai hanya gelak bila I cakap I insap lepas calculate bajet raya last night. Aiyooo..bile nak kaya?



p/s: just bought the paper bag version of the mini shopaholic. Dah ai ni cheapskate kan haruslah tunggu paper bag version. Serious, Minnie adalah comel! Ko reti nak pakai designer enbeg time ko umo 2 tahun? And Becky membuatkan ai kepingin anak fomfuan seramai mungkin.

Monday, July 4, 2011

Drama sebabak.

1. Baju
Situasi dalam bilik, atas katil sambil browse tenet.

Me: baju ni cantek kan syg? (while pointing bju kat laptop screen).
Hubby: hmmm..
Me: i rasa nak beli la. Ok tak?
Hubby: ok..
Me: i nak beli yg kaler mustard ni la.
Hubby: u nak beli yg ni? (pointing at the screen)
Me: haah.. Nape? (dlm hati dont start the free tazkirah)
Hubby : tak boleh.. Tak boleh...
Me : ????
Hubby: bahaya la. Kang kena tangkap ingat u sokong kempen bersih.
Me : $&@@!!

2. beauty consultant.
I'm looking for another tube of Bb cream since i almost run out of my bb cream. Dah tu, teringin la plak nak try bb cream cap lain dgn harapAn kulit kelihatan mulus mcm retis.
After dragging my hubby to almost all cosnetics shop kt gurney plaza, and tried on 4 diffrnt brnd Bb cream, keputusan masih menghampakan.
Me : susahnya nak dapat bb cream mcm i nak. putih sgt la, too shiny la. Bla..bla..
Hubby : memang la. Bb cream to design utk org korea, taiwan. Mana nak sama kulit org malaysia. Dah tau org malaysia tu pakai je la cap silkygirl ke, simplysiti ke baru la seswai.
Me : pffffttt!

3. Before and after

Before kawen.
Me : kalau u tak jumpa i, u nak kwen dengan sapa agak2?
Hubby : i tak kwen sampai tua kot.
Glerr sweet ok. Sampai nak luruh jantung i noks.

Selepas kawen.
Me: kalau u tak kawen ngn i, u kwen ngn sapa agak2?
Hubby : kalau tak dengan lisa surihani, dengan mana2 awek yg sudi nak kawen dengan i la.
Me : sebelum kawen u kata lain (muka masam, muncung tarik panjang2)
Hubby : sebab sebelum kwen i tak tau bestnye kwen. Dah kwen bru tau kwen best. Rugi la kalau tak kwen kan?
Me : grrrrrrrr!!!!

P/s: done with his baju raya. One happy wifey =))

Monday, June 27, 2011

super busy bee.

lame tak hapdet. biase la. been busy. dah tu nak bg alasan ape kan? takkan tengah dalam pantang kot tak leh hapdet belog. nampak sangat menipukan?

so, june is one hell month yang packed giler. even hari bekerja pun agak hazab. summary ektibiti bulan june :

1. just attended brainstorming for 2012 cost thrust. baru setengah tahun 2011, dan now dah kena pikir 2012. walaupun kedengaran agak gembira sebab disogokkan dengan makanan2 hotel yang menggemokkan, otak juga akan dikerah sehingga ke titisan terakhir. nama pun brainstorming. takde la kampeni anto ko gi hotel untuk duduk2 sembang2 kan? harus lah jiwa super tertekan. dah la buat ari senin. otak agak sedikit terkejut disitu. tapi tang makan tu kompom i la juara. makanan sedap pastu masuk balik session lepas lunch rase nak tido kekenyangan. figures pun bubuh entah papa. calculate sampai 7-8kali salah. kahkahkah..kompom next year kampeni suruh makan lunch lepas session habes yakni jam 6ptg.

2. weddings..weddings and weddings. bersempena cuti sekolah dan tidak cuti sekolah bebaru ni, 3 of my closest fren mengakhiri zaman dara mereka. happy for them! welcome to the wifey club geng! pasni boleh la kita bersembang topik2 lucah bersama, bercerita mengenai perabut rumah ke. errr...bab anak-anak tu i tak leh join lagi la buat masa ni kan. sapa kata life as wifey membohsankan? ko bleh citer perihal lucah kalau ko tak kawen lagi? ahahhaha... tak bleh kan? sila jeles!

3. travel and travel. dah tu memang la tiap minggu pun i oll and hubby travel untuk bertemu dan 'beramah-mesra'. tapi bersempenan dengan wedding my frens, kiteorang telah menghabiskan weekend 'bersama' at destination bukan kebiaasaan la. we were in ipoh for 2 days one night and also another 2days one night at perlis. well, since i ada penyakit suka tido hotel tak kira walaupun hotel tu depan rumah i sekalipun, i akan sangat2 teruja everytime tido hotel. i lovesss everything about hotel. the white linen bed, the toilet. feeling dia lain ok! so this month of june, i berjaya tido hotel twice! gembira ok! tak kisah la u oll nak kata sakai or what, tapi dah memang penyakit i yg suka tido hotel ini, rasa heaven gilo bila dapat tido kat hotel. tak perlu la hotel memahal 4-5 star ke kan, dah tu laki i ni datuk ke nak tido hotel ber'star'2 bagai. ko hanimun leh la nak demand2 hotel cenggitu. dah setahun jadi bini, ko tunggu je la kalau2 ada offer lagi datang menggolekkan, kalau ada tu alhamdulillah la laki ko sumpah romantik macam Seth (padahal i tak nengok pun Nora Elena).

4. gigih mencari kasut raya. since last year i tidak berjaya membeli kasut raya sebab suami i yg begitu pemurah men'suggest'kan i untuk beraya dengan 3 pasang kasut yang dipakai on our wedding day (kasut nikah,kasut reception and kasut bertandang), so tahun ini the first year i akan beraya sebagai isteri dengan kasut baru. oooo yeaaahhhh! double the joy apabila suami telah meluluskan bajet. harus lah gigih mencari high and low. akan tersentap disini ketika semua kasut2 yang menambat hati mempunyai ketinggian 4inch and above. 4 inch ok! sungguh tak realistic. ape dieorang ingat fomfuan kat donia ni ketinggian dwarf ke nak pakai kasut2 4inch? and you know the pain kalau ko on 4inch for tooooo long? boleh gelap gulita dunia tatkala ko tersembam ditanah lepas tu ok. fine! i paham the concept beauty is pain. tapi perlu ke nak dera kaki sampai kejang2 pastu mintak laki urut sebab memakai heels lame sangat? errr...ok, maybe orang lain tidak kot. hanya species bluehyppo macam i je akan terasa sakit kot memakai heels begitu. and sebagai suami yang sungguh berpijak dibumi yang nyata, "u pakai je la selipa jepun pergi beraya. bukan org nampak pun". gulp! fine, tahun ni the first 3days akan beraya di utara. dan memakai kasut heels 4inch hanyalah menimbulkan onar apabila heels ko kompom terbenam kat sawah bendang tatkala ko nak gi beraya rumah orang. dan sumpah-seranah kompom keluar dr mulut i apabila kasut heels i diselaputi lumpur. haizzz... tapi selipa jepun agak too much ye. tapi agak logik gak disitu sebab lepas 2-3buah rumah kompom kasut heels tu dah dicampak tepi. tapi membeli kasut for the sake of raya sangat memuaskan nefsu buaya ini. *tutup mata, beli je. sebab bukan i yang bayar pun kan?*

5. baju raya telah siap. err..ekceli dah siap bulan April lagi. pastu ada penambahan dan penambahan dan penambahan. dan ada 2 pasang lagi tak sempat anto. tailor dah tak mo terima. sampai ati. sob..sob..sob..
tapi thats the best thing buat baju raya awal2. disamping itu, ia juga terus boleh dipakai untuk menghadiri mejlis2 kawen yg berlangsung sebelum raya dan yakni baju raya tu terus tukar status ke baju pergi kenduri kawen. dan memandang jumlah baju berstatus raya semakin kurang disebabkan penukaran status tersebut, penambahan baju2 untuk raya akan sentiasa berlangsung. genius bukan?

ok dah, nak pack barang. esok lepas kerja nak terus balik rumah mak i. hari rabu public holiday sempena maal hijrah. pestu khamis and jumaat plak training kat Eastin Hotel, PJ. omaiiii!! kompom makanan sedap. pls dont blame me for being fat. and friday after training terus drive back to North berjumpa suami. i dah kata dah i bizi. u oll tak caye lagi.

Friday, June 10, 2011

cap duit.

Bulan ni je, dah dekat 5 kali dah orang kampeni insurans call. Bukan kampeni insurans yang sama plak tu, lain-lain sampai i dah lost track dah insurans cap ape yang call.



I tak kisah dieorg nak call.


I pahan konsep semua orang nak cari rezeki.


I pun susah payah bangun pepagi, balik umah memalam, jauh dari suami semata-mata nak cari rezeki yang halal.


Fine!


Tapi yang tak bestnye, sometime phone call dari dieorang ni boleh buat level kesabaran I sipi-sipi or hilang terus di bawa angin.


Kalau terima panggilan dari dieorang salunya no tepon tu di privatekan. Motip? I pun tak paham. Kadang-kadang ada gak pakai enpon masing-masing. Ini i kira level yang mantopp sket kot duit dia maka boleh call kastemer dari enpong sendiri gitu.


Pastu ayat wajib adalah...


"cik ada masa 5 minit?"
"akak free tak dalam 5 minit je?"




Je? Je ko kata?


Yelah..i ni kan bermurah hati. Ape la sangat ko amik 5 minit dari masa break i kan. Tapi kalau in total ko akan membebel selama 30minit cube persuade i, next time sile cakap, kalau akak setuju 5minit je saya perlu cakap, kalau tak setuju saya perlu cakap dengan akak sejam. Senangggg! At least i pun tak rasa tertipu kan?


Pastu, dengan satu nafas dieorang leh sebut segala benefit insurans dieorang pung pang pung pang...


Yang pasti, insurans dieorang la yang paling nge’top‘.


Sampai ko nak tarik nafas in between ayat dia pun ko cuak. Takut. Takut mengganggu ayat-ayat dieorang yang tersusun rapi. Ko ingat senang dieorang nak baca skrip yang dah hafal panjang berjela tu?


Mau makan berbulan nak hafal tu.


Tapi i ni jenis bertimbang rasa. I dengar. I amati. Dalam otak I cuba comparekan dengan polisi insurans yang I ada. I admit, maybe insurans dieorang coverage lagi hebat. Lagi mantoppp. Sampai ko nak berak, tahi tak boleh keluar pun boleh claim. Siap I baru tambah knowledge baru which is apa itu Carcinoma in situ. Ko ada??? Dia kata, ni dia kata eh, I tak kata, insurans dia maha hebat sampai ko baru level Carcinoma in situ yakni macam ko baru level suspect or yakin benda tu boleh menyebabkan kanser pun ko dah bleh dapat compensation rm300k. hebat tak hebat? I ingatkan sekali lagi. Ni dia kata. I tak kata. Sebab I bukan doctor kan. jadi harus ia kan saja ayat dia.


I paham zaman sekarang ko kena ada insurans. I tahu dengan konsep betapa wajib nya ko beli insurans walaupun sembahyang wajib 5 kali sehari pun ko ada ter’miss’ or sengaja ‘miss’ kan.


Tak, i tak marah. Seperti yang i cakap tadi, i tak kisah. Sebab.. i paham dieorang pun nak cari duit. Try to make a living here. Cuba mencari sesuap nasik.


Cuma yang I tak boleh paham, apesal la bila dah part dia habis je baca skrip pastu cakap “akak, hari ini saya akan bantu akak isi form untuk insurans ini”. Bantu terus ko nyah! Dasaaatt.


Me : sorry la dik. Akak ni bukan apa. Akak dah banyak insurans. Dah siap ada 3 insurans. Akak tak rasa aka berminat nak tambah.


A : ooo..boleh saya tau akak ada insurans apa?


Me : akak ada 2 life insurans, satu medical insurans.


A : tapi kak, insurans akak tu ada cover tak …bla..bla..bla..


Seriously?


Me : takpe la dik. Akak rasa dah cukup la insurans akak ni.


A : tapi kak, duit bayar insurans bulan2 sikit je compare dengan time akak kena nanti. Lagi banyak nak pakai duit…bla..bla…


Then sampai ke part caller dari insurans tu tak leh terime. Takleh terime yang I tak nak beli insurans dia.


“kak, akak baru ada 3. Kalau bangsa c*n* tu siap ada lebih dari 10 kak. Akak kena tahu kepentingan insurans ni…bla..bla..bla..”


Ok, part ni I dah pissed off. Abes ko ingat i nak beli seploh insurans tu boleh bayar dengan kuku? Taik gigi? Taik mata? Bayar pakai duhet ok. duhet! Ingat insurans tu dua-tiga ringgit? Ko ingat I ni takda komitmen lain selain bayar insurans? Takde kete nak kena bayar? Takyah nak hulur duhet kat mak ayah? Takde henbeg nak kena beli (erkkk..)? seriously ko ingat i earn brapa? Kalau doploh – tiga ploh ribu I no hal. Bukan takat beli policy insurans korang, dengan kampeni2 insurans tu I beli. Sibuk nak bandingkan bangsa-bangsa ni apehal kan. dah dia ada duit. Skati la nak beli seploh ke sejuta ke. Dah tu sok lusa i mati kelaparan sebab asyik bayar insurans korang nak bagi nyawa i balik ke? Boleh gitu?


Tapi ye la, paham2 la penolakan I secara lembut tu kan. I dah cakap baik2 dah. Dah la I time tu dah lambat nak gi meeting. Tak abes2 lagi insist nak I amik insurans dia. Kalau ikut hati yang amarah, nak je letak tepon terus. Tapi yela kan, kena gak respek perasaan meknusia lain. Kalau I pun tak suka orang rude dengan kita kan.


I dah ada 3 insurans dah cukup la kan. 3 tu banyak la kan. Why i should beli another policy.


Me : camni la dik, akak bukan apa. Akak memang tak minat nak beli insurans banyak-banyak. Akak tak mampu kang nak bayar bulan-bulan. Lagipun akak tak nak nanti laki akak hari2 doakan akak mati cepat. Biar dia jadi duda kaya. Leh kawen lain pulak.


-senyap-


Terus budak yang call tu letak tepon.


Baru ko paham erti sentap? Tadi tang ko sentapkan i tak kira la plak?


Tapi seriously, I rasa semua insurans sama je. Sekarang time dia nak suruh ko amik insurans, segala2nya dia kata dia cover.


Esok lusa di hari kejadian. Time bende2 tu berlaku ko ingat senang2 nak dapat duhet tu? nan hadooo.. kalau dapat pun susah gila macam ko pulak yang kena jadi ah-long kutip hutang agaknya baru dia nak bagi. Itupun kalau dia nak bagi la kan. dia akan find a way or way(s) to avoid bayar kat ko. Diaorang pun bijak ok. its happen all the time. Dah banyak kisah yang I dengar dah untuk jadi pengajaran. Kalau diaorang tulus mulus ikhlas nak bagi ko coverage segala2 nya takkan dia nak tulis polisi insurans ke syarat terma ke ape bende je la ko nak panggil tu sehalus mulus size semut font dia kan. silap2 lagi kecik dari semut pun ada. Sebab dieorang bijak tak nak bagi baca la dia buat font size tu. paham tak?


Dah..tolong jangan calling-calling I lagi nak jual insurans. Atau nak call, kalau I dah kata I tak berminat tu pepaham le letak sendiri tepon tu dengan berhemah.


p/s : sebab I tak beli insurans ko la dik akak mampu sambar henbeg kedua dalam bulan ni. Ish, dua-dua henbeg on the way. Pakcik posmen, sila handle with care ye!

Wednesday, June 1, 2011

perlantikkan diri sendiri.

Sejak dua menjak ni. Internet kat opis agak macam haremmm.



Selow macam siput babi panjat pokok bunga kertas omak I je.


Nak menjalankan kegiatan haram seperti browse2 tenet pun agak terbantut.


Tapi tak menghalang aktiviti membeli henbeg baru. Errk!


Ala..beli satu je pun untuk pergi keje. Tapi ada satu lagi henbeg idaman kalbu belum tercapai hajat. Eh bukan satu, tapi dua. Tapi kena pilih salah satu. Sebab laki I bukan tokey minyak petrol. Tak pasal2 nanti dia boleh bertukar menjadi tokey minyak gak., Tapi minyak HANGIN!






Collete by Coach

Hillier by Marc Jacob. 



Proposal meminta belah ihsan suami untuk coach or marc jacob ni masih dalam proses. Sebab suami dalam usaha mendapatkan lens baru dan flash. Ni yang tetibe rase nak hempas camera dia tu. bila dengan camera, permintaan bini kompom jadi no.2. I tak rela dimadukan dengan kamera u!!! agak-agak kalau I put on my La Senza weekend ni, perform gempak sket, dapat tak approval? *bawah umur,sila jangan baca, kalau dah terbaca, sile jangan imagine lelebih*.

Cuti sekolah ni jemputan kahwin pun bersusun. Sampai ke hujung bulan June ni ha tak berenti. Maaf la kalau yang tak sempat i pergi tu. Jangan kecik ati plak. Doraemon tu ha tak nak bagi pinjamkan pintu sesuka hati dia tu. Aladdin tu pun sama, kedekut nak mampus tak nak bagi pinjam carpet terbang. Kalau tak kompom satu hari doploh buah rumah pun i sanggup pergi.


Moral of the story : kengkawan kalau kawen tolong la elakkan semua nak buat time cuti sekolah. Orang-orang macam kiteorang ni la yang torn giler bila dapat jemputan tak leh pergi sebab ada kenduri lain. Kalau kenduri tempat2 yang dekat2 takpe gak. Ni satu utara, satu selatan. Pengsan!


I’m on wedding preparation mood. Huish..bukan I yang nak kawen. Angah I la. Tapi memandangkan Angah I ni jenis yang, u oll buat la apa u oll suka, I bg je ongkosnye, so omak dan I telah melantik diri sendiri jadi wedding planner. Dah tu? ko nak lantik nas the great ke? Ingat Angah den tu duit berkepuk2? Giler excited nak mem’plan’. Teringat zaman2 preparation kawen I dlu. OMG! Excited nak mampus. This round we plan to do something different. Walaupun the wedding lagi 8months to go, our milestone progress agak memberansangkan. Both mama and I dah decide on the wedding favor, wedding deco here and there, deco hall, and do some survey kat sana-sini. The best part is? Ni wedding orang, jadi duit bukan from my pocket. Jadi lebih bahagia nak prepare. Dulu time wedding sendiri sket2 kena pegang calculator. Sampai leh tertido pegang calculator. Punya la takut terover budget nantikan. Excel sheet yang siap ada budget2 tu ntah berapa juta kali amend. Nampak sangat sengkek tapi bercita-cita besar. Ko ingat senang nak kumpul duit kawen? Unless mak ayah korang tu memang ade kilang duit, ko sebut je kompom dapat.


Here are some shots on my Angah’s engagement. Tapi ni bukan dari lensa insane yang bernama suami Aimi. Gambar ni adalah gambar hasil curian di pesbuk bakal my sis in law. So, to the owner or tuan punya camera, ‘camera lu canggih, lu pun terer, gambo pun cantek. So nak tepek kat belog boleh?’ –kire mintak izin la tu kan.


omak den ni. kat pelamin pun ada je nak bagi sepatah dua kata. nasib gamba ni tak leh keluar suara.




papeet paksa his Pak Ngah to play ipad with him. so cute! satu tangan pegang ipad satu tangan holding Pak Ngah finger. even though semua orang tengah sibuk nak amik gambar my Angah and his fiance, Papeet dengan tak sogan pergi kat pelamin and ajak Pak Ngah duduk kat carpet to play the ipad. T____T.

the candy buffet sangat buat anak-anak buah i terlompat-lompat gembira. the food was awesome. the popsicles specially prepared by Nadiea's mom mengimbau kenangan zaman kanak-kanak all of us. and the cendol super sodaaaaappp.


the only pics my Angah kelihatan senyum dengan ikhlas!

Monday, May 23, 2011

Sorie la.


Den busy gila lately. My colleague on leave for almost 3 weeks. Dah tu sape je la harapan bangsa dan Negara selain den? Den la terkangkang-kangkang buek semua. Eh, tak..ayat je metafora. Den still maintain sopan duduk atas kerusi buat keje sampai kerut-kerut dahi pastu muke start tukar mcm singa kelaparan bile stress.

Besday yang lalu adalah awesome. Nanti kalau ada kudrat dan kesempatan den update. Sebab sekarang level kemalasan adalah dibawah paras sejuk beku.

So,as korang semua sedia maklum, abg den dah Berjaya ditunangkan last Sunday. The ceremony adalah super nice. Tetibe I feeling nak tunang sekali lagi. Ceittt… ni je some pic hantaran from my side untuk cik nadiea. Nanti full pic of mejlis lepas suami I convert gmbo tu. idok le den reti ape kaedah ntah camera zaman skarang yang format tu ntah ape2 pastu jadi keje nak kene convert jpeg bagai. Eh nyusahkan aje la. Bek pakai camera biasa je cenggitu kan.

ni ha tempat buh cincin. tapi cincin kat dalam tu tak letak lagi. sebab omak den risau i asyik try test cincin untuk anak orang tu. suami, i pun nak cincin tiffany gakkkks!!

ni kain lace for baju nikah.


ni kain untuk baju raya dia. omak den yang kata. tapi kalau dia nak buat pakai ke kendurik kawen pun tak salah kot kan. kain ni i yang pilih time pergi kelantan aritu. tang butterfly tu leftover dari barangan i bertunang dua tahun lepas. kire recycle la. lagi 4 dulang kalau sampai seru i hapload.


Hantaran of course the because dari hasil tangan dan titik peluh ketiak cik bee aka omak den. Save sket duit la kan omak buat sendiri.

Tadi time lunch kenkonon I pergi la survey kedai tayar. Niat di hati nak tukar tayar kete. Since last weekend jadual sungguh la bizi the very macam menteri, so tak sempat la menyusahkan suami pergi tukarkan tayar kat kedai. Since recent tayar depan yang tukar aritu pun suami yang buatkan, jadi adalah zero dengan pengetahuan alam tayar. Tetapi..brand tayar idaman sudah terpahat di hati. Dari awal lagi memang nak pakai cap ni. Aritu tukar 2 tayar tu pun dah request kat suami nak cap idaman ni.



Me : apek, I nak tukar tayar kereta la.

Apek : lu apa brand mau?

Me : I mau Michelin

Apek : hah? Michelin? U pakai apa kereta?

Me : myvi

Apek : hah? Myvi pun mau pakai Michelin meh? *sambil gelak giler*

Siot je..dalam hati aku dah sumpah seranah dah apek ni. Baik punya ko gelak berdekah-dekah depan haku? Memang nak makan tapak tangan dah apek ni.

Apek : lu apa bikin dengan kereta? Itu race ka? Drift ka?

Me : drive je la.

Apek : itu macam pakai brand biasa2 pun ok ma. Itu michelin high end punya. Lagi mahal tau.

Ko tak rasa nak pelempang kat apek tu ke? Sebab aku pakai kete cap mesia pastu kete aku cenonet besar tapak tangan ko nak gelak2 baik punya. Waaaa....salah ke i teringin nak pakai cap Michelin?

Me : i selalu travel ma. I nak good quality.

Apek : lu kompom ar mau ini Michelin? Banyak mahal ooo... dua tayar sudah boleh jimat rm80 kalau lu amik yg biasa2. Boleh pergi KFC kasi makan satu femili.

Ni yang aku hangin. Mau berderai gigi apek ni yang jarang2 ni. Tapi i anggap je la apek ni melawak je kan. Ish, hidup kena positip. Positip! Positip!

Me : I ada duit nak bayar la apek.

Apek : lu tayar mahal-mahal kasi tukar sekali la rim. Baru ngam la sport rim dengan tayar. Ni pakai tayar mahal, rim biasa-biasa tak ngam punya.

Shadaaaapppppppppppppp lu apek. Tak..dalam hati je. i kan gadis sopan dan pemalu. Siot tul la apek tu. Really judge a book by its cover. Ape kete myvi tak layak pakai tire Michelin ke? Ini baru nak pakaikan tayar Michelin kat kete myvi,  belum lagi bawak henbeg Birkins tapi bawak myvi. Kompom meknusia-meknusia lain ber’sok-sek’ kat belakang kate I bawak Birkins imitate AAAA punye.

Wednesday, May 18, 2011

Papeet and Zoo.

Back to reality.


Suami dah pulang yesterday. So macam biasa la, jiwa tengah rapuh. Bilakah bleh jadi fulltime wife ni?

And the recent long weekend adalah super awesome. Sebab for the first time after 15years, we went to Zoo Negara. Ahahahha..seriously, last I pergi time 10years old kot. Hubby and I pergi pun bukan sebab I ngidam nak tengok minatang ke ape. tapi sebab I’ve promised to Papeet to bring him to Zoo when he recovered. He was hospitalized last month anyway. See! I’m a good aunty. Rela menghabiskan masa 4jam kat zoo walaupun kalau ko gi soping leh dua trolley dah dapat barang dalam masa 4jam tu.

But the zoo trip adalah sungguh seronok ok. little that I knew zoo Negara adalah sangat besar. Besar yang sangat2 besar sampai kaki lenguh. pastu nak naik shuttle train tu malas sebab nak kena angkut stroller papeet segala. eee.tak kose betul. so at the end, we all walk and walk and walk and walk..
Gambo later-later la I post. Sebab suami tak sempat transfer lagi gambo.

FAQ from a 3 years old boy.

Elephant.

Papeet : ashu, kape..kape…kape ekor elipen tu kat hidung? *kape as refer to kenape*.

Ashu : sebab..sebab… *seriously, I’m lost with word. Giler ko, cmne nak jawab?*



Tiger .

Papeet : eeee...somelnye tiger tu. *somel = comel*

Ashu : *dalam hati, wait till the tiger ngapp u!*



Camel.

The camel dengan bangganya poo in front of us time we visit their territory.

Papeet : kape..kape..kape kemel tu beyak? Eee..tak malu. Kape ye tak pakai pampers cam papeet?

Ashu : Sebab mummy dia tak keje pastu takde duit nak beli pampers. *agak-agak logic tak jawapan nih?*



Amik Gambar.

Ashu : papeet, ambik la gamba dengan kambing ni.

Papeet : tak nak, nanti ‘kabing’ makan badan papeet.

*padahal kambing tu dalam kandang ok*

Ashu : papeet, amik la gamba dengan giraffe ni.

Papeet : tak nak..nanti ye makan ‘tinge’ papeet. *tinge = telinga*

Ashu : papeet amik la gamba dengan bird ni.

Papeet : tak nak, nanti ye pijak papeet.

Bird pijak ko ada efek ke pun?


Changing Diapers.
Ashu: papeet, kenapa papeet ni pakai pampers lagi? Kan dah besar.

Papeet : sebab..sebab...Damya pun pakai pampers lagi. Damya lagi besar.

T____T ceit... kalau kawan tu pakai pampers ko pun kena pakai pampers lagi ke?

Ashu : dah la..ashu tak nak pakaikan pampers. Nak kencing nanti cakap.

Papeet : kalau papeet kencing sini, sini, sini nanti sape nak lap? *sini,sini,sini refer tu sana sini la*

Ok fine! Den malas nak lap segala. Meh le kite pakai pampers. Plus, bukan duit den yang kono beli pampers papeet pun.

p/s: by the way, besok birthday den. korang dah siap belikan hadiah? nanti den sms kan addressnye... sian den. dah la laki jauh. nak tiup lilin bday sorang2. kesian tak? kesian tak?

Thursday, May 5, 2011

tipah tertipu.

Di hari Ahad, right after sampai from Kota Bharu at my parent's house.

Me : Ashu nak isi minyak, papeet nak ikut?



Papeet : nak..nak..papeet nak ikut.

*pelik, why suddenly this boy nak ikut? Except his mom or his dad or his atok or his nenek, he hardly ikut other people*

Me : ok, jom!


We just about 3 blocks away from my house.


Papeet : kat kedai minyak tu kan ashu ada jual air tau.


Me : mana ada, kedai minyak jual minyak la.mana ada air.


Papeet : ada la. Kat dalam tu ada kedai. Daddy beli air kat situ. Papeet ni haus. Papeet nak Laibina *Ribena*.


Me : mana ada jual air budak-budak. Air orang besar je ada jual *ehem..air orang besar tu air apa? I just tried so hard to find excuse so that this 3 yrs old dude won’t pau me*.


Papeet : eh, kedai ye tu ade jual Laibina la. Nanti papeet tunjuk. *excuse him. He loves to use word ‘ye’ referring as ia*


Once arrives at the petrol pump.

Papeet : tu kedai tu la papeet cakap. Ye ade jual air. Nampak tak kat situ? *while pointing directly to the peti sejuk yang menempatkan beribu-ribu air*.


Me: oh kat situ. *pretend tak nak amik tahu*


Papeet : ashu belikan la. Kesian papeet haus. *padahal baru je minum susu before I bawak dia ok!*

Ok fine! Tak sampai ati. Apesal budak 3 tahun ni suka beno pakai ayat “kesian kat papeet”. Dah tu ko tak kesian ke duit makcik ko yang terbang ni?

Me : papeet nak air laibina ni kan? *pointing at the ribena through the glass fridge*


Papeet : eee..ada witayen la. *referring to vitagen next to Ribena*.


Ni yang tetibe rase nak bako je kedai minyak ni. Ape kekdah ntah letak macam2 air. Pastu budak umo 3 tahun pun rambang mata. Patut la suami I kalau suruh beli air, macam bercinta dengan peti sejuk tu terus. Lame giler ok mengadap peti sejuk tu. tapi possible gak la dia tengah usha awek kat cashier tapi buat gaya tak tau nak pilih air mana satu kan.

After almost 5 minutes tried so hard to convince him bahawa Laibina lagi Sedap dari Witayen, then only he agreed nak beli Laibina. Umang aiyh..kecik-kecik ko dah diva ye budak. Nasib tak mintak dua-dua. Kalau mintak dua-dua kompom makcik ko ni dah tinggalkan kat petrol pump tu terus. Ko tolong la abang-abang bangle tu isi minyak kat situ ye.

After masuk balik kete, walaupun muke ko dah senyum sampai telinge, haruslah sebagai makcik yang berhemah nak bagi nasihat sepatah dua kata walaupun ko baru 3 tahun ye.

Me : tak elok tau mintak-mintak orang belikan air.


Papeet : oooo..lepas ni papeet mintak belikan aiskrim je la eh.

T_________T

Me : bukan, tak baik mintak orang belikan macam ni.tak sopan. 


Papeet : yelah..yelah..papeet mintak atok je la belikan.atok bukan orang. ye atok papeet je.

T______T ni mesti dalam hati budak ni kate, kedukut punye makcik. Baru minta laibina satu dah ngungkit.

Aaa gasaklah..asalkan bukan ashu yang ko mintak pasni. Yang penting mesej kesampaian. Kalau nak mintak, sila mintak atok ye.




Budak 3 tahun sekarang pun dah diva ye, nak air laibina bagai. I dedulu, paling hebat pun tau air sirap je ye. Itupun dah cukup masyuk dah tu. siap boleh nangis golek-golek kat lantai kalau mama tak nak buatkan. kalau dapat air sirap limau lagi kembang idup gembira ok. Tak tau pun kewujudan air yang best kat kedai apetah lagi kedai minyak ok!

Friday, April 29, 2011

malu-malu konon.

Melayu memang pemalu. Serious weh. Pemalu giler.


Sebab melayu ni pemalu, bulan puasa, kalau nak beli makanan pukul 1pm kat kedai mamak yang sentiasa offer makanan pada mereka yang tak berpuasa ko kena pakai helmet. Kengkonon orang tak Nampak ko la kalau ko pakai helmet tu. Takpe, muke cover abes pun takpe. Sebab dari warna kulit ko yang sawo matang tu, orang takkan tau ko melayu. Barangkali orang ingat ko orang dari amerika ke kan?

Sebab melayu pemalu la, kalau nak beli minuman keras hatta kat 7eleven sekalipun ko kena masuk kedai dengan helmet2 sekali. Kalau boleh visor helmet tu pun jangan bukak pastu siap tinted gelap2 visor tu. Yelah..yelah..orang lain semua tak tau ko melayu sebab ko pakai helmet. Barangkali ko rasa ko invisible terus bile ko pakai helmet masuk kedai kan?

Ko malu kat orang kalau orang tau ko tak puasa, minum arak. Abes ko tak malu kat tuhan ke?

Serius fed up tengok orang cenggini. Lelaki lain sibuk pergi semayang jemaat, ko pun sibuk nak beli air kencing setan tu. ish! Menyepoilkan jemaat I yg indah ni je.

p/s: esok pepagi nak gi Kota Bharu. Oooo yeahhh! Attend wedding sekali harung dengan bercuti bersama menghabiskan duit gaji bersama keluarga.

Wednesday, April 27, 2011

Will you marry me?

I used to have huge crushed on price William. Serious weh, time tu baru akil baligh. Umur pun baru cecah 12 tahun. Selain Nick Carter BackStreetBoys (korang jgn nak deny, padahal korang dulu-dulu pun sama2 suka ngan backstreetboys ni), sape je la lagi blonde and rich kan?


Wah gitu…baru umoq 12 tahun dah ada hati nak kawen dengan orang kaya. Bukan je kaya, malah royal blood gitu.

Prince-prince kat mesia ni tak masuk dalam kamus hidup ok. sebab dieorang royal blood tapi tak f*cking rich pun macam prince William ni.

Sesi pengenalan dengan Prince William ini adalah ketika mak dia mati. Pengenalan tu. ko ada?

My mom bought a magazine tribute to the lost of Lady Diana ni, pestu I baru lah men’discover’ tentang kewujudan prince yang ensem (time tu la, dah pun baru capai akil baligh,ensem adalah asalkan ko berambut blonde dan putih melepak, maka lelaki kat mesia semua tidak termasuk dalam list ensem I).

Hamik ko, dari muke surat pertama sampai terakhir asyik telek gambar Prince William. Kalau dalam gambar tu Prince William tumbuh jerawat bape bijik pun boleh hafal ok. giler obsess ni. Takde lelaki lain dalam donia sehensem prince William tu. tapi takde la sampai level nak tempek gambo prince William kat wall bilik tidoq. Mau kena bambu dengan puan bibah dan incik saijan kalau buat. Hamboih..ayat quran takde pun ko nak bersungguh-sungguh tampal kat dinding bilik, tapi gambo kapir tu jugak kot tampal *tak, ni mak tak cakap, tapi yakin mak akan cakap dialog cenggini kalau I buat*.

So bile Astro start tayang royal week, (*wawa, sile pasang astro kat asrama ko*) recently, terus la I feeling umoq 12 tahun balik. Time gigih nak kawen ngan prince William. Pakai gown panjang berjela-jela. Kalau train kat wedding gown lady diana tu sepanjang church tempat dia kawen dulu, I verangan train wedding gown I dari Buckhingham Palace sampai ke main road depan tu gitu. Ko ada? Kat wedding gown tu wajib ada butterfly bagai. Motipppp? Pestu nak nek kereta kuda cam lady diana tu. cer jadi kenyataan, tak ke lebih sedozen kuda perlu digunakan kalau nak angkut anak gajah cam I ni?

Harus feeling-feeling tinggal kat buckhingham palace. Lebih 700 bilik noks. Cer bayangkan? Kalau umah I yang 4 bilik tu pun jenuh mak nak kejut subuh, cer bayangkan 700 bilik? Kalau mati dalam any of the room pun orang tak tau ko. Gerun plak!

I watched Biography pasal minah Kate yang merampas position I sebagai imaginary gepren kepada prince William ni. Eh tak, I yang bagi dia laluan sebab I choose Mohd Hafiz over Prince William. For me, dia memang dah tau dari beginning lagi dia nak Prince William. And once dia dapat, dia tak kisah la tabloids nak kutuk dia “watiy Katie” since dia bertahun-tahun noks on and off bercintun ngan mamat ni, asalkan dia dapat ok. and syabas! She did a great job. 9 tahun menunggu kot mamat sorang ni nak matang-matang. Macam tunggu buah mangga nak masak. Baru la mamat ni ngambik keputusan nak kwen dengan dia. Ko bayangkan kalau mamat ni kwen dengan i? tak ke terjun London bridge minah Katie ni?



By the way, I tak kisah sangat pun Kate dapat William tu *denial situation*, I pun dah dapat my very own prince charming. Walaupun rambut tak blonde malahan hitam pekat dan likat, tapi rambut my very own prince charming sangat lebatttt ok, kutu pun bleh pengsan sebab sesat kat dalam rambut dia *sambil me’refer’ kepada masalah kekurangan rambut/baldness yang melanda William*, tapi I rasa kalau I tak kwen lagi, kompom William masih nunggu I kan? *denial lagi*.

By the way, I giler mahu nak nengok dieorang ni kawen. Tapi ape la yang cerdik sangat kawen ari jemaat? Macam orang melayu je nak nikah ari jemaat la dieorang ni. Kan I dah tak leh tengok secara live.



                             so true la babe! leh bau kuat tak kejelesan seluruh pelusuk donia?



p/s: agak-agak, kalau jadi bini king of England ni, dia pakai bra and panties cap apa? Takkan Victoria secret kot, apetah lagi xixili or la senza kan? mesti la yang mahal2 lagi ke kan? ke custom made aaa?







Monday, April 25, 2011

bad habit!

I have serious issue with impulse purchase.



Serious issue ok!


Penyakit impulse purchase ni sebenarnya dah lama di hidapi, Cuma recently ia semakin mengarut.


On recent weekend visit to Watson cost me ~ RM300. Hell? Watson je kot.ape je la yg ada kat Watson tu kan? Ok, minus the supplement yang why-i-need-it-anyway-but-I-still-insist-to-buy sebab orang kata ia bagus ~pfft!, A tube of sun block since the smell is sooo nice compare to my previous two sun blocks (my previous two sun block masih didalam keadaan sihat sejahtera lagi sebenarnya), a set of 3 bottles contact lens solution padahal satu botol tu pun dekat 2 bulan lebih nak abes but still gigih kekonon nak jimat sehinggit dua pastu terus beli 3 botol, additional supplement padahal supplement kat umah ada lagi but since dia ada diskaun 10% maka harus beli konon-konon dapat jimat, dan additional facial wash sebab risau kat rumah punya dah nak abes kot but at the end kat rumah tu baru separuh je pakai. And yes, sangat mengarut! Ok, blame the membership card as well sebab konon-konon leh collect point dengan lebih banyak. Motip??? Padahal sehinggit baru dapat satu point pastu macam ko nak redeem pun ko kena ada beribu-ribu point baru dapat satu barang. Tapi ape kekdah nye ntah, setiap kali jalan mesti nak masuk Watson, walaupun takat beli air mineral. T____T


A visit to home deco shop konon nak survey-survey je. Ko dengar tak ayat tu? survey je ok. suami kata “baiklah, u pergi survey”. Dan the outcome? Diiringi two set of RED flower. Tapi both different type. But still both adalah berwarna MERAH! Adakah rumah I bakal kelihatan seperti menyambut raya cine? Terus dua ok, sebab risau kat kedai abes nanti, pastu I regret sampai tak tidur malam kalau tak beli. Ape ke perangai ni?


Misi menemani my opis mate mencari baju for a wedding dinner, end up, dengan saya Berjaya menaburkan sedikit wang ringgit dengan membeli a sets of placemat and a pair of pot holder (sebab matching warna dengan my kitchen cabinet padahal kat umah dah ada pot holder pun) and my opis mate diakhir pencarian tidak Berjaya menemui any piece of dress pun. Tak kisah lah ko tak jumpa, asal I dapat buah tangan.


Dan visit ke Esprit konon-konon mahu mencari baju sehelai dua untuk sang suami telah diakhiri dengan, suami zero..and bini hero. Sebab bini Berjaya mendapat sepasang jeans padahal tak masuk pun dalam any list jangka pendek atau jangka panjang things-to-have.


Tu baru gaji sebulan beberapa hinggit. Cube korang bayangkan kalau gaji i adalah berpuluh ribu? Tidakkah bershopping seperti touch n go je? Main sauk je kiri kanan dan perlu berpikir sama ada ia even matching dengan cabinet dapur ke tak? Pfft!


Ok, but compare dengan meknusia-meknusia lain, saya adalah lebih sopan dalam issue shopping-mopping ni. Sebab takde la beli designer henbeg yang bleh membayar deposit rumah ke, tapi, cmno nak buek rumah seploh bilik dengan swimming pool size olimpik kalau keje nak ngabeskan duit je?


Ada tips tak? Sebab tazkirah zuhud suami hanya berjaya bertahan tak sampai sejam pun.


Dan being a super supportive husband and knowing my uncured decease, he will agree to say cantik if only the item I purchased is cheap or discounted item and according to hubby “cheap thing good. No cheap, no good!” T___T one cheapskate husband betul la u ni.


Friday, April 15, 2011

saya MAHU!

I wish I could go to Michael Learns To Rock concert!


Giler sangat-sangat nak pergi.

But hubby said : "Dari tengok MLTR baik pergi concert Bruno Mars"

Apekah?

Cik abang, Bruno mars tu lagu remaja zaman sekarang. Bukan zaman i.

Kompom laki i tu perasan muda remaja plak ni.

MLTR tu lagu I kecik-kecik.

25minutes, Paint my love.

Tu semua lagu faberet ok. Tapi nak wat camna, menteri kewangan tak approvekan.

Ada sesapa nak belanja gi concert MLTR? Nazree nak belanja we all tak? *ehem* duit rm100k kalau tak guna nanti berkulat.

Sekian.



p/s: at least I teringin nak gi MLTR concert kire ok la. Dari I mintak gi concert Justin Bibir. Muahahaha..*peace nady*

Tuesday, April 5, 2011

dengan kuasa Sailormooonnnnn.....

Pap smear? Saya sudah..anda?


Ye, saya merasakan teramatlah dewasa dengan penuh ciri kewanitaan walaupun kekurangan ilmu didapur apabila selesai melalukan ujian pap smear. Eh, ini hanyalah untuk wanita yang sexually active/telah berkahwin sahaja. Yang masih dara sila jangan sibuk nak pergi buat. Kang kena tenyeh dengan nurse tu kang.

I did this test last Friday. Siap amik cuti lagi you. Ha, mana le cuti tu asyik menghampiri sifar je. Nak buat check up pun kena cuti ok.

Before I did the test I banyak la men’google’ pasal this test. Ye la, sakit ke tak. Nak pakai ape time gi buat tu. biasalah, nak pakai baju apa pun harus kena google. Mana tau silap dress code kan?

And ramai orang cakap test itu menyakitkan.

Dan di pagi hari kejadian tetibe rasa tak nak pergi buat.

Sangat cuak! Tapi yakin kalau tak buat kang esok lusa menyesal tidak berguna.

And jangan risau kalau pakai jeans ke ape. Sebab korang akan disuruh memakai kain sarung before test di buat.

And rasanya? Rasa strawberry dengan sedikit blackberry.

Ahahahaha..seriously, tak sakit!!!

Yang penting, jangan stress atau keraskan badan. Relax je. Nasib I dapat nurse yang super lemah gemalai ala menari tarian mak yong. Siap tanya lagi “takut tak? Takut tak?”. Kedengaran sedikit psycho disitu. Tapi tetaim tu dah cuak-cuak. Tak kose nak jawab balik. Kang jejawab kang dia rodok mau pitam terus kat situ.

And she did the test super gentle sampai langsung tak rasa. Siap bila dah habis “err..dah habis ke? Itu je ke?“ nampak tak betapa expectation saya langsung tidak menghampiri level ‚pain‘ seperti yang digembargemburkan? Oh, barangkali kerana terdapat sedikit darah Sailormoon mengalir di badan. Sebab tu tak berapa nak rasa sakitnya kot.


Oh Hannah!

Isteri : you tau tak yang, anak Dayah *a fren of ours* nama dia Hannah Damya.

Suami : oh…

Isteri : nama Mia *my cousin’s daughter* plak, Damya Hannah. Semua orang suke nama Hannah kan?

Suami : Kalau camtu, I nak bagi nama anak I Hannah Montanna la.

T________T

Cuba la bagi nama anak Hannah Montanna. Kalau tak telinge ko tu yang kena azan sekali lagi dengan bapak mertua ko, kompom bapak mertua sound baikkkk punya “anak ko kapir ke nak bagi nama cenggitu?”



Kapir!

Suami isteri ke pasaraya. Hajat dihati nak beli bahan-bahan masakkan untuk di buat ayam masak percik seperti di gembar gemburkan tempoh hari. Semua barang dah jumpa except satu, kaffir leaves aka Daun limau purut. Since isteri super pemalas nak pusing-pusing pasaraya tersebut, maka mengambil jalan mudah terus menanyakan pada akak yang jaga timbang bahagian sayur-sayur di situ.

Isteri : kak, ada kaffir leaves tak?

Akak pekerja : ape? Kapir? Hah? Takde-takde dik..ni semua bukan makanan kapir. Semua ni halal kat sini.

T_____________T

Tetibe rasa nak nangis golek-golek. I suppose sebut daun limau purut but tersebut kaffir leaves. banyak sangat tengok Masterchef la ni kot.

Serious terus malu tak tertahan and mintak suami yang carikan daun limau purut.

Monday, April 4, 2011

tears...tears..please go away.

It’s been a year plus and almost the same age of our marriage.


Where, we are living sorang utara sorang selatan.

Alhamdulillah, throughout this one year plus, we never failed even a single weekend not being there for each other accompany.

The 4hrs drive, or maybe 6-7hrs bus ride, the 45mins plane ride *and also come with the package of the overpriced air ticket* and the 10hrs train ride.

You named it! We use all kind of transportation medium every single weekend to commute utara- selatan.

And still, I do cry on every Sunday night, missing my other half. Have to reset my brain over and over again that I’ll be sleeping alone that night and the whole weekdays until Friday is here.

Ill collected all his cloth that he had been using through the weekend, even his boxer and arrange nicely next to me on the bed. So that I could sleep imagining he is there, right next to me and his sweet body odor will accompany my good night sleep.

It’s painful and stressful experienced. Countless pray and wish every single day hope it would end in real soon so the weekend pain will go away and I don’t have to go through it again.

I wanted badly to resign and move back to north, but hubby is not 100% happy with that decision.

I fully understood his concern. Financial! i knew he still can pay the bills, feed me with makanan yang menggemokkan even if I quit my job, but living in the cruel world, and single income in the family will be definitely a burden.

We had long way to go. The house, the kids education savings *yes, you had to plan ahead even if you yet to have the little one*, the yearly vacation, the unexpected expenses, the yearly car insurance and road tax, the car need to send for service, the house furniture and the list goes on and on.

I don’t want end up with the job that I don’t like to do. It’s like a force labor. Macam buruh pembinaan indon di paksa bekerja di pusat kecantikkan ok!

And also, I don’t want end up with job where the salary is lesser than what I currently earned *did I mention the new increment from my current company is pretty awesome and irresistible?*. When you jump to a new company with less salary than what you currently earn, it will takes you like 1-2 years down the road to get back the salary that you previously enjoyed. So, please do the math.

Orang tua-tua kat kampong I selalu cakap “when poverty knocks on the door, love flies through the window”. Eh biasala, kampong I kat Scotland. Orang tua-tua punya bidalan semua cenggini. So I don’t want our love flies through that stupid window.

Jadi harus cekal kan hati.

Hopefully we are tough enough to going through just another year being apart from each other company on weekdays. Bear with all the extreme fatigue due to the long hour travelling on weekend, stubborn tears which still insist to showing off himself on Sunday night and to deal with the heart wrenching moment when we need to wave good bye to each other when weekend is over.

Sobsobsob..oh tears, please go away. I need all the courage in the world to go through this every week.

Monday, March 28, 2011

super hero in us!

Kejayaan dalam hidup juga boleh di ukur apabila :


1) Berjaya memasak ayam percik! Giler kagum sampai rasa nak nangis golek2 kat dapur. Ohhh duniiiaaa! I reti masak ok. cepat-cepat roger kat bonda, deep down I kompom bonda I terus buat sujud syukur.

2) Berjaya menggoreng sayur kalian ikan masin tanpa merujuk buku resepi. Sila jangan gelak! Rupa kailan ketika sihat yakni sebelum di goreng juga tak pernah tahu. Nasib baik la ade carrefour yang reti membubuh nama sayur-sayuran and besar-besar tulis “KAILAN”. Sebab tu I tak nak gi pasar walaupun yakin pasar lagi banyak pilihan. Sebab kat pasar dia Cuma bubuh tag rege. Kang asyik tanya amoi tu sayur sekian, ade gak makan selipar jepun amoi tu plak nanti.

3) Berjaya membuat ikan bakar sumbat kelapa. Serious wesh. Siap pakai ikan cencaru lagi tu. Ko ada? Ko ada? Oh, by the way, time kasih sekali lagi pada Carrefour kerana mempunyai timbang rasa yang teramat tinggi dengan meletakkan tag nama kepada segala jenis ikan. Kalau Carrefour buh ikan buntal tapi tag tersilap letak cencaru, maka, pada hari kejadian I akan memasakkan suami ikan buntal bakar sumbat kelapa. Agak-agak sedap tak?

4) Berjaya membuat sardine roll pertama i. hingga hidung kembang kuncup suami I puji. Giler ko, semenjak kawen, suami sangat yakin saya hanya reti membuat sandwich tuna itu pun dengan bantuan Tuna Ayam Brand readymade tu je.


Dan semua berlaku pada weekend baru ni di rumah Seremban i. Oh! Super hero in me. Baru discover la konon. *malu*

Dan jutaan terima kasih dan peluk cium pada my part time super hero yakni superman kerana :

1) Bersusah payah membersihkan kitchen. Giler gemerlapan terus dapur lepas sang suami dengan berbekalkan kain pelikat membersihkan kitchen di awal pagi yang hening tatkala bini masih terpinga-pinga nak buat apa. tak yah susah-susah nak hire bibik kan sayang kan?


i yakin level keseksian u berkain pelikat mampu mengalahkan Brad Pitt.
2) Bersusah payah menyiang ikan sambil mengajar bini tang mana nak potong, tang mana nak buang. Serious, tanpa suami menyiang ikan, pasti 100% bahawa ikan itu akan berada dalam keadaan fizikal yang sama sehingga ia masuk ke dalam tong sampah. Ko ingat I reti nak siang ikan?

3) Bersusah payah menukarkan bateri kereta sampai kena amik teksi apabila my bumblebee dengan sopannya terus meng’kong’kan bateri beliau. Alhamdulillah! Tu je mampu cakap. Nasib la kong time ada suami. Kalau sensorang tak ke meroyan kat situ terus?

And to my dearest Chefel Pan, you are my new favorite thing in this whole wide world. Sangat jatuh cinta kali ke sejuta dengan chefel ni sampai rasa nak beli satu lagi. Boleh tak?
Tanpa chefel, kompom ayam percik tak leh nak panggang, tanpa chefel, ikan pun tak leh nak bakar. I lap u chefel. Eh lupa, thanks suami kerana menemukan jodoh I dengan chefel.


Barangkali we should spent more time on the weekend dekat seremban. Just the two of us kan? baru lebih banyak perkara ajaib berlaku. Ni asyik Sg petani dan Klang, masuk dapur pun nan ado. Level IQ memasak adalah dibawah paras sifar.




May our blissful marriage carry both of us to new heights we never ever dreamed possible.

Tuesday, March 22, 2011

Bumbung ku, lantai mu.

Hari ini pergi keje dah rupa zombie kampong pisang.


Mata dah tak berapa larat nak bukak.

Minum kopi janda ke kopi duda ke kompom tak memberi sebarang efek yang diinginkan. Efek lain barangkali. *ehem..gurauan lucah. Kalau bawah umur sila close window ini sekarang gak*

Kalau boleh nak guna pencungkil gigi bagi sengkang bijik mata ni.

Ngantok tahap petala ke lapan.

Tak, i takde anak lagi. Mana plak la kes anak nangis tengah malam mak tak leh tido kan.



Tapi, ni al-kisah akak beranak enam yang duduk rumah di tingkat atas saya.

Tak sempat lagi taylor swift nak nyanyi merdu nak kejutkan i pukul 6.50am dengan lemah lembut, akak ni lagi awal dah membuatkan mata i celik.

Hari senin, 5.50am.

Pagi tadi 5.20am.

Oh maii goddddd!

Dalam hati dah menyumpah-nyumpah satu kontena pun tak muat kot.

Korang imejin je la kalau korang terjaga atas sebab musabab bunyik lesung batu. Tak ke korang rasa nak lesing je akak tu dari tingkat 3 ke car park kat bawah tu?

Korang kena paham, konsep rumah i yang “bumbung ku, lantai mu“. Plus, ini bukan condominium yang menggunakan high quality materials nak buat rumah. Rumah sewa I hanyalah apartment kos sederhana kot. Jadi ketebalan dinding barangkali hanya senipis bulu jagung atau senipis misai Hitler. Jadi bila akak ni menumbuk atas lantai dapur dia, kompom bunyi tu sangat dekat je bunyi dia sebab tu dah siling rumah i dah,

Ketung-ketang..ketung-ketang..ketung-ketang.

Pepagi buta ok! Nak bangun semayang subuh pun tak azan lagi.

Wadehek i shud do?

Terkebil2 tengok siling.

Tetibe, terus nekad. Naik tingkat atas. Ketuk pintu rumah akak tu. “akak, boleh tak respek jiran bawah yang nak tido? Akak tau tak ni baru pukul 5pagi? Saya ni nak gi keje. Bukan leh membuta cam akak lepas anak gi skolah jap lagi”

Dan the next thing i nampak adalah lesung batu dan suara hali lintar akak tu.

Zapppp!

Terus terjaga. Chey, rupanya I terlelap balik and termimpi plak.

Siap kecut perut bila bangun. Nasib tak takut sampai terkencing atas katil. Naye je!

And suara halilintar tu memanglah real sebab akak tu tengah kejutkan anak dia yang enam orang tu nak gi sekolah pukul 6.30am. ko bayangkan level vocal soprano suara akak tu. Kalah bunyi lesung batu dia. Sampai leh masuk mimpi. Jiran ko ade cenggitu? Takde kan.

Kecintaan akak ini terhadap lesung batu tidak dapat di tandingi oleh sesapa yang i kenal. Everytime session masak kompom lesung batu tu akan menyanyi riang ke segenap pelusuk. Jangan cakap buat bekfes, bulan puasa aritu, pukul 4am lagi dia dah start aksi tumbuk menumbuk lesung dia. Tak yah la nak set2 alarm clock bagai. Kompom i dah bgn sebelum alarm clock tu bunyi sebab akak tu lebih awal tumbuk lesung tu.

Kekadang i tak paham, ape je la yang akak ni masak sampai semua masakan pakai lesung. Kekadang tengah layan „how i met your mother“ pun kompom diiringi dengan background muzik lesung akak tu. Emo ok emo! Mana bleh orang kacau time i tengok „how i met your mother“. Laki sendiri call pun layan tak layan je time tengah tengok “how I met your mother” ok.

Tapi akak, respek le jiran sket. Kalau nak tumbuk lesung ke, tumbuk laki ke time-time orang lain masih celik, I takde la kisah sangat. Ini pukul 5 pagi ok! 5 pagi! Time orang lain tengah membuta sedap2.

Walaupun mungkin niat akak murni nak biasakan I prektis camne jadi ibu beranak 6, tapi sedari lah akak, saya bekerja, dan adakalanya saya kena bangun 3am nak buat konperen call dengan HQ kat US nun, pastu akak imejin je la time saya baru nak lelap, bunyi lesung akak boleh membuatkan saya hilang kewarasan. Kang ada plak masuk berita “Jiran dibunuh tertelan lesung batu”.

Korang agak2 besday akak tahun ni I belikan dia blender dia nak pakai tak?


p/s: suami i kata "u bubuh memo kat bawah *kat tangga*, nanti dia baca". *tapi kalau dia tak paham bahasa gak camne?
 

Template Design By:
SkinCorner