Monday, November 30, 2009

Aimi dan hari raya haji!!!

Masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Haji to all!!!

Saya juga sudah selamat masuk ke opis pagi ni.
Pastinya telah selamat pergi dan balik ke kampung halaman berbekalkan pemanduan cekal Aiman menggunakan Vios putih beliau dengan kelajuan average 140-150 km/h.
juga telah selamat mengebumikan sedikit wang di IKEA, tol2 yg berlambak menghala ke IKEA, juga stesen petronas kat andalas tuh.
did i lupa to mention? juga kpd bonda tercinta yg telah selamat menguburkan additional $$$ di Wedding Station sbb bonda insist nak centerpiece + the table runner di setiap meja mcm ni:




Bonda kata, nanti mcm pakai make up tapi tak pakai lipstick ->perumpamaan if tak bubuh centerpiece and table runner.
gulp!!
ye tak pe. semua nya selamat-selamat berlaka. amin!!

hows ur raya haji?
i spent my 1st day of raya haji ke IKEA. lepas je balik sembahyang raya tu, bonda trus bg isyarat segera bersiap sedia utk negara.
dgn version super fast and furious both me and my kazen Aishah trus siap tukar baju.
Both siblings, aishah and adam spent their raya haji with my family. bonda mereka sedang menunaikan haji while ayahanda mereka ada business trip di turki.

Kami beraya di IKEA!! sungguh happening. byk showroom boleh dijadikan ruang beramah mesra dgn jiran tetangga kat sini. hikhikhiik...
misi utama adalah mencari barang2 decoration di dalam bilik pengantin dan guest book punye table.
found vases and candles.. since now tgh nak x'mas, byk gle candle utk di'grab'.
sila la sila ke IKEA.....

Apekah yg telah terjadi kpd saya?
otak agak lembap petala ke lapan pagi ini.
gler lembap sampai tgk nilai ribu2 pun otak send msg kat saya the amount as juta2.
gler ke ape dh saya ni? tak pasal2 sakit jantung di pagi hari ingatkan rege that part reach juta2.

sudah terima form nikah dr ayahanda. haruskah di form nikah kne state pendapatan?
waaa... ini part paling benci. tak suka org tau pendapatan saya dan bakal suami.
gler busy body ok!! tak suke la.. since company pun kata bnde tu as P&C kan.
nape nak kena disclose satu dunia? ->exagerate la part ni kan. tak la satu dunia.
tapi byngkan la, at least both my saksi akan tau sebab dia akan sign kat atas borang yg kne state pendapatan,
dah tu dua org saksi itu mungkin menceritakan pada 2nd party example bini. dan mungkin bini2 mereka boleh menceritakan di kejiranan setempat. since my saksi is my jiran. dan end up satu kejiranan akan tau and desas desus a.k.a cerita kontroversi akan tercetus.

"ala..anak kak bibah tu gaji rmx,xxx.xx, dah tu menantu dia tu gaji rmx,xxx.xx." kata si pencerita

"oooo..patutla..."kata si pendengar

ape yg patut saya tak tahula kan. maybe die akan ckp, patut la selekeh semacam je anak kak bibah tu. gaji ciput.
ke patut la anak kak bibah tu bwk myvi je. gaji byk tu je.
ahahah....

kenapa la saya perlu pikir sedemikian? saya bukan artist mahupun super star. ade ke org kisah dgn gaji saya pun? perasan la ko aimi.
tp part pendapatan kne state tu mmg part paling tak best. sgt tak sokong.
leh tak kalau saya tak nak diclose gaji? kalau org Majlis Agama Islam tu tanya, saya jawab je "takat cukup makan and pakai bang...".
err..agak2 kne reject tak permohonan nak kawen?
patut la ramai kawen lari kat siam ->alasan semata2....sila jgn tiru gaya bebas ini atau ur mum n dad n belasah anda secukup rasa.

maaf, kerja sedang menanti.
cerita akan bersambung setelah pulang bekerja mlm ni.




Wednesday, November 25, 2009

mari kahwin!!

Hari ini telah kembali semula di opis.
geezzz!!
tak best langsung. saya 100 kali ganda prefer duduk rumah and jadi housewife.
Inbox mencecah 700+ email. mengambil masa saya separuh hari untuk settle membaca (belum reply lagi ye kawan2).
Ada kala saya terfikir adakah saya seorang operator email (mcm operator tepon la konon).
gila dan separuh buhsan.
ohh!! saya baru sedar saya belum fully recover. saya hampir muntah apabila melihat email asyik berlari-lari anak masuk kedalam inbox.
nyah kau dari sini email!! 


and few people tegur saya kelihatan slim setelah pulang dari operation.
muahahah...
maaf kawan2..saya bukan menjalani liposuction ya!! 
ye...saya rasa badan ada ringan sedikit. (woi aimi, ko jangan nak buat malu. baru kurang beberapa kg and sibuk nak bagi tau dunia.)
*mari menyorok di belakang kerusi*


dan lagi siot, my opismate yg si apek ni gi bgtau org saya on maternity leaves sbb lama sangat cuti.
siot gler...ade kne bakar desk apek ni kang. *murka sungguh beta*. siap ko apek!! ->amaran berbaur keras seperti kerasnya minuman keras.



bulan december muncul kembali.
dengan lambakkan jemputan kad-kad kahwin. yess!! tahun ni i'm a bit wise dalam mengatur jemputan org. risau sangat org tak dtg my wedding kalau saya tak pergi wedding mereka.
it does happen to one of my fren. disebabkan beliau salu sangat malas nak join geng2 gi kenduri kahwin or kenduri tak kahwin, time dia wat kenduri kahwin hanya beberapa orang je datang, yg lain semua tak datang (termasuk saya!!). 
saya terus catit dlm calendar semua date jemputan kahwin. takut ada yg overlook plak nanti.


malam tadi melakukan aktiviti berangan bersama cik zainatul. berangan pasal custom made shoe. yeee!! saya tengah memilih design utk meng'custom made' kan shoe for my reception and my bertandang (walaupun incik tunang insist kasut bertandang tak payah custom made).
ill make him say 'yes' this time (kena ready wat puppy eyes setiap hari sehingga dia cakap boleh.


Pening kepala bila memikirkan form-form untuk daftar nikah yg perlu diisi.
ohhh..terima kasih incik firdaus. mesti anda sgt ensem kan? ahhaha...
call incik firdaus di jabatan agama islam klang. gler confuse bila baca pasal syarat daftar nikah from web JAIS.

dalam web : HIV Test hanya di klinik2 di negeri selangor.
saya : dah tu saya ni duduk kedah takkan nak kene balik selangor buat  hiv test?
incik firdaus : takpe, buat kat mana2 klinik kerajaan yang boleh buat HIV test kat mana-mana negeri pun takpe.

dalam web : kene bawak saksi untuk tandatangan form nikah.
saya : takde plak JAIS state syarat saksi borang daftar nikah. same ke dengan syarat saksi nikah?
incik firdaus : sape2 pun leh jadi saksi. kalau boleh elakkan adik beradik.


yeeeeaaa!! ayahanda akan ke PAID (Pej Agama Islam Daerah) Klang utk amikkan borang.
*biadap sungguh anak ayah ni. suruh ayah plak. kang ayah amik borang poligami,siapa yang susah?*


nasib la incik kadi tu kwn ayah! peace uncle!! siap kenal dh tu sape tok kadi saya.
incik tunang jgn risau, saya akan inform that uncle kadi toksah le soal2 u mcm2 time nikah nanti.
i tau u tgh darah gemuruh time tu. kang dia suruh baca doa qunut, u baca doa makan plak.
suruh je nikahkan terus and settle.
siapa suka? saya dan keluarga saya suka.
hip hip horaaayyy!!


mari berkahwin~~~!!


Tuesday, November 24, 2009

a lil update

Fuhhh! 
Panas sungguh hari ni.
hari terakhir cuti perlu digunakan sebaik2nya. esok sudah mula kembali ke pejabat. buhsan!!!


Pergi lunch bersama incik tunang di tempat first time saya jumpa incik tunang.
chewah!!
gila jiwang ok! 




1) Tudung nikah & reception.

After drop incik tunang di opis. saya ke pos laju. ngepos baju kebaya alia (brides of honor saya) and both contoh kain for my nikah and reception tudung.
tudung ni akan di custom made. tudung ala2 ariani tu. 
result? nanti dah siap akan saya upload picnya.
thanks to my mak uda sebab sudi nak tolong hantar sample kain itu ke akak yg jahit tudung tu. alamak!! lupa plak link blog akak tu. nanti dh ingat, saya bgtau.
and tudung dia mmg slese. pakai kain mcm ariani tu. cuma slightly cheaper la. 


2) Baju pre-wed
And hari ini baru sampai seru anta kain utk dibuat baju kebaya for my pre-wed.
FYI, baju kain yg dipakai ketika pre-wed ni hampir sama dgn baju bridesmaids akan pakai nanti.
(baju bridesmaids akan di pos next week ye kengkwn! kerna cik KayKay outstation and only sempat ngepos bajunya kpd saya by next week).
soooooo...excited nak wat pre-wed shoot ni!!!!


3) Pomanders


Tadaaaaa,,,,,,ni belum siap sepenuhnya.. holder and tali jurai lom buat lagi. bonda risau si kecik wafeeq nanti tarik kalau buat siap.


4) Wedding favor for bestie.
Saya masih memikirkan wedding favor utk all my bestie!! 20pcs kesemuanya.
ni sangat limited ye.
utk kawan2 tercinta!
still tak leh decide. tak leh la bgtau kt sini. tak surprise!! chewahhhh!!!


5) Rumah idaman
Semalam ketemu rumah idaman. hope this time menjadi. sebab last two houses yg kite org aim tu tidak memenuhi kriteria2 yg telah ditetapkan oleh semua pihak (our family dan incik tunang sekali).
- semi d setingkat with 5 bedrooms.
- car porch yg leh masuk dua kereta.
- ada laman utk gardening ->adakah saya yg bakal menanam pokok? oh tidak!! saya hanya tahu menanam pokok lalang.
- land area 40'x80'.
- harga pun not bad....

ok..nak tido puas2 sebelum bekerja esok.
daaaaaaaa......












 

Template Design By:
SkinCorner