Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Maria, i bizi ok.

Frens used to ask, "hows life after marriage?"
jawapan cepu emasnya adalah : bliss!

but even though being a wifey itu sangat menggembirakan hati, tapi i still missed all the wedding preparation chaos, all the hectic moments, sungguh tragis sampai tetibe give up nak tunda kawen, all the figures yang hari-hari ko nak kena kira sebab risau tak cukup duhet yang tak pernah lebih asyik kurang je. i miss those love-hate moment badly!

and luckily my eldest bro will get married in very soooooon! at least i can experience almost 30% of the whole wedding experience rite?

so, what i've been up to recently?


.... stamping on the so-called-thank-u-tag for the wedding favor!
pls tell me the rubber stamp design is niceeeee. i had made around 10 different design for the rubber stamp and this is the only design approved by my Mama. (good job aimi, pat on my very own shoulder).
*and pls dont ask me why my bro have those mat salleh konon2 name. ask my mama. dah tu nama i punyela melayu kan? ini tidak adilll!



tadaaaa... and hundreds more to go! T____T
yeah, i know, its like another half year to go till the wedding, but both Mama and i just being excited.

Thursday, January 21, 2010

entry as per request by Anne

Alhamdulillah.
Finally berjaya juga menambah entry blog.
With 20days plus to go, saya telah menjadi seorang bakal pengantin yg hampir berubah kepada ncredible hulk.
cemas!!!
tak tau ape nak di cemaskan.
tapi memang cemas. cemas ke lebih kepada nervous? entah.
undefined la plak.

Honeymoon.
Ini part paling excited!!
asenye climax issue kahwin adelah pergi honeymoon.
nak cuti seminggu.
nak berjimpa-jimba dengan sang suami *pelik pulak bila sebut sang suami-no more incik tunang later on*
done with the tourist guide. Pak Isme sila2 jemput kami di Airport ya bapak.
done with hotel booking. part ni adekalenye mesti incik tunang nak cekik je saya. ahahhaha....
perjanjian awal saya terhadap incik tunang adalah untuk mencari bilik hotel around rate rm100+.
mesti la..duit dah habes kat kenduri kahwin. mane nak cekau plak nak berhoneymoonan nih kan.
and yes.seperti biase, aimi telah blow out duit on hotel. extremely over bagi kami yg berbajet kecil. *pengsan*
part ni incik tunang dah mampu nak memberi sebarang sepatah dua kata.
of course la. dah siap2 wat payment menggunakan creditcard incik tunang baru saya simpulkan total perbelanjaan.
dah tu balik afte honeymoon nanti, kami bakal menikamati variasi juadah makanan mee segera sepanjang hari.
bermula dengan maggi sup sbg breakfast, maggi kari utk lunch and maggi tomyam for dinner.
ok la tu kan.
senang dan mudah gitu.
selepas penat pepunat calculator tu ditekan2. itu lah sahaja mampu di  lakukan. pasrah dengan jumlah amount yg bakal di spend.
maybe pas balik Bali kena hold la dlu trip tu Bangkok & Singapore sehingga berkemampuan kembali.
sian incik tunang nak mengisi tabungan bercuti2.

Bunga-bunga cinta

And last weekend berkesempatan pulang ke Klang sebelum balik bercuti panjang untuk berkahwin plak.
Berjumpa Nyonya florist yg memang dah biase dah amik bunga kat dia.
ikutkan hati muda nih nak je carik kedia bunga len. sebab service aunty nyonya ni memang mcm haram.
ahahhaha...gila ko. leh tak cakap kerek2 kat customer. tapi disebabkan saya rasa florist ni la paling murah seantero klang. yelah tu konon. hahaha....ntah ntah ada lagi murah. but seperti yg saya tahu hanya florist ni la murah. and amik kat dia since my engagement lagi.
dengan harapan book awal2 freshflower for my hantaran, handbouquet dpt la harga bunga murah instead of sky high mahal due to valentine, rupa2nya meleset same sekali.
:u book sekarang pun tarak guna. harga mau sama juga'
'2minggu mau valentine sudah 4kali lagi tinggi;.
gila hape... ni yg mula membuat muka masam mencuka.
mere mama dah nervous. dok pandang2 je muka anak bongsu dia ni.
kalau la time tu saya cakap "tak kira..nak gak roses"
mau pitam mama tuh. tak pasal2 la nak angkat ke hospital tengku ampuan rahimah klang tu plak kan.
actually,i'm not big fan of roses pun. bukanla tak suka. tapi biasa2 je.
tapi kalau dah dapat roses dari incik sayang of course la tidur senyum sampai telinga 4 hari 4 malam kan.
since itu nyonya kerek kate rege roses and segala baby breath and semua bunga2 kecik yg saya tak pernah tau name tu pun rege nek sky high, telah menyebabkan saya super impulsive untuk menukar roses to GERBERA!!!
this is my fav flower. i lover gerbera, tulips, stargazer, and calla lily!!! used calla lily & pink gerbera for my engagement hand bouquet :



Earlier tak mo amik gerbera as my bunga impian due to the price of this gerbera a bit pricey compare to roses. tapi disebakan V-day. roses jadi lebih2 mahal
*pengsan*.
so, red gerbera will be the main flowers for the hantaran later.
and Pink stargazer will be my hand bouquet for nikah.
and yes!! simple and white gerbera for my hand bouquet for reception!!
while bertandang, a week later, i plan to use white orchids instead.
jarang2 tengok pengantin use white orchids. why not dare to be different aight?

 
                                    Stargazer Bouquet



White Gerbera






Reception shoe.
Remember about my drama pasal my reception shoe? alhamdulillah dah amik kasut tu last 2 weeks. it turn out to be simply nice!! bukanla super duper nice. tp uncle tu buat kemas and 80% almost mcm yg saya tunjuk tu.
ok la tu dengan harga yg super murah itu kalau compare buat kasut kat tempat len.
nanti ill do the review pasal kedai uncle nih.
*nota kaki : disamping cantik dan murah. ia juga amat selesa utk kaki mereka yg bersize sampan atau kembang dihadapan.




Wednesday, January 6, 2010

in progress. 38days to go...

Maaf Cik Blog.
agak mengabaikan kamu lately.
been damn busy and restless.
penghantaran kad kahwin in progress.->kerngkwn..pls help hantar alamat korang. nak pas kat burung tapi burung mintak koordinasi korang plak. lagi payah. baik bg address/

berjaya dapatkan chiffon beaded untuk mama excatly mcm yg saya punye.
thanks a zillion to cik pu3 nur hanin sbb tolong belikan from bandung.
ye, baju ke-4 utk mama since super excited nak jadi mak pengantin. asyik tukar2 je keputusan nk pki which baju.


Thanks to kawan2 yg puji-memuji my pre-wed pics. *malu*.



still exhausted and nak sambung tempek stamp kat kad.

Tuesday, January 5, 2010

pre wed part 2

mik ni ha.. pre wed pics kteorg session 2 plak.
lebih ceria je yg petang ni and lebih colourful.
sila abaikan peha drumstik saya dan lengan ala wrestler saya.

p/s: ni pics di curi dr fb abg nasir & dee lapena. keterangan lanjut, sila bukak web abg nasir




 
 
 

 
 


 
 
 
 
 
 

Pre wed ni mmg the best experience in my life and the most fun thing fhrough our journey towards the big W (wedding).
met the right team as well. sbb abg nasir n team sgt sempoi and tak kisah pun nak golek2 atas jalan raya ke, masuk longkang ke.

and the best idea he cames out with adalah on my guest book. jeng jeng jeng....
sangat teruja!! so nak tgk pics gedik i dengan lebih lagi, sila dtg ke my reception ye.



.

Sunday, January 3, 2010

pre-wed episode 1

Exhausted yet enjoy every bits of it!!
done with our pre-wed.
kind of marathon la plak ase kan.

the pre wed is suppose to take place in Nov. but since my tonsillectomy, it had been postponed.
and dec Abg Nasir scheduled is damn tight. every week ade je org kawen nk kne shoot kan.
and we met up with abg nasir last week since nak amik pics yg dh settle di print on behalf of nashriq (nasriq is incik tunang cousin and abg nasir amik gmbar for his wedding as well).
and after checking his schedule, we end up do the pre wed shoot this morning.
we had two session which is in the morning, the classical theme la konon and afternoon, street look. ahahha..
suke suki je bg name kan.

enjoy the pics for part 1 (sbb ni je pics yg abg nasir upload kt fb beliau. so, nnt dpt the rest saya akan upload lagik).






dah ase cam Heidi Klum plak saya nih sebab another 3 frens of abg nasir join amik gamba.

ohhh...sangat suka tengok gambar sendiri -> ni dinamakan self obsess.

Tuesday, December 22, 2009

kisah mengisah minggu ini....

When i have too little time, but too many things to talked about membuatkan saya berasa agak bingung where to start.
life had been so damn packed. gila la all the things need to be done and all the festive season coming up (Xmas and New Year) so cam keje kat opis pun dah masuk gear 4 dah level busy since ramai cuti and saya perlu catch up and cover all those thing. no more sweet time blogging in the office now.


Movie Anyone?
 Finally manage to catch up two movie in a week. Ini yg dinamakan Jogathon walaupun ramai orang akan cakap "its suppose to be marathon la aimi" -> ada saya kisah? nak jugak bg dia nama jogathon.
We went to watch :

1) Princess and the frog

Another disney animation yg penuh dengan lagu-lagu yg best! very classic. 
but still, i love MULAN more. i watched Mulan zillions of time.
saya suka Mulan/


and also...we watched this 
2) Storm Warriors:

Actions movie untuk incik tunang. disamping Aaron Kwok yg kacak, tiada apa mampu di komen.
i prefer nengok cerita perang lagi. Mcm Troy ke, the 300 ke....




Pre-Honeymoon.

I knew incik tunang tried to keep this lil secret from me. tp disebabkan tunangannya yg psycho nak mampus and mendesak setiap 8saat, so incik tunang beralah gak and bagitau where we are going to spend for our pre-honeymoon. Our real HONEYMOON will take place on the 2nd of March. Tapi cam lame bebeno le kan nak nunggu honeymoon nih, so dengan bijak dan gediknya incik tunang decided nak gi pre-honeymoon at here :


So, sape tau kat ne tempat nih sonyap aje ye. Yg penting, yess!! the magic will be happen in one of thoese sea villas. muahahah.. giler rakus nada ini. ngeh3... mesti la saya yg jakun ni tak tido malam sebab risau ada shark datang menyerang.
apa? clue? ohh...yg penting ia terletak di sebuah pulau and dalam Malaysia. blow incik tunang punya budget, but hey, its worth a zillion kan? warm up sebelum ke real honeymoon. 


Kami mahu bonus, anda?
End of the year everyone. its timeeee for bonus. yes!! telah menerima surat dr puan director telling us how much the bonus we will get. alhamdulillah, walaupun tak sebanyak bonus incik tunang tapi ok la dari takde kan? and incik tunang dah pesan spend the bonus wisely on the wedding. while bonus incik tunang, we will not use the bonus for his  side reception. incik tunang kata 'takpe la my side simple2 je'. we need to use all the money left utk furnish the house. for his plasma TV, my 480litres inverter fridge, the aircond, bedroom sets, fella dry clean sofa, etc and yes both of us will damn broke la later kan for sure.

and the coming quarter bonus plak another rezeki to tambah our tabungan honeymoon.
memang betul orang kata, nak kahwin ni rezeki. when we reached at the bottleneck on our wedding expenditures, alhamdulillah tuhan bagi rezeki lebih sket.

Wedding pressie for us?
Oh...after today baru saya notice. what i could request from my fellow frens. ahahha...
gila muka tak malu kan. ada saya kisah?
i knew some of you yg sgt baek hati nak bagi saya electrical appliances. tapi kan, we already bought some like washing machines etc. so its better korang bg je voucher Senheng ke.. voucher SenQ ke. ni lagi mudah utk kami beli barang letrik.
mana lagi best, beli something yg korang rasa kiteorg belum ada and maybe kiteorg perlukan or belikan sesuatu yg korang tau kiteorg akan make use of it untuk membeli sesuatu yg kami betul2 perlukan? great idea isnt it? kalau yg tak nak bagi tu pun takpe. tak pakse oi...
nak saya kate KALAU nak bagi. sila jangan salah paham.

Northern Bridal Make Up..the final episode.  
I was hunting ups and dows untuk cari make up artist yg leh make up kan saya for incik tunang side.
here is the situation dekat northern. MUA kat sini rata2 tak nak dtg kat umah ko regardless la korang bayar bpe and prefer korang dtg bridal house utk di make up kan. fine! then kalau hari yg korang kahwin kebetulan ada 10pengantin yg kawen, ape yg perlu anda lakukan? ye betul..duduk nganga kat situ sampai turn anda. and bayangkan cmne dia nak fokus nak makeup kan muka korang yg takde berapa nak lawa mcm artis sehingga muka lebih ke arah ke'artisan'? jawapannya : JANGAN MIMPI!! so korang nak saya end up mcm tu ke? -> ni yg saya selalu takutkan incik tunang. tipu la sangat. version sebenarnya saya cakap kat incik tunang adalah seperti ini : 'u nak ke tengok i hangin sebab tunggu lame utk my turn make up? byngkan kalau i dah ngamuk and nak jd pengantin cmne? hilang mood tau'.
disebabkan ayat2 puaka inilah, membuatkan incik tunang pakse rela telah mengikut saya hunt for MUA yg leh dtg ke rumah utk makeup and only makeup sorang at time.
and of course, dimana ada kemahuan, disitu ada MUA. found one. he is the MUA for Stage at Qnsbay. Nice guy but rate wise? lebih kurang rate MUA kat KL you.
 tapi tak pe..one event je. then i'm going to have trial make up with him in Jan so that i can use the trial makeup utk my pre-wed terus. tak le membazir rm100 saya tuh kan kalau takat tepek untuk trial makeup. genius kan?
time kasih!!
and yes, this incik Lan nampak talented orgnya. sbb i saw his works on previous job and actually this guy la makeup kan Ammar's wife time wedding dia aritu. 
Hope incik Lan leh tukarkan saya from Ugly duckling to someone yg lebih cantik.
cewah gitu.
Deposit done with incik Lan. January ni leh la nak komen bagai time nak pre-wed shoot tu nanti.


woppss...almost 1.30am. better sleep now or tak bangun sok pagi.

xoxo,

Tuesday, December 15, 2009

weekend ini punya cerita

Wow!!! 60days to go till my big day!!!
level kecemasan tidak dapat di measure. kerana kalau di measure bukan sahaja bakal merosakkan alat measurement malah mengundang penyakit berbahaya yang lain seperti darah tinggi dan sakit jantung.

Last Saturday, both saya dan incik tunang telah pergi ke kedai Uncle Pembuat Kasut.
1st time visit kedai uncle ni after menerima byk recommendation dari kebykkan Penangians.
Kedai Uncle Pembuat Kasut ni bukanlah secantik butik kasut berjenama. Hanya small shop yg mempunyai beratus2 kasut, tapak kasut, tumit kasut, tali buat kasut dan segala alatan membuat kasut yg lain.
mesti la, dah nama kedai kasut, bukan kedai buat donut plak kan.

1st impression terhadap uncle ini sangat cool dan baik. serious saya cakap, dia sgt patient mendengar ape yg saya nak and ape yg saya tak nak.
to be more specific, saya telah membeli kain utk dibuat kasut tu. so that tiada kesalahan dlm keinginan warna saya or assumption saya on this gold colour and ini uncle buat kasut punye gold colour.

After berlama-lamaan di kedai uncle ini (sebab ramai gak org, and saya bg chance uncle ni layan customer len dulu sebab saya nak uncle ni focus bile saya cakap pasal kasut nanti), hati ini telah terpikat melihat kasut yg uncle ni buat utk customer lain. saya amat kenal design itu. its from ALDO!! iya juga pernah menjadi kegilaan saya. cuma hajat di hati tidak kesampaian sebab ALDO punye original version is 4-5inch kot. but this ALDO wannabe just 2.5inch. Saya ulang, hanya 2.5inch!!! oh!! sangat selesa sebab tak tinggi.
saya pun mintak uncle pembuat kasut buatkan mcm tu utk saya. mine in blue-black. Hajat di hati nak pakai time gi honeymoon nanti (walaupun pada hakikatnya saya hanya terfikir for another pair of crocs agar senang nak berfoya2 dengan incik suami ketika ber'honeymoon'an nanti).

Did i mention, kasut yg saya nak wat haritu saya request untuk Uncle Pembuat Kasut buatkan hanya 3inch? Ye, saya tak boleh pakai kasut lebih 3inch. kasihani saya. saya gayat bile memamkai kasut tinggi. ahahahah... sangat menipu bab gayat nih. sebenarnya saya tak leh pakai kasut berketinggian lebih 3inch kerana saya mendapati peha drumstick saya kelihatan amat obvious yakni buruk apabila memakai kasut tinggi.
juga saya rasa amat tak comfortable bile jalan sebab all those negative thoughts seperti muka saya bakal tersembam ketika menaiki escalator, atau kaki saya akan terpelecok di khayalak ramai dan sebagainya sering menjadikan saya trauma rama ketika memakai shuz yg tinggi2 ini. walaupun kegedikan melampau ingin memilikinya, most of my kasut yg lebih 3inch akan end up didalam kotak kasut after sekali dua pakai dan tamat la riwayat kisah kasut saya tak lama kemudian. those frens back in mrsm especially nady sure hell akan ingat saya yg super clumsy and akan terpelecok berjalan walaupun hanya berselipar jepun yakni flat shoe. ahhahah.. still until hari ni saya tend utk terpelecok. but whenver saya pakai heel tinggi2, saya akan pastikan saya memegang atau berpaut pada incik tunang ketika menaiki tangga dengan kuat. huh!! saya tahu, saya hilang nikmat sebagai seorang wanita apabila takleh pakai those super sexy heels. tapi tak pe, save my pinggang then!! ->ayat menyedapkan hati.

But seriously cakap, time2 ni pergi ke Penang Island sangat tak best. Dah la cuti sekolah and ramai gila makhluk dunia kat situ. and i spoted banyak gila la Singaporeans men'shopping' kat Penang nih. mcm pergi je mane2 ade kete singaporeans ini. huh!!


After melawat uncle pembuat kasut, we went to Qnsbay. seperti yg saya cakap, terlalu ramai orang kat Qnsbay sampai hilang mood saya nak nyoping (maaf! pembetulan. hilang mood sebab duit dah tak berapa nak tebal walaupun baru 2minggu dapat gaji. haizzzz)
Memule nak nonton citer Storm Warrior, tapi disebabkan hanya 1st row seat je masih available, saya decided nak nonton citer Zombieland.

Movie ni mengingatkan saya movie 'Shawn of the dead'. One word je leh describe : Hilarious.
Sangat good prescription untuk orang yg stress and need to chill out dengan bergelak ketawa.

On Sunday, saya telah berjimba2 dengan incik tunang ke Gurney Plaza plak.
Misi : Mencari diamond bracelet/bangle untuk hantaran.
Keputusan : Misi tidak berjaya sebab yg saya berkenan, incik tunang tak berkenan, yg incik tunang berkenan, saya tak berkenan.

Kat Gurney tengah sale giler2. hati amat menggedik apabila melihat a pair of pink stilletos kat Eclipse. Pink kah itu? nampak cam pastel purple ada gak.
incik tunang bagi green light. hati melompat girang. masuk semula kedai. sigh. takde size.
hamir meroyan seketika. sakit hati...sakit sekali bila kasut idaman tak dpt di genggama.
fuh! selamat duit lagi kan.

Bracelet idaman dah jumpa. tapi incik tunang kata mcm muda belia. after 30yrs mesti tipah ni segan nak pakai. (dlm hati kata : nanti lagi 30yrs u belikan la yg lain. yg besaq2 ke...ehehhee)...

And malam tadi, setelah cmne ntah, baru la teringat kasut yg incik tunang nak bagi saya for hantaran. mungkin gegaran minima telah berlaku. terus bukak box yg letak kasut tu.
damn!! the shuz in gold-champagne colour. wahhhh!!! sepatutnya saya leh je pakai kasut ni for reception.kan jimat tuh. waaaaa...
harus call uncle pembuat kasut hari ni. suruh dia stop dlu buat kasut gold i tuh. nak ganti colour grey so that leh pakai for incik tunang reception!!!

Sepatu Hantaran dr incik tunang



p/s: Baru sahaja menerima shawl yg di beli last friday. setelah menjadi pembeli setia with numbers of purchased from beaubargain, cik ayu beaubargain dengan baik hatinya telah memberi saya additional sehelai shawl warna faveret i. wahhhh!! terharu nya. so in total, saya dapat 3helai shawl yg dibeli+1helai shawl sbg xmas present.
ni la bagusnya jadi pembeli setia. =))

Friday, December 11, 2009

HIV test : non-reactive

And finally its FRIDAY!!!
weee... seronotnye. setiap orang yg bekerja mesti paling suka moment after lunch time hari jumaat.
suke sangat and ase nak golek2 sambil garu2 perut kat depan lobi ofis.
Pheww!! bekerja 5hari dan cuti 2hari. sangat tak fair! patut kerja 4hari and cuti 3hari. baru lah balance kan?

Malam tadi saya dah buat statement berani mati dengan incik tunang apabila mengeluh hal kerja :
'Yelah...i tau, kalau kerja senang sape nak bagi kita gaji'
wahhahah...giler la ayat pasrah ni, free2 kne gelak besar dr incik tunang.

yesterday telah berjaya mencilok my lunch break utk membuat HIV test.
Kronologi kejadian :

1.00pm : patutnye saya ada meeting nih..tapi kena tukar pkl 2.00pm plak tetibe. hati dah mengeluh sebab nak gi test HIV pkl 2.00pm. Bos tanya "is there anything warong?"... and saya konon2 kata 2pm tu ada appointment. and Puan Bos besar terus bagi green light tak yah join meeting (ni yg best bos pompuan nih!)

2:15pm : Berbekalkan my bumblebee dan of course incik tunang sekali, we reached at the appointed klinik kesihatan goverment. oh kengkwn, bukan suka suki je ye nak gi wat HIV test ni kat PathLab ke...pape lab darah yg len. HIV test utk kahwin HANYA VALID dekat appointed klinik kesihatan gomen aje ye.
- terus ke kaunter sebab cam pelik je tak ramai orang sangat kat klinik kesihatan
saya : kak, nak wat HIV test
akak kaunter : untuk kahwin?
saya : ye saye.
akak : lab kaunter bukak pukul 3pm

*ase nak pitam bile dengar, berpinar2 mata ku. dah nampak mcm bintang2 di langit yg muncul ditengah hari*

i have another meeting at 3.30pm.

korang byngkan kalau kaunter bukak pkl 3pm, pukul bpe saya nak balik?
dlm web kata leh test 2.30-4.30pm selasa-khamis.
dh tu ape kejadahnye pkl3pm baru nk start.
akak tu dh la tak nak kami daftar dulu.
"nanti lab kaunter bukak baru daftar"

pastinye incik tunang dihujani dengan kata2 manis saya memuji klinik kerajaan dan akak kaunte ryg sangat manis itu ->sangat menipu! sila baca dengan versi yg bertentangan,

setelah muka mengecut kalahkan asam kecut dan kerutan-kerutan di dahi yg dah berupa padang sahara je lagaknye, tetibe at 2.40pm akak kaunter panggil kami.
akak kaunter : 'isi form ni eh'
selang 5mins, nama kiteorg dipanggil and kne gi ke kaunter Lab.
sampai kat kaunter lab, letak form, duduk 3mins then nama incik tunang dipanggil dahulu.
Korang tau tak, dieorg amik darah (ni yg mcm ketip ujung jari je tu) dekat kaunter tu je.
wahahah...giler koboi la dieorg ni. men hulur je jari kat kaunter.

lepas sesi tekan2 ujung jari n amik darah, tak sampai 2mins dia dh panggil balik.
result : non-reactive
of course la kan. takkan la reactive plak. huhuu..dhsyt la tu kan.

then masuk ke bilik untuk sesi soal jawab dengan bro MA tu.
cam sekejap gler je bro MA tu tanye2, sign borang HIV tu.
and OH YEAH!!! result dah dapat. dah leh kahwin!!1
wuhuuuu!! seronot2...

and semua tu settle at 3.10pm. percayalahhhh  (diiringi lagu Siti Nurhaliza tu).

first time saya memuji servis mantap dari klinik goverment.
dah tu through journey back to office, incik tunang tak abes2 ngungkit pasal bebelan manis saya tentang servis klinik goverment and akak kaunter tu.
*malu sendirik*

dan saya mahu membuat guestbook seperti ini!!!




oh!! jam menunjukkan pukul 6.
nak balik and memasak.

menu hari ini : sambal sotong, ikan bilis cili padi & sayur kobis!!!

 p/s : baju kebaya for the girlfrens!! maaf klu tak cantek. purposely supaya anda x overshine saya!!



love u qayqay sebab tolong angkutkan!!

Thursday, December 10, 2009

lantern ku sudah siappp....

Weee....
balik keje tadi terus zasss pergi ke Jusco Perda.

Misi : Mencari Guest Book.
Keputusan Misi : Hampa!!!

adus!! betul2 jumpa dua jenis guest book from Memory Lane. Harga ok2 la. dlm rm49.90. but tak cukup mengancam for me. mcm 'biase je'.
adusss!! so, plan seterusnya adalah .....DIY.
giler ar..tengok la hasil kerja tangan keras saya nanti.

and to nady, this is the lantern yg 'versi murah'.

BEFORE THE MAKE OVER






*kaca telah di remove ya.


AFTER THE MAKEOVER






 
ini lah lantern DIY konon. Actually orang kampung panggil lampu ayam or incik tunang kata orang kampung dia panggil pelita.

so, lampu ayam ni telah di beli di kedai hardware di taman sri andalas dgn haga rm9 sebijik.
then saya telah mem'spray' (satu lampu ayam je pun saya spray) dengan dibantu team sokongan yakni ayahanda dan my abang utk menyiapkan 10bijik lampu kesemuanya.
setelah siap spray bagai, saya meletakkan candle didalamnya so its almost xx% looks macam lantern yg jual kat ikea.

total damage : rm9 (lampu ayam) + rm 6 (spray-satu tin leh spray 3 bijik lampu) = dlm rm12 la roughly satu lampu.

ikea ? rm40+

gler jimat!!!
takpe la kalau tak cantik mcm lampu ikea. asalkan, konsep tu ada.
ahahaha...
ni candle yg bakal diletakkan di dalam lantern nih.
rembat di kedai hinode. 8pcs rm5 jew.



nady & anne : aku jamin 100% selamat okay!

and jgn risau...lantern ini takkan bogel cmni je. bonda akan hiasinya dengan bunga bungaan mengelilingi lantern nih.

and here is thesticker yg telah di collect dr kedai printing.
sudah diposkan ke bonda ari ahad yg lalu and now bonda tgh busy melakukan aktiviti lekat melekat. Sticker ni bukan b/ground die putih, tetapi transparent.


the best part about this sticker adalah :

1) it turn out 100% excatly mcm saya nak ->mesti la..dh design tu saya yg bg kan?
2) Saya ordered 1200pcs and end up orang kedai tu siap bagi additional qty. kalau takat tambah 1-2 pcs tu tak de la nak bgtau satu dunia kan, tapi ni siap lebih dlm 150pcs lagi.
leh la tempek kat hidung ke, mate ke, pipi ke pas ni.

daaa.....
nak sambung gayut dengan incik tunang.

p/s: big thanks and hug to qayqay. sebab saya dah dpt baju kebaya bridesmaids saya!
esok insyALLAH saya poskan.

Monday, November 30, 2009

Aimi dan hari raya haji!!!

Masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Haji to all!!!

Saya juga sudah selamat masuk ke opis pagi ni.
Pastinya telah selamat pergi dan balik ke kampung halaman berbekalkan pemanduan cekal Aiman menggunakan Vios putih beliau dengan kelajuan average 140-150 km/h.
juga telah selamat mengebumikan sedikit wang di IKEA, tol2 yg berlambak menghala ke IKEA, juga stesen petronas kat andalas tuh.
did i lupa to mention? juga kpd bonda tercinta yg telah selamat menguburkan additional $$$ di Wedding Station sbb bonda insist nak centerpiece + the table runner di setiap meja mcm ni:




Bonda kata, nanti mcm pakai make up tapi tak pakai lipstick ->perumpamaan if tak bubuh centerpiece and table runner.
gulp!!
ye tak pe. semua nya selamat-selamat berlaka. amin!!

hows ur raya haji?
i spent my 1st day of raya haji ke IKEA. lepas je balik sembahyang raya tu, bonda trus bg isyarat segera bersiap sedia utk negara.
dgn version super fast and furious both me and my kazen Aishah trus siap tukar baju.
Both siblings, aishah and adam spent their raya haji with my family. bonda mereka sedang menunaikan haji while ayahanda mereka ada business trip di turki.

Kami beraya di IKEA!! sungguh happening. byk showroom boleh dijadikan ruang beramah mesra dgn jiran tetangga kat sini. hikhikhiik...
misi utama adalah mencari barang2 decoration di dalam bilik pengantin dan guest book punye table.
found vases and candles.. since now tgh nak x'mas, byk gle candle utk di'grab'.
sila la sila ke IKEA.....

Apekah yg telah terjadi kpd saya?
otak agak lembap petala ke lapan pagi ini.
gler lembap sampai tgk nilai ribu2 pun otak send msg kat saya the amount as juta2.
gler ke ape dh saya ni? tak pasal2 sakit jantung di pagi hari ingatkan rege that part reach juta2.

sudah terima form nikah dr ayahanda. haruskah di form nikah kne state pendapatan?
waaa... ini part paling benci. tak suka org tau pendapatan saya dan bakal suami.
gler busy body ok!! tak suke la.. since company pun kata bnde tu as P&C kan.
nape nak kena disclose satu dunia? ->exagerate la part ni kan. tak la satu dunia.
tapi byngkan la, at least both my saksi akan tau sebab dia akan sign kat atas borang yg kne state pendapatan,
dah tu dua org saksi itu mungkin menceritakan pada 2nd party example bini. dan mungkin bini2 mereka boleh menceritakan di kejiranan setempat. since my saksi is my jiran. dan end up satu kejiranan akan tau and desas desus a.k.a cerita kontroversi akan tercetus.

"ala..anak kak bibah tu gaji rmx,xxx.xx, dah tu menantu dia tu gaji rmx,xxx.xx." kata si pencerita

"oooo..patutla..."kata si pendengar

ape yg patut saya tak tahula kan. maybe die akan ckp, patut la selekeh semacam je anak kak bibah tu. gaji ciput.
ke patut la anak kak bibah tu bwk myvi je. gaji byk tu je.
ahahah....

kenapa la saya perlu pikir sedemikian? saya bukan artist mahupun super star. ade ke org kisah dgn gaji saya pun? perasan la ko aimi.
tp part pendapatan kne state tu mmg part paling tak best. sgt tak sokong.
leh tak kalau saya tak nak diclose gaji? kalau org Majlis Agama Islam tu tanya, saya jawab je "takat cukup makan and pakai bang...".
err..agak2 kne reject tak permohonan nak kawen?
patut la ramai kawen lari kat siam ->alasan semata2....sila jgn tiru gaya bebas ini atau ur mum n dad n belasah anda secukup rasa.

maaf, kerja sedang menanti.
cerita akan bersambung setelah pulang bekerja mlm ni.




Wednesday, November 25, 2009

mari kahwin!!

Hari ini telah kembali semula di opis.
geezzz!!
tak best langsung. saya 100 kali ganda prefer duduk rumah and jadi housewife.
Inbox mencecah 700+ email. mengambil masa saya separuh hari untuk settle membaca (belum reply lagi ye kawan2).
Ada kala saya terfikir adakah saya seorang operator email (mcm operator tepon la konon).
gila dan separuh buhsan.
ohh!! saya baru sedar saya belum fully recover. saya hampir muntah apabila melihat email asyik berlari-lari anak masuk kedalam inbox.
nyah kau dari sini email!! 


and few people tegur saya kelihatan slim setelah pulang dari operation.
muahahah...
maaf kawan2..saya bukan menjalani liposuction ya!! 
ye...saya rasa badan ada ringan sedikit. (woi aimi, ko jangan nak buat malu. baru kurang beberapa kg and sibuk nak bagi tau dunia.)
*mari menyorok di belakang kerusi*


dan lagi siot, my opismate yg si apek ni gi bgtau org saya on maternity leaves sbb lama sangat cuti.
siot gler...ade kne bakar desk apek ni kang. *murka sungguh beta*. siap ko apek!! ->amaran berbaur keras seperti kerasnya minuman keras.



bulan december muncul kembali.
dengan lambakkan jemputan kad-kad kahwin. yess!! tahun ni i'm a bit wise dalam mengatur jemputan org. risau sangat org tak dtg my wedding kalau saya tak pergi wedding mereka.
it does happen to one of my fren. disebabkan beliau salu sangat malas nak join geng2 gi kenduri kahwin or kenduri tak kahwin, time dia wat kenduri kahwin hanya beberapa orang je datang, yg lain semua tak datang (termasuk saya!!). 
saya terus catit dlm calendar semua date jemputan kahwin. takut ada yg overlook plak nanti.


malam tadi melakukan aktiviti berangan bersama cik zainatul. berangan pasal custom made shoe. yeee!! saya tengah memilih design utk meng'custom made' kan shoe for my reception and my bertandang (walaupun incik tunang insist kasut bertandang tak payah custom made).
ill make him say 'yes' this time (kena ready wat puppy eyes setiap hari sehingga dia cakap boleh.


Pening kepala bila memikirkan form-form untuk daftar nikah yg perlu diisi.
ohhh..terima kasih incik firdaus. mesti anda sgt ensem kan? ahhaha...
call incik firdaus di jabatan agama islam klang. gler confuse bila baca pasal syarat daftar nikah from web JAIS.

dalam web : HIV Test hanya di klinik2 di negeri selangor.
saya : dah tu saya ni duduk kedah takkan nak kene balik selangor buat  hiv test?
incik firdaus : takpe, buat kat mana2 klinik kerajaan yang boleh buat HIV test kat mana-mana negeri pun takpe.

dalam web : kene bawak saksi untuk tandatangan form nikah.
saya : takde plak JAIS state syarat saksi borang daftar nikah. same ke dengan syarat saksi nikah?
incik firdaus : sape2 pun leh jadi saksi. kalau boleh elakkan adik beradik.


yeeeeaaa!! ayahanda akan ke PAID (Pej Agama Islam Daerah) Klang utk amikkan borang.
*biadap sungguh anak ayah ni. suruh ayah plak. kang ayah amik borang poligami,siapa yang susah?*


nasib la incik kadi tu kwn ayah! peace uncle!! siap kenal dh tu sape tok kadi saya.
incik tunang jgn risau, saya akan inform that uncle kadi toksah le soal2 u mcm2 time nikah nanti.
i tau u tgh darah gemuruh time tu. kang dia suruh baca doa qunut, u baca doa makan plak.
suruh je nikahkan terus and settle.
siapa suka? saya dan keluarga saya suka.
hip hip horaaayyy!!


mari berkahwin~~~!!


Tuesday, November 24, 2009

a lil update

Fuhhh! 
Panas sungguh hari ni.
hari terakhir cuti perlu digunakan sebaik2nya. esok sudah mula kembali ke pejabat. buhsan!!!


Pergi lunch bersama incik tunang di tempat first time saya jumpa incik tunang.
chewah!!
gila jiwang ok! 




1) Tudung nikah & reception.

After drop incik tunang di opis. saya ke pos laju. ngepos baju kebaya alia (brides of honor saya) and both contoh kain for my nikah and reception tudung.
tudung ni akan di custom made. tudung ala2 ariani tu. 
result? nanti dah siap akan saya upload picnya.
thanks to my mak uda sebab sudi nak tolong hantar sample kain itu ke akak yg jahit tudung tu. alamak!! lupa plak link blog akak tu. nanti dh ingat, saya bgtau.
and tudung dia mmg slese. pakai kain mcm ariani tu. cuma slightly cheaper la. 


2) Baju pre-wed
And hari ini baru sampai seru anta kain utk dibuat baju kebaya for my pre-wed.
FYI, baju kain yg dipakai ketika pre-wed ni hampir sama dgn baju bridesmaids akan pakai nanti.
(baju bridesmaids akan di pos next week ye kengkwn! kerna cik KayKay outstation and only sempat ngepos bajunya kpd saya by next week).
soooooo...excited nak wat pre-wed shoot ni!!!!


3) Pomanders


Tadaaaaa,,,,,,ni belum siap sepenuhnya.. holder and tali jurai lom buat lagi. bonda risau si kecik wafeeq nanti tarik kalau buat siap.


4) Wedding favor for bestie.
Saya masih memikirkan wedding favor utk all my bestie!! 20pcs kesemuanya.
ni sangat limited ye.
utk kawan2 tercinta!
still tak leh decide. tak leh la bgtau kt sini. tak surprise!! chewahhhh!!!


5) Rumah idaman
Semalam ketemu rumah idaman. hope this time menjadi. sebab last two houses yg kite org aim tu tidak memenuhi kriteria2 yg telah ditetapkan oleh semua pihak (our family dan incik tunang sekali).
- semi d setingkat with 5 bedrooms.
- car porch yg leh masuk dua kereta.
- ada laman utk gardening ->adakah saya yg bakal menanam pokok? oh tidak!! saya hanya tahu menanam pokok lalang.
- land area 40'x80'.
- harga pun not bad....

ok..nak tido puas2 sebelum bekerja esok.
daaaaaaaa......












Monday, November 23, 2009

al-kisah dewan & kad kahwin

Hari ini hari ahad. Bangun pagi sungguh lambat seperti kebiasaan la kan? Kalau incik tunang tak kejut sure tak bangun lagi ->Syg,ada perasaan nyesal tak ni nak kawen ngn i? Celik2 je mate check my Cik Lappie. hooraaayyy!!! telah siap sedia video yg didownload. 1) Bila Cinta Bertasbih 2) Setem Saya agak jakun! abaikan saya. memang saya naturally jakun. Penat incik tunang ngajar download pakai torent. muahahah... Hari ini lawatan sambil belajar diadakan lagi. seperti minggu2 yg lain. seperti kebanyakkan pasangan ingin berkahwin yang lain. 1) Lawatan Sambil Belajar ke Kedai Kad Kahwin. Yess!!! utk kesekian kalinya, saya, yang sangat gediks ini telah menukar kad jemputan kahwin saya. ye!!! sila tampar saya dgn kelajaun 100km/h. dan saya spent dekat 2jam setengah di kedai kad kahwin itu. sampai saya rasa, macam budak kedai tu nak halau je saya dari kedai tu. maybe dah tak larat nak tengok muka saya. muahaha....nampak gayanya kad kawhin saya akan delay another one week sebab dieorg kene order yg lain since aritu dah kensel. musti budak kedai tu kata dalam hati "bajet ciput cam semut, selera besar cam gajah". nak wat cmne cik kak oiiii...kalau i ni hartawan, i tak tempah kad kahwin kat kedai kamu. i beli terus mesin cetak tu. cetak sendiri kat umah. leh la print setiap 10kad beza design kan? muahahha... exaggerate ->sila abaikan! biasa la. ini first bagi kita semua buat kad. first experience. so saya jadi super extra conscious dengan kad kahwin tu. luckily saya telah melakukan banyak survey. and here is tips nak share bersama : 1) Prepare your own map + landmarks. Macam saya, since my wedding dekat dewan which is not area yg saya familiar sangat walaupun dah berjuta2 kali lalu situ (korang ingat ke pun nama jalan korang lalu setiap hari?), saya telah men'google' (gunakan google map or wiki map), mencopy dan mengedit to simpler version. siap zoom in utk pastikan landmark semua nampak ye. 2) Prepare your own wordings kat kad. Nak kahwin nye korang. so, korang la sepatutnya lebih tau korang nak bubuh apa atas kad. sila buat homework lebih dengan kelebet kad2 yg ada secara online. so, walaupun saya takleh nak custom made kad jemputan saya (mahal oii,,kiah tak mampu. kiah hanya seorang kuli), but still ada la sedikit touch of me since all the wordings saya yang susun sendiri. instead of tipikal nama bapa dan nama bonda sebagai mukadimah bahagian atas kad saya telah shift nama my ayahanda & bonda ke bahagian lain kad (tunggu dan lihat je ye nanti). 3) Estimate how many kad korang nak print. - be safe, print additional 50pcs dr anggaran sebenar. sebab nanti nak tambah sket2 jadi lagi mahal. baik buat xtra sket. - say jemputan kad korang 500pcs, tempah la catering dlm 1000pax (and add on another 200pax to be safe). Tapi salunye catering akan tamba additional dlm 200-300pax lagi. (ini tips dr my mr.caterer ye). 4) Estimate brapa bajet kamu!!!! bajet itu penting. sila meniarap, tunggang tebalik, mencangkung dan sebagainya sambil menekan punat2 kalkulator kamu. kad banyak range and semua nya bergantung pada selera. perlu di ingatkan disini bahawa qty yg sedikit membuatkan harga kad menjadi lebih mahal. fuh! juga masukkan kos setem didalam kalkulasi anda. (weshhh!! makbapak korang takde syer dengan pos malaysia ye. sila jangan berhati kering buat2 lupa plak setem harus dibayar). so sendiri mau ingat la bape bajet kad korang. pesana penaja : toksah kad mahal beno.. byk bnde len korang leh beli. penting nih utk org cheapskate mcm saya! sebab tu harga kad yg saya pilih semuanya tak lebih rm1. (sila jgn bgtau org len. malu den kat org kampung nanti!) and yes!! saya telah mendesign sticker utk dilekatkan di wedding favor saya : ohhh!! kamu semua org pertama yg tengok ye. even bonda aka puan besar pun belum tengok lagi. any comment kawan2? ahahaah..kotak peti comment ditutup. mesin mencetak telah bergerak ye. and my sticker will be ready by next week. 1,200pcs kesemuanya. harap2 ia menjadi cantek -> of course sebab design saya. The best thing about this order, since saya order di tempat yg sama saya print kad kahwin saya, i got super special price utk print sticker nih. murah siot. satu tak sampai 20sen (size 2inch x 2.5inch) utk 2 warna sticker. Tips Sticker : Sticker ni di charge mengikut warna dan level kesedapan mata memandang. salunya level harga paling murah utk 1 warna sahaja digunakan, then mahal sket dua warna dan seterusnya la kan. then kalau nak canggih sket korang buat hot stamp sticker tuh. ishhh... ni mhl la. tp nampak le sket exclusive. Cuba korang diskus sekali harga sticker tatkala korang diskus kad kahwin tu. salunye harga kad kahwin ni almost to fix tapi sticker ni cam leh nego sket la. And apabila mencari kedai utk buat kad kahwin tu, cari la kedai kad kahwin yg dia sendiri print kad tu. sebab dr pemerhatian saya, kad dpt dioffer dgn rege lebih mura. berbaloi-baloi lah. *saya merasakan saya kini seperti penulis majalah pengantin la plak, sila abaikan!* Done with the kad kahwin and sticker things, incik tunang dan saya heading to Dewan IPD. Impression terhadap dewan : waaaaaaaaaaaa.....ase nak nangis. dewan tu cenonet je. tak besar macam dewan IKM yg kiteorg gi the other day. but good thing is dewan tu dekat dengan rumah incik tunang. itu adalah pilihan no.1 bakal MIL. *Aimi, sila jadi pengantin perempuan yg positif sket ye!* dan after 10mins, saya telah berjaya meyakinkan diri saya the dewan will turn out to be just fine time wedding nanti. Seriously kecik je dewan tu. cam muat up to 200p-300pax at one time je. takpelah, bukannya side saya pun nak saya kecoh2 kan? as long as my future MIL and incik tunang fine with that, i'm more than happy!!! at least tak yah wat wedding kat umah kan? frankly, Sg Petani ni sgt limited dewan utk dibuat majlis perkahwinan. So far kami hanya tahu this 3 dewan : 1) Dewan IPD -> pilihan incik tunang dan MIL 2) Dewan IKM -> dewan besar tapi kondisi sedikit azab (buroookkkk!!!) 3) CInta Sayang (Golf Club) -> Wedding kat cafe golf club dia per head baru rm10. murah siottt! tapi agak jauh sket dr umah incik tunang. Hopefully with a little touch up from the bridal house our dewan will turn out to be cute and gorgeous!! the super good thing is? incik tunang submit je surat permohonan kepada SM yg bertugas tadi. ad on the spot terus dapat book dewan tu. haruskah begitu? cemburu nye saya. saya perlu book setahun sebelum ye kawan2 tapi beliau, hanya 2months to go pun leh book. heaven nya duduk northern ni. hikhikhikhik..... done with all the perkara yg menyerabutkan kepala, i was thinking nak bagi my hair new style. hihihi.. konon2 wedding prep la tu. menyediakan rambut utk sang suami la konon. gler angelic je rupe bakal bini die ni kan? went to de touch. menyediakan tempat muslimah di bahagian atas kedai. sangat suka kedai ni. sebab interiornya yg cantek. and yes, my hairstylist itu sangat cute. i do the scalp treatment (setelah di pujuk oleh cik hairstylist yg cute) since my hair pun nampak agak tidak bermaya and with that scalp problem, saya merasakan rambut saya sering luruh muruh setiap jari. saya sangat gerun andai kata satu hari saya bangun dari tido, mungkin saya akan bertukar botak!!! and new haircut yg sangat cute and sesuai dengan muka ala2 jennifer love hewit i ni. *sila muntah sekarang andai kata anda tidak larat nak baca ye* muahahha,,,, sekati la.. muka saya. kalau saya nak kata muka saya persi Heidi Klum korang ada masalah ke? *tapi itu tandanya saya ada masalah dengan otak saya* pheww!!! thanks to cik hairstylist yg cute, say bye-bye to my rm200 in a blink. incik tunang hampir tersedak mendengar statement rm200 saya. *sayang, tolong jgn berubah fikiran dan mengambil keputusan utk tidak mengahwini saya* p/s: apesal blog ni cemburus dengan saya and tak tunjukkan saya dah hapdet blog kpd kwn2 saya?
 

Template Design By:
SkinCorner