Thursday, September 2, 2010

Fasting month.

The best part about fasting month is the food feast.


Err.. sapa kata puasa boleh menguruskan badan? Saya tak sokong! Ahhaha.. ia adalah masa terbaik untuk menternak badan. Perut kosong dan merambu di bazaar ramadhan adalah tabiat kurang sihat.

Kamu akan end up dengan 3 jenis air berbeza yang afdalnya adalah air soya, air tebu dan air jagung. 4-5 jenis kuih. Pastu ayam bakar la, yong tau fu la. uish.. *geleng kepala*

Weekend @ in laws house is super awesome. Harus lah kan. i just realize I love north lebih banyak compare to central. Balik ke north is like balik kampong halaman padahal kampong halaman sendiri dekat sini je. Hari sabtu iftar bersama wan(atok) hubby di kampong my bapa mertua. Wan pun beli je lauk kat bazaar ramadhan mcm we oll ni. tapi bazaar ramadhan at kampong wan sungguh murah dan sodap2.

Sunday hubby bekerja. Luckily hubby tukar pergi shift siang. Balik kerja dipaksa oleh sang isteri ke bazaar ramadhan. Nothing can beat Yong Tau Fu and air jagung @Sg Petani. Sodappppp hingga ke jilatan terakhir.

Monday meronggeng bersama suami dan langsung iftar bersama ex-geng company lama. Sila rujuk belog cik zai untuk gambar lebih lanjut. Kambing grill sangat super awesome. Pastu bercakap yang banyak compare makan. Kesian baby Izz tidur separa lena di pangkuan mummy dia sebab aunty amy borak2 dengan mummy dia dengan suara macam petir berdentum je disebabkan excited sangat setelah sekian lama tidak ketemu. Juga sempat bergossip dengan cik zai and catch up on few things yg I dah ketinggalan. Lepas iftar and sembahyang maghrib, we oll sambung berborak until 9pm ++. Then hubby ajak gi karok. Wahhaha.. ini adalah aktiviti wajib kteorg dari zaman bercintun. HARUS karok. Giler ketagih nak karok walaupun suara tidak sedap. Book a room and karok sampai semput. Eh, tapi budak kerja tempat karok tu asyik2 bukak pintu bilik kiteorg. Adakah beliau takut kami melakukan apa-apa didalam bilik? Halal la babe..halal. tapi tak kuase la nak buat statement terbuka mcm tu. Malu u! I bukan artisan..,Cuma picisan.

Tuesday tidak sempat beriftar bersama suami. Driving back from north ke seremban seawal jam 6pm. Takut la jam and sampai lambat sangat pulak kalau tunggu bukak puasa. Tapi suami dah siap2 bekalkan air jagung faveret dan passemboq (tapi I still heart passemboq padang kota dek non oi). Ibu mertua juga sudah siap2 bawakkan lauk pauk untuk sahur. Selamat menantu mithali ni tak yah masak dah.

And di hari semalam, beriftar bersama my ex-schoolmate@mrsm kuching di manhattan fish@midv. kamu tahu, sudah booking table seawal jam 1pm pun dia cakap dh almost fully book. lepas tu siap cakap kena datang before 6pm else dia akan bg table tu pada orang lain. eh, kedai makan pun mahu demand? time we oll makan berbuka pun masih ramai beratur kat luar waiting list you. sah-sah la jumpa bebudak mrsm kuching ni, abes berkarat la saya bercakap Sarawak semula sebab dh lama tak praktis. Harus la ai cakap macam melayu campur aduk. Sungguh bajet org putih!!





topik hangat perbincangan adalah wedding preparation. memandangkan ai oll ni je yang dah kawen. haruslah mereka bertanya pada orang yg tak berapa pakar. pastu masing2 insap kejap sebab nak kena kumpul duit yg sangat syahdu itu. harus!! unless la kawen dengan datuk ke..or mak bapak giler banyak dah chop duit or korang ada super power leh muntah je keluar duit *ala..ala..badang je*. pastu masing2 berkira2 mahu berjimat. tapi kejap je la kot dieorg ni insap. masuk dorothy perkins gugur iman masing2. tak sopan sungguh!
I think this is the best part about fasting month. Sbb kite akan cuba to gather as much as possible dengan orang disekeliling kita untuk berbuka. Balik rumah beribu batu pun sanggup sebab nak makan dengan suami, isteri, mak, ayah, mak ayah mertua, adik beradik, sahabat handai dan seantero manusia yg dikenali.

esok pagi suami tiba. sungguh eksaited!!
3 mlm without hubby sangat mendahsyatkan.
apela yg hubby kasik makan ni sampai asyik teringat2 ni. sungguh hebat penangan suami =))

0 comments:

 

Template Design By:
SkinCorner