Tuesday, August 24, 2010

just annoyed!

kau lihat.. seperti ada kerajinan disini.
menukar header belog sahaja mengambil masa sejuta jam.
sumpah! saya memang bengap tentang hal ini. kenapa ada orang begitu arif? cemburu! pasti nama saya juga perlu ditukar kepada nama ARIF agar lebih arif dalam hal-hal sebegini.

Mood agak keterlaluan dua tiga menjak ini. swing nya lebih laju dari Ferris Wheel.
Barangkali sang suami sudah naik pening melayan. saya benci PMS *walaupun Anne kata saya barangkali mengandung*.
errr..terdapat a little hope. barangkali mungkin bukan? tapi tidak mahu frust menonggeng. another side of me yakin ia hanyalah PMS. bukankah PMS juga muncul dengan pelbagai rupa. kau ingat manusia aja ada pelbagai rupa? ada seperti Lady Gaga, ada seperti Heidi Klump dan ada seperti saya.

masih berasa jelek melihat background belog ini. sgt annoying tapi mahu berhenti me'repair'nya.
esok lusa bila rasa ada keazaman barulah ditukar. atau barangkali perlu tukar nama kepada AZAM supaya ke'azam'an akan meningkat naik sprti menaikki lif ke puncak Menara KL.

Kerja di opis sudah setinggi Gunung Kinabalu. sindrom M yg melanda dr minggu lepas adalah puncanya. menyebabkan hari ini pulang yg amat lewat dibulan puasa ini yakni jam 6:30pm. buat pertama kali, saya telah memecahkan peraturan diri sendiri. yakni berbuka puasa dengan hanya tapau di luar. sudah berjanji untuk memasak setiap hari namun hari ini tewas kerana risau hanya akan berbuka puasa memakan meja dan kerusi dining. namun yang pasti, saya tidak akan menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. biarlah, Pasar Ramadhan terlalu istimewa utk pergi bersendiri. sangat busyet ok! sebenarnya diri terasa teramatlah LOOSER bila kne pergi pasar ramadhan seorang diri. saya mahu SUAMI saya.

Syndrome M yg melanda diri yg keterlaluan juga membuat tindakan saya diluar jangkauan.
mudah merasa annoyed dengan apa sahaja disekeliling.
amoi diopis didepan saya pakai baju stripey dan matchkan dengan seluar stripey. lihatlah, bnde itu pun boleh saya annoyed.
boss mem'print' document sebanyak 200++pages pun saya boleh annoyed. sebab mesin printer godang tu tepi saya dan rasa mahu hempas printer itu. boleh tak?
bunyi lampu signal mamat motor ditepi saya ketika berhenti di traffic light itu sungguh bingit. argh! mahu saja saya turun dr kereta and meminta beliau menghentikan signal itu.

rasanya perlu mengurungkan diri didalam bilik gelap selama 44hari.
menchik!!!

4 comments:

nady said... [Reply to comment]

sungguh kacak header mu itu. aku x pandei molah gia. agiklah terok.

Azzwaa said... [Reply to comment]

owh i loooike ur header! syuweeettt! ;)

annetize said... [Reply to comment]

sah pregant. very the moody.
but we will see

.:Mrs Hafiz:. said... [Reply to comment]

nady : nampak sangat ai lebih hebat dr u sedikit.

azue : sweet tu bukan mmg running dlm my blood ke? kahkahkah..1st attempt. nnt dh heback bru buat lebih ganaih. over the top i ol tau.

anne : amin tapi tidak mahu berharap. intan pun pernah lambat seminggu u.

 

Template Design By:
SkinCorner